Memaparkan catatan dengan label makanan kegemaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan kegemaran. Papar semua catatan

16 Ogos 2016

:: Assorted Sandwich ::

Salam & hye uols 

Skang sandwich tengah glamer kan uols. Ramai yang buat duit dengan meniaga sandwich skang. Kat area Asiah ni tak jumpa lagi orang buka kelas untuk belajar sandwich kalo x, nak je Asiah pegi blaja jugak. 1st time tengok orang jual sandwich yang mabeles adalah
Garsa Kitchen. Terliurnye tengok orang pakat post pasal sandwich. Disebabkan terliur punye pasal so, Asiah buat la sandwich sendiri. Hari pertama Asiah buah Egg mayo & sardine sandwich. Asiah bawak pegi ofis sempena ada kursus Ms Excel.  Hari kedua plak Asiah buat sandwich chicken slice je wat makan sarapan kat rumah. Alhamdulillah semua habis. Suami & anak2 pun suka makan sandwich yang Asiah buat…pasni boleh lah buat lagi.
        
Egg Mayo & Sardine Sandwich

 Chicken Slice Sandwich

29 Jun 2016

:: Mee Sup Campur | Resepi ::

Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee Sup Campur (kuetiau,mee & mihun) plak.

Bahan2 :-

5 ulas Bawang putih
5 batang Daun bawang
¼ Kobis manis
Bunga kobis
Pak choy (sawi cina)
Tomato (ptg 6 bahagian)
2 keping Fish cake
Fish ball
Ayam dada (potong dadu)
Mihun, mee, kuetiau
Minyak
Air
Garam & gula

Cara2 :-

-         Panaskan minyak
-         Masukkan bawang putih yang diketuk
-         Bila bawang putih dah berbau wangi, masukkan ayam & daun bawang
-         Bila ayam dah masak, masukkan fish cake & fish ball
-         Masukkan air (agak2 je banyak mana)
-         Bila air dah mendidih masukkan sayur2an &  tomato.
-         Gaul & perasakan dengan garam & gula. biarkan sekejap
-         Nampak sayur dah masak (jgn spai layu sgt) boleh lah hidang bersama mee + mihun + kuetiau yg dicelur. Taburkan bawang goreng, cili potong & daun sup.
-         Boleh di makan bersama sambal kicap @ sos cili + kicap


27 Jun 2016

:: Mee Kuah Terengganu | Resepi ::


Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee  Kuah Style Terengganu plak. Jom lihat resepinye J

Bahan2 :-

Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Ayam dada
Pak Choy
Mee
Tomato
Daun bawang
Telur
Minyak
Air
Garam & gula

Cara2 :-

-         Panaskan minyak
-         Masukkan bawang putih, bawang merah yang diketuk bersama lada hitam
-         Bila bawang dah berbau wangi, masukkan ayam
-         Bila ayam dah masak, masukkan air
-         Bila air dah mendidih masukkan sayur2an &  tomato.
-         Gaul & perasakan dengan garam & gula. biarkan sekejap
-         Pecahkan telor
-         Nampak sayur & telur dah masak (jgn spai layu sgt sayur tu) boleh lah hidang bersama mee yg dicelur. Taburkan bawang goreng, cili potong & daun bawang.
-         Boleh di makan bersama sambal kicap @ sos cili + kicap



24 Jun 2016

:: Mee Goreng Kering | Resepi ::

Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee Goreng Kering ngan korang. Selalunya Asiah asyik masak mee goreng basah je. Kali ni nak cube mee goreng kering plak. Asiah amik inspirasi dari sini

Bahan2 :-
Sepeket Mee kuning
5 ulas Bawang putih
6 biji Cili api
5 batang Daun bawang
¼ Kobis manis
½ Lobak merah
Tomato (ptg 6)
2 keping Fish cake
Ayam dada (potong dadu)
Sos cili
Sos tiram
Kicap cap kipas udang
Minyak

