31 Disember 2014

:: Safari Kid's Pasta ::

Salam & Hye uols…J

Last day kite hari ni kan uols. Esk dah masuk tahun baru dah…huhu
Selamat tinggal 2014 & 2015 please be awesome 4 usJ

Hari ni nak cite pasal pasta untuk kanak2...hihi
1st time beli pasta untuk kanak2, slalunya anak2 makan pasta biase tu je. Pasta ni berbentuk haiwan, ade singa, zirafah, gajah & byk lagi. Ibu dia yang eksaited lebih tau tengok pasta ni. Alhamdulillah kakak & Aira suka makan pasta ni. Asiah masak sup pasta. 
Selalunya anak2 Asiah suka sangat kalau Asiah  masak sup2 ni. Rasenya cam pasta biasa tapi berbentuk haiwan. Asiah beli kat Cosway, lupa dah bape harganye…J


29 Disember 2014

:: Free Gift | Diari & Kalendar 2015 ::


Salam & Hye uols…J

Diary 2015 dah ade dah. 
Diary 2014 dah habis ke? azam tahun 2014 dah tertunai ke?
 azam untuk tahun baru dah ade ke?...hihiJ
Banyak betul soalan kan uols….soalan biasa kalo nak sambut tahun baru kan uols.
Asiah arap semua azam 2014 kite dah tercapai dengan jayanye erk. 
Walaupun tak semua, kalo 90% pun dah kira ok kan uols. Klau 100% tu lagi la ok kan. Semoga 2015 memberi banyak makna buat kita semua. 
Semoga kita dipanjangkan umur dalam keberkatan kan uols…J

Free gift dari UMP…suke sangattttJ

26 Disember 2014

:: Doa Mohon Elak Banjir ::

Salam & Hye Uols…J

Tengok gambar kat paper Utusan Malaysia hari ni, masyallah teruknya banjir di Kelantan terutamanya kat Kuala Krai & Kota Bharu. Nasiblah umah kuarga Asiah di Jeli selamat dari banjir besar just air naik kat bahagian dapur je & tak payah berpindah cuma umah sedara mara kat Rantau Panjang jer banjir teruk 
& terpakse berpindah ke tempat perpindahan banjir.
Jom kita sama2 berdoa agar matahari segera menyinar, air bah segera surut dengan membaca doa dibawah ni ye uols…


hanya kuasa doa dapat berubah segalanya. Semoga Allah mendengar doa kita semua, amin  
Semoga saudara kita yang sedang dalam musibah ini redha & sabar dengan dugaan dari-Nya kerana disebalik kesusahan ada kemudahan yang dijanjikan olehNya.            

:: Preggy Diaries | Mengidam Colek Kelubi ::

Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah uols, Akhirnya dapat jugak Asiah makan ‘colek kelubi’ setelah lama mencari. Asam kelubi ni susah nak dapat kat Jengka ni, kalo kat Kelantan senang jerk. Kat sini orang banyak jual  asam kelubi jeruk je. Suke sangat uols mende yang Asiah idam dah dapat…teheeeJ
Makan sampai lebam…hihi


Simple jer colek Asiah, letak gula + budu + cili J

25 Disember 2014

:: Free Sample : Breast Pad MAM ::

Salam & Hye uols…J

Kali ni Asiah dapat  free sample breast pad plak. Ibu menyusu sangat perlukan breast pad ni kan uols. Sebelum ni Asiah beli yang jenama biase je untuk guna time menyusukan Aira. Tapi kali ni rase nak cube jenama yang lain plak. Kalo yang MAM ni ok, boleh la beli banyak2. Kalo korang nak sample camni gak, korang boleh emelkan kat diaorang ye untuk mohon sampleJ


Free sample! Drop us a line at hello@mymambaby.com with your contact details and mailing address for a complimentary sample of breast pads (2 pieces). Limit to one per household.


