Memaparkan catatan dengan label My Familia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Familia. Papar semua catatan

22 Mei 2014

:: Bermain. Bergaduh. Akhirnya Tidur ::

Salam uols…J


Beginilah keadaan weekend anak2 Asiah kalo tak pegi kemana2.
Puas bermain, mereka berebut & bergaduh…Asiah biar je Kakak & Aira main sendiri. 
Nak tengok camne diorang berkawan yea…
Asiah dengar je  diaorang bising bergaduh kat depan tu. Asiah buat tak tahu jerk. Lama2 Asiah rase cam sunyi jerk umah ni....
Asiah dok melipat baju kat bilik belakang. Pegi depan tengok, dua2 dah lentok dah. 
Diaorang berebut carseat tu sebenarnya...diaorang buat cam kerusi malas tu 
bleh goyang2 tu...
Babanya keje, Asiah plak dok kemas umah…boring la diaorang. 
Kesian Aira tido terlentok camtu, Asiah amik tidokan kat toto...petang baru bangun...huhu




5 Mac 2014

:: Wordless Wednesday | Comel Tak Adik Saya? ::

Salam...(",)


Gambar ni time Aira umur 4/5 bulan kalo tak silap Asiah. 
Kat pasaraya AEON Rawang...(",)

26 Disember 2013

:: Rajinnya Anak Ibu ::

Salam uols...(",)

Weekend lepas Asiah tak pegi mana2 uols. Dok umah jer. So, wat keje umah la kejenye. 
Part paling best time isi air dalam peti ais. Adik mesti sibuk nak tolong masukkakn botol air kat dalam peti uols. Kakak plak kene suruh dulu baru buat. Bila dia tengok adik sibuk je dok angkut air, dia pun rajin la nak nolong. Senyum jerk Asiah tengok gelagat mereka berdua ni. Arap sampai ke besar la rajin tolong ibu ye adik & kakak...(",)






1 November 2013

:: Baba yang Penyayang ::

Assalamualikum & Salam sejahtera uols...(",)

Alhamdulillah, Allah kurniakan Asiah seorang suami yang baik & penyayang. Bersyukur sangat2  uols…J
Suami korang pun sama kan…Anak2 lebih rapat ngan babanya daripada Asiah. Asiah ni garang ckit & xsesabar babanya melayan karenah anak…J


Kakak nk menyorok la konon...;)




3 Oktober 2013

:: Basikal Pink Untuk Aira ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Sempena Aira dah dapat kaki hari tu, baba hadiahkan Aira dengan basikal baru untuk wat main dalam rumah jerk. Sebelum ni Aira dok berebut KERETA NI ngan kakaknye. Biasela kakak tak besar lagi sepesen jerk perangai ngan adik. Selalu jerk Asiah bising ngan diaorang...berebut je kejenya...last2 baba dia belikan basikal ni. Barula lega sikit skang. Sebab masing2 dah ade kereta & beskal.Tapi kakaknye la yg banyak naik basikal ni. Selalunya Adikla yang jadi tukang tolak kakaknye yang setia...heaven la kakak kalau Aira tolak time naik kereta@basikal...(",)





30 September 2013

:: Wajah Kesayangan Hamba ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)



Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi 
Setulus hatiku...


22 Jun 2013

:: Sepetang di Teluk Cempedak ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Kami lepak2 kat Teluk Cempedak untuk kesekian kalinya...Tapi pertama kali datang sini bersama Aira. Layankan permintaan kakak nak mandi pantai sebenarnya...terkejut jugak Asiah tengok kakak berani mandi pantai. Kalau sebelum ni dia takut nak sentuh air laut tu...walaupun sekadar kat tepi pantai je
macam kene dera jerk tangisnya...huhu
Mungkin dia dah besar...dia dah tahu ape itu pantai kan...cepatnya kamu membesar ye kakak...(",)...Aira plak seronok je main pasir. Kalau ikutka hati. Dia nak je join baba & kakakya mandi air laut tu...nangis2 dia nak masuk dalam air tu...tapi disebabkan cuaca panas...Asiah dukung je dia...(",)



Banyak dah perubahan kat Teluk Cempedak (TC) ni. Surau & tandas baru dah. Tandas bersih tapi surau perempuan tu tak berapa sikit. Tapi ok la berbanding dulu. Kalau korang ade datang Kuantan,Pahang jangan lupa singgah kat TC ye....best kat pantai ni...(",)




















24 April 2013

:: Wordless Wednesday 24 April 2013 | Baba & kakak ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Lama dah Asiah tak buat Wordless Wednesday ni...huhu
Sama tak wajah dua insan kesayangan Asiah ni??





13 April 2013

:: Newborn | Aqif Muhaimin ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)
Alhamdulillah, adik Asiah selamat bersalinkan putera sulungnya di penghujung Februari yang lalu. So, bertambah la seorang lagi ahli keluarga besar kami. Sekarang  cucu Tok Ma &  Tok Ayah dah 10 orang. 2 lelaki & 8 perempuan. Nampak sangat kat situ keluarga kiteorang ramai anak perempuan 
Cam adik beradik Asiah jugak 2 lelaki 4 perempuan..I
Ini anak buah Asiah yg ke-8...moga Aqif jd ank yg soleh ye,yg mendengar kata...♡

♡♡

9 September 2012

:: Ma & Ayah ::


Salam uols...

Aku rasa bertuah sangat coz aku masih punya ibu & bapa
Selepas seminggu raya, ma aku ade datang bertandang ke rumah aku
Aku macam tak percaya jer dia nak datang umah 
Sebelum nak datang umah aku, adik aku ade telefon bagitau
'' K.Yah, ma nok g umah mu ni...nak dok sane''(loghat kelantan)
Bukan ape, selalunya ma aku susah nak berenggang dengan ayah aku
Kalau nak pegi mana2 mesti pergi berdua
Kali ni dia datang sorang, kebetulan adik aku balik beraya
So,dialah yang bawak ma aku ke sini
Alhamdulillah, akhirnya ma aku nak jugak berlamaan kat umah aku ni
Aku suka sangat2...ye la aku nak jumpa dengan ma aku tu bukan sebulan sekali
tapi...2,3 kali je setahun...
Bukan aku tak nak balik tapi
Waktu dan jarak yang memisahkan kami
Bertuah la bagi mereka yang bekerja dekat dengan mak ayah...
Hari2 bleh jumpa...
'' Ore saye Ma nga Ayoh''
Inilah dia wajah2 kesayanganku...(",)
..