Memaparkan catatan dengan label Kesukaanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesukaanku. Papar semua catatan

29 Jun 2016

:: Mee Sup Campur | Resepi ::

Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee Sup Campur (kuetiau,mee & mihun) plak.

Bahan2 :-

5 ulas Bawang putih
5 batang Daun bawang
¼ Kobis manis
Bunga kobis
Pak choy (sawi cina)
Tomato (ptg 6 bahagian)
2 keping Fish cake
Fish ball
Ayam dada (potong dadu)
Mihun, mee, kuetiau
Minyak
Air
Garam & gula

Cara2 :-

-         Panaskan minyak
-         Masukkan bawang putih yang diketuk
-         Bila bawang putih dah berbau wangi, masukkan ayam & daun bawang
-         Bila ayam dah masak, masukkan fish cake & fish ball
-         Masukkan air (agak2 je banyak mana)
-         Bila air dah mendidih masukkan sayur2an &  tomato.
-         Gaul & perasakan dengan garam & gula. biarkan sekejap
-         Nampak sayur dah masak (jgn spai layu sgt) boleh lah hidang bersama mee + mihun + kuetiau yg dicelur. Taburkan bawang goreng, cili potong & daun sup.
-         Boleh di makan bersama sambal kicap @ sos cili + kicap


:: Semperit Rangup ::


Salam 24 Ramadhan & hai uols J

Sedar tak sedar tinggal seminggu je lagi kita nak sambut aidilfitri kan uols. Mesti korang sume tengah sibuk2 dok cari biskut raya @ wat sendiri kan. Asiah plak setakat ni tak berkesempatan lagi nak buat biskut raya sendiri. Setiap tahun just order jerk,hihi. Dop brape pandai nak buat biskut raya sendiri. 
Kali ni Asiah terpikat dengan biskut semperit yang dibuat oleh
Junaidah Jujue baker kat tempat tinggal Asiah ni. 
Masyallah sedapnye uols semperit dia. Rangup & tak berapa manis. Boleh lupa diri jap makan semperit dia. Lama dah Asiah tak merasa semperit sedap camni. Ini pun kira rezeki baby lah sebab Asiah lambat nak order semperit tu . Nasib ade lebih sebekas. 
Kalo x, tak merasa la Asiah. Tak sempat Asiah nak simpan untuk raya. Terus ngap jew. Pas raya katanya nak buka order balik. Boleh la Asiah order lagi...makan sampai puas, hihi. Setakat ni semperit lah biskut raya paling win dihati,ahaks J


Tinngal cenonet ni jew sebab sedap punye pasal.
Sumber : Fb Junaidah Jujue


27 Jun 2016

:: Mee Kuah Terengganu | Resepi ::


Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee  Kuah Style Terengganu plak. Jom lihat resepinye J

Bahan2 :-

Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Ayam dada
Pak Choy
Mee
Tomato
Daun bawang
Telur
Minyak
Air
Garam & gula

Cara2 :-

-         Panaskan minyak
-         Masukkan bawang putih, bawang merah yang diketuk bersama lada hitam
-         Bila bawang dah berbau wangi, masukkan ayam
-         Bila ayam dah masak, masukkan air
-         Bila air dah mendidih masukkan sayur2an &  tomato.
-         Gaul & perasakan dengan garam & gula. biarkan sekejap
-         Pecahkan telor
-         Nampak sayur & telur dah masak (jgn spai layu sgt sayur tu) boleh lah hidang bersama mee yg dicelur. Taburkan bawang goreng, cili potong & daun bawang.
-         Boleh di makan bersama sambal kicap @ sos cili + kicap



24 Jun 2016

:: Mee Goreng Kering | Resepi ::

Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee Goreng Kering ngan korang. Selalunya Asiah asyik masak mee goreng basah je. Kali ni nak cube mee goreng kering plak. Asiah amik inspirasi dari sini

Bahan2 :-
Sepeket Mee kuning
5 ulas Bawang putih
6 biji Cili api
5 batang Daun bawang
¼ Kobis manis
½ Lobak merah
Tomato (ptg 6)
2 keping Fish cake
Ayam dada (potong dadu)
Sos cili
Sos tiram
Kicap cap kipas udang
Minyak

