Memaparkan catatan dengan label air tangan Asiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air tangan Asiah. Papar semua catatan

20 Jun 2017

Creamy Sagu Gula Melaka


Salam ;)

Alhamdulillah orang kata rezeki tak pernah silap alamatkan. Siapa yang rajin berusaha dia lah yang akan dapat. Sejak Mei 2017 Asiah berjinak2 dengan sagu gula melaka ni. Asiah letak kat kedai makan. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. 
Awalnya Asiah penggemar sagu gula melaka ni. 3, 4 bekas skali beli. Anak2 pun suka. Ayah Asiah pun sama. Kalau bulan puasa tu, boleh kata dok ulang masak sagu ni je la. 
Ma Asiah masak guna santan. Lagi sedap. 
Tapi Asiah guna susu cair. Nak bagi resepi pun xboleh sebab Asiah agak2 je sume. yang penting sagu tu rendam dulu. Basuh bersih2 cam  basuh beras tu pastu rendam. Kalo nak masak petang. Pagi2 dah rendam siap2 sagu tu. Baru xde masalah mata ikan. 
Didihkan air, bila air dah mendidih baru  masukkan sagu. standby siap2 air panas takut air xcukup. Kalau air tak cukup xboleh letak air sejuk. Mesti letak air panas jugak. insyallah sagu korang akan nampak cantik & proses memasaknye sekejap sahaja. Kalau guna cara Asiah ni ;)

019-9566136 untuk tempahan :)

19 Jun 2017

Menu Simple untuk Sahur

Salam korang J

Salam 24 Ramadhan uols.
Hari ni tetiba ade mood nak menulis kat sini. Laman yang dah setahun tak ku kunjung. Arap ade lagi la yang sudi berkunjung ye.
Puasa kali ni Asiah ase jarang sangat Asiah masak.Kalo masak pun time bersahur je. Bukan tak sempat, bukan malas, bukan xde idea nak masak apa tapi Umar nak berkepit je ngan Asiah. Ngan kakak pun tak nak. Kalo time mood dia ok baru Asiah bleh masak. Ha, gitu ler…masak bergantung kpd mood Umar. Besar betul kuasa dia. Sabar je lah.

Time puasa selalunye Asiah masak simple2 je. Suami suke makan yg simple2 je. Inilah dia antara makanan yang Asiah masak time bersahur J

 Telur sambal feberet suami

Ikan selayang rebus goreng & sambal tumis jawa

16 Ogos 2016

:: Assorted Sandwich ::

Salam & hye uols 

Skang sandwich tengah glamer kan uols. Ramai yang buat duit dengan meniaga sandwich skang. Kat area Asiah ni tak jumpa lagi orang buka kelas untuk belajar sandwich kalo x, nak je Asiah pegi blaja jugak. 1st time tengok orang jual sandwich yang mabeles adalah
Garsa Kitchen. Terliurnye tengok orang pakat post pasal sandwich. Disebabkan terliur punye pasal so, Asiah buat la sandwich sendiri. Hari pertama Asiah buah Egg mayo & sardine sandwich. Asiah bawak pegi ofis sempena ada kursus Ms Excel.  Hari kedua plak Asiah buat sandwich chicken slice je wat makan sarapan kat rumah. Alhamdulillah semua habis. Suami & anak2 pun suka makan sandwich yang Asiah buat…pasni boleh lah buat lagi.
        
Egg Mayo & Sardine Sandwich

 Chicken Slice Sandwich

29 Julai 2016

:: Kek Karamel Coklat Moist | Resepi ::


Salam & hai uols J

Hari ni Asiah nak kongsikan resepi Kek Karamel Coklat Moist dengan korang walaupun kejadian tak berapa nak cantik J

KARAMEL
Masukkan 2 sudu besar gula dalam Loyang & masak dengan api perlahan sehingga bertukar menjadi warna perang. Sejukkkan.

