16 Ogos 2016

:: Assorted Sandwich ::

Salam & hye uols 

Skang sandwich tengah glamer kan uols. Ramai yang buat duit dengan meniaga sandwich skang. Kat area Asiah ni tak jumpa lagi orang buka kelas untuk belajar sandwich kalo x, nak je Asiah pegi blaja jugak. 1st time tengok orang jual sandwich yang mabeles adalah
Garsa Kitchen. Terliurnye tengok orang pakat post pasal sandwich. Disebabkan terliur punye pasal so, Asiah buat la sandwich sendiri. Hari pertama Asiah buah Egg mayo & sardine sandwich. Asiah bawak pegi ofis sempena ada kursus Ms Excel.  Hari kedua plak Asiah buat sandwich chicken slice je wat makan sarapan kat rumah. Alhamdulillah semua habis. Suami & anak2 pun suka makan sandwich yang Asiah buat…pasni boleh lah buat lagi.
        
Egg Mayo & Sardine Sandwich

 Chicken Slice Sandwich

29 Julai 2016

:: Kek Karamel Coklat Moist | Resepi ::


Salam & hai uols J

Hari ni Asiah nak kongsikan resepi Kek Karamel Coklat Moist dengan korang walaupun kejadian tak berapa nak cantik J

KARAMEL
Masukkan 2 sudu besar gula dalam Loyang & masak dengan api perlahan sehingga bertukar menjadi warna perang. Sejukkkan.

PUDING
6 biji telor saiz A
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air dulu)
1 tutup esen vanilla

Cara :
-Campur semua bahan & blender sekejap xperlu lama.
-Masukkan bahan yang diblender tadi di dalam Loyang yang berisi KARAMEL
-Kukus selama 20 minit.

KEK COKLAT MOIST
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu the baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 tutup esen vanilla

Cara:-

-Satukan semua bahan & masak atas api perlahan. Kacau sebati & tak perlu sehingga mendidih. Dah sebati (gula dah larut) pun dah ok.
- Sejukkan sekejap
-Pukul 3 biji telur hingga kembang & masukkan bahan coklat yg dimasak tadi, kacau sebati
- Masukkan tpg gandum, soda bikarbonat, baking powder & esen vanilla.
- Kacau sebati & masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi puding tadi & kukus selama 45 minit@hingga masak(cck ngan lidi dah xmelekat)
- sejukkan dalam 20 minit@jangan terbalikkan masa panas nnt karamel pecah.
- Bila dah sejuk, bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk
-Sedap dimakan semasa sejuk.