25 Julai 2014
22 Julai 2014
:: Dapat CPUV | Mayfair Bodyline ::
Salam uols…J
Alhamdulillah
masih ade rezeki dengan Nuffnang. Thanks a lot korang sbb slalu bertandang ke
blog Asiah ni. Kalo bukan kerana korang, xdapatlah BE dari Nuffnang ni. Hug2 …tehee.
21 Julai 2014
:: RESEPI | Pasta Goreng Seafood ::
Salam uols…J
Hari ni Asiah
rajin sikit nak taip resepi pasta goreng yang dah lama tertunggak kat draft ni.
Meh sini pakat dekat sikit salin resepi simple Asiah ni. Semuanya main campak2 ye uols...(",)
Bahan2
Udang
Sotong
1/4 Pasta
(terpulang nak guna pasta jenis ape)
3 ulas awang
putih (cincang)
½ labu bawang
besar Holland (cincang)
Kobis
(terpulang nak letak sayur ape)
Tomato (belah
6)
2/3 sudu Cili
kering blender
Sos tiram
Sos cili
Kicap
Cara :-
- Rebus pasta hingga masak & toskan
- Panaskan minyak masak@olive oil. Asiah guna minyak naturel
- Masukkan bawang putih . Masak sehingga kekuning-kuningan
- Masukkan bawang besar. Masak sehingga kekuning-kuningan
- Masukkan cili blender. Masak sehingga cili pecah minyak
- Masukkan sos tiram, kacau
- Masukkan sos cili. Biarkan sekejap
- Masukkan udang, sotong & gaul sekejap
- Masukkan pasta bersama kobis & tomato
- Gaul biar mesra.
- Masukkan kicap & gaul
- Bila nampak sayur dah masak bleh la angkat & hidangkan .
selamat mencube...(",)
18 Julai 2014
16 Julai 2014
11 Julai 2014
10 Julai 2014
:: Yee Mee Daging ::
Salam uols…J
Ramadhan kali
ni suami dah cakap dah nak kurangkan makan nasi. So, Asiah kene rajinkan diri
la cari menu selain nasi. Selalunya Asiah buat Yee Mee Kungfu ni guna ayam
& telur. Tapi kali ni Asiah letak daging. Nak habiskan daging dalam freeze
tu. Jom tengok resepi kot2 sesuai ke dengan selera korang hari niJ
Bahan2 :-
Daging batang
pinang
3 ketul Yee
Mee
5 ulas Bawang
putih
Sawi cina
Lobak merah
Fishball
4 sudu Sos
tiram
Sedikit halia
Tepung ubi
kayu
Cara-cara :-
- Letakkan yee mee dalam mangkuk (1 ketul yee mee utk setiap mangkuk)
- Panaskan minyak masak & masukkan bawang putih yang diketuk bersama halia.
- Masukkan sos tiram & kacau.
- Masukkan daging.
- Masukkan air & biarkan daging empuk.
- Bila daging dah empuk, masukkan lobak merah.
- Masukkan sawi cina
- Kecilkan api & masukkan tepung ubi yang telah dibancuh bersama air. Lebih kurang ¾ sudu besar. Bergantung kepada air yang korang letak. Jangan terlalu cair & pekat. Pastikan letak tepung ubi kayu ni sambal kacau tau, nnt kuahnye berketul plak.
- Matikan api & masukkan kuah ke dalam mangkuk yang disediakan.
- Bleh letak daun sup & bawang goreng skali.
:: Dapat CPUV | S & P Coconut Milk Powder & Tesco Delivery Lab ::
Salam uols…J
Alhamdulillah
Asiah dapat BE yang ke 19 & 20 dari Nuffnang bagi tahun 2014 ni.
Asiah dapat iklan S&P Food Coconut Milk & Tesco Delivery Lab. Bersesuaian la dengan sekarang ni kan nak masuk musim
perayaan dah. Banyak nak guna santan kan uols. Nak buat rendang, nak buat ketupat...hehe
Kalo kehabisan santan bleh la guna
santan serbuk ni plak kan.
Fungsinya sama Cuma dalam bentuk berlainan…ahaks
Kepada orang2
yang tinggal di kawasan Lembah Klang, Penang & Johor Bahru plak bleh la
beli barang kat Tesco secara online yea. Lagi jimat & cepat. Bleh save masa lagi kan uols. Klik je kat sini kalo nak shopping barang yea...(",)
9 Julai 2014
8 Julai 2014
:: Aira Turn 2 ::
Alhamdulillah semalam 07.07.14 genaplah umur anak ke dua Asiah, Nur Aira Sufiya 2 tahun. Asiah
bersyukur sangat2 sepanjang 2 tahun ni Aira tak banyak demam.
Semuanya yang baik2 saja. Cuma masa dia berumur setahun & sampai
lah bulan April hari tu dia asyik muntah malam. Nak2 kalo siang tu Aira
makan ayam. Dia tak kunyah betul2 makanan yang dia makan tu yang asyik muntah malam & doktor kata Aira ada alahan. Alhamdulillah skang dah ok. Dari segi kebolehan plak, Aira dah pandai
bercakap dah. Tapi masih pelat lagi. Nombor 1-10 dah ingat dah, buka seluar
sendiri, makan & minum sendiri. Itu lah sikit sebanyak kebolehan Aira.
Sekarang dia dok menghafal Alphabet plak. Tapi Aira tak nak ngan orang yang
baru dia jumpa. Suka menyakat kakak, kuat merajuk, mudah touching & takut ngan serangga. Paling best bila
dengar dia bercakap cam burung jerk. Rase nak kunyah2 jerk. Aira
suka haiwan…dia suka kucingJ
Selamat Hari
Lahir sayang, moga dimurahkan rezeki, menjadi anak solehah, berjaya dunia
akhirat, sihat sepanjang masa & dirahmati Allah sentiasa.
6 Julai 2014
:: RESEPI | Makaroni Sardin ::
Salam uols…J
Sebenarnya resepi
ni simple jerk. Ni pun Asiah buat coz ade makaroni lebih pas wat makaroni carbonara
hari tu. Inilah resepi yang simple tu. Selamat mencuba ye...(",)
Bahan2
:
1 ulas Bawang
putih
½ bawang
besar holland
10-12 biji Cili
api
Sebesar ibu jari Belacan
minyak untuk
menumis
garam
gula
Makaroni
* kurangkan cili kalo tak suka pedas
cara-cara :-
- sambal
sardin
- Tumbuk cili bersama sedikit garam hingga lumat (hancur)
- Masukkan bawang putih
- Masukkan bawang merah
- Masukkan belacan
- Panaskan kuali & masukkan minyak
- Bila minyak dah panas masukkan bahan2 tumbuk tadi.
- Bila bahan tumbuk tadi dah garing masukkan sardin & kacau
- Masukkan air & kacau
- Belahkan isi ikan sardine untuk rase lebih mesra
- Masukkan sedikit gula.
- Bila nampak kuah dah pekat @ dah masak, tutup api.
-Makaroni
- Masak air di dalam periuk
- Bila dah mendidih
- Masukkan macaroni & letakkan sedikit minyak
- Bila dah masak
- Angkat & toskan.
- Boleh dihidangkan bersama sambal sardine
4 Julai 2014
2 Julai 2014
Langgan:
Catatan (Atom)