Memaparkan catatan dengan label jalan2 cari makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan2 cari makan. Papar semua catatan

26 November 2014

:: Ikan Patin Tempoyak Gobang Maju ::

Salam & Hye uols…J

Alkisahnye camni, mak mertua Asiah masuk wad kat Hosp. Temerloh. 
Bila sedara mara datang melawat mak, kami bawak la makan kat kedai Gobang Maju ni. 
Sempatlah 2, 3 kali pegi sebab mak 3 minggu kene warded.
Awalnya nak bawak diaorang makan kat kedai Pak Usop tapi tutup la plak hari tu. 
So, Cik Abe tanye la kat penjual ikan patin tu katne 
patin tempoyak yang best kat Temerloh ni. 
Dia kata kat kedai bawah jambatan. 
So, kami pergi la cari…jumpe la kedai Gobang Tempoyak ni. 
1st time makan Asiah tak puas hati coz Aira meragam. 
Repeat plak kali ke-2 baru puas hati…hihi
Sedap uols ikan patin tempoyak kat kedai ni. Panas, Fresh & cukup rase.
Tak pernah jumpe lagi ikan patin tempoyak sesedap cam kat kedai ni. 
Bagi Asiah la yang bukan anak jati Pahang…hehe.
Sampaikan makcik2 Asiah yang tak suke tempoyak 
tibe2 boleh jatuh suke plak kat patin tempoyak ni.
Kat kedai ni menunye simple je. Ade patin tempoyak, patin goreng, telur dadar, pais ikan talapia, ulam-ulaman, telur masin, air jagung & bandung special.
Kedai ni guna sistem layan diri. 
Kalau time makan tengahari mak ai, ramainye orang datang makan kat kedai ni uols.
Kalau korang datang Temerloh tu jangan lupe ye singgah kat kedai ni tau, konfem puashati
mesti nak repeat lagi...J
 Patin Goreng
 Patin Tempoyak


GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK
WAKTU OPERASI : Isnin, Selasa, Rabu, Sabtu & Ahad (12 tgh- 12 mlm)
                                      Jumaat (2.00 ptg – 12.00 mlm), Khamis  ( cuti / tutup )
LOKASI : Bersebelahan stesyen minyak ESSO Temerloh
Untuk keterangan lanjut korang bleh lah hub. En. Rizal (019-956 9696).


note : Bukan iklan berbayar...tehee..(",)

15 Jun 2014

:: Giler Sate ::


Salam …J

Sate Kajang Haji Samuri

Sekarang ni Asiah dok mabuk makan sate uols. Kalo balik umah mak mesti singgah kat Restoran Jejantas Sg. Buloh tu beli Sate Kajang Hj. Sanuri. Kalo pegi Kuantan, singgah beli sate kat Terminal Satay Zul plak. Dua2 jenis sate Asiah suke. Tapi sate daging lagi best, hehe...Kalo korang ade jalan2 kat Kuantan jangan lupa singgah makan kat 
Terminal Satay Zul ye…memang terbaikkk…satenya besar2 & kuahnye pon sodapp...lebih kurang cam sate Kajang gak tapi tekak Asiah lagi sedap sate Zul tu...huhu. Len kali plak Asiah tempek gambar sate Zul tu yea...bawak2 bersabar, teheee(",)

2 Jun 2014

:: Snowalk | I-CITY, Shah Alam ::

Salam uols…J

27.4.2014 lepas Asiah pegi ke JAKEL Shah Alam beli kain pasang untuk buat baju raya. Pastu singgah la plak kat I-CITY kejap. Bukan kejap tapi lama….hehe. Ingatkan nak ronda2 jerk wat jalan aira & Fiqa. Tup2 baba dia ajak masuk SNOWALK…Asiah tak bape nak masuk tapi layankan je lah jugak cz kat dalam tu kan sejuk takut Aira tak tahan jerk….memang betul tak tahan, menggigil dia walaupun dah pakai jaket & stoking semua...nasib la pujuk2 ok. Tapi nak berdukung jela, tak nak berjalan dah...Fiqa la yang paling seronok, macam2 menan dia main...suke Asiah tengok Fiqa excited ngan salji. Penangan cite FROZEN...
alhamdulillah tercapai gak niat Cik Abe nak bawak anak2 main salji...(",)







