Memaparkan catatan dengan label Aira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aira. Papar semua catatan

7 Julai 2016

:: Angah @ Aira Turn 4 ::


Salam & hai korang J

Alhamdulillah genaplah umur anak Asiah yang kedua iaitu Nur Aira Sufiya @ angah 4 tahun pada 07.07.2016. Bersyukur sangat dikurniakan anak yang sihat & sempurna. Kalo nak cerita pasal angah ni, alhamdulillah antibodinya kuat. Mungkin sebab Asiah menyusukan dia sampai 2 tahun berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Dia jarang demam. Tapi sekali demam mesti teruk. Cuma dia ade lelah tapi tak kuat. Dalam setahun tu lbh krg 2x kene sedut gas yang kat hospital tu. Belum pandai membaca lagi setakat ni. Sangat penyayang & suka menyakat. Dialah tukang riuh kat rumah ni. Tapi kalo dengan orang yang dia tak kenal dia diam jerk. 
Tak banyak mulut jadinya dia…hihi
Manja lebih daripada Hana. tido pun masih bertepuk lagi & kain lampin masih lagi jadi peneman ketika tido & dibawa kehulu hilir.
Satu lagi dia kuat makan. Semua dia nak cube...tengok la tu pipi dah macam pau dah bak kata baba...hihi
Ibu, baba, kakak & Hana doakan angah semoga jadi anak yang solehah, mendengar kata & menjadi insan yang berguna. Semoga angah sentiasa dibawah lindungan Allah dan diberi kesihatan yang baik selalu, amin J
Selamat Hari Lahir sayang.


26 Januari 2015

:: Proses Free Diapers & Susu Botol Aira ::

Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segala yang diberikan kepada kami. Asiah bersyukur sangat2 sebab Allah permudahkan Asiah dalam proses free diapers & bercerai susu Aira. Dalam masa dua minggu Aira dah pandai rasa nak buang air kecil & besar. Pada awalnya Aira tak nak buang air besar kat dalam tandas, tapi sekarang dia dah ok dah. Dah pandai dah guna tandas. Cuma waktu tidur tengahari kat taska masih pakai diapers lagi. Tidur waktu malam pun masih pakai diapers lagi. Mula2 Asiah atur dia g tandas sejam sekali, pas seminggu dia tak nak dah Asiah aturkan dia. Dia nak buang air kecil@besar dia akan bagitau Asiah. Dalam masa ni ade la 2,3 kali terkucil jugak. Tapi just yang kecik je la…hihi. Bagi Asiah kita sebagai ibu kena rajin training dia & kena banyak sabar. Kalo Asiah, time rase tak larat tu Asiah pakaikan dia diapers drpd Asiah dok bising kat dia buang air merata. Maklumlah Asiah dh masuk 28 minggu dah skg. Tapi alhamdulillah Aira dah pandai dah. Pegi jalan2 pun dah tak pakai diapers lagi dah...suke sangat. Yang penting sokongan suami jugak penting dalam proses free diapers ni. Bagi Asiah lah...(",)

Bab bercerai susu botol plak korang jangan ikut cara Asiah ni tau, hihi
Pada awalnya Asiah selalu cakap kat Aira yang dia tak boleh minum susu dalam botol dah . Kena minum susu pakai cawan je. 2, 3 kali minum dalam cawan…Asiah cakap plak Aira tak boleh minum susu dah sebab Aira dah besar dah, dah debab dah…Aira kena minum air sirap je. Dia meragam la tak boleh minum susu dah. Asiah tunjuk kat dia bekas susu dia yang dah kosong . Dia cakap “susu Aira ada lagi kat skolah”…hihi

Pujuk punya pujuk ok la sikit tapi dia masih tak boleh terima kenyataan yang dia tak boleh menyusu dah. Nak jadi cerita ada mentadak mentaduk masuk umah Asiah, Aira menangis takut tengok mentadak mentaduk tu. So, Asiah pun takutkan dia. Kalo dia minum susu lagi mentadak mentaduk tu datang lagi. Besoknya dia tak nak dah minum susu …just mintak air sirap atau air manis yang lain jerk…hihi, itulah cara yang Asiah gunakan untuk bercerai susu botol Aira. Tu pasal Asiah kate korang tak boleh ikut cara Asiah, hihi. Tapi korang boleh cuba cara Asiah bercerai susu badan Aira. Asiah sapukan asam jawa kat puting breast & keliling. Alhamdulillah dalam masa seminggu Aira dah tak nak menyusu badan dah. Yang penting ibu kena kuat....sebab bagi Asiah proses bercerai susu badan amatlahlah menyedihkan, menyesakkan dada...bersyukur Allah bagi Asiah nikmat @ pengalaman berharga menyusukan Aira selama 2 tahun...(",)