Cara2 :-

-         Tumbuk bawang putih bersama cili padi tu ala2 je. Tak payah sampai halus ye. Cam tumbuh kasi pecah je.
-         Panaskan minyak & masukkan bahan tumbuk tadi.
-         Bila dah naik bau wangi masukkan ayam
-         Bila ayam dah ½ masak masukkan fish cake
-         Dua2 dah masak masukkan daun bawang & sayur2an
-         Bila sayur dah layu sikit masukkan mee
-         Gaul2 & masukkan sos cili, sos tiram & kicap
-         Masukkkan sedikit air & gaul rata
-         Bila semua dah mesra, boleh angkat & hidang

Antara bahan-bahannye :)

Tadaaa, dah siap. Selamat mencuba korang ;)

2 Jun 2016

:: Resepi Pisang Goreng Cheese + Chocolate ::


Salam & hai uols J

Semalam Asiah post pasal Pisang Goreng Cheese + Chocolate. Hari ni Asiah nak kongsi resepi ngan korang plak cemana Asiah buat pisang goreng tu yea. 
Ok jom kite tgk bahan2 & cara nak menggorengnye yea :-


Pisang tanduk (terpulang pd korang nak guna pisang ape)
Chocolate masakan
Cheddar Cheese
Chocolate Syrup
Tepung goreng pisang Adabi

Cara-cara :-

- Bersihkan pisang & potong ikut suka korang. Asiah potong menyerong
- Panaskan minyak untuk menggoreng
- bancuh tepung goreng pisang tu mengikut cara yang tertera kat plastik tepung tu
- masukkan pisang yang telah dicelup tepung pisang goreng tadi
- bila dah kekuningan, angkat & toskan sekejap
- letakkan cheese sementara pisang goreng masih panas
- pastu letak chocolate syrup kat atas cheese tadi & taburkan coklat masakan yang telah diparut di atas chocolate syrup tadi.
- sedia untuk dimakan
- sedap dimakan masa panas2.

Rupa tak secantik rasa, hihi


Selamat mencuba korang J


1 Jun 2016

:: Ketagih Pisang Goreng Cheese Choc & Milo ::

Salam & hai uols J

Pisang goreng cheese ni masih lagi in kan skang. Asiah baru dapat merasa pisang cheese yang ‘berperisa’. Selalunya makan pisang goreng yang letak cheese & gula merah tu jerk. Skang dah macam2 flavour ade. Yang paling dekat, Asiah jumpe kat Temerloh kat gerai @Apakjantan. Alhamdulillah minggu lepas sempat la Asiah singgah beli pisang kat gerai dia. Asiah just pilih yg perisa Milo, Choc + cheese & chocolate. Gambar pun xsempat nak amik. Terus ngap jew. Kebetulan plak time lunch dah mase tu. Perut tengah kosong kan. Tu pasal spai terlupa nk snap gambar. Sampai ke hari ni masih terasa2 kesedapan pisang goreng choc + cheese dia tu. So, apelagi disebabkan tingin lagi makan pisang cheese tu, Asiah pun beli bahan2 & masak sendiri kat umah. Kalo gerai @apakjantan tu dekat je boleh hari2 Asiah pegi beli. Ni jauh dlm 45minit baru spai sana. Maka terhasillah pisang goreng  choc + cheese versi Asiah ni. Dari petang sampai malam Asiah dok makan pisang goreng ni. 
Pasni jangan teringin dah…J


sumber : ig @apakjantan

16 Mei 2016

:: Aiskrim Nestle | Tradisi Potong ::

Salam & hai uols …J

Jom layan aiskrim potong dari Nestle ni. Aiskrim ni ade perisa Kacang Merah, Sirap Bandung Klasik & Coconut dan Gula Melaka. Asiah beli dua perisa sebab tak perasan yang kacang merah tu. Kalau x, tiga2 Asiah beli,haha. Paling Asiah suka yang perisa  Coconut & Gula Melaka tu. Rase lemak berkrim dia secukup rasa J
Nanti korang beli erk,  boleh la rasa kenikmatan rasa lemak berkrim aiskrim ni J



31 Mac 2016

:: Dirasuk 'Hantu Aiskrim Malaysia' ::