5 Januari 2014

:: Domino's Pizza Dah Ada kat Temerloh ::

Salam...:)

Suke sangat uols Domino's Pizza (DP) dah ade kat Temerloh. Actually Asiah pun xtahu DP dah buka kat Temerloh. Kebetulan Ahad minggu lepas Cik Abe ajak beli ubat MIL kat Temerloh. Apelagi singgah la jap beli pizza. Mak ai ramainye orang, baru buka kan. Kalau kat Rawang tu bleh kire ngan jari jerk orangnye. Asiah just beli Pizza Classifield Chicken(Crunchy Thin Crust), Crazy Chicken Crunchies Original & Roasted Chicken Drummet ngan Air jerk..:)


No. 1,Ground Floor
Jalan Chengal Indah 1/1
Taman Chengal Indah
28000 Temerloh Pahang






26 Ogos 2013

::Syoknye Naik Kete ngan Kakak ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols…(“,)


Setiap anak berbeza perangainya kan uols…Faiqah & Aira pun berbeza ragamnya. Sekarang ni Aira tengah lasak uols, kalau pegi mall mesti dia nak naik kete yg bunyi2 tu. Bukan nak duduk jerk. Tapi nak masukkan duit jugak suh kete tu bergerak & menyanyi (kalau yg ada muziklah). Kalau tak bagi  mesti menangis. Time kecik dia slalu tgok kakak dia main kan. Skang dia dah faham dah. So, ape lagi time dia la plak. Tak puas main singgit je. Mst nak RM2. Skali naik RM1. Aira2…kalah kakak…(“,) 

Turn kakak main...
Kusyuk tengok kakak men game...:)






note : baba lah orang yang bertanggungjawab yg membuatkan anak2 pandai main semua nie...:)

22 Jun 2013

:: Sepetang di Teluk Cempedak ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Kami lepak2 kat Teluk Cempedak untuk kesekian kalinya...Tapi pertama kali datang sini bersama Aira. Layankan permintaan kakak nak mandi pantai sebenarnya...terkejut jugak Asiah tengok kakak berani mandi pantai. Kalau sebelum ni dia takut nak sentuh air laut tu...walaupun sekadar kat tepi pantai je
macam kene dera jerk tangisnya...huhu
Mungkin dia dah besar...dia dah tahu ape itu pantai kan...cepatnya kamu membesar ye kakak...(",)...Aira plak seronok je main pasir. Kalau ikutka hati. Dia nak je join baba & kakakya mandi air laut tu...nangis2 dia nak masuk dalam air tu...tapi disebabkan cuaca panas...Asiah dukung je dia...(",)



Banyak dah perubahan kat Teluk Cempedak (TC) ni. Surau & tandas baru dah. Tandas bersih tapi surau perempuan tu tak berapa sikit. Tapi ok la berbanding dulu. Kalau korang ade datang Kuantan,Pahang jangan lupa singgah kat TC ye....best kat pantai ni...(",)




















7 Mei 2013

:: Minum petang di Secret Recipe ::


Assalamualaikum & Salam sejahtera uols


Amboi minum petang kat Secret Recipe (SR) ko Asiah...kemain lagi yea
Hehe, sekali sekala jerk...minum petang je mampu...(",)
Actually ini adalah siaran tertunggak uols...
Tekak ni teringin nk makan kek, so Asiah ajak la asben pegi makan kek kat SR Jerantut...
Asiah makan  kek Tiramisu & Green Tea Ice Blended. Asben Asiah plak makan Karipap Ayam & Soft Drink. Kakak plak just makan kek Chocolate Banana...
Karipap ayam & Green Tea Ice Blended paling best!!...yg lain2 just ok jerk.
 Tekak orang kampung kan...hihi










6 Mei 2013

:: Jom makan eskrim | Baskin Robbins ::




Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Lama tak pekena eskrim yang disukai ramai ni...ngee. 
Sekali makan amik kau, 3 scoop skali hadap...Selalunya kalau makan eskrim kat
 Baskin Robbins ni,Asiah akan pilih eskrim perisa
 Jamoca@almond  fudge & Chocolate chip
Tapi kali ni Asiah cuba perisa Pistachio almond & Mint chocolate chip. Sekali makan sedap pulak, tu yang tambah 2 scoop lagi. Mulanya Asiah pilih Pistacio almond, Encik Asben Banana flavour & kakak pilih Chocolate chip. Pastu Asiah tambah plak 2 scoop lagi (Mint chocolate chip & Pistachio almond). Kemain lagi Asiah makan kau, 
kenyang sampai malam...(",)

 

23 April 2013

:: Memori di Melaka # 2 | Menara Taming Sari ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Sumber : Google Image
Kami naik Menara Taming Sari ni pada hari kedua kat Melaka. Sebenarnya kami nak naik pada waktu siang, tapi full parking uols. Terpaksa la  kami batalkan niat kami tu.
 So, kami naik pada waktu malam. Kakak la orang yang paling seronok dapat naik menara ni. Asiah plak 50-50, rasa nak naik & tidak sama banyak. Pikir punya pikir, naik la jugak.
 Sejuk kat dalam menara ni. Tambah2 la rasa sejukya bila rasa gayat mula menerpa...haha, Asiah rasa gayat bila tengok kat bawah. Tibe2 rasa pening & nak muntah...
Tak nak dah naik pasni. 7minit masa yg pihak menara berikan tu rasa tersangatla lama...TAKUT uols. Nyesal naik!
Kakak & baba dia cool jerk...Gelakkan Asiah lagi ada la...(",)
Kalau korang nak naik menara ni harganya berbeza mengikut umur...
  • Dewasa - RM20 seorang
  • Kanak-kanak - RM10 seorang
  • Warga Emas - RM17 seorang
 
Kami...(")
p/s : Sebelum ni Asiah ada cerita pasal kiteorang pegi jalan2 Melaka episod #1. So, inilah sambungannya yea uols...arap korang tak jemu membaca yea...(",)

1 April 2013

:: Memori di Melaka | # 1 ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

AWAS! ENTRY KALI INI PENUH DENGAN GAMBAR

Awal bulan Mac hari tu Asiah sekuarga ade pegi makan angin sikit...makan angin la sangat..:) Kali ni kiteorang pegi jalan2 kat Melaka plak. Tahun lepas pergi jalan2 kat
Cameron Highlands. Ekonomi kami baru nak stabil, baru 5tahun hidup bersama uols, maksudnya kami kene tawaf satu Malaysia dulu la baru leh pergi jalan2 kat Luar Negara plak, hihi...ada hati tu nak pegi jalan2 jauh tu...mesti la kan uols...(",)
Kiteorang pegi Melaka just 3hari 2malam jerk. Sepanjang dok Melaka kiteorang stay kat Hotel Hallmark View, kat Bukit Baru Ayer Keroh, Melaka. Alhamdulillah, hotel ni bersih,perabot pun tersusun rapi, bilik air ok,layanan staf pun ok,makanan pun sedap,lap kaki pun ok. LAP KAKI?ape kes dengan lap kaki?...kalau korang nak tahu,kalau pegi hotel@bermalam selain kat rumah sendiri. Asiah mang amik pusing pasal alas kaki sebab kiteorang tak suka kaki basah pas keluar bilik air. Yang lain2 ok cume asben Asiah tak pilih bilik yang ada tingkap...Asiah dah pesan dah suh dia book bilik yang ada tingkap.......huhu,
ade sedikit kekecewaan kat situ...tapi takpelah lain kita pilih bilik yang ade tingkap plak yea...pujuk hati sendiri.



