7 Julai 2016

:: Angah @ Aira Turn 4 ::


Salam & hai korang J

Alhamdulillah genaplah umur anak Asiah yang kedua iaitu Nur Aira Sufiya @ angah 4 tahun pada 07.07.2016. Bersyukur sangat dikurniakan anak yang sihat & sempurna. Kalo nak cerita pasal angah ni, alhamdulillah antibodinya kuat. Mungkin sebab Asiah menyusukan dia sampai 2 tahun berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Dia jarang demam. Tapi sekali demam mesti teruk. Cuma dia ade lelah tapi tak kuat. Dalam setahun tu lbh krg 2x kene sedut gas yang kat hospital tu. Belum pandai membaca lagi setakat ni. Sangat penyayang & suka menyakat. Dialah tukang riuh kat rumah ni. Tapi kalo dengan orang yang dia tak kenal dia diam jerk. 
Tak banyak mulut jadinya dia…hihi
Manja lebih daripada Hana. tido pun masih bertepuk lagi & kain lampin masih lagi jadi peneman ketika tido & dibawa kehulu hilir.
Satu lagi dia kuat makan. Semua dia nak cube...tengok la tu pipi dah macam pau dah bak kata baba...hihi
Ibu, baba, kakak & Hana doakan angah semoga jadi anak yang solehah, mendengar kata & menjadi insan yang berguna. Semoga angah sentiasa dibawah lindungan Allah dan diberi kesihatan yang baik selalu, amin J
Selamat Hari Lahir sayang.


1 ulasan:

LYAfrina berkata...

HAPPY BELATED BIRTH..
smoga mbesar dgn sihat serta bjaya duniakhirat,,amin