31 Julai 2013

:: Geram dengan Follower 201 ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

Salam 22 Ramadhan...
Actually Asiah tak senang dengan gambar profile follower Asiah yg ke-201 ni. Tapi Asiah tak tau camne nak buang dr list follower Asiah ni. Gambarnya tidak sesuai langsung. 18sx...nauzubillah. Camne ye korang nak delete ni. Kalau korang tahu camne bgtau Asiah yea. Sakit mata betul dengan gambar ni. Takkan disebabkan dia Asiah kene buang gadget follower plak kot...mood buntu...:(




note : sorry ye korang Asiah terpakse post pasal gambar yg xsenonoh ni...huhu

24 Julai 2013

:: Lagu Raya Feberet Asiah ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)


Salam 15 ramadhan…
Kat radio Dj dah stat pasang lagu raya dah uols…korang perasan  tak?@korang dah lama dah stat dengar lagu raya?...hehe

Bercerita pasal lagu raya ni kan. Lagu PULANGLAH (Aishah) menjadi lagu kegemaran Asiah tau…banyak cerita dalam lagu tu…banyak kenangan...tapi yang penting Asiah paling suka lagu2 raya yg evergreen uols…dari lagu2 raya yg latest ni…kalau lagu raya terbaru ni Asiah suka lagu2 raya Dato’ Siti. Airmata  Syawal & semua lagu raya Dato’ Siti…hehe. Korang plak apekah lagu kesukaan korang erk???...papepun, lagu raya memeriahkan lagi suasana nk sambut raya kan uols. Menambahkan mood raya...(",)

sumber : Google Image

22 Julai 2013

:: Iftar ke 10 | Tauhu Bakar ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Salam 13 Ramadhan...
Alhamdulillah masih diberi kesihatan olehNYA untuk meneruskan pejuangan ini. Korang plak cemana???moga sihat walafiat yea...:)
Kebanyakkan ramai blogger yg post pasal iftar memasingkan. Hari ni Asiah pun nk post jugak lah. Nak jugak...huhu. Sepanjang 12hari berpuasa ni Asiah just makan nasi time sahur jerk. Time berbuka tak makan nasi. Makan makanan lain selain nasi...haha, kadang2 makan jugak... tapi kebanyakkannya tak la. Asiah just masak mihun ke, kuetiau ke, mee ke @ beli kuih muih jerk. Menu kat bawah ni antara makanan kesukaan Asiah sejak daku bergelar isteri kepada Mohd Azman bin Mahpot yang hantu TAUHU...huhu
Sedap tauhu bakar ni. Kuahnya rasa masam, manis & pedas. Kat atas plak ade timun, sengkuang & kacang. 1 set (2ketul tauhu) RM2. Murahkan uolss...:)
Setiap hari time hantar kakak ke skolah Asiah nampak signboard 'TAUHU BAKAR, 1 SET RM2'. Kebetulan plak time dok buat paper cutting kat ofis terbaca pasal tauhu bakar sedap kat Johor. Ngences la jap nk makan tauhu bakar cam kat dalam paper tu. Tanya2 kuahnya ade kacang tanah. Ha, lbh kurang sama la tu dengan kat dalam paper. Harap2 sedap...2 set Asiah beli ko, tamak haloba di bulan puasa ni. Makan time berbuka & sahur...nasibla xbasi. Kalo tak membazir jerk...dapat dosa free. Kalo korang tinggal di Bandar Jengka, Pahang & teringin nak makan menda alah ni boleh la cuba yea. Stallnye kat simpang masjid lama Rantau Perintis...sekian dimaklumkan...selamat berpuasa uols...(",)









note : nampak comot tauhu bakar ni sebab terhentak2 dalam kereta...huhu




Truly...
Asiah Azman

10 Julai 2013

:: Buah Kurma yang Super Yummy ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Kombinasi buah kurma Mariami, Mariami bersama badam & buah thin
Buah kurma@tamar sinonim dengan bulan Ramadhan kan uols...so, Ramadhan kali ini Asiah beli buah kurma ni sebelum puasa lagi. Nak test yang mana paling best. Asiah tak suka buah kurma yang manis sangat. Kebetulan ade member ofis yg jual dates & dried fruits dari Mahnaz Food. 1st Asiah beli dried fruits jerk kombinasi buah kurma, kiwi, aprikot & thin dalam satu bekas. Alhamdulillah semua terbaik. Buah kurma Mariami tu tak manis sangat tu yang Asiah repeat lagi untuk bekal bulan puasa.Seperti yang kita tahu kan buah kurma ni banyak khasiatnya. Tambah2 lagi Asiah ni masih menyusukan Aira. Buah kurma ni boleh menambahkan susu & memberi tenaga sepanjang hari kita berpuasa, Insyallah...(",)



notes : Asiah baru je jatuh cinta dengan buah kurma ni sbg snek harian. kalau dulu nk sentuh pun tak nak...mase berubahkan uols...♡


9 Julai 2013

:: Salam Ramadhan ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

 Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadat puasa pada kali ini. Semoga Ramadhan kali ini kita jalani dengan lebih sempurna dan mendapat keberkatan dan keredhaan olehNYA....Selamat Berpuasa uols...♡







8 Julai 2013

:: Selamat Hari Lahir | Aira ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

