26 Februari 2014
24 Februari 2014
:: Pecinta Tuppaware | Eco Bottle ::
Salam…J
Setiap orang ada
hobi masing2kan uols. Ada yang suka kumpul setem, keychain,tudung
Aidijuma,Tudung Fareeda & macam2 lagi. Asiah plak suka kumpul
Tuppaware…setakat ni Asiah ada lebih kurang 20 eco bottle…suka kumpul Tuppaware sebab
botolnya colourful & BPA FREE & lifetime warranty…Asiah bawak botol air pegi kerja ikut tema baju...ahaksJ
![]() |
Eco Bottle Square 1liter, Eco Bottle 500 & 750 ml |
![]() |
Eco Bottle 750ml |
![]() |
Eco Bottle Flip & Pops 1 liter |
20 Februari 2014
:: Aiskrim Potong, Terbaiklah!! ::
Salam…J
Sekarang Asiah tengah mabuk makan aiskrim potong uols. Cuaca sekarangkan panas, heaven lah kalau dapat sejukkan tekak ngan aiskrim kan uols…J
Aiskrim ni murah je uols. RM0.90 je satu. Asiah beli kat Kedai Rakyat 1Malaysia. Ada banyak flavour uols aiskrim ni. Ade perisa kelapa, durian, cempedak. cendol, kacang merah, jagung, strawberry & coklat. Asiah borong je semua perisa tu. Nak rase. Setakat ni semua perisa sedap. Coklat pun sedapp…lemak berkrim & lambat cair...J
19 Februari 2014
17 Februari 2014
:: Pizza Pasar Malam ::
Salam…(",)
Sejak akhir2
ni Asiah dok gile makan pizza ni uols. Pizza yang jual kat pasar malam tu. Cik
Abe Asiah yang ajar makan pizza ni. Dia yang 1st time beli pizza ni kat pasar malam tu. Jadi hantu pizza plak Asiah.
Pizza ni kaya ngan ayam uols. Banyak sangat ayat dia letak kat atas tu. Dohnya
pun lembut. Ade Mushroom chicken & Bbq chicken. Satu lg lupe dah perisa
ape. Tapi skang ni dah 2x pasar malam dah Asiah pg nak beli pizza tapi pizzanya
dah habis. Kul 7pm dah habis. Nampak gayanya minggu depan kene pg kul 5pm la
kot. Br dapat makan pizza lagi…ahaks
13 Februari 2014
:: Ajar Anak Makan Buah ::
Salam…J
Alhamdulillah
Aira & kakak jenis yang suka makan buah. Setakat ni diaorang suka makan
buah pelam, anggur, rambutan, durian, pisang, apple & lai. Paling diaorang
suka makan buah pelam,pisang & anggur. Baba dia suka melayan anak2
makan buah. Kalau buah anggur tu babanya buang kulit & potong kecik2
supaya senang anak2 nak makan. Asal makan buah anggur je mesti anak2 akan cari babanya cz
ibunya
xbape rajin nak mengopek kulitnya tu…huhu
Mula2
kita kene ajar & paksa diaorang makan buah & bagitau kenapa kena makan buah. Lama2
diaorang suka. Bagitau jerk walaupun anak kita tak faham. Lama2 anak
kita akan suke makan buah…inilah cara yang Asiah praktikkan untuk adik & kakakJ
10 Februari 2014
:: Mainan Baru ::
Salam…J
Dah lama tak layan kakak
& adik beli menan. Semalam kebetulan beli hadiah besday untuk kawan kakak,
suh baba belikan adik menan haiwan yang nampak ‘real’ sikit. Kakak plak beli
set rumah. Lagipun kebanyakan adik dok main mainan kakak yang dulu je. Kesian plak tengok. Tu suh baba dia beli menan baru untuk Aira. Sampai je umah, mainan adik jugak yang dia rasmi dulu. Menan rumah
tu dah banyak kali dah kakak beli. Tu yang dia bosan kot.
Tapi kakak yang pilih sendiri....(",)
Teringin nak belikan diaorang mainan SYLVANIANFAMILIES. Kat KL Sogo ade jual...nasibla Cik Abe tak kasi beli hari tu, nnt besday korang lah ibu beli ye
kakak & adik.
