Salam korang
sume…J
Hari ni Asiah
nak kongsi resepi sayur Cendawan Sos Tiram.
Anak2 Asiah suka sangat
makan cendawan tau uols.
Arap resepi
ni dapat la menghilangkan kebuntuan korang nak masak sayur
ape hari ni erk…J
Bahan2
:-
- Cendawan tiram (1peket)
- Tauhu jepun(2 peket)
- Lobak merah (1/2 btg)
- Bawang putih (2 ulas)
- Tomato (1 biji)
- Bawang besar (1/2 labu)
- Cili merah (1)
- Udang
- Sos tiram
- Minyak masak
- Garam
- Gula
Cara2
:-
- Panaskan minyak, dan masukkan tauhu telur. (Masak dalam minyak yang banyak ye untuk mengelakkan dari tauhu jepun ni hancur)
- Bila kedua2 belah tauhu tu dah nampak kekuning-kuningan, bolehlah angkat ye.
- Kurangkan sikit minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi, pastu
- Masukkan bawang putih, bila bwg putih tu dah naik bau
- Masukkan bawang besar. Masak hingga layu sedikit
- Masukkan sos tiram & kacau.
- Bila naik bau masukkan udang bersama lobak merah & sedikit air.
- Bila lobak merah dah layu sikit korang boleh masukkan cendawan tiram bersama tauhu jepun yang telah di goreng tadi, tomato & cili merah.
- Perasakan dengan garam & gula. Kalau kuah takde korang boleh tambah air yea.
- Kacau sekejap & bila nampak cendawan dah masak korang blhla angkat & makan bersama nasi putih@makan begitu saje.
Selamat mencuba…J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan