21 Disember 2015

:: Masak2 Sep - Dis 2015 ::

Salam & hai uols J


Inilah makanan yang Asiah masak sepanjang 2,3 bulan ni. Hanya ini yang sempat Asiah amik. Ade juga makanan yang Asiah beli cam putu perak & buah cempedak tu. 
Takkan Asiah buat sendiri kan uols,hihiJ

Mihun calong, laksam, pelam asamboi & keropok beras

Telur itik msk lmk cili api, telur ikan grg kunyit, sambal abang, putu perak, ayam carbonara, ubi kayu garlic, ikan kembung masak lemak, ikan goreng, kacang buncis goreng, sambal abang.

Sambal telur, ikan bilis holland, telur dadar, patchoy tumis, cempedak, mihun sup, lontong, nenas asamboi, kuih benderang.

15 Disember 2015

:: Green Tea Thailand ::


Assalamualaikum & hye uols J

Terliur tengok Fizo Omar post kat Facebook dia pasal Green Tea Thailand. So, Asiah tanya la pakcik google kat mana nak beli  Green Tea Thailand tu. Akhirnya  jumpe jugak kat  MUDAH.MY. Dapatla RM10 sepeket (200gram) tak termasuk dengan harga pos.
Orang kata rasanya sama dengan green tea kat Starbuck tu. Asiah suka Green Tea Frappucino. Tu yang gigih cari. Boleh la minum sepuasnya. 
Tapi bagi Asiah rasanya tak sama sebab teh hijau ni wangi sangat. 
Bagi tekak Asiah teh ni bau macam teh botol Indonesia ni .

 Sedap la jugak. Tapi terlalu wangi bagi Asiah la . Asiah tak suka bau Jasmine. Asiah lebih suka green tea yang plain je. Citarasa masing2 kan. Disebabkan Asiah tak berapa suka so, Asiah agihkan je kat kawan-kawan yang nak rasa green tea ni. 
Alhamdulillah habis jugak serbuk green tea ni, hihi J



11 Disember 2015

:: #Incomingmail December ::


Assalamualaikum & hye uols J

Gembira sangat dapat happy mail dari penfriend Asiah dari Canada ni. Sebab apa uols?sebab Asiah dapat apa yang Asiah request dari Julie ni. Asiah mintak dia poskan Asiah daun maple dan gambar yang berlatar belakang kan musim luruh.
 Asiah suka sangat musim luruh J.
Kalau musim luruh kat negara kita ni, Asiah 
Suka sangat tengok daun getah kat kebun  ayah Asiah bertukar warna.
Bertaburan kat tanah. 

Itu je la ceritanya untuk kali ni, hihi