PUDING
6 biji telor saiz A
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air dulu)
1 tutup esen vanilla

Cara :
-Campur semua bahan & blender sekejap xperlu lama.
-Masukkan bahan yang diblender tadi di dalam Loyang yang berisi KARAMEL
-Kukus selama 20 minit.

KEK COKLAT MOIST
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu the baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 tutup esen vanilla

Cara:-

-Satukan semua bahan & masak atas api perlahan. Kacau sebati & tak perlu sehingga mendidih. Dah sebati (gula dah larut) pun dah ok.
- Sejukkan sekejap
-Pukul 3 biji telur hingga kembang & masukkan bahan coklat yg dimasak tadi, kacau sebati
- Masukkan tpg gandum, soda bikarbonat, baking powder & esen vanilla.
- Kacau sebati & masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi puding tadi & kukus selama 45 minit@hingga masak(cck ngan lidi dah xmelekat)
- sejukkan dalam 20 minit@jangan terbalikkan masa panas nnt karamel pecah.
- Bila dah sejuk, bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk
-Sedap dimakan semasa sejuk.



2 Jun 2016

:: Resepi Pisang Goreng Cheese + Chocolate ::


Salam & hai uols J

Semalam Asiah post pasal Pisang Goreng Cheese + Chocolate. Hari ni Asiah nak kongsi resepi ngan korang plak cemana Asiah buat pisang goreng tu yea. 
Ok jom kite tgk bahan2 & cara nak menggorengnye yea :-


Pisang tanduk (terpulang pd korang nak guna pisang ape)
Chocolate masakan
Cheddar Cheese
Chocolate Syrup
Tepung goreng pisang Adabi

Cara-cara :-

- Bersihkan pisang & potong ikut suka korang. Asiah potong menyerong
- Panaskan minyak untuk menggoreng
- bancuh tepung goreng pisang tu mengikut cara yang tertera kat plastik tepung tu
- masukkan pisang yang telah dicelup tepung pisang goreng tadi
- bila dah kekuningan, angkat & toskan sekejap
- letakkan cheese sementara pisang goreng masih panas
- pastu letak chocolate syrup kat atas cheese tadi & taburkan coklat masakan yang telah diparut di atas chocolate syrup tadi.
- sedia untuk dimakan
- sedap dimakan masa panas2.

Rupa tak secantik rasa, hihi


Selamat mencuba korang J


27 April 2016

:: Wordless Wednesday | Masak2 April ::

Salam & hai uols J


Antara menu yg Asiah masak dalam bulan April ni. Yang penting 2 biji kek coklat kukus Asiah buat bulan ni. Sampai berat naik 1 kg dalam masa 2 minggu. Amik kau, hihi J


31 Mac 2016

:: Dirasuk 'Hantu Aiskrim Malaysia' ::

Salam & hai uols J

Bulan Mac kan panas terik cuaca kat negara kite ni. Semestinya tekak pun nak makan yang sejuk2  jerk. Apelagi Asiah macam kena rasuk dek  ‘hantu aiskrim’. Asyik buat eskrim jerk. 
Rajin betul jadinya, haha. Sampai penuh kat freezer dengan eskrim. Tak boleh letak mende lain dah. Cam nak niaga eskrim plak, tehee. Suami dan anak2 pun layan jerk. 
Kakak lagi la hari2 bawak eskrim untuk kawan2
Sonok tengok anak2  suka makan eskrim yang Asiah buat J

Eskrim Thai Green Tea
Eskrim Mangga, Pisang (hijau) & kopi
Eskrim Mangga, laici, sirap laici, jagung & pisang
Eskrim Tamar Cocoa, Bandung, Pisang & Sirap

21 Disember 2015

:: Masak2 Sep - Dis 2015 ::

Salam & hai uols J


Inilah makanan yang Asiah masak sepanjang 2,3 bulan ni. Hanya ini yang sempat Asiah amik. Ade juga makanan yang Asiah beli cam putu perak & buah cempedak tu. 
Takkan Asiah buat sendiri kan uols,hihiJ

Mihun calong, laksam, pelam asamboi & keropok beras

Telur itik msk lmk cili api, telur ikan grg kunyit, sambal abang, putu perak, ayam carbonara, ubi kayu garlic, ikan kembung masak lemak, ikan goreng, kacang buncis goreng, sambal abang.

