Memaparkan catatan dengan label DIY PROJECT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY PROJECT. Papar semua catatan

28 Mei 2014

:: DIY | Kad Hari Lahir ::


Salam uols…J

Kad besday ni Asiah buat special untuk suami Asiah sebenarnya. Sempena hari lahir dia bulan April lepas. Asiah guna kertas, felt, fabric lace adhesive & wrapping paper. Simple jerk uols. Tapi puas hati. Untuk orang tersayang katakan...tehee
Semua barang2 ni Asiah beli kat Mr. DIY & kedai buku biase jerk…korang pun boleh buat sendiri tau, cubelah...mesti si dia sukeeeeJ


2 April 2014

:: WW | Simple Scrapbook Layouts Idea ::


Salam uols…J

Idea la sangat kan. Macam la dah pakar buat scrapbook ye dok…hehe
Latest layout scrapbook utk kakak...(",)


note : pic dari akaun FB Asiah ni...gambar lama la jugak...tehee

27 Mac 2014

:: DIY : Fabric Covered Button Brooch | Kerongsang Butang Katup ::

Salam uols…J

Asiah tengah obses dengan mende ni skang uols. Buat kerongsang butang katup. Lama dah dok aim menda alah ni. Baru sekarang tertunai. Tu pun wat sikit2 jerk coz guna perca kain yang ada jerk. Niat hati tu nak beli kain cotton yang comel2 gitu. Tapi tunggu la dulu. Buat masa sekarang ni tertunailah apa yang terhajat di hati tu. Nak buat pin rambut untuk anak dara Asiah tu & kerongsang butang katup ni. Alhamdulillah dah tertunai dah. Sukee sangat…J
Saiz 19mm...tehee...(",)

13 Januari 2014

:: Scrapbook Untuk Faiqah In Progress ::

                                                                 Salam uolsJ

Ini plak layout scrapbook untuk Fiqa
Asiah buat layout scrapbook ni menggunakan patern paper yang Asiah beli kat Papier Love hari tu.
Asiah ade ceria pasal Asiah beli barang2 untuk buat scrapbook kat 
Papier Love, kat SINI
Kalau guna patern paper ni dia keras sikit. Senang nak belek2. Lagipun kertas tu memang untuk buat scrapbook pun.Disebabkan kertas tu harganya xberapa nak murah.  So, Asiah terpaksa lah campur ngan kertas keras biase jugak. Yang penting Free Acid uols…itu yang penting
Ibu arap kakak suka la nanti ngan hasil kerja tangan dari ibu nie ye sayang.
ibu buat special untuk kakak tau, dengan penuh kasih sayang...J























2 Januari 2014

:: Tin Can Craft | Projek Tin ::

                                                                           Salam…J

Inilah dia projek Asiah sepanjang 2014 ni. InsyallahJ
Banyak dah tin Asiah simpan uols…tak sabar nak buat. Tapi material lain belum ade lagi. Semalam pegi MR.DIY nak cari clothes sticker yg saiz ½ A4 tu tapi xde…kecewa btul.Huhu
Nak kene cari inisiatif lain untuk cover tin tu. Nak guna cat ape ye nak cat tin tu kasi kemas sikit?korang pernah guna  CHALK PAINT tak?...katne ade jual cat tu yea?nak kasi cun sikit kat dalam tin tu, huhu...tak sabar, alon2 kata mak...:)


31 Disember 2013

:: Scrapbook Untuk Aira In Progress ::

                                                                     Salam uolsJ

Sebelum ni Asiah ade cerita pasal hajat Asiah nak buat scrapbook kat SINI
So, sekarang ni semuanya dalam pembikinan…hehe
Xdela secantik mana, simple jerk…tapi Asiah puas hati coz bleh deko2 sendiri. Untuk kenangan Aira bila dia besar nanti. Scrapbook yang ni Asiah plan untuk umur Aira dari 0-6 tahun. Tajuk belum ade lagi & catatan pun belum ade lagi…arap semuanya berjalan dengan lancar…J
Asiah guna kertas biasa je. Yang penting Acid Free. Begitu jugak dengan gam & pen. Kalau tak, gambar yang kita tampal tu akan rosak. Nanti anak dah besar semua scrapbooknye rosak. Rugi jerk bertahun2 buat…kalau korang nak buat cam Asiah ni, senang jerk. Bergurulah dengan pakcik Google ye kawan2…J














7 Oktober 2013

:: Seronoknya Kitar Semula ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

Sejak kat ofis mengadakan kempen kitar semula. Asiah pun start jugak wat kitar semula barang2 yg ade kat umah. Sanggup tu simpan semua tin2, btol kaca & pape yg boleh dikitar semula. Basuh bersih2 dulu, keringkan & simpan kat dalam plastik. Kalau tak buat camni takut berbau plak. Hujung bulan baru hantar kat tempat kitar semula kat ofis Asiah. Cik Abe & kakak pun support Asiah untuk kitar semula. Kakak pun dah tahu ape yg boleh dikitar semula. Tapi ade jugak yg dia wat2 tak faham...;)
 '' Ibu, lidi(lidi fishball) ni tak nak kitar semula ke?"
bertuah betul anak ibu ni...dia perli plak ibu dia sebab Asiah kadang tu bising kat dia tak bagi dia buang kotak air bila dia habis minum. Suh dia basuh bersih2 & letak tempat yg Asiah sediakan bg kotak tu kering...;)
Tapi sekarang ni tin susu/koktel Asiah tak hantar kitar semula dah. Asiah buat samting uols...hehe. Jom tengok ape yg Asiah buat dengan tin tu. Tekan SINI yea uols...(",)


Faedah kitar semula :-
Alam sekitar terpelihara
Sampah sarap akan diproses kembali dan xdibiarkan mereput yg boleh menyebabkan pencemaran
Menjimatkan wang kerajaan
 Sampah sarap xperlu dilupuskan & ini akan menjimatkan perbelanjaan negara
Menjana pendapatan
Tin2 & kertas2 lama boleh dijual semula kepada pusat2 kitar semula sekaligus dapat menjana pendapatan kita

SUMBER




26 September 2013

:: Craft Stuff | MR.DIY ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Inilah barang hasil dari rembetan yang Asiah beli kat MR.DIY. Sejak ade MR.DIY kat Mentakab ni, kalau boleh setiap bulan nak pegi shopping barang yg comel2 kat sana. Kebanyakan barang2 kat sini dr Jepun kot sbb byk barang  comel2. Kat MR.DIY ada barang hardware, electrical, household, gardening, sports, car accessories, bags, stationery, toys, gifts, plastic ware dan barang2 yg sesuai untuk seisi keluarga. Kalau korang pergi mesti tak keluar dengan tangan kosong...haha. Asiah beli Clothes Tape, Decorate Tape, Sticker, Blooming Sticker(DailyLike), button,Rubber Stamp & Paper Pack.Barang2 ni semua Asiah beli kat MR.DIY Temerloh & Tesco Bukit Beruntung...semua barang kraf. Asiah tengah angin 'menDIY' ni uols...haha, 
layan jela yea...(",)


Clothes Tape, Blooming Sticker, Paper Pack
Rubber Stamp, Button, Bunga
Paper pack










25 September 2013

:: D.I.Y Pencil Rack ::

Assalamualikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Semenjak dua menjak ni Asiah dok giler beli barang kraf uols…dalam kepala ni nak buat macam2 tapi tak tahulah tahap kesenian dalam diri tu ade banyak mana. Kita cube try test je la yea…haha...Inilah hasil 1st DIY PROJECT yang Asiah dapat hasilkan…camne uols, ok tak???...(",)


Depan
Belakang