Salam & hai
korang J
Alhamdulillah
genaplah umur anak Asiah yang kedua iaitu Nur Aira Sufiya @ angah 4 tahun pada
07.07.2016. Bersyukur sangat dikurniakan anak yang sihat & sempurna. Kalo
nak cerita pasal angah ni, alhamdulillah antibodinya kuat. Mungkin sebab Asiah
menyusukan dia sampai 2 tahun berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Dia
jarang demam. Tapi sekali demam mesti teruk. Cuma dia ade lelah tapi tak kuat.
Dalam setahun tu lbh krg 2x kene sedut gas yang kat hospital tu. Belum pandai
membaca lagi setakat ni. Sangat penyayang & suka menyakat. Dialah tukang
riuh kat rumah ni. Tapi kalo dengan orang yang dia tak kenal dia diam jerk.
Tak
banyak mulut jadinya dia…hihi
Manja lebih daripada Hana. tido pun masih bertepuk lagi & kain lampin masih lagi jadi peneman ketika tido & dibawa kehulu hilir.
Manja lebih daripada Hana. tido pun masih bertepuk lagi & kain lampin masih lagi jadi peneman ketika tido & dibawa kehulu hilir.
Satu lagi dia kuat makan. Semua dia nak cube...tengok la tu pipi dah macam pau dah bak kata baba...hihi
Ibu,
baba, kakak & Hana doakan angah semoga jadi anak yang solehah, mendengar
kata & menjadi insan yang berguna. Semoga angah sentiasa dibawah lindungan
Allah dan diberi kesihatan yang baik selalu, amin J
Selamat Hari Lahir sayang.
Selamat Hari Lahir sayang.
1 ulasan:
HAPPY BELATED BIRTH..
smoga mbesar dgn sihat serta bjaya duniakhirat,,amin
Catat Ulasan