16 Disember 2014

:: Bila Sel2 Otak Berhubung,ahaks ::

Salam & Hye uols…J

Suke sangat uols Aira ni duduk dalam bekas. Asal muat je mesti tak lepas peluang. Tengoklah tu dengan muke selamber je dia duduk dalam paperbag tu. 
Makan pun nak makan dalam bakul bagai…ade saje akal baru dia uols. 
Kadang tu gelihati jerk tengok gelagat dia tu…J




15 Disember 2014

:: Bila Aira Tolong Ibu ::

Salam & Hye uols…J

Tengok ni, rajin tak anak dara Asiah sorang ni?rajin la sangat kan uols…tehee
Kalo Asiah isi air kat botol suke sangat dia nak menolong. Sebab nak main air. 
Itulah motif dia pastu berebut ngan kakak nak letak botol kat dalam peti ais...hihi
Tengok tu siap pakai apron lagi…haha
Kalah masterchef...(",)
Arap Aira rajin la sampai besar ye sayang…J



12 November 2014

:: WW | Drypers Backpack ::


Salam…J


Kalau dulu kakak dapat Dutchlady Backpack
Kali ni Aira dapat Drypers Backpack plak...;)

Moody tak suke ibu ambik gambar dia...;)

21 Ogos 2014

:: Tepi Sikit Kami Nak Lalu ::

Salam uols…J

Inilah keje kakak ngan adik bila balik umah nenek(mak mertua) diaorang, main basikal. Sonok betul dua beradik tu main basikal sebab laman neneknye luas. Bermain sakan la diaorang. Riuh umah nenek ngan gelak tawa diaorang. Baru la meriah sikit umah nenek kan kakak & adik.Kalo tak nenek sunyi jerk tinggal berdua ngan Pak NgahJ
Asiah suka sangat tengok kakak bawak adik naik basikal tu, sweet jerk. 
Rase bersyukur sangat Allah kurniakan kami anak. AlhamdulillahJ




8 Julai 2014

:: Aira Turn 2 ::


Salam uols…J

Alhamdulillah semalam 07.07.14 genaplah umur anak ke dua Asiah, Nur Aira Sufiya 2 tahun. Asiah bersyukur sangat2 sepanjang 2 tahun ni Aira tak banyak demam. Semuanya yang baik2 saja. Cuma masa dia berumur setahun & sampai lah bulan April hari tu dia asyik muntah malam. Nak2 kalo siang tu Aira makan ayam. Dia tak kunyah betul2 makanan yang dia makan tu yang asyik muntah malam & doktor kata Aira ada alahan. Alhamdulillah skang dah ok. Dari segi kebolehan plak, Aira dah pandai bercakap dah. Tapi masih pelat lagi. Nombor 1-10 dah ingat dah, buka seluar sendiri, makan & minum sendiri. Itu lah sikit sebanyak kebolehan Aira. Sekarang dia dok menghafal Alphabet plak. Tapi Aira tak nak ngan orang yang baru dia jumpa. Suka menyakat kakak, kuat merajuk, mudah touching  & takut ngan serangga. Paling best bila dengar dia bercakap cam burung jerk. Rase nak kunyah2 jerk. Aira suka haiwan…dia suka kucingJ

Selamat Hari Lahir sayang, moga dimurahkan rezeki, menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, sihat sepanjang masa & dirahmati Allah sentiasa.



