Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)
" Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya."
Sumber : Google Image |
Cantik kan cover novel ni. Secantik isi dalamnya. Ini novel tauhid sebenarnya. Karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN. Harganya RM31. Keluaran PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Tapi Asiah tak beli, Asiah pinjam je kat library ni ha . Dah lama pinjam tapi belum habis lagi membacanya. Baru sampai di halaman 21. Jauh lagi perjalanannya...
Jom baca sedikit sinopsis novel ni ye...(",)
Jom baca sedikit sinopsis novel ni ye...(",)
Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.
Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.
Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
3 ulasan:
kak munna beli novel dah sebulan tapi tak habis2 lagi membaca.... takde mood betul nak membaca skrg ni.... dulu masa zaman sekolah 3 novel sekali pulun baca sehari....
Dah lama tak membeli novel.
Munna : Saya pun sama, lepas renew2 novel tu. Feel pun kejap ada kejap xde, time skolah feel tu xterganggu kan kak...feel free jerk...:)
Fiza Rahman : Banyak mende yang nak buat bila dah jadi ibu ye Fiza...(",)
Catat Ulasan