Salam uols...(",)
First time Asiah buat tauhu sumbat ni. Teringin nak makan tauhu sumbat camni. Asiah amik resepi ni kat dalam majalah Mingguan Wanita.(Stuffed Tauhu D'sore). Cerita pasal tauhu ni kan, suami Asiah memang hantu tauhu. Hari2 makan tauhu pun takpe...Asiah plak sejak berkahwin dengan dia baru tahu makan tauhu ni. Ma Asiah tak pernah masak tauhu ni. Itu yang Asiah tak pandai & tak suka tauhu ni pada mulanya. Sekarang ni. 16 ketul tauhu sumbat tu Asiah makan ber3 jerk uols...nampak tak?nampak tak?...(",)
Resepinya senang jerk.
- Tauhu
- Daun bawang
- Lada hitam
- Garam
- Lobak Merah
- Telur
Cara2 :-
- Tauhu dipotong dua bahagian & goreng
- Potong daun bawang, carrot & masukkan isi tauhu yg digoreng tadi & gaul sebati
- Masukkan garam & lada hitam
- Masukkan bahan yang digaul tadi di dalam kulit tauhu tadi
- Celup telur & goreng
- Bila dh berwarna kekuningan boleh la angkat & makan bersama sos kegemaran anda...:)
2 ulasan:
sedapnyer..
lya biasa mkn tauhu sumbat y x goreng tu..y mcm ni x pnh lg..lya pon suka mkn tauhu
suka tauhu!
Catat Ulasan