Salam & hai uols J

Bulan Mac kan panas terik cuaca kat negara kite ni. Semestinya tekak pun nak makan yang sejuk2  jerk. Apelagi Asiah macam kena rasuk dek  ‘hantu aiskrim’. Asyik buat eskrim jerk. 
Rajin betul jadinya, haha. Sampai penuh kat freezer dengan eskrim. Tak boleh letak mende lain dah. Cam nak niaga eskrim plak, tehee. Suami dan anak2 pun layan jerk. 
Kakak lagi la hari2 bawak eskrim untuk kawan2
Sonok tengok anak2  suka makan eskrim yang Asiah buat J

Eskrim Thai Green Tea
Eskrim Mangga, Pisang (hijau) & kopi
Eskrim Mangga, laici, sirap laici, jagung & pisang
Eskrim Tamar Cocoa, Bandung, Pisang & Sirap

21 Disember 2015

:: Masak2 Sep - Dis 2015 ::

Salam & hai uols J


Inilah makanan yang Asiah masak sepanjang 2,3 bulan ni. Hanya ini yang sempat Asiah amik. Ade juga makanan yang Asiah beli cam putu perak & buah cempedak tu. 
Takkan Asiah buat sendiri kan uols,hihiJ

Mihun calong, laksam, pelam asamboi & keropok beras

Telur itik msk lmk cili api, telur ikan grg kunyit, sambal abang, putu perak, ayam carbonara, ubi kayu garlic, ikan kembung masak lemak, ikan goreng, kacang buncis goreng, sambal abang.

Sambal telur, ikan bilis holland, telur dadar, patchoy tumis, cempedak, mihun sup, lontong, nenas asamboi, kuih benderang.

18 Disember 2014

:: Maggi Kari Terbaik Selamanya, ahaks ::

Salam & Hye uols…J

Hujan2 ni makan maggi kari kosong pun menyelerakan. 
Just didihkan air dalam periuk & masukkan maggi kesukaan anda, tunggu jap pastu dah boleh ngappp…so, nyummy
Cam makan time tinngal kat asrama dulu tu,hihi


Inilah dia maggi kesukaan Asiah sejak Asiah kenal ngan maggi. 
Kalo time kecik2 dulu, ma Asiah selalu beli vit’s bl dah besar baru layan maggi…J


26 November 2014

:: Ikan Patin Tempoyak Gobang Maju ::

Salam & Hye uols…J

Alkisahnye camni, mak mertua Asiah masuk wad kat Hosp. Temerloh. 
Bila sedara mara datang melawat mak, kami bawak la makan kat kedai Gobang Maju ni. 
Sempatlah 2, 3 kali pegi sebab mak 3 minggu kene warded.
Awalnya nak bawak diaorang makan kat kedai Pak Usop tapi tutup la plak hari tu. 
So, Cik Abe tanye la kat penjual ikan patin tu katne 
patin tempoyak yang best kat Temerloh ni. 
Dia kata kat kedai bawah jambatan. 
So, kami pergi la cari…jumpe la kedai Gobang Tempoyak ni. 
1st time makan Asiah tak puas hati coz Aira meragam. 
Repeat plak kali ke-2 baru puas hati…hihi
Sedap uols ikan patin tempoyak kat kedai ni. Panas, Fresh & cukup rase.
Tak pernah jumpe lagi ikan patin tempoyak sesedap cam kat kedai ni. 
Bagi Asiah la yang bukan anak jati Pahang…hehe.
Sampaikan makcik2 Asiah yang tak suke tempoyak 
tibe2 boleh jatuh suke plak kat patin tempoyak ni.
Kat kedai ni menunye simple je. Ade patin tempoyak, patin goreng, telur dadar, pais ikan talapia, ulam-ulaman, telur masin, air jagung & bandung special.
Kedai ni guna sistem layan diri. 
Kalau time makan tengahari mak ai, ramainye orang datang makan kat kedai ni uols.
Kalau korang datang Temerloh tu jangan lupe ye singgah kat kedai ni tau, konfem puashati
mesti nak repeat lagi...J
 Patin Goreng
 Patin Tempoyak


GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK
WAKTU OPERASI : Isnin, Selasa, Rabu, Sabtu & Ahad (12 tgh- 12 mlm)
                                      Jumaat (2.00 ptg – 12.00 mlm), Khamis  ( cuti / tutup )
LOKASI : Bersebelahan stesyen minyak ESSO Temerloh
Untuk keterangan lanjut korang bleh lah hub. En. Rizal (019-956 9696).