2 Jun 2014

:: Snowalk | I-CITY, Shah Alam ::

Salam uols…J

27.4.2014 lepas Asiah pegi ke JAKEL Shah Alam beli kain pasang untuk buat baju raya. Pastu singgah la plak kat I-CITY kejap. Bukan kejap tapi lama….hehe. Ingatkan nak ronda2 jerk wat jalan aira & Fiqa. Tup2 baba dia ajak masuk SNOWALK…Asiah tak bape nak masuk tapi layankan je lah jugak cz kat dalam tu kan sejuk takut Aira tak tahan jerk….memang betul tak tahan, menggigil dia walaupun dah pakai jaket & stoking semua...nasib la pujuk2 ok. Tapi nak berdukung jela, tak nak berjalan dah...Fiqa la yang paling seronok, macam2 menan dia main...suke Asiah tengok Fiqa excited ngan salji. Penangan cite FROZEN...
alhamdulillah tercapai gak niat Cik Abe nak bawak anak2 main salji...(",)







26 Mei 2014

:: Aira Tidur Sendiri ::



Salam uols…J


Kesian Aira tidur sendiri pagi tadi. Selalunya mesti dia mintak “mamam”(nyusu) dulu sebelum tido. Pagi tadi tak pulak dia mintak nyusu. Mungkin ngantuk sangat kot. Asiah plak sibuk ngemas umah…tak layan dia main, tengok2 jerk dia dah lena kat bantal tu. Kakak plak dok main…huhu, kesian anak ibu tidur sendiri…sorry ye sayang, ibu xlayan adik main pagi ni…huhu

23 Mei 2014

:: Telatah Aira & Fiqa Bermain Ngan Kucing ::


Salam uols…J

Alhamdulillah anak2 Asiah ni suke ngan kucing. Tapi kesian la plak kat kucing tu diaorang wat main cam anak patung. Al-kisahnya umah mak mertua Asiah ade kucing terbuang 3 beranak. Comel2 jerk anak dia. Geram Asiah tengok. Apalagi Aira lagi geram tengok kucing tu. Dia suh Asiah amik, dia nak wat main. Kucing tu plak tak nak. So, Asiah pun amik kucing & letak kat dalam raga. Tak bagi kucing tu lari . Bagi diaorang tu dapat ngomol kucing tu puas2. Dok bergilir la dua beradik tu angkat letak, angkat letak. Redha je la kucing tu dorang wat camtu. Siap suh tido la ape. Kakak letak kat dalam raga, adik plak amik…lame2 Asiah pujuk2 Aira suh kasi kucing tu pegi kat ibu dia…kesian tengok dorang dok wat kucing tu camtu…takut kucing tu gigit diaorang tu pun ya jugak. Nangis tak berlagu la jawabnya...J

Suke sangat dapat main ngan kucing...(",)









22 Mei 2014

:: Bermain. Bergaduh. Akhirnya Tidur ::

Salam uols…J


Beginilah keadaan weekend anak2 Asiah kalo tak pegi kemana2.
Puas bermain, mereka berebut & bergaduh…Asiah biar je Kakak & Aira main sendiri. 
Nak tengok camne diorang berkawan yea…
Asiah dengar je  diaorang bising bergaduh kat depan tu. Asiah buat tak tahu jerk. Lama2 Asiah rase cam sunyi jerk umah ni....
Asiah dok melipat baju kat bilik belakang. Pegi depan tengok, dua2 dah lentok dah. 
Diaorang berebut carseat tu sebenarnya...diaorang buat cam kerusi malas tu 
bleh goyang2 tu...
Babanya keje, Asiah plak dok kemas umah…boring la diaorang. 
Kesian Aira tido terlentok camtu, Asiah amik tidokan kat toto...petang baru bangun...huhu




21 Mac 2014

:: Saat Berjauhan ::

Salam uols…J

Inilah aksi anak2 Asiah bila berjauhan dengan babanya. Start minggu lepas babanya ditugaskan ke Kajang untuk bertugas di tempat Pilihanraya Kecil Kajang tu. Minggu depan baru balik. Anak2 Asiah jenis anak bapak. Pape2 pun mesti baba dulu baru ibu. Seminggu sebelum ni anak2 xdapat ber3g ngan baba diaorang cz enset Asiah ni salah setting tang network. Minggu kedua berjauhan baru la dapat tgok muka baba. Tu yang eksaited sangat tu. Ngadap je. Berebut nak cakap ngan baba. Last2 Asiah suh je letak enset tu kat bawah cakap same2J

12 Mac 2014

:: Wordless Wednesday | Aira & Aiskrim ::

Salam...(",)

