Memaparkan catatan dengan label Bahan Bacaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahan Bacaan. Papar semua catatan

10 April 2013

:: Sebarkan Cinta-MU ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

" Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya."
Sumber : Google Image
Cantik kan cover novel ni. Secantik isi dalamnya. Ini novel tauhid sebenarnya. Karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN. Harganya RM31. Keluaran PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Tapi Asiah tak beli, Asiah pinjam je kat library ni ha . Dah lama pinjam tapi belum habis lagi membacanya. Baru sampai di halaman 21. Jauh lagi perjalanannya...
Jom baca sedikit sinopsis novel ni ye...(",)
Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.
Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

13 Mei 2012

:: Majalah Harmoni | Edisi Hari Ibu ::

Salam uols...

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang sudah bergelar IBU
Yang belum bergelar ibu...Insyallah suatu hari nanti adala rezeki tu
Doa & usaha...insyallah,berjaya...:)

Bagi aku, alhamdulillah Allah telah kurniakan aku seorang cahaya mata
Kurniaan dr Allah yang tidak ternilai bagi aku & suami...
Pengikat kasih kami...


Minggu lepas aku ada beli majalah Harmoni Edisi Hari Ibu tau
Yang bestnya...Neelofa & mama dia yg jadi cover majalah ni
Eeeee.....suke2
Tu pasal aku beli...hehe
Kalau korang nak tahu...
Love adalah panggilan manja bagi Neelofa
Sweetkan...:)
Jom layan ape yg ade dalam majalah ni

 Blogger yang femes amos Fatin Liyana pun ade dalam majalah Harmoni kali ni
Dia cover dalam  slot Wanita Sukses
Dia kan pemenang award Best Celebrity Blogger
Bertuah sangat dia...
Suke tengok dia...humble jerk aku tengok...:)
Dia ade kuar kat rancangan tv hari tu
Kat MHI (tv3) & NASI LEMAK KOPI O(tv9)
Jom layan gambar dia & her mama
Sweet sangat...:)

Sweetkan...;)  
Inilah dia Blogger bakal doktor
Kalau korang nak tau ape lagi yang terkandung dalam majalah Harmoni kali ni
Silalah beli yea kat kedai berdekatan dengan anda dengan harga RM4.50 jer

Anyway, untuk Ma...selamat hari ibu ma...
'' Terima kasih kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang
Jasa Ma tak ternilai oleh kami...hanya Allah yg dapat membalas jasamu Ma...
Moga Allah memberkati hidupmu & diberi kesihatan yang berpanjangan ''

P/S : Korang mesti celebrate Hari Ibu kan hari ni...aku tak pernah sambut.
         Takpela, yg penting...ingatan terhadap ibu kita...:)
       

3 Februari 2012

:: Biografi Muhammad bin Abdullah | Perjalanan hidup seorang nabi ::

Tadi time dok wat katalog buku...aku tertarik ngan sebuah buku nie
Biografi Muhammad bin Abdullah...:)

pic from Google
Sesuai la untuk aku yg belum khatam tentang sejarah nabi ni...
Kalu korang nak beli murah jer RM35 kat semenanjung
Sabah & Sarawak RM38...
Keluaran PTS DINAMIKA SDN.BHD 
Gaya penulisanya senang untuk difahami, itu yg penting...hihi
(Cam tukang promote la plak... )
Selamat membace yea...:)

27 Oktober 2011

:: Pa & Ma Edisi November ::

Dah seminggu dah aku ase aku beli majalah Pa&Ma nie...tak sempat nak bace,just tengok gambar jer.
Baru semalam aku dapat bace keseluruhannya...
Bulan ni isu tentang MASALAH KESUBURAN...

Tengok covergirl bulan nie...
sweet sangatkan...anak saper la nie..;)

Tengok la gelagat si tecik ni...
Geram tengok...sweet sangat...
Qaseh Rania namenye...sesweet tuanya kan..

Antara isu yang menjadi perhatian aku...
Sesuai ngan keadaan aku sekarang...hihi
Tengah usaha nak tambah zuriat la katakan...
Moga dimurahkan rezeki olehNYA..:)

Selain tu, Sazzy Falak ngan kembarnya pun ade dalam isu kali ni...


Banyak lagi topik yg menarik...
kalau korang nak bace secara online
bolehla tekan SINI
Kalau tak, carilah di kedai2 buku yg berhampiran dgn anda
(ececeh ayat...cam nak promote jerk) 

Jangan terlepas isu ni yea ibu2...
Sonok sangat bace...:)