30 Januari 2015

:: Maafkan Ibu Sayang ::

Salam …J

Cepatnya kamu membesar sayang
Ibu rasa ibu banyak abaikan kakak sekarang
Sejak kakak 5 tahun
Banyak mende yang kakak buat sendiri
Maafkan ibu sayang
Ibu rasa cam ibu banyak lebihkan adik dari kakak
Maafkan ibu sayang…jika kamu membesar dengan kurang rase kasih & sayang dari ibu
Jika ibu tak banyak luangkan masa untuk kakak
Jika ibu selalu marahkan kakak
Jika ibu selalu jerit2 kat kakak
Jika ibu tak gembirakan kakak
Jika ibu tak memahami kakak
Jika ibu bukan pendengar yang baik
Ibu harap masih belum terlambat untuk ibu menjadi ibu yang terbaik untuk kakak
Ibu rasa ibu kurang luangkan masa untuk kakak sejak akhir2 ni
Maafkan ibu sayang
Moga kakak menjadi anak yang solehah
Mendengar kata
Cepat faham apa yang cikgu ajar di sekolah
Ibu nak kakak tahu, ibu sayang kakak sangat2

Maafkan ibu sayang…L



28 Januari 2015

:: Preggy Diaries | 29 Minggu Dah ::


Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah dah 29 minggu dah (7 bulan seminggu) kandungan Asiah ni. Lagi 11 minggu nak bersalin. Menghitung hari je Asiah ni. Tapi kali ni ok sikit. 
Kaki tak sembab lagi…larat lagi naik tangga ofis…hihi
Alhamdulillah jugak setakat ni kandungan Asiah takde masalah cuma time check up 19.1.15 hari tu doc. cakap uri duduk bawah sikit tapi type 1 xmerbahaya katanya. 
Tunggu result ujian MOGTT minggu lepas camne. Arap takde la kencing manis. 
Ni kali kedua Asiah kena buat ujian MOGTT tu, mase 1st hari tu ok, tak sangkut. 
 Isnin depan Asiah check up lagi arap dah dapatlah result tu…J


Ibu yang makin bam2...(",)

26 Januari 2015

:: Proses Free Diapers & Susu Botol Aira ::

Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segala yang diberikan kepada kami. Asiah bersyukur sangat2 sebab Allah permudahkan Asiah dalam proses free diapers & bercerai susu Aira. Dalam masa dua minggu Aira dah pandai rasa nak buang air kecil & besar. Pada awalnya Aira tak nak buang air besar kat dalam tandas, tapi sekarang dia dah ok dah. Dah pandai dah guna tandas. Cuma waktu tidur tengahari kat taska masih pakai diapers lagi. Tidur waktu malam pun masih pakai diapers lagi. Mula2 Asiah atur dia g tandas sejam sekali, pas seminggu dia tak nak dah Asiah aturkan dia. Dia nak buang air kecil@besar dia akan bagitau Asiah. Dalam masa ni ade la 2,3 kali terkucil jugak. Tapi just yang kecik je la…hihi. Bagi Asiah kita sebagai ibu kena rajin training dia & kena banyak sabar. Kalo Asiah, time rase tak larat tu Asiah pakaikan dia diapers drpd Asiah dok bising kat dia buang air merata. Maklumlah Asiah dh masuk 28 minggu dah skg. Tapi alhamdulillah Aira dah pandai dah. Pegi jalan2 pun dah tak pakai diapers lagi dah...suke sangat. Yang penting sokongan suami jugak penting dalam proses free diapers ni. Bagi Asiah lah...(",)

Bab bercerai susu botol plak korang jangan ikut cara Asiah ni tau, hihi
Pada awalnya Asiah selalu cakap kat Aira yang dia tak boleh minum susu dalam botol dah . Kena minum susu pakai cawan je. 2, 3 kali minum dalam cawan…Asiah cakap plak Aira tak boleh minum susu dah sebab Aira dah besar dah, dah debab dah…Aira kena minum air sirap je. Dia meragam la tak boleh minum susu dah. Asiah tunjuk kat dia bekas susu dia yang dah kosong . Dia cakap “susu Aira ada lagi kat skolah”…hihi

Pujuk punya pujuk ok la sikit tapi dia masih tak boleh terima kenyataan yang dia tak boleh menyusu dah. Nak jadi cerita ada mentadak mentaduk masuk umah Asiah, Aira menangis takut tengok mentadak mentaduk tu. So, Asiah pun takutkan dia. Kalo dia minum susu lagi mentadak mentaduk tu datang lagi. Besoknya dia tak nak dah minum susu …just mintak air sirap atau air manis yang lain jerk…hihi, itulah cara yang Asiah gunakan untuk bercerai susu botol Aira. Tu pasal Asiah kate korang tak boleh ikut cara Asiah, hihi. Tapi korang boleh cuba cara Asiah bercerai susu badan Aira. Asiah sapukan asam jawa kat puting breast & keliling. Alhamdulillah dalam masa seminggu Aira dah tak nak menyusu badan dah. Yang penting ibu kena kuat....sebab bagi Asiah proses bercerai susu badan amatlahlah menyedihkan, menyesakkan dada...bersyukur Allah bagi Asiah nikmat @ pengalaman berharga menyusukan Aira selama 2 tahun...(",)

19 Januari 2015

:: Preggy Diaries | Shopping Set Tilam Bayi & Nursing Pillow ::

