1 April 2013

:: Memori di Melaka | # 1 ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

AWAS! ENTRY KALI INI PENUH DENGAN GAMBAR

Awal bulan Mac hari tu Asiah sekuarga ade pegi makan angin sikit...makan angin la sangat..:) Kali ni kiteorang pegi jalan2 kat Melaka plak. Tahun lepas pergi jalan2 kat
Cameron Highlands. Ekonomi kami baru nak stabil, baru 5tahun hidup bersama uols, maksudnya kami kene tawaf satu Malaysia dulu la baru leh pergi jalan2 kat Luar Negara plak, hihi...ada hati tu nak pegi jalan2 jauh tu...mesti la kan uols...(",)
Kiteorang pegi Melaka just 3hari 2malam jerk. Sepanjang dok Melaka kiteorang stay kat Hotel Hallmark View, kat Bukit Baru Ayer Keroh, Melaka. Alhamdulillah, hotel ni bersih,perabot pun tersusun rapi, bilik air ok,layanan staf pun ok,makanan pun sedap,lap kaki pun ok. LAP KAKI?ape kes dengan lap kaki?...kalau korang nak tahu,kalau pegi hotel@bermalam selain kat rumah sendiri. Asiah mang amik pusing pasal alas kaki sebab kiteorang tak suka kaki basah pas keluar bilik air. Yang lain2 ok cume asben Asiah tak pilih bilik yang ada tingkap...Asiah dah pesan dah suh dia book bilik yang ada tingkap.......huhu,
ade sedikit kekecewaan kat situ...tapi takpelah lain kita pilih bilik yang ade tingkap plak yea...pujuk hati sendiri.



Hari Pertama

Hari pertama kiteorang pegi jalan2 kat  Restoran Ikan Bakar Terapung Umbai
Restoran ni mengadap pantai ala2 restoran kat Kuala Selangor tu.Kiteorang pilih  
Kedai Umbai Grill Fish. Boleh tahan jugak la masakan kat kedai ni. Yang paling best otak2. Tapi bukan Kedai Umbai Grill Fish yang jual, tapi kedai sebelah punya. Kalau korang pegi makan kat area sini. Jangan lupa yea makan otak2 ni. Mang tak rugi la. Aku siap bungkus wat balik bilik....hihi,kalau dekat tu rasa nak bungkus wat balik Jengka...haha. Nak bagitau korang bahawasanya otak2 itu SEDAP!
Dalam perjalanan ke Restoran Ikan Bakar Umbai tu asben Asiah ternampak signboard Coconut Shake Alai, apelagi u-turn lah basahkan tekak kejap...hihi. Kiteorang bungkus jerk. Minum dalam kereta. Mang terbaik la coconut shake Alai ni...(",)

Coconut Shake Alai

Hari kedua plak kiteorang pegi ke kawasan Rumah Merah @ Dataran Pahlawan. Ingatkan tak boleh pegi jalan2 dah hari ni sebab malam tadi Aira demam
Nasibla ada klinik 24jam kat area hotel kami tu. 
Kiteorang pegi kat Klinik Medik Al-Azhim. Biasa la ada anak kecik kan. Aira tak tahan travel jauh2 kot. Balik Kelantan hari tu pun dia demam jugak.
  •  Dataran Pahlawan

Kiteorang pusing2 tempat2 bersejarah kat area Rumah Merah ni. Cam 
Muzium Islam Melaka,Muzium Pengangkutan & Muzium Samudera.
Mula2 tu kiteorang naik beca kononya nak pusing semua tempat. Sampai separuh jalan Aira plak nangis. So, terpaksa la kiteorang naik separuh jalan jerk. Kebetulan tengah hari kan, panas terik. Tu yang Aira nangis. Rimas kot...kakak plak tak puas naik beca lagi. Kalau murah bagi je kakak naik ngan baba dia. Tapi babanya cakap tak nak RM40 tu satu pusingan. Tapi puas hati la kalau nak santai2. Kalau jalan kaki pun dekat je antara satu tempat tu, cuma panas la kalau berjalan time tengahari...jom layan gambar yea...(",)
  • Muzium Islam Melaka


Pas setel jalan2 kat Muzium Samudera tu, Asiah singgah jap kat Medan Samudera. Berhadapan dengnn Muzium Samudera. Kat sini banyak ole2. Kalau cencalok Asiah leh dapat dengan harga RM10 (4botol). Kalau kat tempat lain RM10 (3botol jerk). Kalau mende lain Asiah tak tau. Tapi pakcik beca tu cakap kalau nak beli barang better beli kat 
Medan Samudera ni. Murah sikit berbanding ngan tempat lain...katanya la...(",)  
  • Muzium Samudera
  • Medan Samudera


p/s: bersambung ke next entri....

NOTE : Sila tekan SINI untuk baca sambungan dari entri nie yea...(",)
  

2 ulasan:

Unknown berkata...

best gi melaka..bnyk tmpt leh pegi..mah lama dok melaka sblm kawen..;)

Siti Asiah berkata...

IMANI IWANI : Puas doh la Mah tawaf Melaka dop...ore kene g skali lagi baru leh tawaf blako. paling best kat Melaka minum Coconut Shake & pegi ke Istana lama...(",)