Cara2 :-

-         Tumbuk bawang putih bersama cili padi tu ala2 je. Tak payah sampai halus ye. Cam tumbuh kasi pecah je.
-         Panaskan minyak & masukkan bahan tumbuk tadi.
-         Bila dah naik bau wangi masukkan ayam
-         Bila ayam dah ½ masak masukkan fish cake
-         Dua2 dah masak masukkan daun bawang & sayur2an
-         Bila sayur dah layu sikit masukkan mee
-         Gaul2 & masukkan sos cili, sos tiram & kicap
-         Masukkkan sedikit air & gaul rata
-         Bila semua dah mesra, boleh angkat & hidang

Antara bahan-bahannye :)

Tadaaa, dah siap. Selamat mencuba korang ;)

1 Jun 2016

:: Ketagih Pisang Goreng Cheese Choc & Milo ::

Salam & hai uols J

Pisang goreng cheese ni masih lagi in kan skang. Asiah baru dapat merasa pisang cheese yang ‘berperisa’. Selalunya makan pisang goreng yang letak cheese & gula merah tu jerk. Skang dah macam2 flavour ade. Yang paling dekat, Asiah jumpe kat Temerloh kat gerai @Apakjantan. Alhamdulillah minggu lepas sempat la Asiah singgah beli pisang kat gerai dia. Asiah just pilih yg perisa Milo, Choc + cheese & chocolate. Gambar pun xsempat nak amik. Terus ngap jew. Kebetulan plak time lunch dah mase tu. Perut tengah kosong kan. Tu pasal spai terlupa nk snap gambar. Sampai ke hari ni masih terasa2 kesedapan pisang goreng choc + cheese dia tu. So, apelagi disebabkan tingin lagi makan pisang cheese tu, Asiah pun beli bahan2 & masak sendiri kat umah. Kalo gerai @apakjantan tu dekat je boleh hari2 Asiah pegi beli. Ni jauh dlm 45minit baru spai sana. Maka terhasillah pisang goreng  choc + cheese versi Asiah ni. Dari petang sampai malam Asiah dok makan pisang goreng ni. 
Pasni jangan teringin dah…J


sumber : ig @apakjantan

1 September 2015

MR. DIY HAUL # 1

Salam & hai uols..(",)

Kalo pegi Temerloh/Mentakab mesti gatal nak singgah kat kedai MR.DIY tu. 
Kali ni Asiah singgah lagi. Tapi kali ni beli barang yang betul2 nak jerk. Hanger kakak, alas kaki patchwork & beg make-up. Berbunga hati dapat beli barang kesukaan uols…hanger kakak tu sweet sangat. Pastel colour, RM5.50 (7pcs) byk warne ade tp Asiah pilih warna ala2 salmon gitu. Kalo ikut hati nak beli banyak hanger tu tapi suami ade kat sebelah…hihi,
 paham2 je lah. Alas kaki tu plak Rm9.90 satu. 
Rase sayang nak guna sebab warne dia cam candy jerk. Sweet pink…J
Yang mahal sikit beg make tu RM16.90. 
Handmade kan beg tu, tu pasal mahal kot…tapi everthing puas hati sangat…J


9 Februari 2015

:: Projek Menu 4 Hari Ibu Bekerja ::


Salam & Hye uols…J

Sejak Asiah terbaca artikel pasal TIPS MEMASAK CEPAT UNTUK WANITA SUPER SIBUK Asiah terpanggil untuk memasak ikut tips yang Pn. Rajiah bagi. 
Sibuk la sangat Asiah ni kan...hihi
Sangat berguna uols tips ni bagi ibu yang bekerja & nak masak untuk anak2 setiap hariJ. Yang penting rajin…(",)
Asiah baru je cuba tips ni minggu lepas. Alhamdulillah berkesan. 
Minggu ni pun masih teruskan misi memasak ni hingga la Asiah bersalin…J
Korang pun boleh cuba gak. Asiah buat camni. Jumaat tu listkan menu & bahan yang nak masak seminggu pastu hari Sabtu pegi cari barang. Petang Ahad tu baru potong sayur, bawang semua & siap packing untuk setiap menu tu. Senang packing siap2 just pagi tinggal masukkan dalam kuali jerk. Pes cili kering pun buat jugak untuk senang masak mee, mihun, kuetiau. Kalau Asiah nak masak kari tu, malam2 dah tumiskan bahan2 kari & bagi ayam empuk dulu, just pagi tu tinggal nak masukkan santan jerk. 
Kalo nak masak tomyam pun Asiah wat malam2 gak. Just pagi tu tinggal nak masukkan sayur & bahan2 yg mudah layu jerk. Kalo menu yang lain tu semua Asiah masak pagi…bangun kul 5.30 @ 5.45 setiap pagi. Sebelum tidur @ balik kerja tu terus turunkan ikan/ayam & letak kat bahagian sayur bagi ikan/ayam tu xbeku.
Alhamdulillah setakat ni Asiah takde dah kelam kabut masak pagi2
…senyum jerk rase…lega sangatJ