Hari Pertama

Hari pertama kiteorang pegi jalan2 kat  Restoran Ikan Bakar Terapung Umbai
Restoran ni mengadap pantai ala2 restoran kat Kuala Selangor tu.Kiteorang pilih  
Kedai Umbai Grill Fish. Boleh tahan jugak la masakan kat kedai ni. Yang paling best otak2. Tapi bukan Kedai Umbai Grill Fish yang jual, tapi kedai sebelah punya. Kalau korang pegi makan kat area sini. Jangan lupa yea makan otak2 ni. Mang tak rugi la. Aku siap bungkus wat balik bilik....hihi,kalau dekat tu rasa nak bungkus wat balik Jengka...haha. Nak bagitau korang bahawasanya otak2 itu SEDAP!
Dalam perjalanan ke Restoran Ikan Bakar Umbai tu asben Asiah ternampak signboard Coconut Shake Alai, apelagi u-turn lah basahkan tekak kejap...hihi. Kiteorang bungkus jerk. Minum dalam kereta. Mang terbaik la coconut shake Alai ni...(",)

Coconut Shake Alai

Hari kedua plak kiteorang pegi ke kawasan Rumah Merah @ Dataran Pahlawan. Ingatkan tak boleh pegi jalan2 dah hari ni sebab malam tadi Aira demam
Nasibla ada klinik 24jam kat area hotel kami tu. 
Kiteorang pegi kat Klinik Medik Al-Azhim. Biasa la ada anak kecik kan. Aira tak tahan travel jauh2 kot. Balik Kelantan hari tu pun dia demam jugak.
  •  Dataran Pahlawan

Kiteorang pusing2 tempat2 bersejarah kat area Rumah Merah ni. Cam 
Muzium Islam Melaka,Muzium Pengangkutan & Muzium Samudera.
Mula2 tu kiteorang naik beca kononya nak pusing semua tempat. Sampai separuh jalan Aira plak nangis. So, terpaksa la kiteorang naik separuh jalan jerk. Kebetulan tengah hari kan, panas terik. Tu yang Aira nangis. Rimas kot...kakak plak tak puas naik beca lagi. Kalau murah bagi je kakak naik ngan baba dia. Tapi babanya cakap tak nak RM40 tu satu pusingan. Tapi puas hati la kalau nak santai2. Kalau jalan kaki pun dekat je antara satu tempat tu, cuma panas la kalau berjalan time tengahari...jom layan gambar yea...(",)
  • Muzium Islam Melaka


Pas setel jalan2 kat Muzium Samudera tu, Asiah singgah jap kat Medan Samudera. Berhadapan dengnn Muzium Samudera. Kat sini banyak ole2. Kalau cencalok Asiah leh dapat dengan harga RM10 (4botol). Kalau kat tempat lain RM10 (3botol jerk). Kalau mende lain Asiah tak tau. Tapi pakcik beca tu cakap kalau nak beli barang better beli kat 
Medan Samudera ni. Murah sikit berbanding ngan tempat lain...katanya la...(",)  
  • Muzium Samudera
  • Medan Samudera


p/s: bersambung ke next entri....

NOTE : Sila tekan SINI untuk baca sambungan dari entri nie yea...(",)
  

10 November 2012

:: Makan2 kat Kenny Rogers Roasters ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Minggu lepas kan anniversary kiteorang..
so, my hubby ajak makan2 kat Kenny Rogers Roasters(KRR)
Sebenarnya aku tak bape nak makan sangat coz baru jerk bulan lepas makan kat sini
Fiqa la yang excited nak makan kat sini...suke sangat dia makan nasi ngan hotdog tu
so, ini je la menu yg weols order  & jom layan gambar kiteorang....(",)



Ni time Fiqa kecik...suke sangat makan kat KRR ni


gambar bln lepas

20 April 2012

:: Zoo Negara ::

Salam uols...:)