24 Disember 2014

:: Dapat CPUV | Maggi Royale ::

Salam & Hye uols…J

Semalam Asiah dapat BE Maggi Royale…suke sangat uols sbb Asiah dah try kedua2 flavour maggi ni. Maggi Royale |Korean Spicy Braised Beef Flavour & Penang Seafood CurryJ
Esok bleh lah masak maggi kesukaan korang & makan same2 
ngan anak2@ kawan @ jiran tetangga…esok kan cuti Christmas Day
Lupa nak cakap kalo korang nak sample maggi royale ni percuma boleh la klik kat SINI yeJ

Terima kasih Nuffnang letak iklan Maggi ni kat blog Asiah. 
Thanks korang sudi bertandang ke blog Asiah. 
Sudi2kanlah klik my nuffnang yea,ahaksJ


Menarikkan packaging dia...(",)
1. Korean Spicy Braised Beef Flavour
2. Penang Seafood Curry

23 Disember 2014

:: Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung ::

Salam & Hye uols…J


Hari ni Asiah nak kongsi tentang khasiat buah delima ni ngan korang.

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika andamengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:
*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual
Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).
Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.
Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.
Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Rugilah plak ase tak beli jus delima fresh time pegi Cold Storage, KLCC hari tu...huhu
Sebotol RM13.90

22 Disember 2014

:: Free Sample | Frisomum Gold ::


Salam & Hye uols…J

Sorry la uols ye, sejak dua menjak ni Asiah dok tayang pasal free sample jerk…hihi
Saje suke2 nak try brands baru. 
Save sikit kan uols daripada  beli & tak guna, 
membazir kan…hihi
Kali ni Asiah dapat free sample susu untuk ibu mengandung plak uols, FRISOMUM GOLD …sebelum ni Asiah pun ade mohon susu FRISO GOLD untuk aira gak…J

Pregnant kali ni Asiah just minum susu Everyday jerk. Tak lalu nak minum susu lain. Itu sebab Asiah  mintak free sample susu FRISOMUM ni, kot2 leh minum kan…
bleh la beli yg Frisomum plak pasni.
terima kasih Dutchlady kasi free sample ni. 
Kalau korang nak mohon gak, bleh la mohon kat SINI yea…J




19 Disember 2014

:: Preggy Diaries | 24 Minggu Dah ::

Salam & Hye uols…J


Alhamdulillah, my baby dah 24 minggu dah. Setakat ni semuanya ok.
Aktif sangat bergerak, tendang2 ye sayang.
Tinggal 16 minggu je lagi nak bersalin. 
Ibu arap kamu sihat2 aje kat dalam womb ibu ye sayang…J


18 Disember 2014

:: Maggi Kari Terbaik Selamanya, ahaks ::

Salam & Hye uols…J

Hujan2 ni makan maggi kari kosong pun menyelerakan. 
Just didihkan air dalam periuk & masukkan maggi kesukaan anda, tunggu jap pastu dah boleh ngappp…so, nyummy
Cam makan time tinngal kat asrama dulu tu,hihi


Inilah dia maggi kesukaan Asiah sejak Asiah kenal ngan maggi. 
Kalo time kecik2 dulu, ma Asiah selalu beli vit’s bl dah besar baru layan maggi…J


16 Disember 2014

:: Bila Sel2 Otak Berhubung,ahaks ::

Salam & Hye uols…J

Suke sangat uols Aira ni duduk dalam bekas. Asal muat je mesti tak lepas peluang. Tengoklah tu dengan muke selamber je dia duduk dalam paperbag tu. 
Makan pun nak makan dalam bakul bagai…ade saje akal baru dia uols. 
Kadang tu gelihati jerk tengok gelagat dia tu…J




15 Disember 2014

:: Bila Aira Tolong Ibu ::

Salam & Hye uols…J

Tengok ni, rajin tak anak dara Asiah sorang ni?rajin la sangat kan uols…tehee
Kalo Asiah isi air kat botol suke sangat dia nak menolong. Sebab nak main air. 
Itulah motif dia pastu berebut ngan kakak nak letak botol kat dalam peti ais...hihi
Tengok tu siap pakai apron lagi…haha
Kalah masterchef...(",)
Arap Aira rajin la sampai besar ye sayang…J



