Salam korang
sume…J
Hari ni Asiah
nak kongsi resepi Mihun Sup Simple plak versi
campak2 jugak.
Yang penting sodappp…hihi
Jom kite
masak…J
Bahan2
:
- Bawang putih (4-6 ulas/ketuk)
- Bawang besar holland (1/2 biji/ptg baji)
- Ayam dada(potong dadu)
- Fish Ball(1 peket/belah 4@ikut suka)
- Sawi cina(2 pokok)
- Telur(sebiji sorang)
- Ikan bilis (yang telah digoreng)
- Bihun (1/2 peket)
- Cili api (4-6 biji)
- Kicap
- Garam
- Daun sup
- Bawang goreng
- Minyak
Cara2:
- Celur mihun dalam air panas.
- Bila mihun dah kembang toskan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali @ periuk
- Masukkan bawang putih & bawang besar
- Bila dah kekuningan, masukkan ayam.
- Bila ayam dah masak, masukkan fish ball.
- Kacau sekejap & masukkan air utk dijadikan kuah.
- Perasakan dengan garam & gula.
- Bila dah mendidih, masukkan telur satu persatu, pastikan telur tak pecah ye.
- Bila telur dah masak, masukkan sayur.
- Bila sayur dah layu sikit boleh la angkat dan masukkan ke dalam mangkuk mihun yang telah dicelur tadi.
- Makan bersama sambal kicap, daun sup, bawang goreng & ikan bilis.
Cara buat
sambal kicap
- Tumbuk cili api hingga hancur
- Angkat & masukkan ke dalam mangkuk kecil
- Masukkan kicap & kacau.
Selamat mencuba yea…J
4 ulasan:
sedapnya...
letak bilis lg...msti lg sedap..biasa buat mmg xde ltk bilis
emmmm febret ni kak..
Assalamualaikum, salam blogwalking, jom join contest pertama ain
http://ainsyaa96.blogspot.com/2015/05/assalamualaikum.html
**ermm sedapnya tengokkk time2 macam ni. rasa lapar hehe
Asiah..selama tak pernah sue buat letak ikan bilis. Harini confirm nak try. Anak2 sue suka meehun
Catat Ulasan