Salam & Hye uols…J

Walaupun nak bersalin anak ketiga tapi persiapannye cam 
nak bersalin anak sulung uols…hihi
Barang2 Aira dulu Asiah dah bagi orang dah…semua kena beli baru…teheeJ
Kali ni Asiah beli online je set tilam (Travel Mattress Set) & nursing pillow & Dimple Pillow ni sebab rase sama je harga kalo pegi kuar beli kat mall pun…kebetulan Littlewhiz ade buat sale, apelagi…ambik la peluang ni kan. Asiah beli set My Teddy Bear (Bumble Bee).
Set tilam ni just rm90.90 je kalo kat luar RM129.90. Nursing pillow tu pun murah gak RM69.90 je, kalo harga biasa RM99.90. Asiah tak pernah guna lagi Nursing pillow 
sebelum ni. Baru 1st time nak guna...hihi
Jom la korang shopping kat Littlewhiz ni. 
Sale ni sampai 05.01.2015 nnt…sempat lagi niJ

travel

15 Januari 2015

::Preggy Diaries | Shopping Baju Bayi & Set Bersalin ::

Salam & Hye uols…J

Pregnant kali ni Asiah beli awal sikit barang baby. 6 bulan dah start beli barang.
Selalunya 7bulan baru beli barang.
Asiah just beli sikit2 je. Baju2 baby, set bersalin luaran & dalaman.
Kali ni Asiah nak cuba guna set bersalin Tanamera plak. Untuk dalaman plak Asiah still beli set bersalin Shaklee. Time bersalinkan Aira dulu Asiah tamak beli untuk yang 3 bulan tu tapi tak habis makan pun…sampai expired ubat tu…huhu, membazir je. 
Kali ni Asiah beli yang cukup2 untuk 40 hari je. 
Comel uols packaging dia…sweet gitu…J
Asiah beli kat kedai ibu

Set Bersalin Tanamera plak Asiah beli kat SINI
Skang Set Bersalin Tanamera ni tengah ade offer
RM335 termasuk pos & free Virgin Coconut Oil (100ml)
kalo tak RM360 uols.
Asiah tak amik semua item yang terkandung dalam set bersalin tu
Asiah tolak bengkung sebab dah ade bengkung lama kan
 & digantikan dengan Herbal Bath & Brown Foemulation Soap.






14 Januari 2015

:: Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan ::

Salam & Hye uols…J

Hari ni Asiah merajinkan diri join SEGMEN by EMA HASSAN.
 1st segmen bagi tahun 2015, hehe
Jom korang join segmen ni bleh kite berkenal-kenalan kan, 
tambah kenalan di alam maya gitu,ahaksJ

Kalo korang nak join klik SINI ye…J


Syarat penyertaan:
1. Buat satu entry khas bertajuk "Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan"
2. Tampal banner dibawah beserta backlink ke segmen ini.
3. Then just follow blog aku ni Ema Hasan (ni wajib ye).
4. Dah setel semua, sila tinggalkan
 link segmen dan email kau orang dekat ruangan komen.

Hadiah penyertaan:
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang

Keep in mind! >_<
Tempoh segmen berlangsung: 19 Dec 2014 - 19 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.

12 Januari 2015

:: Taktik Penjual | Frozen vs Sophia The First ::

Salam & Hye uols…J

Rasenya demam kartun Frozen lum habis kan uols.
Hari ni Asiah nak cite pasal beli sepasang baju tapi dapat dua tema baju.
Camne tu?? Mesti korang tak faham kan…hihi
Camni, suami Asiah ade belikan Aira pijamas Frozen, tapi bila sekali basuh
gambar Frozen tu terkopek la plak, kiteorang biar je lagi. Suami Asiah suh iron je dl bagi gambar tu lekat  balik. 
Kali kedua basuh, dah terkopek besar la plak gambar Frozen tu
Maka Nampak lah gambar yang tersembunyi disebalik gambar Frozen tu.
Rupanya gambar asal pijamas tu adalah gambar Sofia The First tapi ditampal ngan gambar Frozen. Maybe baju tu dah tak laku kot pastu nak kasi baju tu laku balik, diorang pun wat la projek tampal menampal ni, gamaknye la…wallahualamJ
Rasa tertipu kejapp…huhu
Xpelah, bukan rezeki Aira nak pakai pijamas Frozen ye. Lagipun baju tu still boleh pakai cume tema je lari,hihi… arap korang tak tertipu cam Asiah erk.J

 Awalnye Gambar Frozen 

Disebalik Gambar Frozen upenya gambar Sofia The First...huhu


9 Januari 2015

:: Preggy Diaries | 27 Minggu Dah ::

Salam & Hye uols…J


Alhamdulillah hari ni genaplah usia kandungan Asiah ni 27 minggu. 
Tinggal 13 minggu lagi nak bersalin…J
Skang ni kaki Asiah dah mula krem. Tapi sekali sekala je la. Malam tadi dua2 belah kaki sekali krem. Nasib kejap jerk. Selalunya waktu malam la kaki Asiah  krem, waktu siang tak.Orang kate kurang kalsium kalo kaki krem waktu mengandung. Memang betul kot sebab Asiah kurang minum susu tepung…nak kena minum susu setiap hari la ni…huhu
Baby plak makin aktif bergerak. Tendang sana, tending sini…J

7 Januari 2015

:: Beli Marigold Feel Fresh Dapat Percuma Diari 2015 ::

Salam & Hye uols…J

Jom minum Marigold PeelFresh uols…kurang manis & best sangat. 
Rase cam wat jus kat umah jerk...especially yang perisa mangga tu,teheeJ.
1st time minum terus jatuh cinta, terus beli dua botol. Dapat free diari 2015 yang comel uols…boleh kasi anak2 sebab diari ni comel sangat. 
Siap ade sticker lagi…warna pun gorjes uols, suke sangatJ