Memaparkan catatan dengan label drama addict. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama addict. Papar semua catatan

17 Disember 2013

:: Slot Ratu TV9 | Ammara Batrisyia ::


Salam uols…(",)


Dah lama Asiah xreview drama tv yg Asiah tengok kat sini kan uols(mst xpersankan)
Sekarang Asiah dok layan cite Ammara Batrisya ni.
Setiap Selasa & Rabu
Kol 8.30 kat Tv9
Umi Aida & Erra Fazira uols tunggak utama cite ni.
Setakat 2 episod yang Asiah tengok cite ni best.
Ape kata korang tengok malam ni nak tau cite ni best ke tak…:)


Jom layan sinopsis cite ni dulu ye uols…:)

Ammara dan Batrisyia. Ammara (Umi Aida), seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan ibu  bapanya sejak kecil dan dibesarkan mak cik nya di Australia. Ammara pula, selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), pengacara rancangan Diari Hati.
Batrisyia mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita yg xbernasib baik.
Kerana obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya dgn Batrisyia dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya menemukan Batrisyia dan Ammara dan membuatkan mereka menjalin persahabatan tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan Batrisyia dan menjadi sepertinya.
Adakah Ammara sebenarnya berniat baik pada Batrisyia?Bagaimana pula penerimaan Batrisyia akan Ammara yang bertindak seolah-olah memilikinya?

Pelakon
  •  Umi Aida
  • Erra Fazira
  • Adi Putra
  • Ungku Ismail
  • Betty Rahmad
  • Ku Hariz
  • Tunku Hanis
SUMBER


18 Oktober 2013

:: Love Rain | Korean Drama ::

Salam uols

Dah lama Asiah tak layan cite Korea tau
Tapi sejak Asiah terbace tentang Drama Love Rain kat blog Bui Junaidi
Asiah rase ada mood nak layan balik cite korea...hihi
Tidak sia2 Asiah tengok cite ni coz cite mang sonok & kene dengan jiwa Asiah
Tentang First Love la lebih kurang
Lagunya pun best sangat...sukeee...:)
“Love Rain" ni menggambarkan cinta tulen tahun 1970-an dan cinta dari hari ini pada masa yang sama.Ia menunjukkan bagaimana anak cucu beberapa sebelumnya bernasib buruk, yang bertemu pada tahun 1970-an, berjaya untuk bertemu dan jatuh cinta.

Seo In Ha (Jang Geun Suk) dan Kim Yoon Hee (Yoona), seorang pelajar seni dan cantik yang pemalu, bertemu dan jatuh cinta dengan satu sama lain semasa kolej pada tahun 1970-an tetapi malangnya cinta mereka telah ditakdirkan tidak menjadi.

Kini dalam abad yang 21 hadir, Anak Seo In Ha, Seo Joon (Jang Geun Suk) seorang jurugambar liberal,bertemu dan jatuh hati  dengan anak perempuan Kim Yoon-Hee iaitu Kim Ha Na (Yoona), seorang gadis ceria dan bertenaga yang  personalitinya  berbeza dari ibunya.

Kasih sayang antara satu sama lain akan menyimpan mereka bersama-sama atau mereka akan menghadapi nasib yang sama seperti ibu bapa mereka?(Sumber)



Note : semua pic. Asiah copy & paste dr Encik Google

6 Jun 2012

:: Drama Seindah Sakura | TV3 ::

Salam uols...

Kredit : Google Image
Sekarang aku dok layan cite Seindah Sakura kat TV3
Korang tengok tak?
Aku jadi jatuh hati ngan pasangan Fasha & Fahrin sejak tengok
Cerekarama Menara Cinta hari tu
Pasangan yang best bagi aku la...:)

Drama Seindah Sakura ni adaptasi dari Novel Seindah Sakura 
Karya Liza Zahira
Aku tak pernah baca novel ni
Bila tengok drama ni, jalan ceritanya best
Mesti novelnya lagi best...hihi
Kredit : Google Image
Fasha Sandha, Fahrin Ahmad & Wan Sharmila
Yang melakonkan watak dalam cite ni
Cite ni setiap Isnin - Khamis
Jam 7.00 petang
Jom kite layan...:)

Drama Seindah Sakura ni mengisahkan kisah sedih kehidupan Shakira (Fasha Sandha) yang telah ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil. Walaupun membesar dalam keadaan daif namun, Shakira tetap tabah menempuh segala onak duri kehidupan seorang diri sehinggalah kehadiran Cikgu Airil(Fahrin Ahmad) yang berjaya membawa sinar kebahagiaan setelah sekian lama.Namun, panas tidak berpanjangan hingga ke petang. Kepulangan mengejut ibunya setelah bertahun-tahun meninggalkannya mengubah segala-galanya. Shakira sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang lain.Adakah pengorbanan yang dilakukannya akan menjanjikan sebuah kebahagian untuknya?



24 April 2012

:: Drama Mahabbah | Slot Samarinda Tv3 ::

Salam uols...

Lama dah aku tak layan drama...last skali aku rase 
drama Vanilla Coklat & Dinginya Lavenda.
Sekarang baru aku dok layan drama Mahabbah kat slot samarinda TV3.
Korang tengok tak?....Meh aku cerita sikit tentang drama ni yea

Kredit : Google Image

Kisahnya bermula dengan lakonan Nur Fathia(Sabila) seorang gadis yang bekerja di sebuah butik, telah jatuh cinta dengan seorang pemuda lakonan Azlee Khairi(Iskandar). 
Namun percintaan mereka telah ditentang oleh keluarga Iskandar yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal.
Walaupun mendapat tentangan namun perhubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.
Sehinggalah mereka mendapat seorang anak(Ashraf).Adakah perkahwinan mereka akan berkekalan?Ataupun Iskandar meninggalkan Sabila kerana mengikut kata-kata ibu bapanya?
Semuanya terjawab dengan menonton drama Mahabbah ni yang bersiaran setiap hari 
Selasa dan Rabu jam 10.30mlm, manakala Khamis jam 9.30mlm.
Kalau korang free dan xde apa nak buat, boleh la layan crite nie.Para pelakonya pun best.
Ada Aida Aris, Nur Fathia, Aiman(Vanilla Coklat), Dato Jalaluddin Hassan & Azlee Khairi...;)

Kredit : Google Image