Awal April lalu,
aku bawak anak dara aku pegi ke Zoo Negara
Korang nak tau kenapa?
Sejak awal tahun agi dia bising dok cakap
nak tengok zirafah
Nampak jer zirafah, mesti cakap jom la ibu kte g tengok Zirafah
So, aku pun suh dia menabung tuk pegi tgok zirafah
Sebenarnya tabungnya tak penuh lagi
Tapi disebabkan asben aku ade kelapangan
So, kiteorang bawak la dia g wat
 'LAWATAN' ke Zoo Negara...hihi
Teruja giler dia bila sampai kat zoo tu
Terus tanya '' ibu, mane zirafah?''
Kiteorang pun terus pegi cari zirafah dl 
Walaupun kat depan tu kteorang jumpe harimau dulu
Nampak jer zirafah, terus dia lompat2 gembira
Suke sangat....
dia cakap ''leher zirafah panjangkan bu, betul cikgu cakap''
Lama kiteorang dok tengok zirafah 
coz dia tak nak pg tengok binatang lain
Dia cakap dia nak tengok zirafah jerk
Aduhai kakak....lawak betul la
 Pas baba dia pujuk 
baru la ok nak jalan tengok binatang lain plak
Bila time tengok gajah, kemain lagi posing
Tak takut pun cz dia dah pernah tengok gajah dah sebelum ni
kat Kuala Gandah.


26 Mac 2012

:: Memori di Cameron Highlands ::

Salam uols....

Salam pagi Isnin sumer ...no monday blues okay...:)

16 Mac 2012 lpas kiteorang ade naik Cameron jap
2hari 1malam jerk...utk second timenyer...;)
Hadiah utk my gegurl yg dah rajin mengaji Iqra

Kiteorang just stay kat hotel bajet jerk...kat Hotel Chua Gin

Bilik penginapan
  Kali ni kteorang tak g petik buah stroberi pun
Just jalan2 tempat2 yg menarik kat sini jerk
Orang kate biarlah gambar yg menceritakan segalanya kan
So....
arap korang njoy ngan gbr kiteorang yg tak seberapa ni erk...hik2

Ladang Teh Bharat
Taman Rose
Taman Rama2 & Strawberry Moments Cafe

Makanan yg tak kan miss bl time g Cameron
Ape dia??....Brokoli goreng...hihi
Mang feberet....sedap sangat ....:)

Brokoli goreng,jagung mutiara...my feberet











                                                          

12 Februari 2012

:: Pizza Terbaru Memang Best...;) ::

Salam uols...
Watpe weekend nie?
Jalan2 ker?@lepak2 kat umah jerk??
Lepak2 kat umah pon sodap....:)

Aku plak petang semalam ajak asben pegi Mentakab
Sajer je jalan2 pekena pizza terbaru...
tengok iklan kat tv tu cam best jerk...hihi
lgpun kiteorang dah lame tak pekena pizza...

Pic : Google Image
Padahal kat Jerantut ade jerk pizza
Tapi aku ajak pg Mentakab gak sbb nak beli Apple Pie  kat McD skali
Kat Jerantut McD xde...
naseb la asben aku layankan jer pangai mengade2 bini dia ni ...;)

Pizza Hut & McD



Kiteorang just order
Golden Fortune Pizza,Treasure Platter, Asam Boi Fizz, 
Tropical Fizz & Chocolate Valcano  (ade vanilla eskrim kat atas)
Semuanya terbaeekk lah..
wuhooo....yumylicious....:)

1st time kuar jln2 Fiqa pakai tdg...:)









17 Oktober 2011

:: PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU ::

First time aku menjejakkan kaki ke negeri Terengganu...
padahal aku berjiran je ngan negeri PENYU nie
sampai sini pon sebab ade kursus kat sini minggu lepas...klu tak, bila ntah baru dapat sampai sini.
Hari last kursus kiteorang dapat balik awal, 
so kiteorang (geng2 MARAN) pg PASAR PAYANG jap cz dekat jer ngan tempat penginapan ...
berjalan kaki amik masa dalam 15minit jew...

rupenya Pasar Payang ni cam pasar kat Rantau Panjang, Kelantan jer... cumer yg lain sikit sbb kat sini ramai orang jual BATIK....banyak barangan yg berunsurkan batik(kain psg,seluar,baju,dll)
aku terpesona ngan keindahan batiknya...
cantikkan kain batik tu...macamane tak rambang mate nak memilihnya tu...hihi
aku tak shopping kain batik...member2 jer yg beli
aku just beli baju kelawar, seluar kain pelikat,dress tuk si bam2...keychain tuk ofismate
tu jerk yg sempat...
Beli kopok pun 3plastik jer...nak bl brg banyak2 payah coz naik bas
kalau nak shopping sakan kene pg ngan kete sendiri nnt..

