21 Disember 2015

:: Masak2 Sep - Dis 2015 ::

Salam & hai uols J


Inilah makanan yang Asiah masak sepanjang 2,3 bulan ni. Hanya ini yang sempat Asiah amik. Ade juga makanan yang Asiah beli cam putu perak & buah cempedak tu. 
Takkan Asiah buat sendiri kan uols,hihiJ

Mihun calong, laksam, pelam asamboi & keropok beras

Telur itik msk lmk cili api, telur ikan grg kunyit, sambal abang, putu perak, ayam carbonara, ubi kayu garlic, ikan kembung masak lemak, ikan goreng, kacang buncis goreng, sambal abang.

Sambal telur, ikan bilis holland, telur dadar, patchoy tumis, cempedak, mihun sup, lontong, nenas asamboi, kuih benderang.

15 Disember 2015

:: Green Tea Thailand ::


Assalamualaikum & hye uols J

Terliur tengok Fizo Omar post kat Facebook dia pasal Green Tea Thailand. So, Asiah tanya la pakcik google kat mana nak beli  Green Tea Thailand tu. Akhirnya  jumpe jugak kat  MUDAH.MY. Dapatla RM10 sepeket (200gram) tak termasuk dengan harga pos.
Orang kata rasanya sama dengan green tea kat Starbuck tu. Asiah suka Green Tea Frappucino. Tu yang gigih cari. Boleh la minum sepuasnya. 
Tapi bagi Asiah rasanya tak sama sebab teh hijau ni wangi sangat. 
Bagi tekak Asiah teh ni bau macam teh botol Indonesia ni .

 Sedap la jugak. Tapi terlalu wangi bagi Asiah la . Asiah tak suka bau Jasmine. Asiah lebih suka green tea yang plain je. Citarasa masing2 kan. Disebabkan Asiah tak berapa suka so, Asiah agihkan je kat kawan-kawan yang nak rasa green tea ni. 
Alhamdulillah habis jugak serbuk green tea ni, hihi J



11 Disember 2015

:: #Incomingmail December ::


Assalamualaikum & hye uols J

Gembira sangat dapat happy mail dari penfriend Asiah dari Canada ni. Sebab apa uols?sebab Asiah dapat apa yang Asiah request dari Julie ni. Asiah mintak dia poskan Asiah daun maple dan gambar yang berlatar belakang kan musim luruh.
 Asiah suka sangat musim luruh J.
Kalau musim luruh kat negara kita ni, Asiah 
Suka sangat tengok daun getah kat kebun  ayah Asiah bertukar warna.
Bertaburan kat tanah. 

Itu je la ceritanya untuk kali ni, hihi


30 November 2015

:: #Incomingmail November ::

Assalamualaikum & hye uols J


Ini adalah surat kedua dari  Neomanda.  Penfriend Asiah dari Philipina. Kami baru je kenal. Arap perkenalan kami berpanjangan hendaknya. Dia bagi Asiah stationery goodies. Asiah guna semua ni untuk  Journal. Asiah tengah berjinak-jinak dengan journal sekarang. 
Dah dewasa++ baru nak start semua ni (journal + penpal), ahaks :).

Suka rama yang dikait tu :)

Thanks for goodies Neo ;)

2 November 2015

:: Penpal ::

