Memaparkan catatan dengan label Cerita Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Raya. Papar semua catatan

12 Julai 2016

:: Salam Aidilfitri 2016 ::

Salam & hai J

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga ye. 
Moga aidilfitri kali ni lebih bermakna buat kita semua. Maaf zahir & batin J



29 Jun 2016

:: Semperit Rangup ::


Salam 24 Ramadhan & hai uols J

Sedar tak sedar tinggal seminggu je lagi kita nak sambut aidilfitri kan uols. Mesti korang sume tengah sibuk2 dok cari biskut raya @ wat sendiri kan. Asiah plak setakat ni tak berkesempatan lagi nak buat biskut raya sendiri. Setiap tahun just order jerk,hihi. Dop brape pandai nak buat biskut raya sendiri. 
Kali ni Asiah terpikat dengan biskut semperit yang dibuat oleh
Junaidah Jujue baker kat tempat tinggal Asiah ni. 
Masyallah sedapnye uols semperit dia. Rangup & tak berapa manis. Boleh lupa diri jap makan semperit dia. Lama dah Asiah tak merasa semperit sedap camni. Ini pun kira rezeki baby lah sebab Asiah lambat nak order semperit tu . Nasib ade lebih sebekas. 
Kalo x, tak merasa la Asiah. Tak sempat Asiah nak simpan untuk raya. Terus ngap jew. Pas raya katanya nak buka order balik. Boleh la Asiah order lagi...makan sampai puas, hihi. Setakat ni semperit lah biskut raya paling win dihati,ahaks J


Tinngal cenonet ni jew sebab sedap punye pasal.
Sumber : Fb Junaidah Jujue


26 Mei 2016

:: Biskut & Kerepek Raya 2016 by Ketuk-ketuk Aidilfitri (KKAF) ::


Salam & hai uols J


Tahun ni Asiah ade amik order untuk biskut raya. So, sesapa yang berada di area Bandar Pusat Jengka, Pahang boleh lah order biskut & kerepek raya ni ngan Asiah. 
The best premium cookies uols. Yang penting bukan biskut dari kilang.Harga pun berpatutan. Kalo cookies tu RM30 sebekas (60 biji). Kerepek plak antara RM20-25 sebalang. Mesti raya korang meriah dengan adanya biskut by KKAF terhidang di hari lebaran nanti. Nak order wasap Asiah ye 013.9230429.








14 Julai 2015

:: Salam Lebaran 2015 ::


Salam & hye uols…J

Insy. hari Rabu (esok) Asiah last day keje…pastu cuti raya seminggu
so, di kesempatan ini…Asiah susun jari 10, memohon ampun & maaf dari korang semua di atas segala salah silap yea. Jikalau Asiah ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang berblog ni yea. Semoga kalian ceria di hari lebaran nanti bersama
 keluarga & insan tersayang…J

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin




3 Oktober 2014

:: Salam Aidiladha 1435H 2014M ::

Salam

Salam Aidiladha untuk korang semua.
 Kepada yang sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing2,
 berhati2 di jalan raya ye. 
Mesti ramai yang balik kampung Aidiladha ni kan, cutikan panjang. 
Asiah sambut Aidiladha kat kuaters jerk....
semoga Aidiladha kali ni memberi makna buat kite semua...(",)


9 Ogos 2014

:: Juadah Raya Ke-3 ::

Salam uols…J

Korang watpe tu? makn biskut raye? nak sikit…hehe
Raya sakan ye korang. Asiah tak bape nak raya tahun ni. Tapi Alhamdulillah, sempat jugak Asiah masak untuk kawan2 berek yang datang beraya. Tahun ni Asiah masak nasi impit, kuah kacang, daging kicap & rendang daging. 1st time Asiah masak rendang daging. Daging kicap plak menu wajib setiap kali raya. Resepi mak mertua Asiah. Tapi kali ni lain sikit sebab Asiah guna daging frozen jerk. Slalunye guna daging fresh untuk masak juadah raya. Inilah hasilnya, berminyak sikit masakan Asiah ni. 
Puashati kuah kacang Asiah menjadi tahun ni…hehe

Jom menjamu mate ye uols…J


  1. Nasi impit
  2. Daging Kicap
  3. Rendang Daging
  4. Kuah Kacang

7 Ogos 2014

:: Biskut Raya 2014 ::

Salam uols…J


Alhamdulillah raye tahun ni biskut raya laju je habis. Kalo sebelum ni raya seminggu pun biskut raya masih banyak lagi. Tahun ni kebanyakkannye Asiah beli biskut raya ngan member2 jerk & beli 2,3 jenis kerepek kat tempat biase. Asiah selalu beli kerepek kat Madinah Food. Itu saje. Tak beria sangat. Biskut yang paling hot adalah biskut Ombak Rindu & Almond Florentine Cookies. Rase rugi jerk Asiah beli sebalang.Tak cukuppp…nak lagiii. Puas hati dapat makan biskut Ombak Rindu walaupun tak dapat beli ngan Najah Bakery…huhu, kalo dapat lagi hepi…J