 Menu Minggu pertama Februari (2-5.2.2015)

Menu Minggu Kedua Februari (9-12.02.12)


7 Januari 2015

:: Beli Marigold Feel Fresh Dapat Percuma Diari 2015 ::

Salam & Hye uols…J

Jom minum Marigold PeelFresh uols…kurang manis & best sangat. 
Rase cam wat jus kat umah jerk...especially yang perisa mangga tu,teheeJ.
1st time minum terus jatuh cinta, terus beli dua botol. Dapat free diari 2015 yang comel uols…boleh kasi anak2 sebab diari ni comel sangat. 
Siap ade sticker lagi…warna pun gorjes uols, suke sangatJ



3 Disember 2014

:: WW | Durian Tangkai Lanjut ::


Salam & Hye uols…J

Inilah dia durian paling best kat kebun ayah Asiah.…teheee
Rasenya ala2 Musang King…J


26 November 2014

:: Ikan Patin Tempoyak Gobang Maju ::

Salam & Hye uols…J

Alkisahnye camni, mak mertua Asiah masuk wad kat Hosp. Temerloh. 
Bila sedara mara datang melawat mak, kami bawak la makan kat kedai Gobang Maju ni. 
Sempatlah 2, 3 kali pegi sebab mak 3 minggu kene warded.
Awalnya nak bawak diaorang makan kat kedai Pak Usop tapi tutup la plak hari tu. 
So, Cik Abe tanye la kat penjual ikan patin tu katne 
patin tempoyak yang best kat Temerloh ni. 
Dia kata kat kedai bawah jambatan. 
So, kami pergi la cari…jumpe la kedai Gobang Tempoyak ni. 
1st time makan Asiah tak puas hati coz Aira meragam. 
Repeat plak kali ke-2 baru puas hati…hihi
Sedap uols ikan patin tempoyak kat kedai ni. Panas, Fresh & cukup rase.
Tak pernah jumpe lagi ikan patin tempoyak sesedap cam kat kedai ni. 
Bagi Asiah la yang bukan anak jati Pahang…hehe.
Sampaikan makcik2 Asiah yang tak suke tempoyak 
tibe2 boleh jatuh suke plak kat patin tempoyak ni.
Kat kedai ni menunye simple je. Ade patin tempoyak, patin goreng, telur dadar, pais ikan talapia, ulam-ulaman, telur masin, air jagung & bandung special.
Kedai ni guna sistem layan diri. 
Kalau time makan tengahari mak ai, ramainye orang datang makan kat kedai ni uols.
Kalau korang datang Temerloh tu jangan lupe ye singgah kat kedai ni tau, konfem puashati
mesti nak repeat lagi...J
 Patin Goreng
 Patin Tempoyak


GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK
WAKTU OPERASI : Isnin, Selasa, Rabu, Sabtu & Ahad (12 tgh- 12 mlm)
                                      Jumaat (2.00 ptg – 12.00 mlm), Khamis  ( cuti / tutup )
LOKASI : Bersebelahan stesyen minyak ESSO Temerloh
Untuk keterangan lanjut korang bleh lah hub. En. Rizal (019-956 9696).


note : Bukan iklan berbayar...tehee..(",)

19 November 2014

:: WW | Pisang Goreng Cheese ::

Salam & Hye uols…J

Kat Jengka pun ade gak pisang goreng cheese ye uols.
Cik Abe Asiah beli kat Taman Desa Jaya depan asrama Kolej Sentral.
Sedap…Kalo nak try bleh la. RM2 (5 pieces)
 tapi sorry ye, Asiah tak tau nak kasi peta lengkap untuk ke sana ye uols…J


14 November 2014

:: Durian Crepe Wondermama ::

