Memaparkan catatan dengan label Syawal mulia... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syawal mulia... Papar semua catatan

25 Julai 2014

:: Salam Lebaran 1435H/2014 ::

Salam…J

Awal syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat menyambut hari lebaranJ


Semoga perjalanan balik kampung korang selamat hendaknya.
Hati2 di jalan raya
Ingat, orang tersayang sedang menunggu kepulangan kite (",)



5 Ogos 2013

:: Amalan Sunat Sempena Syawal ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Lebih kurang seminggu lagi kita nak sambut raya kan uols...camne persiapan raya korang?dah setel ke belum?...alhamdulillah Asiah dah setel dah tp Cik Abe la plak tak puas hati ngan baju-bajan dia. Nak cari yang lain katanya...huhu, layan je la...:)
Hari ni Asiah nak kongsi ngan korang semua tentang AMALAN SUNAT SEMPENA SYAWAL yang akan kita sambut tak lama lagi kan uols...jom kita same2 mengamalkan amalan sunat ini bagi menyemarakkan Syawal mulia...(",)

           Bertakbir
-     Bertakbir pada tarikh 1 Syawal sempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yg disyariatkan.
-     Di sunatkan takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya
-     Disunatkan bertakbir sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat sunat aidilfitri

Lafaz ucapan selamat pada hari raya aidilfitri
-     Disunatkan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan taulan

Terus menghidupkan malam
-     Semangat mengerjakan solat sunat tarawih perlu diteruskan dgn mengerjakan qiamullail pada hari2 berikutya selepas berakhir  Ramadhan

Mandi pada pagi hari raya
-     Kita boleh mandi sunat di pagi hari raya. Caraya adalah seperti mandi wajib. Ia perlu dilaksanakan sebelum berangkat ke masjid atau surau untuk solat sunat aidilfitri

Makan sebelum solat sunat Aidilfitri
-     Disunatkan juga utk menjamah makanan sblum berangkat menunaikan solat Aidilfitri utk menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya

Memakai pakaian yang indah
-     Sunat bagi seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari2 raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri & Aidiladha) dan tempat diadakan majlis(spt maj.perkahwinan)

Mengerjakan solat Aidilfitri
-  " Rasulullah telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda xmelakukan sbrang solat sblum & sesudahya"

Mengerjakan puasa sunat enam hari
-    “ sesiapa yg berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dgn puasa enam hari di bulan Syawal, seolah2 dia telah berpuasa setahun”. Cara paling afdal utk melaksanakannnya adalah memulakan puasa sesudah  hari raya Aidilfitri secara berturut2(bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yg ditetapkan oleh para ulama.

note : sumber dari Majalah Pa & Ma edisi Ogos 2013 (slot REHLAH)
  



26 Ogos 2011

:: Salam Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin ::

Salam...
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita...:(
Syawal akan menjelma
Selamat datang Syawal yang mulia...
Dikesempatan ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
jika ade tersalah kata, tersalah bicara...
Coretan saya ade mengguris hati korang ke ...kosong2 yea..

sumber : Google

Terima kasih tidak terperi
atas budimu duhai pembaca
Ambil kesempatan ucapan diri
selamat hari raya pada semua

Semoga kalian semua berbahagia di hari lebaran yang bakal menjelma.
Jangan lupa pada yang tiade...
Ziarahilah pusaranya....sedekahkan alfatihah untuknya...

Kepada yang baru nak bertolak balik kampung, hati2 di jalan raya...
biar lambat, asal selamat...tak lari gunung dikejar...
 ingatlah orang tersayang...keluarga yg menunggu kepulangan korang...;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin
dari saya sekeluarga...:)