  1. Crunchy Cornflake Cookie
  2. Almond London
  3. Tart Nenas
  4. Almond Florentine Cookies
  5. Ombak Rindu
  6. Semperit 
  7. Simpul Kasih
  8. Semperit Susu
  9. Kerepek Pisang Original
  10. Kerepek Ubi Perisa Kari
  11. Kerepek Pisang Pedas
  12. Biskut Gunting Manis

4 Ogos 2014

:: Gambar Raya 2014 ::


Salam 8 Syawal uols...(",)

Nak jugak tempek gambar raye walaupun sekeping ye uols, hehe
Ini je gambar yg ada. Tak sempat nak snap ngan enset. Lagipun tahun ni kami takde rezeki nak beraya sangat. Just raye pertama je beraya sakan...mak mertua Asiah tak sihat. Tak sampai hati plak nak pegi beraye tinggalkan dia sendirian...ape pun, 
Selamat Hari Raya uols...(",)


15 Ogos 2013

:: Memori Syawal 2013 ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

Hari ni 1st day Asiah masuk keje setelah seminggu bercuti menyambut lebaran di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Tahun ni turn belah Kelantan. So, kami menyambut hari raya di Klate. Hari Raya ke-4 baru balik umah MIL plak. Selalunya kalau turn Klate@Selangor, kami akan balik satu kampung je. Tapi tahun ni kami sepakat untuk balik kedua2 belah kuarga. Cuma jumlah hari lebih sikit belah Klate coz tahun ni turn Klate. Memandangkan kedua2 belah kuarga Asiah & Cik Abe dah semakin berusia so, kami amik keputusan untuk balik kedua2 belah kuarga...kegembiraan & kebahagiaan orang tua harus diutamakan...(",)








note : Aidilfitri kali ni tak sempat nak g beraya kat umah kawan2 kat kampung. Just beraya              kat umah sedara mara jerk. maaf ye kawan2 semua...:)

5 Ogos 2013

:: Amalan Sunat Sempena Syawal ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Lebih kurang seminggu lagi kita nak sambut raya kan uols...camne persiapan raya korang?dah setel ke belum?...alhamdulillah Asiah dah setel dah tp Cik Abe la plak tak puas hati ngan baju-bajan dia. Nak cari yang lain katanya...huhu, layan je la...:)
Hari ni Asiah nak kongsi ngan korang semua tentang AMALAN SUNAT SEMPENA SYAWAL yang akan kita sambut tak lama lagi kan uols...jom kita same2 mengamalkan amalan sunat ini bagi menyemarakkan Syawal mulia...(",)

           Bertakbir
-     Bertakbir pada tarikh 1 Syawal sempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yg disyariatkan.
-     Di sunatkan takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya
-     Disunatkan bertakbir sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat sunat aidilfitri

Lafaz ucapan selamat pada hari raya aidilfitri
-     Disunatkan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan taulan

Terus menghidupkan malam
-     Semangat mengerjakan solat sunat tarawih perlu diteruskan dgn mengerjakan qiamullail pada hari2 berikutya selepas berakhir  Ramadhan

Mandi pada pagi hari raya
-     Kita boleh mandi sunat di pagi hari raya. Caraya adalah seperti mandi wajib. Ia perlu dilaksanakan sebelum berangkat ke masjid atau surau untuk solat sunat aidilfitri

Makan sebelum solat sunat Aidilfitri
-     Disunatkan juga utk menjamah makanan sblum berangkat menunaikan solat Aidilfitri utk menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya

Memakai pakaian yang indah
-     Sunat bagi seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari2 raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri & Aidiladha) dan tempat diadakan majlis(spt maj.perkahwinan)

Mengerjakan solat Aidilfitri
-  " Rasulullah telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda xmelakukan sbrang solat sblum & sesudahya"

Mengerjakan puasa sunat enam hari
-    “ sesiapa yg berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dgn puasa enam hari di bulan Syawal, seolah2 dia telah berpuasa setahun”. Cara paling afdal utk melaksanakannnya adalah memulakan puasa sesudah  hari raya Aidilfitri secara berturut2(bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yg ditetapkan oleh para ulama.

note : sumber dari Majalah Pa & Ma edisi Ogos 2013 (slot REHLAH)
  



24 Julai 2013

:: Lagu Raya Feberet Asiah ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)


Salam 15 ramadhan…
Kat radio Dj dah stat pasang lagu raya dah uols…korang perasan  tak?@korang dah lama dah stat dengar lagu raya?...hehe

Bercerita pasal lagu raya ni kan. Lagu PULANGLAH (Aishah) menjadi lagu kegemaran Asiah tau…banyak cerita dalam lagu tu…banyak kenangan...tapi yang penting Asiah paling suka lagu2 raya yg evergreen uols…dari lagu2 raya yg latest ni…kalau lagu raya terbaru ni Asiah suka lagu2 raya Dato’ Siti. Airmata  Syawal & semua lagu raya Dato’ Siti…hehe. Korang plak apekah lagu kesukaan korang erk???...papepun, lagu raya memeriahkan lagi suasana nk sambut raya kan uols. Menambahkan mood raya...(",)

sumber : Google Image

8 September 2012

:: Ofismate Datang Beraya ::

Salam uols....