  • 07.07.2013...genaplah usia puteri kedua Asiah 1 tahun. How time flies kan uols, kejap je rasa Aira membesar...dah setahun dah. Setahun pertama ni, Aira merupakan anak yang baik cuma Asiah perasan dia tak suka naik kereta. Naik kete je mesti dia meragam. Dia tak suka perjalanan jauh...Klau boleh dia nak duduk rumah jerk. Layan mainan.Tak nak balik umah nenek@Tok Ma & tak nak pergi jalan2....huhu. 
  • Yang paling best bila Asiah tanya sedap tak makanan yg dia makan tu...mesti dia akan angguk walaupun dia sedang mengunyah tisu...lawak betul Aira. Dia paling suka makan tisu & kertas(suka mengutip). Lagi satu dia memang lasak & suke buat muke kesian. Satu lagi, Comel je bila dia sebut 'nak'...rase nak gigit2 jerk. 
  • Gigi baru ada 7batang. Atas 4btg, bawah 3 batang...dh mula menggigit bl time menyusu. Naseb tak gigit kakak lagi. Kalau tak, riuh seberek la dengan suara merdu kakak menangis.
  • 'baba'lah perkataan pertama yang dia sebut. Suka la baba tu, dia masih belum pandai sebut perkataan 'ibu'@'bu'...kakak & baba dia dh pandai sebut...Aira tak pandai berjalan lagi, just dok meniti jer. Baru jalan setapak pastu jatuh. Arap2 aidilfitri nnt dia dah pandai berjalan la. Baru la cantik nk pkai baju kurung & ktip duit raya...hehe
  • Sempena besday dia semalam, Asiah tak beli pun kek & hadiah. Ingat nak sambut skali ngan besday kakak dia bulan depan(13.08.2013) nanti...dua2 anak Asiah lahir dalam bulan Ramadhan tau uols...(",)

Selamat Hari Lahir sayang ...
Moga Aira menjadi anak yang baik 
Hormat orang tua
Berjasa kepada keluarga, agama, bangsa & negara...
Kami sayang Aira ketat2...love you so much.



7 Julai 2013

::1st besday Aira ::

Salam uols...(",)

Hari ni genaplah usia puteri kedua Asiah setahun. Kami tak celebrate beria pun. Just bl cupcake jerk. Setiap kali ade besday mesti kakak yg over tau uols. Biasela kan budak2...:)
Ibu tempek gambar Aira ngan cupcakenye kat sini ye sayang...Sori, gambar xberapa jelas...:)



note : abaikan ye uols umah Asiah yg berselerak tu...hehe

5 Julai 2013

:: Papier Love ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)


Sekarang ni Asiah sedang berjinak-jinak dengan SCRAPBOOKING. Actually Asiah ni bukan dalam kategori kreatif person. Tapi gatal jugak nak buat SCRAPBOOKING ni. Slalunya orang yang minat menda ni orang yang kreatif sebab nak kene deco/hias kita punya scrapbook tu. Takpela, Asiah nak buat dengan cara Asiah sendiri. Untuk anak2 kesayangan Asiah...huhu
Nanti bila semuanya dah siap, Asiah post kat sini ye. Nanti korang judge ye Asiah ni kreatif@tidak...hehe
Inilah sebahagian barang yang Asiah beli kat PAPIER LOVE
yang terletak di The Curve Mutiara Damansara tempoh hari... Asiah just beli barang basic untuk buat scrapbook. Saya budak baru belajar la katakan...hehe, arap minat Asiah ni berpanjanganlah sebab material nak buat scrapbook ni boleh tahan jugak regenye...tapi bergantung kepada kita la jugak. Kene bandingkan harga baru dapat yg terbaik...
bagi Asiah le...(",). 
Untuk pengetahuan korang (setahu Asiah la) Kat Malaysia ni dah banyak dah kedai yg supply barang2 untuk buat scrapbook ni. Korang boleh tekan SINI untuk tengok senarai kedai yg supply brg untuk scrapbook ni/untuk buat kad/kraf. Klau dulu mungkin susah jugak la nak dapatkan kertas2 yg comel/bahan2 lain utk buat scrapbook. Nak buat scrapbook ni kene barang2 yg free acid tau uols...kalau tak nnt gambar kita tu akan rosak...kebanyakan material untuk buat scrapbook ni diimport dr luar negara...itu pasal harganya mahal ouls...Bercakap pasal kedai yg supply barangan scrapbook ni, Asiah teringin nak pegi kedai SCRAP n CROP . Kedai ni ade jual secara online jugak. Tapi lebih puashati kalau pegi pilih brg2 kat kedainya sdr.Kene pujuk encik asben la pasti bawak Asiah pg sane...hehe...(",)

Sticker, gunting, gam(free acid), fancy brads & scrapbook stuff
Patern paper


Lots of Luv...
Asiah Azman

1 Julai 2013

:: Harus Berpisah ::

Salam uols…

Perpisahan adalah lumrah kehidupan. Tapi bagi Asiah perpisahan amat meyakitkan. Tak suka akan perpisahan. Tapi semuanya qadak & qadar Allah swt…Allah dah tentukan segalanya…kita umatNYA haruslah terima segalanya denga redha..huhu
Akcelli, minggu lepas member Asiah dapat transfer ke tempat kerja yang berdekatan dengan rumahya. So, hilanglah sudah tempat Asiah nak pot pet pot pet lagi…pasal rumah tangga & anak2...masa cepat berlalu, Asiah cam ternganga sekejap bila dapat tau K.Azni dapat pindah. Tak terfikir pun secepat ini Asiah terpaksa berpisah dengan dia…walaupun dekat tapi kita tidak lagi sebumbung kak...selamat maju jaya akak…moga  silaturahim antara kita akan terus terjalin,insyallah…kami  amat terasa kehilagan akak…;(

Memori tercipta
Good friends
are hard to find
harder to leave
and impossible to forget