31 Januari 2013

:: Energizing Soy Protein (ESP) | Shaklee ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Korang pernah minum Energizing Soy Protein atau orang panggil ESP tak?. Asiah pun baru awal Januari start minum ESP ni. Itu pun sebab bekalan susu untuk Aira kat dalam peti ais dah semakin berkurangan. Terus amik keputusan untuk minum ESP ni setelah selama beberapa  bulan buat survey & baca testimonni kat internet. Ramai yang bagi feedback positif dengan minum ESP ni, so apelagi terus Asiah order dengan Farrah Alias kebetulan masa tu ada potongan harga untuk ESP.Asiah dapat beli dengan harga RM130 skali dengan harga pos. Kalau tak sebelum ni harganya RM160 termasuk dengan postage.
Alhamdulillah, setelah sebulan minum ESP ni, kuantiti susu semakin bertambah. Selaluya Asiah dapat 4oz je setiap satu sesi pam susu tapi sekarang dapat 6oz/7oz...susu pun pekat minum ESP ni...suke sangat uols, bukan ape Aira baru je 6bln tapi stok susu tak banyak. Tu yang Asiah gelabah cari jalan nak tambahkan susu.Risau takut susu tak cukup utk Aira walaupu sekarang  Aira dah start makan.
 Walaupun ESP ni tak best diminum dengan air putih, korang boleh minum dengan minuman yang korang suke kecuali air panas & yang mengandungi kafein...Tekak Asiah ni boleh minum ESP dengan air kotak Ducthlady coklat@milo 'o' je...hihi


Kalau korang nak cube & nak tahu lebih lanjut lagi tentang keistimewaan ESP ni korang boleh la terjah ke  blog Farrah yea...:)
 Asiah beli ngan dia jerk sebab sebelum ni pun Asiah beli Set Bersalin Shaklee
dengan dia jugak...(",)

27 Januari 2013

:: Telatah Seorang Kakak ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)
 
Alhamdulillah sejak ada adik ni Fiqa senang dengan adiknya,tak seperti yang kawan2 aku dok cerita sebelum ni. Budak bila dapat adik baru dia jadi banyak ragam sikit. Fiqa pun ada ragam jugak,tapi tak banyakla.Cuma dalam sebulan dua tu dia tak dapat nak sesuaikan diri lagi dengan kehadiran adiknya. Alhamdulillah, sekarang ni dia dah pandai layan adiknya & bermain bersama2. Time awal2 dulu dia tak layan pun adiknya, tapi kalau mintak tolong dia amik barang2 untuk adik, dia nak. Sekarang ni adiknya Aira tu dah besar, 6bln dah...tu yang dia dah pandai bermain dengan Aira tu kot, adiknya dah boleh buat kawan bermain dah. Suke aku tengok Fiqa dengan adiknya sekarang...kakak dah pandai jaga adik dah...
jom tengok gelagat Fiqa & Aira...(",)


26 Januari 2013

:: Tabung Baru Fiqa ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Anak aku Fiqa ni suke jalan2 tau...buat masa sekarang ni dia slalu dok ajak kami pegi tengok lampu kat I-CITY tu...kiteorang dah pernah pegi dah 2x sebelum ni, tapi time mula2 buka dulu & time awal2 ade SNOWALK tu....mase tu umur dia  baru dua tahun...tak ingat sangat kot I-CITY tu camne,cume dia cakap dia pernah tengok lampu tu.
 Aku slalu suruh dia menabung kalau dia ajak aku pegi jalan2 kat tempat yang dia suka @ nak beli mainan yang dia suka...sebelum ni dia nak sangat pegi petik buah strawberi...so,aku cakap
"kakak kene simpan duit kalau nak pegi petik strawberi, bila duit dah banyak @ tabung dah penuh, baru kita boleh pegi ye sayang"
Aku nak ajar dia menabung sebenarnya...padahal sebelum tabung tu  penuh pun kami dah bawak dia pegi jalan2 dah...satu lagi nak bagitau dia yang bukan semua yang dia nak aku boleh beli...nak bagi dia pandai jaga barang yang dia beli tu, nak bagi dia ada perasaan sayangkan barang mainan dia & tak nak mewah2kan dia...nak fahamkan dia bukan semua mende yang dia nak aku patut beli...biar dia tahu betapa susahnya nak dapatkan sesuatu barang tu...biar dia rasa susah sekarang, senang2 kemudian.
Time balik Klate hari tu aku ada beli tabung baru utk dia...hihi,
masak la kakak nak penuhkan tabungnya...aku beli tabung yang ade isi jelly tu...besar ko...sekarang ni pantang bunyi syiling sikit mesti dia pegi cari, nak bagi tabungnya penuh...baru boleh pegi tengok lampu katanya
slalunya syiling dr poket baba dia la yang jadi mangsa...haha 
Hari tu baba dia  buka tabung nak tukar duit syiling pun dia bising, risau duitnya tak cukup nak pegi tengok lampu nanti...:) 