Belum terlambat rasenya untuk aku ucapkan salam lebaran untuk korang sume...(",)
Korang pun mesti masih beraya lagi kan
Mesti banyak pegi open house sana sini kan
Aku plak tahun ni tak kemana-mana
Raya pun biase2 ajer...
mungkin sebab tak puasa sebulan kot, tu yang semua ke laut

Tapi yang bestnye ramai member datang umah beraya
Yang latest ni geng ofis datang beraya kat umah
Aku just sempat wat mee kari  je untuk diorang
Ade si tecik ni susah sikit nak masak macam2
Tambah plak aku ni jenis masak cam siput...hihi
Thanks Cik Baina(my boss),K.Azni,Suri, Sophia & Fiona
 coz sudi datang beraye...(",) 


8 Ogos 2012

:: Lagu Raya Dah Start Berkumandang Kat Radio & TV ::

Salam uols...

Pejam celik, pejam celik ...dah 18 hari dah kite puasa ye
Tinggal lebih kurang 2minggu lagi nak raya
Lagu raya pun dah start berkumandang di stesen2 radio & tv kan
Korang dah dengar ke lagu raya untuk tahun ni?
Aku dah....hihi
Lagu raya first aku dengar kat tv hari ni lagu Anugerah Aidilfitri(Siti Nurhaliza)
  & Pulanglah versi Mila

Cite bab lagu raya ni, aku paling suke lagu  PULANGLAH versi Aishah
Ngan lagu SUARA TAKBIR(P.Ramlee)
Suke lagu2 lama...
Bila dengar lagu2 lama terasa nak raya
Ade la mood sikit nak raya
Kalau dah tua2 cam aku ni tak beria sangat dah nak raya
Just untuk anak2 jerk lebih...
Lagu2 raya la leh bagi aura nak raya
Korang plak camne?...
Lagi satu, aku suke sangat pegi shopping sambil dengar lagu raya kat mall tu
Rase teruja nak sambut raya...hihi


8 November 2011

:: Aidiladha Di Bumi Pahang ::

 Harap belum terlambat tuk aku say 
Salam Aidiladha untuk korang sumer kan...hihi
Tak sempat nak say awal2 hari tu...:)

Sari sebelum aidiladha, ayah aku ade tepon...
lebih kurang camni la ayat dia,
''Ma suh ayah tepon ni, suh tanya mu balik dop rayo aji nie?''

Itulah ayah aku...
sbnrnya dia yg rindu kat cucu dia tapi gune name ma...
ayah segan la tu nak cakap yg dia dah rindu kat cucu bam2 dia sorang ni...
(cucu paling kecik la katakan)
Suh kiteorg balik kampung sambut raye same2...
Maafkan kami ayah...tahun ni kiteorg tak dapat balik...;(

Kali ni, aku & famili sambut Aidiladha 
kat teratak kami ni jer...tak dapat nak balik kg...
my hubby duty.
Tahun ni kali kedua aku sambut Aidiladha kat sini...
Maka tak dapat la aku makan
makanan kegemaran aku time Aidiladha kat kg cam selalu...

Perut Lembu cicah air asam adalah my feberet

Daging goreng kunyit & daging singgang...
fuh, meleleh jer ase air liur ni.
Inilah makanan 
yg aku makan sampai tak hengat donia bile time Raye Haji...:)

Daging goreng kunyit
Daging singgang
Harap dipanjangkan usia olehNYA, 
dapatla aku merase meraikan Aidiladha kat kampung cam dulu2...;)

14 September 2011

:: Jamuan Raya :) ::

Alhamdulillah kenyang...
baru pas makan jamuan kat admin tadi...
macam2 ade...
lemang, rendang,nasi dagang,mihun goreng, lontong...
makanan yang selalu ader time jamuan raya..



unit kiteorang wat spagetti bolognese jerk...
alhamdulillah, dapat pujian dari diaorang..
sedaaaapp katenye...:)
k.azni yang masak kuah spagetti tu...aku just rebus spagetti jew
hehe...



aku sempat rase nasi dagang & lemang & lontong jew
pastu tak bleh dah...rase ketat je perutt neh
papepun, terbaek la semua...:)


korang per cite???...
mesti dapat banyak undangan ke open house kan...:)