11 Disember 2014

:: DAPAT CPUV | Marigold UHT Milk (PC) & Education NZ ::

Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi BE dari Nuffnang. 
Kali ni dapat iklan Marigold UHT Milk (PC) & Education NZ. Time kasih Nuffnang…J
Kalau korang nampak iklan tu rajin2 la klik2 ye…tehee


10 Disember 2014

:: DAPAT CPUV | Rakuten Super Sale ::

Salam & Hye uols…J

Semalam Asiah dapat BE baru dari Nuffnang. Dapat iklan Rakuten Super Sale. Alhamdulillah uols Nuffnang bermurah hati letak iklan yang best2 kat blog Asiah ni…tehee
Terima kasih Nuffnang...(",)
Apelagi korang jom shopping online kat Rakuten ni. Byk barang yang terjual kat sini…
ade kamera, gadget, fashion, barang kecantikan & banyak lagi
sediakan fulus jerk. 
Sale sehingga 93% tu…hihi

Happy shopping uols…J



8 Disember 2014

:: Free Sample | Mamil Learning Precision 3 ::


Salam & Hye uols…J

Asiah ade mintak free sample susu Mamil Learning untuk Aira. Susu khas untuk kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun. Tup2 minggu lepas susunya tu dah sampai. 
Mak ai  banyak tu Dumex kasi, 600g uols...terkejut Asiah.
Selalunya kalau sample Asiah tak pernah lagi dapat banyak camni. 
Kalau beli kat kedai harganya RM43.50 untuk 600g ni. Terima kasih Dumex kasi susu yang best untuk Aira. Alhamdulillah, Aira suke minum susu Mamil Learning ni. 
Kebetulan plak Aira minum susu Dumex gak skang, Dumex Dugro.
Kalau korang nak dapat susu cam Asiah dapat ni. 
Korang boleh lah mohon free sample kat SINI ye…J

Pos by kurier lagi uols...terbaik kan...(",)

Suke la tu dapat minum susu baru...(",)



3 Disember 2014

:: WW | Durian Tangkai Lanjut ::


Salam & Hye uols…J

Inilah dia durian paling best kat kebun ayah Asiah.…teheee
Rasenya ala2 Musang King…J


2 Disember 2014

:: Free Sample | Tumix Kuah ::


Salam & Hye uols…J

Lama dah post pasal free sample kat sini. 
Asiah kan pencinta free sample..haha
Sape tak suke barang free kan...tehee
Ini free sample yang lama dah terperuk kat draf. 
Baru skang Asiah sempat nk publish…hehe
Rasenya dah habis dh mase untuk mohon free sample Tumix ni.
Asiah mohon kat SINI.


Belum sempat lagi nak try penambah rasa kuah Tumix ni...nampak cam sedap je...(",)

1 Disember 2014

:: Bila Suami Mengidam Pancake Korea ::


Salam & Hye uols…J

Tibe2 je suami Asiah suh wat pancake korea ni@pajeon. Buang tebiat ke ape? 
cam tak percaya je penyakit Asiah dah berjangkit kat dia…haha(terpengaruh ngan tv) 
& penangan Running Man & Roomate la ni.

So, si isteri pun google lah cemana nak masak menda alah ni. 
Makanan yang tak pernah ditengok & dirase sendiri. 1st time tengok kat google ni. 
Nasibla resepinya mudah & bahan2 pun ade je kat umah just kena beli 2,3 item jerk…
so, Asiah belasah je la wat pancake ni. 
Asiah amik resepi kat SINI
Alhamdulillah suami Asiah sukaaaa. 
Tapi dia tak cicah ngan kicap tapi cicah ngan pencicah kopok tu je. 
Tekak Melayu katakan,haha
Bagi Asiah pancake ni rase cam takoyaki tu tapi berbentuk cam lempeng kite...(",)

Inilah rupenya pancake yg Asiah buat tu...hihi