23 Januari 2013

:: Salam Maulidurasul 1434 Hijrah ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Esok cuti...
moga2 dapat menambah bekalan untuk kita bertemu denganNYA nanti...amin
Semoga kita mengamalkan sunnah Nabi Muhammad  SAW dalam segala perbuatan kita, rutin harian kita...same2 yea kita berubah ke arah kebaikan...(",)

15 Januari 2013

:: Kemaruk Cempedak Goreng ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Sejak dua menjak ni aku dok kemaruk makan CEMPEDAK GORENG
Dalam bulan ni jer dah banyak kali dah makan cempedak goreng.
Nak jadikan cite Jumaat 2 minggu lepas aku kuar makan tengahari dengan
Time dok makan nasi tu aku bau cempedak goreng
korang tau kan bau cempedak goreng camne....
wangi semerbak ko,
erm, sedapnya kalau dapat makan panas2...
Lepas makan tu, aku dok riki2 kedai mana yang goreng cempedak tadi..hihi
Rupenya makcik yang sebelah gerai makan tadi, apelagi terus aku beli RM3 (6ketul)
nak beli banyak takut tak habis sebab baru lepas makan kan...rupeya tak cukup...hihi 
Banyak betul aku makan, mak sapa la ni...hik2
Sejak hari tu la aku jadi kemaruk makan cempedak goreng ni...
kebetulan plak minggu lepas kawan my asben ada bagi 2biji cempedak,
 apelagi pucuk dicita ulam mendatang la ...
Hari Satu aku goreng sebiji
 Hari  Ahad sebiji...so, hari Sabtu & Ahad aku dok makan cempedak goreng jerk...
sampai aku sahur semalam pun dengan cempedak goreng...
barula puas aku rase dapat makan cempedak goreng buatan sendiri
kalah orang megidam perangai aku ni...(",)

Tinggal ceggini jerk baru teringat nak snap pic.


 

14 Januari 2013

:: 6 Bulan Sudaaa ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...♡


 07/01/2013 genaplah 6bulan umur Nur Aira Sufiya
cepat betul anak ibu ni membesar....
Masa dalam pantang rase lambat je Aira nak besar
Tapi bila dh 3 bulan, cepat je dia besar
Aira dah mula makan nestum dah sekarang...
seronok aku tgk dia makan..
lambat suap je mesti mulut dia bising...:D

 Dh 6bulan ni Aira baru pandai :-

  • meniarap
  • boleh pusing keliling sambil meniarap
  • pandai ketuk2 barang
  • dah boleh maju ke depan utk dptkan sesuatu
  • pandai wat bye2 
  • tepuk2 air time mandi
  • pandai join kakak main & 

3 Januari 2013

:: Booties & Headband Crochet ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Isnin yang lepas Aira dapat hadiah kasut & headband crochet dari adik angkat yang berada nun jauh di Sarawak...:)
Rezeki awal tahun...suke ai tau...hihi
Terima kasih daun keladi ye Wan & Ain...(",)
Aku dahla tengah dok 'mabuk' beli barang crochet sekarang ni 
Tup2 Wan & Ain bagi mende alah ni, apelagi...
senyum sampai ke telinga la jawabnye...
cam tau2 jerk...

Pink colour....(",)
Inilah dia tuan punye headand & kasut tu...:)



2 Januari 2013

:: Selamat Tahun Baru 2013 ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Selamat Tahun Baru 2013...

sumber pic: Google image

1 Januari 2013

:: Berakhirnya Tahun 2012::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)
2012 dah nak melabuhkan tirainya...
segala suka-duka 2012 telah bertukar menjadi sebuah kenangan kan...
samada 2012 adalah sebuah kenangan yang manis utk dikenang ataupun sebaliknya...
Bagi aku plak tahun 2012 ni,alhamdulillah merupakan tahun yang menggembirakan...:)
Kiteorang menerima ahli keluarga baru tahun ni...pada 070712 Allah kurniakan kami dengan seorang puteri  yang diberi nama Nur Aira Sufiya...
bertambahlah meriah keluarga kecil kami sekarang...:)
Rezeki kami pun murah tahun ni, dapatlah tukar Tv,mesin basuh & peti ais yang besar sikit. Barang2 yang lama tu aku jual kat member yang baru pindah ke sini...takla membazirkan...kalau takde orang nak beli brg2 aku tu, sampai hari ni tak beli baru ....gunalah sampai rosak yea...hik2
Baba pun dapat APC tahun ni...ingatkan dia gurau, bila dia balik tunjukkan sijilnya baru aku percaya...alhamdulillah, setelah 8tahun menjadi penjawat awam ye bang... Itulah serba sikit perkembangan kehidupan kami...
moga 2013 menjadi tahun yg bermakna bagi kami...(",)