Salam & hye uols…J

Sejak pertama kali  tengok gambar durian crepe ni kat blog Kathym 
terus Asiah  tak sabar nak rasa camne rasa Durian Crepe Wondermama tuh. 
Nampak menggoda betul durian crepe tu.
Nak pegi ke restoran Wondermama tu memang keadaan tak mengizinkan la…so, asiah pun google la ape yg terkandung dalam cawan Durian Crepe Wondermama (DCW)tu. Alhamdulillah dapat. 
Apelagi, balik keje terus cari bahan2 nak wat DCW ni. 
Kat umah dah ade cornflake & mousli. Just cari durian crepe, ais krim vanilla & jagung jerk.
Kali 1st makan xde jagung. Kali kedua baru complete ade jagung manis skali…hihi

Sedap uols, rase lemak2 durian crepe tu ngan aiskrim vanilla tu memang umpph. 
Tambah plak ngan cornflake & mousli yang rangup tu…cair dalam mulutJ
anak2 pun suke tapi diaorang  just letak durian crepe & ais krim je.
Tapi tak tau la rase sebenar DCW ni kan…hehe
Arap same la ngan Asiah wat ni kan…hihi
Bukan wat pun, semua beli just campur2 
& letak je dalam bekas kesukaan korang & ngappp je…J

Durian Crepe Wondermama 
Sumber : Blog Kathym & google
Durian crepe yang Asiah wat...sama tak??..hihi
Durian Crepe ala WONDERMAMA...teheeee

5 November 2014

:: Colek Jambu Batu ::

Salam…J

Pregnant kali ni Asiah banyak makan asam/colek @ yang seumpama dengannye.
 Untuk pengetahuan korang, Asiah nak dapat bebi lagi.
 Baru 17minggu pregnant anak ke-3....tehee 
tu yang asyik nak makan mende2 masam jerk...hihi
Cume jeruk2 yang letak ubat jeruk tu Asiah tak bape suke. 
Cuti sekolah lepas Asiah makan colek jambu batu plak. 
Sebiji kongsi ngan anak buah. Anak buah Asiah ni suke sangat colek2 ni. 
Baru 11 tahun tau uols. Laki plak tu. Ikut pangai arwah mak dia…hehe

Simple je Asiah wat colek, letak kicap + gula + garam + cili + sedikit belacan…
kalau makan kat pangkir lagi best sambil hirup udara petang 
& bau asap bakar daun2 kering...;)



1 November 2014

:: Palaroid Photo Album ::

Salam…J

Sejak Asiah ade Instax Camera ni, macam2 aksesori kamera ni yang nak kena ada…
kalo tak, rase tak complete
Asiah pun baru ade photo album je. Aksesori yang lain belum ada lagi. 
Inilah dia photo album polaroid tu. Comel je tau. 
Ni pun member yang bagi link pasal photo album ni…tenkiu kak suri…tehee
Baru la semua pic. yang kita amik tu selamat & tersusun…J
Asiah beli kat Lazada photo album ni. time offer. Dapatlah RM28 (2)
Bleh isi 64 keping pic. comel kite tu...ade banyak warna tp dh kehabisan dah mase tu. 
Tinggal warna ni je yang berkenan di hati. Ni pun tinggal 1 je lagi album yang kosong. 
Yang warna oren tu dah terisi...;)





note : feeling cam anak dara korea jap gune kamera ni, ahaks

:: Murtabak Ferry ::

Salam....(",)

Aduhai teringinnye nak makan murtabak ni lagi. Sebelum Aidiladha hari tu pegi  kedainya tutup. Erm...xpela arap pasni adela rezeki nak merasa murtabak ni lagi. Amin
Gambar ni time bulan posa lepas. 2x beli murtabak ni. Mak ai bercinta tengok suami Asiah beratur nak beli murtabak ni. Tapi puas hati la, sedap, tebal, kaya dengan daging. Berbalai dengan harganya. RM10 sebiji...yummmy, kecur liur sambil dok menaip ni...(",)


30 Oktober 2014

:: Nasi Goreng Kampung Adabi ::


Salam…J

1st time Asiah masak nasi goreng guna perencah uols. Ketagih la plak. 
Alkisahnya camni, Asiah teringin nak makan nasi goreng kampong yg ori tu
(warna putih, ade kangkung, ikan bilis & telur). Nak buat sendiri rasanye tak sama ngan yang tekak nak, makan kat kedai pun dapat nasi goreng yang letak sayur sawi, letak kicap plak tu. Tak puas hati jugak. So, terjumpalah perencah nasi goreng ni kat kedai runcit. 
Balik umah try masak. Wah, sedapnye…3 hari berturut2 Asiah masak. Nasib anak2 & suami redha je peel ibu dia ni…haha. 1 peket tu cukup untuk 1 pot beras je. 
Kalau lebih nanti nasi goreng korang tak rasa perencahnya. 
Panaskan minyak letak lauk kegemaran korang & baru letak perencah ni. Jangan guna api besar tau. Nanti perencah ni hangit. Perencahnya cam perencah Maggi tu, tapi lagi halus & kering. Perencah ni berbentuk serbuk.