Salam & hai uols…J

Bermula dengan minat mendiy kad dan membeli sticker@stationary stuff kat kedai mr.diy. Asiah mula terpikir nak buat apa dengan mende ni semua? Sebab Asiah tak ada kawan yang mempunyai minat yang sama dengan Asiah. Kalau ada boleh la bagi kat dia. Membazir je beli dan simpan je . Suami Asiah pun bising jugak asyik beli sticker jerk.  Tapi tak tau nak buat apa. Asiah pun terbaca satu blog tentang penpal. Diaorang bertukar-tukar goodies. Stationary stuff & sticker tu boleh buat goodies untuk pen friend kite. Maka bermulalah Asiah join penpal. Penpal menggunakan surat . Hantar surat menggunakan pos biasa (snail mail). Bukan pos laju tau. Kena sabar menunggu surat yang kita hantar tu sampai kepada penerima. Old skool gitu J
Inspired betul Asiah dengan otai2 penpal yang diy envelope cantik2. Jeles tau…hihi
Asiah berkenalan dengan penpal Asiah melalui Instagram. Kalau korang nak join jugak just taip “penpalwanted” dan korang boleh la pilih  nak berkawan dengan siapa. 
Buat masa sekarang Asiah just berkawan dengan 5 orang je. Semuanya dari Canada, Australia, UK, USA & Philipina. Tak mampu nak berkenalan dengan ramai orang. 
Takut tak sempat nak balas surat diaorang. Tapi tak tahulah pasni camna J
Teringin jugak nak dapatkan penpal dari negara sendiri. Tapi segan...hihi
Ramai jugak Malaysian yang join penpal. Blog Fiona & Azura Chan lah yang menjadi rujukan Asiah untuk join penpal ni dan antara blog terawal yang Asiah jumpe yang join pen pal. Suke sangat rasa baca cerita diaorang. Ye la Asiah tak pernah join penpal kan. Sebelum join tu banyak jugak baca info tentang penpal. Baru berani nak join :)
Bagi Asiah ini antara kebaikan yang Asiah dapat bila join penpal :)
(merantau ke negara luar tanpa pergi ke sana,ahaks)

1.       practice reading and writing in a foreign language
2.      to improve literacy
3.      to learn more about other countries and life-styles (cultures)
4.      to make friendships
Ini antara surat yang Asiah terima (INCOMING) dari Penpal Asiah 



Ini pula yang Asiah hantar (OUTGOING) untuk Penpal Asiah. Lupa nak snap apa yang Asiah hantar kat diaorang. Nanti ain kali Asiah snap k...;)






21 Oktober 2015

:: Hana dah 6 bulan sudah ::

Salam & hye uols…J

Waaa… dah lama xpost pape kat sini.
Hana pun dah 6 bulan dah…kejap je masa berlalu
Hana ni berbeza sikit dari dua kakaknya
Dia xnak makan puree…nak makan mende lain selain puree
nasi lenyek, biskut yg rendam ngan susu dia nak la
Mungkin baru nak blaja makan kot
harap2 hana tak memilih la makan
kalua tak susah nanti…
skang dia baru pandai meniarap dengan mengundur
gigi belum tumbuh lagi
ok lah. setakat ni dulu kali ni
Nak cite pasal pen pal…nantilah lenkali
Hobi terbaru asiah…hihi, penpal la sangat J

Busuk masyam baru bangun tidur...;)

1 September 2015

MR. DIY HAUL # 1

Salam & hai uols..(",)

Kalo pegi Temerloh/Mentakab mesti gatal nak singgah kat kedai MR.DIY tu. 
Kali ni Asiah singgah lagi. Tapi kali ni beli barang yang betul2 nak jerk. Hanger kakak, alas kaki patchwork & beg make-up. Berbunga hati dapat beli barang kesukaan uols…hanger kakak tu sweet sangat. Pastel colour, RM5.50 (7pcs) byk warne ade tp Asiah pilih warna ala2 salmon gitu. Kalo ikut hati nak beli banyak hanger tu tapi suami ade kat sebelah…hihi,
 paham2 je lah. Alas kaki tu plak Rm9.90 satu. 
Rase sayang nak guna sebab warne dia cam candy jerk. Sweet pink…J
Yang mahal sikit beg make tu RM16.90. 
Handmade kan beg tu, tu pasal mahal kot…tapi everthing puas hati sangat…J


14 Julai 2015

:: Salam Lebaran 2015 ::


Salam & hye uols…J

Insy. hari Rabu (esok) Asiah last day keje…pastu cuti raya seminggu
so, di kesempatan ini…Asiah susun jari 10, memohon ampun & maaf dari korang semua di atas segala salah silap yea. Jikalau Asiah ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang berblog ni yea. Semoga kalian ceria di hari lebaran nanti bersama
 keluarga & insan tersayang…J