Sambal telur, ikan bilis holland, telur dadar, patchoy tumis, cempedak, mihun sup, lontong, nenas asamboi, kuih benderang.

30 Mac 2015

:: Resepi | Mihun Sup Simple ::

Salam korang sume…J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mihun Sup Simple  plak versi campak2 jugak. 
Yang penting sodappp…hihi
Jom kite masak…J

Bahan2 :
  1. Bawang putih (4-6 ulas/ketuk)
  2. Bawang besar holland (1/2 biji/ptg baji)
  3. Ayam dada(potong dadu)
  4. Fish Ball(1 peket/belah 4@ikut suka)
  5. Sawi cina(2 pokok)
  6. Telur(sebiji sorang)
  7. Ikan bilis (yang telah digoreng)
  8. Bihun (1/2 peket)
  9. Cili api (4-6 biji)
  10. Kicap
  11. Garam
  12. Daun sup
  13. Bawang goreng
  14. Minyak

Cara2:
  1. Celur mihun dalam air panas.
  2. Bila mihun dah kembang toskan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali @ periuk
  4. Masukkan bawang putih & bawang besar
  5. Bila dah kekuningan, masukkan ayam.
  6. Bila ayam dah masak, masukkan fish ball.
  7. Kacau sekejap & masukkan air utk dijadikan kuah.
  8. Perasakan dengan garam & gula.
  9. Bila dah mendidih, masukkan telur satu persatu, pastikan telur tak pecah ye.
  10. Bila telur dah masak, masukkan sayur.
  11. Bila sayur dah layu sikit boleh la angkat dan masukkan ke dalam mangkuk mihun yang telah dicelur tadi.
  12. Makan bersama sambal kicap, daun sup, bawang goreng & ikan bilis.

Cara buat sambal kicap
  1. Tumbuk cili api hingga hancur
  2. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk kecil
  3. Masukkan kicap & kacau.


Selamat mencuba yea…J

27 Mac 2015

:: Resepi | Maggi Goreng Simple ::

Salam korang sume…J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Maggi Goreng Simple versi campak2 jerk.
 Yang penting sodappp…hihi
Jom kite masak…J

Bahan2 :
  1. Cili api (3biji)
  2. Bawang putih (4ulas)
  3. Telur (2biji)
  4. Ayam dada (potong dadu)
  5. Sawi cina (1 pokok)
  6. Lobak merah (1/2 batang)
  7. Maggi 2 bungkus (yang telah direndam dgn air panas)
  8. Sos Cili
  9. Sos tiram
  10. Kicap manis
  11. Minyak

Cara2:
  1. Tumbuk kasar cili bersama bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi
  4. Bila dah naik bau, masukkan ayam
  5. Bila ayam dah masak masukkan sos tiram & sos cili, kacau sekejap.
  6. Bila dah sebati, masukkan maggi bersama sawi cina & lobak merah & perasakan dengan kicap.
  7. Kacau bagi semua sebati.
  8. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak & pecahkan 2 biji telur tadi & kacau.
  9. Bila telur dah masak, angkat & masukkan ke dalam kuali maggi goreng tadi.
  10. Kacau & bila sayur dah layu boleh la angkat & hidangkan.
Tadaaa...dah siap, selamat mencuba yea...(",)

25 Mac 2015

:: Resepi | Sayur Cendawan Sos Tiram ::