note : Bukan iklan berbayar...tehee..(",)

25 November 2014

:: Pisang Goreng Kunyit ::

Salam & Hye uols…J

Hujan2 ni sedapnye kalo dapat 
makan pisang goreng kunyit bersama ngan sambal sardin…J
Resepi ni mak mertua Asiah yang punye. Mula2 makan tu cam pelik jugak, pisang digoreng kunyit cam ikan tu. Pisang tu guna pisang yang tua. Paling sedap pisang nangka sebab dia ada rase manis sikit. Kalau pisang abu@awak xde rase manis just lemak je. 
Pisang tu dikupas cam nak buat kerepek & potong tu jangan tebal & jangan nipis sangat. Kalo potong nipis, pisang tu nanti keras sikit. Pastu basuh & letak sedikit garam & serbuk kunyit, pastu goreng cam ikan & makan masa panas2 bersama ngan sambal sardin…
erm...sedapp sangat..J


Sambal sardin terlebih minyak...hihi

24 November 2014

:: Maggi Royale | Korean Spicy Braised Beef Flavour ::

Salam & Hye uols…J

Weekend lepas pagi2 Aira dah mintak nak makan mee. 
Asiah pun masak lah maggi korea ni. Siap letak daging ye uols…hihi
Asiah masak dua peket je just untuk alas perut sementara nak makan tengahari.
Anak2 Asiah ni kalo dapat makan maggi tu memang heaven la diaorang…
Kuahnya rase cam sup & pedas sikit & meenya kenyal & tebal…J
Sayur carrot & daun bawang & cili merah disediakan tau uols...
tapi carrot yg besar tu Asiah tambah...haha
Asiah lebih suka maggi ni berbanding dengan Maggi Royale| Penang Seafood Curry, hihi
1 bungkus ade 4 peket. Lupe plak harganya brape…J


19 November 2014

:: WW | Pisang Goreng Cheese ::

Salam & Hye uols…J

Kat Jengka pun ade gak pisang goreng cheese ye uols.
Cik Abe Asiah beli kat Taman Desa Jaya depan asrama Kolej Sentral.
Sedap…Kalo nak try bleh la. RM2 (5 pieces)
 tapi sorry ye, Asiah tak tau nak kasi peta lengkap untuk ke sana ye uols…J


5 Oktober 2014

:: Cheese Cake Meleleh ::


Salam uols...(",)

Cheese Cake Meleleh(CCM) ni kan femes awal 2014 kalo tak silap Asiah. Inilah dia CCM yang Asiah beli tatkala orang sibuk dok cite pasal kesedapan CCM. Alhamdulillah puas hati makan CCM air tangan Eiyda Osman ni. Murah & sedap!!!
Ade perisa oreo, chocolate, vanilla, strawberry, blueberry, pandan, red velvet & perisa terbaru kalau tak silap Asiah mangga. 1 bekas besar RM10 tapi red velvet harga lain sikit, RM13 sebekas. Kalau korang yang tinggal area Jengka, Pahang nak merasa CCM ni bolehlah dapatkannye di Pasar Tani (Selasa & Khamis) & Pasar Malam (Sabtu)
Selain CCM, Asiah suka Chocolate Indulgence dia...sedapp sangat, 
cam kek kat SR jerk,ahaks. 
Tak rugi korang beli...pasti nak beli lagi....(",)


Chocolate Indulgence

26 Ogos 2014

:: RESEPI | Mihun Goreng Kampung ::

Salam…J

Jom kite masak MIHUN GORENG KAMPUNG hari ni uols…J
Meh kite tengok bahan2 & cara memasaknye. Senang je uols, campak2 jerk,teheeeJ

Bahan2 :-
  • ½ plastik mihun FAMA
  • Ikan bilis(yang telah digoreng)
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api
  • Kobis
  • Minyak utk memasak
  • Gula & garam
Cara2 :-
  1. Rendam mihun dengan air biasa(sementara siapkan bahan2 lain)
  2. Tumbuk bawang putih bersama cili
  3. Panaskan minyak
  4. Masukkan bahan yang ditumbuk
  5. Bila naik bau pecahkan telur & bagi telur tu hancur
  6. Masukkan ikan bilis & kacau
  7. Masukkan sayur & perasakan dengan garam & gula sesedap rase korang ye & kacau sekejap
  8. Masukkan mihun dengan sedikit air & kacau
  9. Bila mihun dah lembut bolehlah angkat & makan bersama sambal kicap.
Selamat mencube…J

