8 Februari 2012

:: Drama Vanilla Coklat | Lestary Tv 3

Salam uols...
Sejak minggu lepas aku dah jatuh hati ngan drama Vanilla Coklat ni
Time first2 episod dulu cam bosan jer...so, aku tak layan la
Skang, aku layan balik...hihi
Jom kite tengok ape jalan cerita drama ni erk...:)

Sinopsis Vanilla Coklat :

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama
Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah)
dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 
20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, 
malangnya mereka berdua ni saling benci membenci 
dan sudah ada kekasih masing -masing.
Amir selalu mengusik Zara
kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej
Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik 
dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya
Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir
supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta
Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut
namun semua itu dibuat-buat
kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya
Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal
 yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal
begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila
yang kurang menggemari sikap Liana 
kerana tidak menghormati orang tua
Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad 
merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, 
begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir 
 Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka
agar mereka bersetuju untuk berkahwin 
sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung
dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan

Izara Aisyah(Zara Aisyah)


Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan
 Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir
Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad 
merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir
Mereka berdua tidak membantah
namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu
di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands
sebagai destinasi pertama mereka
 Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa
Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara
jika dia masih bersama Aamir
dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk
 Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir
sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan
Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan
Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana
dia berjanji untuk makan bersama Zara
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah
dan mula menunjukkan naluri seorang isteri
 Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main
Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands
untuk meluang masa bersama
Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja
 Aamir mengakui dia telah jatuh cinta
pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan
Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar
ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka
bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini


Aiman Hakim Ridza (Aamir)

Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini
Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut
Mereka berdua telah merancang sesuatu
untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung
pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya
Dr. Ungku Musa mengamuk. 
Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana
dan terus memukul Aamir
Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa
daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya
 kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir
 Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara
dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa 
dan Datuk Ahmad renggang
Bagi Zara, dia mempercayai suaminya 
kerana dia mengenali perangai Liana
 Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? 
Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad 
selepas masing-masing bermusuh? 
Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat

sumber : budiey.com







8 ulasan:

Dylla Abas berkata...

next episode mcm best gile..mesti kena tengok..hehe :p

Siti Asiah berkata...

Dylla Abas : Tu la, syokkan tengok cite nie...;)

Wanita Mutalib berkata...

terbaiklah..macam nak tengok jugaklah :)

Siti Asiah berkata...

Wanita Mutalib : Tengok, jangan tak tengok...hihi
setiap Selasa jam 9pm kat Tv3...:)

hazanis berkata...

hehe..sama la....tp xserupa....semua dah tergila2 dgn amir tu..:P

Siti Asiah berkata...

Hazanis : Amir tu ensem & romantik kan...sweet giler diaorang..:)

.: mama lynn :. berkata...

suka cerita ni gak.. hehe awk da di tag tau

Siti Asiah berkata...

Mama Lyn : bestkan cite nie...:)
awak tag saye???alamak....hihi