Salam korang sume…J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi sayur Cendawan Sos Tiram. 
Anak2 Asiah suka sangat makan cendawan tau uols.
Arap resepi ni dapat la menghilangkan kebuntuan korang nak masak sayur 
ape hari ni erk…J

Bahan2 :-
  1. Cendawan tiram (1peket)
  2. Tauhu jepun(2 peket)
  3. Lobak merah (1/2 btg)
  4. Bawang putih (2 ulas)
  5. Tomato (1 biji)
  6. Bawang besar (1/2 labu)
  7. Cili merah (1)
  8. Udang
  9. Sos tiram
  10. Minyak masak
  11. Garam
  12. Gula
Cara2 :-
  1. Panaskan minyak, dan masukkan tauhu telur. (Masak dalam minyak yang banyak ye untuk mengelakkan dari tauhu jepun ni hancur)
  2. Bila kedua2 belah tauhu tu dah nampak kekuning-kuningan, bolehlah angkat ye.
  3. Kurangkan sikit minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi, pastu
  4. Masukkan bawang putih, bila bwg putih tu dah naik bau
  5. Masukkan bawang besar. Masak hingga layu sedikit
  6. Masukkan sos tiram & kacau.
  7. Bila naik bau masukkan udang bersama lobak merah & sedikit air.
  8. Bila lobak merah dah layu sikit korang boleh masukkan cendawan tiram bersama tauhu jepun yang telah di goreng tadi, tomato & cili merah.
  9. Perasakan dengan garam & gula. Kalau kuah takde korang boleh tambah air yea.
  10. Kacau sekejap & bila nampak cendawan dah masak korang blhla angkat & makan bersama nasi putih@makan begitu saje.

Selamat mencuba…J

4 Februari 2015

31 Disember 2014

:: Safari Kid's Pasta ::

Salam & Hye uols…J

Last day kite hari ni kan uols. Esk dah masuk tahun baru dah…huhu
Selamat tinggal 2014 & 2015 please be awesome 4 usJ

Hari ni nak cite pasal pasta untuk kanak2...hihi
1st time beli pasta untuk kanak2, slalunya anak2 makan pasta biase tu je. Pasta ni berbentuk haiwan, ade singa, zirafah, gajah & byk lagi. Ibu dia yang eksaited lebih tau tengok pasta ni. Alhamdulillah kakak & Aira suka makan pasta ni. Asiah masak sup pasta. 
Selalunya anak2 Asiah suka sangat kalau Asiah  masak sup2 ni. Rasenya cam pasta biasa tapi berbentuk haiwan. Asiah beli kat Cosway, lupa dah bape harganye…J


24 November 2014

:: Maggi Royale | Korean Spicy Braised Beef Flavour ::

Salam & Hye uols…J

Weekend lepas pagi2 Aira dah mintak nak makan mee. 
Asiah pun masak lah maggi korea ni. Siap letak daging ye uols…hihi
Asiah masak dua peket je just untuk alas perut sementara nak makan tengahari.
Anak2 Asiah ni kalo dapat makan maggi tu memang heaven la diaorang…
Kuahnya rase cam sup & pedas sikit & meenya kenyal & tebal…J
Sayur carrot & daun bawang & cili merah disediakan tau uols...
tapi carrot yg besar tu Asiah tambah...haha
Asiah lebih suka maggi ni berbanding dengan Maggi Royale| Penang Seafood Curry, hihi
1 bungkus ade 4 peket. Lupe plak harganya brape…J


30 Oktober 2014

:: Nasi Goreng Kampung Adabi ::


Salam…J

1st time Asiah masak nasi goreng guna perencah uols. Ketagih la plak. 
Alkisahnya camni, Asiah teringin nak makan nasi goreng kampong yg ori tu
(warna putih, ade kangkung, ikan bilis & telur). Nak buat sendiri rasanye tak sama ngan yang tekak nak, makan kat kedai pun dapat nasi goreng yang letak sayur sawi, letak kicap plak tu. Tak puas hati jugak. So, terjumpalah perencah nasi goreng ni kat kedai runcit. 
Balik umah try masak. Wah, sedapnye…3 hari berturut2 Asiah masak. Nasib anak2 & suami redha je peel ibu dia ni…haha. 1 peket tu cukup untuk 1 pot beras je. 
Kalau lebih nanti nasi goreng korang tak rasa perencahnya. 
Panaskan minyak letak lauk kegemaran korang & baru letak perencah ni. Jangan guna api besar tau. Nanti perencah ni hangit. Perencahnya cam perencah Maggi tu, tapi lagi halus & kering. Perencah ni berbentuk serbuk.

Korang cube lah, pasti puas hati…teheeJ

Kali ke-3 masak, kangkung dah habis...hehe



29 Oktober 2014

:: Maggi Royale | Penang Seafood Curry ::


Salam…J

Terliur tengok iklan maggi Royale Penang Seafood Curry ni kat tv, apelagi…
beli ar sebungkus buat rasa…hehe
Sebungkus tu ade 4 peket je uols. Lupa dah harganya bape. 
Asiah masak 3 bungkus je. Asiah letak udang, fish ball & sawi cina
Telur Asiah rebus je. Tak masukkan sekali. Rasanye cam mee kari gitu tapi kuahnya rasa manis sikit. Bagi tekak Asiah la. 
Maybe sebab Asiah tersalah letak perencah kot. Sebenarnya yang dalam peket merah tu tak payah letak skali kat dalam kuah. Asiah plak main letak je. Sebab takkan kuahnye putih je…rupe2 yg peket merah tu chili paste…haha, kene letak bila mee dah masak cam makan laksa johor tu, ade sambal kan. Perencah semuanya ada 3. Chili paste, perisa udang & cam santan serbuk gitu...sedap tapi tekak ni lebih suka makan maggi kari biasa tu jerk...hehe.



26 Ogos 2014

:: RESEPI | Mihun Goreng Kampung ::

Salam…J

Jom kite masak MIHUN GORENG KAMPUNG hari ni uols…J
Meh kite tengok bahan2 & cara memasaknye. Senang je uols, campak2 jerk,teheeeJ

Bahan2 :-
  • ½ plastik mihun FAMA
  • Ikan bilis(yang telah digoreng)
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api
  • Kobis
  • Minyak utk memasak
  • Gula & garam
Cara2 :-
  1. Rendam mihun dengan air biasa(sementara siapkan bahan2 lain)
  2. Tumbuk bawang putih bersama cili
  3. Panaskan minyak
  4. Masukkan bahan yang ditumbuk
  5. Bila naik bau pecahkan telur & bagi telur tu hancur
  6. Masukkan ikan bilis & kacau
  7. Masukkan sayur & perasakan dengan garam & gula sesedap rase korang ye & kacau sekejap
  8. Masukkan mihun dengan sedikit air & kacau
  9. Bila mihun dah lembut bolehlah angkat & makan bersama sambal kicap.
Selamat mencube…J

14 Ogos 2014

:: RESEPI | Spagetti Carbonara ::

Salam…J

Sebelum ni Asiah ade post pasal Makaroni Carbonara Prego. 
tapi tak letak resepinye. So, hari ni Asiah wat Spagetti Carbonara Prego plak. Same je cara ngan masak Makaroni Carbonara Prego tu cume pasta je yang berbeza. 
Jom kite tengok resepi. Mana tahu leh masak untuk hubby & anak2 weekend nantiJ

 Bahan2 :- 
  • ½ peket spagetti
  • 1 labu bawang besar Holland (cincang.potong dadu)
  • 3, 4 ulas bawang putih(cincang)
  • 1 batang celery
  • Lobak merah 
  • 1 dada ayam(cincang)
  • Sosej ayam
  • Susu segar/low fat