Korang cube lah, pasti puas hati…teheeJ

Kali ke-3 masak, kangkung dah habis...hehe



29 Oktober 2014

:: Maggi Royale | Penang Seafood Curry ::


Salam…J

Terliur tengok iklan maggi Royale Penang Seafood Curry ni kat tv, apelagi…
beli ar sebungkus buat rasa…hehe
Sebungkus tu ade 4 peket je uols. Lupa dah harganya bape. 
Asiah masak 3 bungkus je. Asiah letak udang, fish ball & sawi cina
Telur Asiah rebus je. Tak masukkan sekali. Rasanye cam mee kari gitu tapi kuahnya rasa manis sikit. Bagi tekak Asiah la. 
Maybe sebab Asiah tersalah letak perencah kot. Sebenarnya yang dalam peket merah tu tak payah letak skali kat dalam kuah. Asiah plak main letak je. Sebab takkan kuahnye putih je…rupe2 yg peket merah tu chili paste…haha, kene letak bila mee dah masak cam makan laksa johor tu, ade sambal kan. Perencah semuanya ada 3. Chili paste, perisa udang & cam santan serbuk gitu...sedap tapi tekak ni lebih suka makan maggi kari biasa tu jerk...hehe.



28 Oktober 2014

;: Jeruk Mangga Asam Boi ::


Salam,

Jeruk Mangga Asam Boi ni kan tengan jadi viral kat media sosial skang. 
So, Asiah pun terjebak sama. 
Tak boleh tahan tengok ramai yg telah cuba wat jeruk ni. Gagah jugak cari buah mangga walaupun kat Jengka ni susah nak dapat buah manga. 
Nasib la kebetulan malam tu ade rezeki untuk Asiah dapatkan buah mangga ni. Dapatlah 5 biji RM10. Apelagi dengan perasaan yg tak sabar nak rase jeruk ni pegi cari asam boi plak. Balik umah terus buat. Sebelum letak dalam peti ais tu rase dulu setengah bijik, haha…
tak menyabar betul. Esoknye baru dapat makan, rasenya 
rangup + manis + masam & pedas =sempurna…teheee(",)
Bila makan tak leh benti uols...Betul Asiah cakap, tak tipu...haha
 Kalau korang nak buat better buat banyak2…baru puas hati.
Alhamdulillah dah dapat rasa dah, xdelah bebi dalam perut ni ngences 
bl kuar nanti...tehee(",).


 Sebelum perap selama 4/5 jam



Sedia untuk dimakan...(",)


note : jangan marah ye uols, pagi2 dah ngadap jeruk mangga ni...;)

20 Oktober 2014

:: Kerepek Ketam Rangup ::

Salam...(",)

Inilah dia jajan kesukaan kami anak beranak tika ni. Terutamanya Aira, suka sangat dia makan kepek ni. Kalau dibiarkan sebungkus tu dia ngadap sorang jerk. Mula2 Asiah beli sebungkus je dulu, nak try katekan...eh sedap la plak. Cik Abe pun suka jugak. Dia plak suh Asiah beli 4 bungkus. Tapi sempat sampai umah 2 bungkus jerk. 2 bungkus lagi Asiah jual kat member. Member2 plak teringin nak rasa. Kali ni Asiah beli sebungkus je. Yang lain2 ni member ofis punye. Asiah tukang order jerk. Takpe member ofis je pun yang juak kepek ni. Bile2 je boleh order, Kak Ina kan...hehe. 
Kalau korang nak cube bleh la hubungi Kak Ina ni ye. RM5 sebungkus
Makan ngan nasi pun sedap uols...rase cam kopok jerk. 
Tu yang cepat habis tu...teheee...(",)

Kalau teringin nak rase kepek ni, korang bolehlah berhubung dengan
Farhana|0111-9961663 & Wani|017-9294833 untuk order yea...(",)