29 Jun 2016

:: Mee Sup Campur | Resepi ::

Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee Sup Campur (kuetiau,mee & mihun) plak.

Bahan2 :-

5 ulas Bawang putih
5 batang Daun bawang
¼ Kobis manis
Bunga kobis
Pak choy (sawi cina)
Tomato (ptg 6 bahagian)
2 keping Fish cake
Fish ball
Ayam dada (potong dadu)
Mihun, mee, kuetiau
Minyak
Air
Garam & gula

Cara2 :-

-         Panaskan minyak
-         Masukkan bawang putih yang diketuk
-         Bila bawang putih dah berbau wangi, masukkan ayam & daun bawang
-         Bila ayam dah masak, masukkan fish cake & fish ball
-         Masukkan air (agak2 je banyak mana)
-         Bila air dah mendidih masukkan sayur2an &  tomato.
-         Gaul & perasakan dengan garam & gula. biarkan sekejap
-         Nampak sayur dah masak (jgn spai layu sgt) boleh lah hidang bersama mee + mihun + kuetiau yg dicelur. Taburkan bawang goreng, cili potong & daun sup.
-         Boleh di makan bersama sambal kicap @ sos cili + kicap


:: Semperit Rangup ::


Salam 24 Ramadhan & hai uols J

Sedar tak sedar tinggal seminggu je lagi kita nak sambut aidilfitri kan uols. Mesti korang sume tengah sibuk2 dok cari biskut raya @ wat sendiri kan. Asiah plak setakat ni tak berkesempatan lagi nak buat biskut raya sendiri. Setiap tahun just order jerk,hihi. Dop brape pandai nak buat biskut raya sendiri. 
Kali ni Asiah terpikat dengan biskut semperit yang dibuat oleh
Junaidah Jujue baker kat tempat tinggal Asiah ni. 
Masyallah sedapnye uols semperit dia. Rangup & tak berapa manis. Boleh lupa diri jap makan semperit dia. Lama dah Asiah tak merasa semperit sedap camni. Ini pun kira rezeki baby lah sebab Asiah lambat nak order semperit tu . Nasib ade lebih sebekas. 
Kalo x, tak merasa la Asiah. Tak sempat Asiah nak simpan untuk raya. Terus ngap jew. Pas raya katanya nak buka order balik. Boleh la Asiah order lagi...makan sampai puas, hihi. Setakat ni semperit lah biskut raya paling win dihati,ahaks J


Tinngal cenonet ni jew sebab sedap punye pasal.
Sumber : Fb Junaidah Jujue


27 Jun 2016

:: Mee Kuah Terengganu | Resepi ::


Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee  Kuah Style Terengganu plak. Jom lihat resepinye J

Bahan2 :-

Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Ayam dada
Pak Choy
Mee
Tomato
Daun bawang
Telur
Minyak
Air
Garam & gula

Cara2 :-

-         Panaskan minyak
-         Masukkan bawang putih, bawang merah yang diketuk bersama lada hitam
-         Bila bawang dah berbau wangi, masukkan ayam
-         Bila ayam dah masak, masukkan air
-         Bila air dah mendidih masukkan sayur2an &  tomato.
-         Gaul & perasakan dengan garam & gula. biarkan sekejap
-         Pecahkan telor
-         Nampak sayur & telur dah masak (jgn spai layu sgt sayur tu) boleh lah hidang bersama mee yg dicelur. Taburkan bawang goreng, cili potong & daun bawang.
-         Boleh di makan bersama sambal kicap @ sos cili + kicap



24 Jun 2016

:: Mee Goreng Kering | Resepi ::

Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee Goreng Kering ngan korang. Selalunya Asiah asyik masak mee goreng basah je. Kali ni nak cube mee goreng kering plak. Asiah amik inspirasi dari sini

Bahan2 :-
Sepeket Mee kuning
5 ulas Bawang putih
6 biji Cili api
5 batang Daun bawang
¼ Kobis manis
½ Lobak merah
Tomato (ptg 6)
2 keping Fish cake
Ayam dada (potong dadu)
Sos cili
Sos tiram
Kicap cap kipas udang
Minyak

Cara2 :-

-         Tumbuk bawang putih bersama cili padi tu ala2 je. Tak payah sampai halus ye. Cam tumbuh kasi pecah je.
-         Panaskan minyak & masukkan bahan tumbuk tadi.
-         Bila dah naik bau wangi masukkan ayam
-         Bila ayam dah ½ masak masukkan fish cake
-         Dua2 dah masak masukkan daun bawang & sayur2an
-         Bila sayur dah layu sikit masukkan mee
-         Gaul2 & masukkan sos cili, sos tiram & kicap
-         Masukkkan sedikit air & gaul rata
-         Bila semua dah mesra, boleh angkat & hidang

Antara bahan-bahannye :)

Tadaaa, dah siap. Selamat mencuba korang ;)

2 Jun 2016

:: Resepi Pisang Goreng Cheese + Chocolate ::


Salam & hai uols J

Semalam Asiah post pasal Pisang Goreng Cheese + Chocolate. Hari ni Asiah nak kongsi resepi ngan korang plak cemana Asiah buat pisang goreng tu yea. 
Ok jom kite tgk bahan2 & cara nak menggorengnye yea :-


Pisang tanduk (terpulang pd korang nak guna pisang ape)
Chocolate masakan
Cheddar Cheese
Chocolate Syrup
Tepung goreng pisang Adabi

Cara-cara :-

- Bersihkan pisang & potong ikut suka korang. Asiah potong menyerong
- Panaskan minyak untuk menggoreng
- bancuh tepung goreng pisang tu mengikut cara yang tertera kat plastik tepung tu
- masukkan pisang yang telah dicelup tepung pisang goreng tadi
- bila dah kekuningan, angkat & toskan sekejap
- letakkan cheese sementara pisang goreng masih panas
- pastu letak chocolate syrup kat atas cheese tadi & taburkan coklat masakan yang telah diparut di atas chocolate syrup tadi.
- sedia untuk dimakan
- sedap dimakan masa panas2.

Rupa tak secantik rasa, hihi


Selamat mencuba korang J


1 Jun 2016

:: Ketagih Pisang Goreng Cheese Choc & Milo ::

Salam & hai uols J

Pisang goreng cheese ni masih lagi in kan skang. Asiah baru dapat merasa pisang cheese yang ‘berperisa’. Selalunya makan pisang goreng yang letak cheese & gula merah tu jerk. Skang dah macam2 flavour ade. Yang paling dekat, Asiah jumpe kat Temerloh kat gerai @Apakjantan. Alhamdulillah minggu lepas sempat la Asiah singgah beli pisang kat gerai dia. Asiah just pilih yg perisa Milo, Choc + cheese & chocolate. Gambar pun xsempat nak amik. Terus ngap jew. Kebetulan plak time lunch dah mase tu. Perut tengah kosong kan. Tu pasal spai terlupa nk snap gambar. Sampai ke hari ni masih terasa2 kesedapan pisang goreng choc + cheese dia tu. So, apelagi disebabkan tingin lagi makan pisang cheese tu, Asiah pun beli bahan2 & masak sendiri kat umah. Kalo gerai @apakjantan tu dekat je boleh hari2 Asiah pegi beli. Ni jauh dlm 45minit baru spai sana. Maka terhasillah pisang goreng  choc + cheese versi Asiah ni. Dari petang sampai malam Asiah dok makan pisang goreng ni. 
Pasni jangan teringin dah…J


sumber : ig @apakjantan