Cara2 :- 
  1. Rebus spagetti hingga masak (tengok cara masak kat belakang plastik)
  2. Tumis bang putih & bwang besar holland
  3. Masukkkan ayam dada
  4. Bila ayam dah masak masukkan celeri
  5. Pastu masukkan sos prego
  6. Masukkan fresh milk (agak2 kuah tu xpekat & xcair sangat)
  7. Perasakan dgn garam & lada hitam
  8. Letak sosej yang telah direbus terlebih dahulu.kacau & matikan api.
  9. Boleh serve ( terpulang nak gaul terus bersama kuah @ just nak ltak kuah kat atas spagetti tu. Asiah gaul terus. Lagi best & sebati...


Alamak kecur liur tengok spagetti ni...nak kene masak lagi la ni,ahaks(",)

10 Julai 2014

:: Yee Mee Daging ::


Salam uols…J

Ramadhan kali ni suami dah cakap dah nak kurangkan makan nasi. So, Asiah kene rajinkan diri la cari menu selain nasi. Selalunya Asiah buat Yee Mee Kungfu ni guna ayam & telur. Tapi kali ni Asiah letak daging. Nak habiskan daging dalam freeze tu. Jom tengok resepi kot2 sesuai ke dengan selera korang hari niJ

Bahan2 :-

Daging batang pinang
3 ketul Yee Mee
5 ulas Bawang putih
Sawi cina
Lobak merah
Fishball
4 sudu Sos tiram
Sedikit halia
Tepung ubi kayu

Cara-cara :-

  1. Letakkan yee mee dalam mangkuk (1 ketul yee mee utk setiap mangkuk)
  2. Panaskan minyak masak & masukkan bawang putih yang diketuk bersama halia.
  3. Masukkan sos tiram & kacau.
  4. Masukkan daging.
  5. Masukkan air & biarkan daging empuk.
  6. Bila daging dah empuk, masukkan lobak merah.
  7. Masukkan sawi cina
  8. Kecilkan api & masukkan tepung ubi yang telah dibancuh bersama air. Lebih kurang ¾ sudu besar. Bergantung kepada air yang korang letak. Jangan terlalu cair & pekat. Pastikan letak tepung ubi kayu ni sambal kacau tau, nnt kuahnye berketul plak.
  9. Matikan api & masukkan kuah ke dalam mangkuk yang disediakan.
  10. Bleh letak daun sup & bawang goreng skali.


6 Julai 2014

:: RESEPI | Makaroni Sardin ::

Salam uols…J

Sebenarnya resepi ni simple jerk. Ni pun Asiah buat coz ade makaroni lebih pas wat makaroni carbonara hari tu. Inilah resepi yang simple tu. Selamat mencuba ye...(",)

Bahan2 :


1 tin sardine cap ayam
8-10 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
½ bawang besar holland
10-12 biji Cili api
 Sebesar ibu jari Belacan
minyak untuk menumis
garam
gula
Makaroni
 * kurangkan cili kalo tak suka pedas

cara-cara :-

- sambal sardin
  1. Tumbuk cili bersama sedikit garam hingga lumat (hancur)
  2. Masukkan bawang putih
  3. Masukkan bawang merah
  4. Masukkan belacan
  5. Panaskan kuali & masukkan minyak
  6. Bila minyak dah panas masukkan bahan2 tumbuk tadi.
  7. Bila bahan tumbuk tadi dah garing masukkan sardin & kacau
  8. Masukkan air & kacau
  9. Belahkan isi ikan sardine untuk  rase lebih mesra
  10. Masukkan sedikit gula.
  11. Bila nampak kuah dah pekat @ dah masak, tutup api.
-Makaroni
  1. Masak air di dalam periuk
  2. Bila dah mendidih
  3. Masukkan macaroni & letakkan sedikit minyak
  4. Bila dah masak
  5. Angkat & toskan.
  6. Boleh dihidangkan bersama sambal sardine