Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

9 Julai 2013

:: Salam Ramadhan ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

 Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadat puasa pada kali ini. Semoga Ramadhan kali ini kita jalani dengan lebih sempurna dan mendapat keberkatan dan keredhaan olehNYA....Selamat Berpuasa uols...♡







16 Mei 2013

:: Selamat Hari Guru ::

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera uols...(",)

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia ...TERIMA KASIH cikgu diatas ilmu yang diberikan menjadikan saya seorang insan seperti hari ini...thanks a alot kat cikgu SK Sungai Long(1991-1996), SMK Batu Melintang(1997-2001) & SMK Ayer Lanas(2002-2003) . Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu semua...
terima kasih cikgu...(",)



p/s : tak lupa juga kepada kawan2 di luar sana yg menjadi guru@pesyarah... & abang ipar Asiah... 
Zarisham Zakaria(Cikgu muzik Asiah time sekolah rendah)
Selamat Hari Guru Abe Z...(",)

17 April 2013

:: Hari Susu Sedunia bersama Dutch Lady ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols....(",)

Weekend lepas Asiah bawak anak2 pegi Kuantan. Join roadshow Hari Susu Sedunia kat Kuantan Parade. Inilah sebahagian gambar kandid yang sempat Asiah ambik..(",)
Daftar dulu...(",)
Ladang Dutch Lady
  • Aktiviti memerah susu lembu
  •  Masukkan susu yang siap diperah di dalam cawan yang disediakan
  • Dapat hadiah keychain
Bangsal Dutch Lady
  • Pilih bola yg berwarna hijau 3 biji
  • Masukkan bola tersebut didalam mulut lembu
  • Dapat hadiah keychain...(",)
Kafe Dutch Lady
  • Susun gambar burger dengan betul
  • Bila siap, hantar burger kat kaunter
  • Dapat hadian keychain...(",)

Cop tangan time...

 Keychain limited edition sebagai hadiah...
Kami....(",)

Ade 5 aktiviti sebenarnya, kakak join 3 jerk. Aktiviti kat Makmal Dutch Lady & wat video bakat anak kita untuk contest 50 Tahun Inspirasi Masa Depan.
Kalau korang nak join roadshow ni, korang boleh la tekan SINI untuk keterangan lanjut...(",)


25 Mac 2013

:: Selamat Hari Polis ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)


Selamat Hari Polis yang ke-206 especially untuk my hubby & untuk semua PDRM di luar sana. 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' merupakan tema Hari Polis untuk tahun ini. Sesungguhnya jasa PDRM tiada tolok bandingnya. Pengorbanan banyak yang telah dilakukan untuk menjaga keamanan negara. Hari Polis disambut setiap 24 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan keselamatan yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan daripada ancaman komunis.

" Semoga Allah memberi kesihatan yang berpanjangan untuk abang bagi menabur bakti kepada tanah air yang tercinta"

23 Januari 2013

:: Salam Maulidurasul 1434 Hijrah ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Esok cuti...
moga2 dapat menambah bekalan untuk kita bertemu denganNYA nanti...amin
Semoga kita mengamalkan sunnah Nabi Muhammad  SAW dalam segala perbuatan kita, rutin harian kita...same2 yea kita berubah ke arah kebaikan...(",)

16 Mei 2012

:: Selamat Hari Guru | 16 Mei 2012 ::

Salam uols...

Selamat Hari Guru
 kepada semua yang bergelar PENDIDIK di Malaysia
Semoga semakin tabah dalam mendidik anak bangsa...:)

'' Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara ''

15 September 2011

:: 16 September 2011 ::

Korang tau tak ada ape dengan 16 Sept  nie???
Tau....
ader cuuuutiiii.....
yuhaaaa...........esok cuti
heep,heep...hooooraayyyy
itu jew korang tahu???....
hehe, 
gurau jerk
meh sini aku storykan untuk aku & korang yea

16 Sept ni adalah Hari Malaysia
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun
untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia 
di tarikh yang sama pada tahun 1963
Ia menandakan penyertaan bersama
bagi membentuk Malaysia

sumber : Google image


Pembentukan persekutuan baru ini 
dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 
namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 
bagi membolehkan ia disambut bersama-sama
dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6
Beberapa isu berkaitan dengan bantahan
Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September 
pada tahun yang sama

 sumber : Google image

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan
memperuntukkan masa membuat pungutan suara
di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah 
sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri 
Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia
Mulai tahun 2010...
Hari Malaysia juga merupakan cuti am
di semua negeri di Malaysia
(sumber : wikipedia/google)

Inilah ceritanya...
aku ni slow sikit bab2 sejarah nie...
time sekolah dl pon asyik ngantokss jer...zzzzzz 
time subjek sejarah..
hehe...

arap kite same2 ingat yea ape dia 16 Sept ni...
anyway, selamat menyambut Hari Malaysia
Hari Merdeka...dan selamat bercuti..
have a nice holiday 
bersame orang tersayang ...
cuti2 Malaysia....;)