![]() |
Kusyuk main...;) |
![]() |
Haiwan peliharaan adik & kakak...(",) |
7 Februari 2014
:: Ney-Uyan | Kegemaran Almarhum Ahmad Ammar ::
Salam uols...(",)
Sebelum Asiah baca KISAH AHMAD AMMAR .Asiah tak pernah pun tahu ape itu alat muzik NEY. Sebelum ni pun pernah terbaca tajuk novel yang bertajuk
ADVENCER SI PENIUP NEY. Tapi tak pernah terlintas pun nak tahu pasal NEY ni. Rupenya bunyi NEY ni sangat mendayu & dan menusuk kalbu. 1st time Asiah dengar bunyi NEY ni masa tengok video TENTANG AMAR tu. Tu pun Asiah baru tahu , muzik tu adalah dari tiupan NEY. Setelah Ibu Amar ada post pasal muzik montaj dalam video tu adalah bunyi muzik dr tiupan NEY. Alat muzik Turki. So, Asiah nak simpan lagu tu kat blog ni untuk buat kenangan & tatapan hari esok. Asiah suka muziknya tu. Sangat menyentuh hati...huhu
Ini lirik lagu yang dijadikan montaj dalam video Ammar tu Asiah copy kat SINI
Dil-u dillerince tesbihe baslar / start praying as their tongue
tevhid eder daglar taslar agaclar / mountains rocks and trees praise the God
uyan ey gozlerim gafletten uyan / wake up my eyes, wake up from ignorance
uyan ey uykusu cok gozlerim uyan / wake up my sleepy eyes
semavatin kapularin acarlar / they open the doors of the skyies
muminlere rahmet suyun acarlar / spread the rain of mercy to believers
seherde kalkana hulle bicerler / they dress up the ones (for the heaven) who wake up in the morning
uyan ey gozlerim gafletten uyan / wake up my eyes, wake up from ignorance
uyan ey uykusu cok gozlerim uyan / wake up my sleepy eyes
bu dunya fanidir sakin aldanma / this world is finite, dont deceive yourself
magrur olup taht-u taca dayanma / dont be proud and lean on your crown and throne
yedi iklim benim deyu guvenme / dont trust that you own 7 seasons (as a Sultan)
uyan ey gozlerim gafletten uyan / wake up my eyes, wake up from ignorance
uyan ey uykusu cok gozlerim uyan / wake up my sleepy eyes
ben murat kulun sucunu affet / forgive this Murat your servant
sucumu bagislayip gunahim ref'et / forgive my foults and ignore my sins
Resulun sancagin dibinde hasret / resurrect me under the flag of the Prophet
uyan ey gozlerim gafletten uyan / wake up my eyes, wake up from ignorance
uyan ey uykusu cok gozlerim uyan / wake up my sleepy eyes
6 Februari 2014
:: 7 Comments Awaiting Moderation ::
Salam…J
Terkejut
Asiah buka blogger dashboard Selasa lepas(29.01.14) tengok2 ade
7 comments awaiting moderation.
7 comments
Tak pernah Asiah dapat komen sebanyak ni tau. Paling banyak pun dalam 1@2 jerk
sehari. Inilah komen paling banyak Asiah terima sepanjang Asiah berbloging ni.
sehari. Inilah komen paling banyak Asiah terima sepanjang Asiah berbloging ni.
note : thanks ye kawan2 sudi balas kunjungan Asiah...(",)
5 Februari 2014
3 Februari 2014
:: Hadkan Masa Anak Menonton Televisyen ::
Salam uols...(",)
Anak-anak dan televisyen memang sukar dipisahkan. Tetapi jangan sampai
mereka menjadikan televisyen sebagai tempat bergantung sehingga semua
perilaku dipengaruhi oleh televisyen.
Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak agar tidak meniru perilaku dalam rancangan televisyen yang ditonton.
Kebanyakan rancangan yang tersiar dalam televisyen mengandungi banyak keganasan yang langsung tidak sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak. American Academy of Pediatrics menyarankan ibu bapa menyediakan jadual atau menapis terlebih dahulu rancangan mana yang sesuai ditonton oleh anak-anak.
Apa Ditonton Anak!
*Buat jadual menonton televisyen yang dipersetujui bersama. Misalnya dilarang membuka televisyen semasa waktu makan malam keluarga.
*Hadkan waktu menonton televisyen, iaitu satu jam pada hari biasa dan dua hingga tiga jam di hujung minggu.
* Jangan gunakan menonton televisyen sebagai ganjaran atau hukuman kerana ia dapat membuatkan televisyen semakin tinggi nilainya di mata anak.
*Seboleh mungkin temankan anak ketika mereka menonton kerana anda dapat menerangkan kekeliruan yang dilihat daripada rancangan televisyen.
Rancangan Yang Sesuai Dipilih
*Mengandung nilai-nilai positif, misalnya berkongsi, rajin, berakhlak dan kasih sayang dalam keluarga dan kawan-kawan.
*Sesuai dengan minat anak.
*Merangsang rasa ingin tahu anak.
*Membantu anak belajar bahasa dan tatabahasa baru.
*Membuatkan anak gembira.
*Mengembangkan minat anak pada aktiviti lain seperti membaca, dan melakukan kegiatan luar rumah.
Bagaimana Jika Si Kecil “TV Mania”
*Alihkan perhatian dengan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan interaksi antara anda dan anak seperti membacakan buku cerita. Apabila kanak-kanak terlalu kerap menonton televisyen, mereka kurang tertarik pada buku.
*Mengurangkan masa menonton secara perlahan namun konsisten.
*Galak anak melakukan aktiviti yang aktif seperti menunggang basikal, bermain bola yang banyak mengeluarkan peluh berbanding aktiviti pasif seperti menonton televisyen.
*Disiplin menonton televisyen tidak akan berhasil jika ibu bapa sendiri tidak mengamalkan disiplin menonton televisyen di hadapan anak-anak.
sumber : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/hadkan-masa-menonton-televisyen-1.227287

Siang je dapat tengok kartun kegemaran mereka...malam no kartun...(",) |
Langgan:
Catatan (Atom)