kedai pakcik ni la aku beli kopok...:)

sebelum sampai Pasar Payang tu....ade sebuah masjid tau...berwarna putih...
cantik betul bangunannya
orang panggil masjid tu...Masjid Putih @ Masjid Sultan Zainal Abidin


aku tak sempat nak snap gbr  pun...semua gbr ni aku copy kat Encik.Google jerk
tenkiu En.Google...(jasamu dikenang)
sampai berjumpa lagi....:) 

 





13 Julai 2011

DEERLAND vs Taman Rusa

salam sume..
watpe tu???
dah tido kew???
takkan dah tido kot...mesti dok tgok bola kan
Malaysia vs Arsenal
my hubby terlupa nak tengok...huhu
dok layan my doter bam-bam sowang ni...:)

skang nk cite pasal DEERLAND
aku ber enam ke Taman Ruse ni..
together2 n family Ida
1st time aku tengok rusa...sblm ni just tgk kat tv/buku jew...
rupenye cam kambing jew(bg pdgan mate aku la)
cume dia makan keledek je n tak la berbau sgt badan dia...
berbanding ngan kambing...

Taman rusa ni terletak di Kuala Gandah, Lanchang...
selain rusa, ade gak binatang lain.
cam beruang, arnab, ayam belanda
so, lets chekedaut....

tengok tu...manje je si ruse nie

sempat bagi makan si tanduk ni..

my hubby dengan bangganye posing ngan ular sawe...eee, takottt



my doter bam2 n asif benti berehat jap...letih berjalan ke hulu hilir tengok binatang... penat ye sayang
 lebih kurang jam 4pm kiteorang berangkat pulang...
korang nak tau tak ape yg jadi pasni???
nak tau???
ok2....aku cite erk...korang jgn tergelak plak yea

on da way nak balik ke my sweet home...tibe2 kete tak mau gerak...
rupenyer ade masalah ngan 'gearbox'
terpakse la kiteorg stay kat kdai makan...
si asif n my doter bam2 dah cranky dah...
bosan n keletihan bermain
last2...aku n Ida balik ngan teksi...
Ajis n my hubby setelkan pasal kete yg problem tu...
inilah bahananyer pg jalan2 tak planning dulu...huhu
main jalan jew.. 
korang jangan jadi cam aku yea...
nasebla pg berdua ngan family Ida..
klu tak, bermalam kat highway la aku ank beranak...;)

12 Julai 2011

Trip to Kuala Gandah | Elephant Sanctuary

Salam sumer...
Weekend lepas secara tak sengaja aku pergi jalan2 tengok gajah..
hehe ...kat mane tu????
Kat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Di mana???
Kat Kuala Gandah, Lanchang...Pahang Darul Makmur
hehe...

Pas balik dr melawat jiran kat hosp. coz sakit jantung...aku follow Ajis & Ida pg jalan2 saner...
tak plan pun nak pegi..tibe2 jew aku cam seronok je nak tengok gajah...
ini antara gambar yang sempat aku snap ngan ensetku yang 'season' nie...


ramai pelancong asing dtg ke sini
tak dapat nak snap gambar cantik2 coz ramai sangat pengunjung...
dapat amik sipi2 je la...

my doter bam2 (baju merah) tu takut nak bg makan gajah

makan time...hehe
ni sempat la bg makan gajah jap...panas terik time nie...rase nak berendam jer cam
gajah kat bawah ni...

sonoknyer mandi
selain pg tengok gajah, kiteorang pg singgah kat taman rusa jap
jalan yg sama cume masuk simpang lain je
next entry lah cerita pasal DEERLAND...hihi...
cam best jer deerland tu...
nanti korang senang2 berkunjung lah ke sini
berjumpe di lain entri yea...daaa