25 Ogos 2014

:: Cara Senang Nak Makan Rambutan ::

Salam uols…J


Setiap kali musim buah rambutan inilah keje Asiah. Kupas buah rambutan ni banyak2 & hiris. Pastu masukkan dalam peti sejuk. Anak2 Asiah suka sangat kalo Asiah buat rambutan camni. Sebab senang diaorang nak makan. Leh makan ngan sudu jerk. Lagipun buat camni takde la dah masalah batuk bila makan buah rambutan. Kalau tak hiris camni kita akan makan skali ngan selaput buah rambutan tu. Ayah Asiah cakap selaput rambutan tu boleh buat kita batuk kalo makan rambutan dalam kuantiti yang banyak. Bukan anak2 je suka bila Asiah buat camni. Suami pun tumpang sekaki,ahaks. Sejuk  makan rase sejuk je tekak uols. Kalo letak kat dalam sirap pun best  jugak tau. Cubelah, pasti korang nak buat lagiJ


18 Ogos 2014

:: Buah-buahan Segar Dari Kampung ::

Salam uols…J

Inilah dia rezeki Asiah time balik kampong bulan Ramadhan hari tu. Buah-buah kat kebun ayah Asiah belum ranum lagi. Tapi dah boleh makan orang kata. Kebanyakkan buah2an ni kat kawasan umah Asiah jerk. Durian yang Asiah suke pun belum jatuh lagi. Durian tangkai lanjut Asiah panggil. Isinya kuning & tangkainya panjang. 
Tapi takpelah, xde rezeki la tu. 
Dahle 1st time rasenya kami balik kebetulan musim buah ni sepanjang 7 tahun kawin…hehe

Paling best Asiah dapat makan buah ‘ngeke’ tu. Dah lama tak dapat makan buah hutan ni. Mesti korang tak pernah makan buah ni kan. Nanti Asiah cite lebih lanjut pasal buah ni yea. 
Next time yea,ahaksJ


  1. Buah 'NGEKE' (buah hutan)
  2. Buah Salak
  3. Buah Duku
  4. Buah Rambutan
  5. Buah Durian

Hitam2 sitampuk manggis
Walaupun hitam tapi sangat manis, ahaks

14 Ogos 2014

:: RESEPI | Spagetti Carbonara ::

Salam…J

Sebelum ni Asiah ade post pasal Makaroni Carbonara Prego. 
tapi tak letak resepinye. So, hari ni Asiah wat Spagetti Carbonara Prego plak. Same je cara ngan masak Makaroni Carbonara Prego tu cume pasta je yang berbeza. 
Jom kite tengok resepi. Mana tahu leh masak untuk hubby & anak2 weekend nantiJ

 Bahan2 :- 
  • ½ peket spagetti
  • 1 labu bawang besar Holland (cincang.potong dadu)
  • 3, 4 ulas bawang putih(cincang)
  • 1 batang celery
  • Lobak merah 
  • 1 dada ayam(cincang)
  • Sosej ayam
  • Susu segar/low fat

Cara2 :- 
  1. Rebus spagetti hingga masak (tengok cara masak kat belakang plastik)
  2. Tumis bang putih & bwang besar holland
  3. Masukkkan ayam dada
  4. Bila ayam dah masak masukkan celeri
  5. Pastu masukkan sos prego
  6. Masukkan fresh milk (agak2 kuah tu xpekat & xcair sangat)
  7. Perasakan dgn garam & lada hitam
  8. Letak sosej yang telah direbus terlebih dahulu.kacau & matikan api.
  9. Boleh serve ( terpulang nak gaul terus bersama kuah @ just nak ltak kuah kat atas spagetti tu. Asiah gaul terus. Lagi best & sebati...


Alamak kecur liur tengok spagetti ni...nak kene masak lagi la ni,ahaks(",)