31 Mei 2013
16 Mei 2013
:: Selamat Hari Guru ::
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera uols...(",)
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia ...TERIMA KASIH cikgu diatas ilmu yang diberikan menjadikan saya seorang insan seperti hari ini...thanks a alot kat cikgu SK Sungai Long(1991-1996), SMK Batu Melintang(1997-2001) & SMK Ayer Lanas(2002-2003) . Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu semua...
terima kasih cikgu...(",)
p/s : tak lupa juga kepada kawan2 di luar sana yg menjadi guru@pesyarah... & abang ipar Asiah...
Zarisham Zakaria(Cikgu muzik Asiah time sekolah rendah)
Selamat Hari Guru Abe Z...(",)
11 Mei 2013
:: Laksam ::
Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)
Weekend lepas Asiah masak laksam. Lama dah tak makan laksam. Alhamdulillah menjadi Asiah buat laksam kali ni. Sukeeeeeee sangat !!!
Asiah amik resepi kat SINI
![]() |
Siap... |
![]() |
Ulam utk dimakan bersama laksam... |
![]() |
Keratan rentas laksam(betul ke ayat Asiah ni) |
![]() |
Sedia untuk dimakan...(",) |
8 Mei 2013
:: Proposed Blogbuster Campaigns | Nuffnang ::
Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)
Asiah terpilih untuk menyertai (Nuffnang Blockbuster) Campaign- Acer Hybrid UltraBook. Asiah kene buat video. Tak tahu lagi nak buat ke tak. Tak brape pandai nak buat video ni.
10 Mei 2013 ni dateline. Kalau video Asiah menang, dapatlah RM0.50 setiap unit iklan(kalau tak silap Asiah). Nak join ke tak ni yea...korang ade tak yg dapat msg cam Asiah ni?
Hi Siti Asiah bt Abd Rahman,
We are pleased to inform you that you have been selected to participate in a Blogbuster campaign based on your survey preference to run Expandable ads.
7 Mei 2013
:: Minum petang di Secret Recipe ::
Assalamualaikum & Salam sejahtera uols
Amboi minum petang kat Secret Recipe (SR) ko Asiah...kemain lagi yea
Hehe, sekali sekala jerk...minum petang je mampu...(",)
Actually ini adalah siaran tertunggak uols...
Tekak ni teringin nk makan kek, so Asiah ajak la asben pegi makan kek kat SR Jerantut...
Asiah makan kek Tiramisu & Green Tea Ice Blended. Asben Asiah plak makan Karipap Ayam & Soft Drink. Kakak plak just makan kek Chocolate Banana...
Karipap ayam & Green Tea Ice Blended paling best!!...yg lain2 just ok jerk.
Tekak orang kampung kan...hihi
6 Mei 2013
:: Jom makan eskrim | Baskin Robbins ::
Lama tak pekena eskrim yang disukai ramai ni...ngee.
Sekali makan amik kau, 3 scoop skali hadap...Selalunya kalau makan eskrim kat
Baskin Robbins ni,Asiah akan pilih eskrim perisa
Jamoca@almond fudge & Chocolate chip.
Tapi kali ni Asiah cuba perisa Pistachio almond & Mint chocolate chip. Sekali makan sedap pulak, tu yang tambah 2 scoop lagi. Mulanya Asiah pilih Pistacio almond, Encik Asben Banana flavour & kakak pilih Chocolate chip. Pastu Asiah tambah plak 2 scoop lagi (Mint chocolate chip & Pistachio almond). Kemain lagi Asiah makan kau,
kenyang sampai malam...(",)
Baskin Robbins ni,Asiah akan pilih eskrim perisa
Jamoca@almond fudge & Chocolate chip.
Tapi kali ni Asiah cuba perisa Pistachio almond & Mint chocolate chip. Sekali makan sedap pulak, tu yang tambah 2 scoop lagi. Mulanya Asiah pilih Pistacio almond, Encik Asben Banana flavour & kakak pilih Chocolate chip. Pastu Asiah tambah plak 2 scoop lagi (Mint chocolate chip & Pistachio almond). Kemain lagi Asiah makan kau,
kenyang sampai malam...(",)
1 Mei 2013
:: 9 Cabaran Wang ::
Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)
Cabaran ini merupakan satu langkah/cara untuk kita menabung.
Jom korang semua kita sahut cabaran dari IRFAN KHAIRI (Jutawan Internet)ni…(“,)
- BAWA BEKAL KE TEMPAT KERJA
Sekurang2nya bawa bekal
2x seminggu . Sebab kos makanan agak tinggi dibandingkan jika kita menyediakan
makanan dari rumah. Penjimatan ini akan menambahkan simpanan bulanan kita.
- SIMPAN WANG SYILING
Bulan ni kita jangan gunakan duit syiling.
Simpan semua duit syiling yg kita ada di dalam tabung/bekas khas. Guna duit
kertas sahaja sekiranya perlu. Barulah kita tahu sikit2, lama2
jadi bukit.
- RUNDING HARGA
Kalau nak beli sesuatu dalam bulan ni, jangan
terus beli tau. Kita tawar menawar dulu. Kita kena amalkan meminta harga yang
lebih rendah(bab ni Asiah mang tak pandai). Kita Tanya dulu, kalau tak tanya kita
tak tahu dapat ke tak harga yang rendah tu…hihi. Kalau dapat dengan harga
rendah catit penjimatan kita tu dalam buku khas k…;)
- 30 HARI TANPA KAD KREDIT
Simpan kad kredit korang tu kat
rumah yea. Bawak duit & guna bila perlu jerk. Dengan ini boleh la melatih untuk
amalkan tabiat baru(tak payah guna kad kredit dah).
- TUNGGU SEMINGGU
Sekiranya korang perlu atau teringin nak beli sesuatu,
tunggu satu minggu. Cabarannya, tunda belian korang tu ke minggu hadapan.
Barulah korang boleh fikir dahulu patut beli atau tidak barang yang korang nak
beli tu.
- BULAN KEPERLUAN
Sebarang belian (KEINGINAN) tak boleh beli. Bulan ni just
beli barangan untuk KEPERLUAN sahaja.
- MAKAN DI RUMAH
Makan malam dirumah. Hujung minggu pun makan kat rumah
jugak sebelum korang keluar bersama keluarga. Ajak suami & anak2 menyediakan
makanan bersama. Jadikan time memasak sebagai family
time korang.
- JUAL SESUATU
Cuba menjual barangan yang korang tak nak dah. Cam barangan
terpakai/pakaian yang korang beli tapi
tak pakai pun lagi. Samada jual kat kawan2@internet. Cam dekat ebay.com.my atau
Lelong.com.my.
- USAH KELUAR
Bulan ni tak payah keluar pegi jalan2,
dok rumah jerk. Kalau keluar kan banyak menggunakan duit, so dok rumah je diam2 k.
Kalau nak jumpa kawan pun ajak diaorang datang umah. Lepak2 kat
umah. Tengok tv same2. Rancangan Astro kan macam2 ada…so, leh la
save sikit kan…(“,)
Sumber : Harian METRO 22.03.2013 | Segmen
WANG ANDA
Harap kita sama2 berjaya dalam menyahut cabaran ni ye…kalau korang sahut cabaran ni. Boleh la korang terjah Facebook IRFAN KHAIRIuntuk berkongsi pengalaman korang ye..........(",)
Langgan:
Catatan (Atom)