Makan eskrim potong masa kat kampung...(",)
Makan eskrim Baskin Robbin kat East Cost Mall...(",)




5 Mac 2014

:: Wordless Wednesday | Comel Tak Adik Saya? ::

Salam...(",)


Gambar ni time Aira umur 4/5 bulan kalo tak silap Asiah. 
Kat pasaraya AEON Rawang...(",)

13 Februari 2014

:: Ajar Anak Makan Buah ::

                                                                            Salam…J

Alhamdulillah Aira & kakak jenis yang suka makan buah. Setakat ni diaorang suka makan buah pelam, anggur, rambutan, durian, pisang, apple & lai. Paling diaorang suka makan buah pelam,pisang & anggur. Baba dia suka melayan anak2 makan buah. Kalau buah anggur tu babanya buang kulit & potong kecik2 supaya senang anak2 nak makan. Asal makan buah anggur je mesti anak2 akan cari babanya cz ibunya 
xbape rajin nak mengopek kulitnya tu…huhu
Mula2 kita kene ajar & paksa diaorang makan buah & bagitau kenapa kena makan buah. Lama2 diaorang suka. Bagitau jerk walaupun anak kita tak faham. Lama2 anak kita akan suke makan buah…inilah cara yang Asiah praktikkan untuk adik & kakakJ




5 Februari 2014

:: Wordless Wednesday | Aira Peluk Kucing ::

                                                                               Salam…J

Tak dapat peluk kucing hidup, dapat peluk kucing menan pun jadilah yea sayang. 
Cer teka bape ekor kucing yang Aira peluk tu?...(",)

29 Januari 2014

:: Wordless Wednesday | Sejuknye Mandi ::

                                                                        Salam…J

Kalau korang nak tahu, anak dara kecik Asiah ni suka main air...pagi2 dah nak main air...
Muka tak puas hati, kene benti main air...huhu(",)


27 Januari 2014

:: Aira Dah Pandai Naik Tangga ::


                                                                   Salam…J

07.02.2014 ni genaplah umur Aira 1 tahun 7 bulan. Buat masa sekarang ni Aira tengah mabuk naik tangga. Pantang sampai tangga jerk nak naik sendiri. Tak mo orang pegang tangan dia dah…kadang tu Asiah bagi separuh tangga jerk dia naik sendiri. Pastu Asiah dukung jerk dia. Kalo tak berjanggut la tunggu dia nak sampai umah. Nasib umah tingkat satu jerk…J
Tengok tu cam berani sangat je nak naik tangga sendiri...(",)

15 Januari 2014

:: Aira Dah Mula Minum Susu Friso Gold ::

Salam uols...;)

Sebelum ni Asiah ade cerita pasal susu FRISO GOLD & ada kata nak tukar susu Aira kan.
So start bulan Disember Aira officially minum susu Friso Gold dah uols...xde dah lagi masalah buang air besar dia tu...hihi
Tapikan uols,  Aira tak bapa nak minum susu dah skang ni. Umonye baru  1 tahun 5 bulan. Kalau kat umah tu dalam 2 btol jerk. Skali minum 3/4 oz (siang). Malam plak Asiah bagi DF jerk. Maybe dia dah makan macam2 kan uols...anak korang plak camne kuat menyusu tak?


The early years are the most fundamental in preparing your child for the world ahead. Friso Gold 3 is formulated to meet the nutritional demands of your growing child. Our improved formula with Frisoshield provides your child with Vitamins B6 and C, Selenium, GOS, Zinc and DHA. Together, they support your child’s overall natural body resistance so you can experience and discover the world together. It also contains no added sucrose.





10 Januari 2014

:: Aira & 'Aci' ::

                                                                      Salam uols…J

Aci? Bukan aci2 buka pintu yea uols. Aci bagi Aira adalah kain lampin yang dia wat pintal2 time nak tido. Aira wat gosok2 kat telinga la, kat hidung lah, gigit2 lah. Inilah peel Aira time nak tido.Kalau bagi kain lain memang dia tak nak. Hanya kain lampin sahaja. Nak tido jerk mesti ada kain lampin. Kain lampin tu Asiah letak kat dalam laci. Kalau Aira nk kain lampin tu dia bising sebut ‘aci-aci’…tu lekat aci tu…J