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin




29 Jun 2015

:: Baby Baru | Nurhana Maryam ::

Salam 12 Ramadhan uols …J

Lama dah Asiah tak update blog. Baru hari ni ada masa nak update…J
Dok habiskan masa dengan anak2 jerk,melayan karenah anak2 yang kadang kala buat ibu jadi monster kejap…hihi
Untuk pengetahuan korang 
1 April 2015 hari tu Asiah telah selamat melahirkan anak ketiga kami. 
Baby girl lagi…hihi. Alhamdulillah
Nurhana Maryam nama diberi…J
Tiga orang dah anak perempuan Asiah setakat ni. 
Dah ramai dah geng Asiah untuk ke dapur. 
Geng baba je lum ada lagi. Sabar ye baba…J


30 Mac 2015

:: Resepi | Mihun Sup Simple ::

Salam korang sume…J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mihun Sup Simple  plak versi campak2 jugak. 
Yang penting sodappp…hihi
Jom kite masak…J

Bahan2 :
  1. Bawang putih (4-6 ulas/ketuk)
  2. Bawang besar holland (1/2 biji/ptg baji)
  3. Ayam dada(potong dadu)
  4. Fish Ball(1 peket/belah 4@ikut suka)
  5. Sawi cina(2 pokok)
  6. Telur(sebiji sorang)
  7. Ikan bilis (yang telah digoreng)
  8. Bihun (1/2 peket)
  9. Cili api (4-6 biji)
  10. Kicap
  11. Garam
  12. Daun sup
  13. Bawang goreng
  14. Minyak

Cara2:
  1. Celur mihun dalam air panas.
  2. Bila mihun dah kembang toskan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali @ periuk
  4. Masukkan bawang putih & bawang besar
  5. Bila dah kekuningan, masukkan ayam.
  6. Bila ayam dah masak, masukkan fish ball.
  7. Kacau sekejap & masukkan air utk dijadikan kuah.
  8. Perasakan dengan garam & gula.
  9. Bila dah mendidih, masukkan telur satu persatu, pastikan telur tak pecah ye.
  10. Bila telur dah masak, masukkan sayur.
  11. Bila sayur dah layu sikit boleh la angkat dan masukkan ke dalam mangkuk mihun yang telah dicelur tadi.
  12. Makan bersama sambal kicap, daun sup, bawang goreng & ikan bilis.

Cara buat sambal kicap
  1. Tumbuk cili api hingga hancur
  2. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk kecil
  3. Masukkan kicap & kacau.


Selamat mencuba yea…J

27 Mac 2015

:: Resepi | Maggi Goreng Simple ::

Salam korang sume…J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Maggi Goreng Simple versi campak2 jerk.
 Yang penting sodappp…hihi
Jom kite masak…J

Bahan2 :
  1. Cili api (3biji)
  2. Bawang putih (4ulas)
  3. Telur (2biji)
  4. Ayam dada (potong dadu)
  5. Sawi cina (1 pokok)
  6. Lobak merah (1/2 batang)
  7. Maggi 2 bungkus (yang telah direndam dgn air panas)
  8. Sos Cili
  9. Sos tiram
  10. Kicap manis
  11. Minyak

Cara2:
  1. Tumbuk kasar cili bersama bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi
  4. Bila dah naik bau, masukkan ayam
  5. Bila ayam dah masak masukkan sos tiram & sos cili, kacau sekejap.
  6. Bila dah sebati, masukkan maggi bersama sawi cina & lobak merah & perasakan dengan kicap.
  7. Kacau bagi semua sebati.
  8. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak & pecahkan 2 biji telur tadi & kacau.
  9. Bila telur dah masak, angkat & masukkan ke dalam kuali maggi goreng tadi.
  10. Kacau & bila sayur dah layu boleh la angkat & hidangkan.
Tadaaa...dah siap, selamat mencuba yea...(",)

26 Mac 2015

:: CPUV | 27 BE On Going ::

 Salam & hye uols…J

Cam tak percaya jerk ade 27 BE tengah on going skang. Dahle tak bape nak aktif update blog skang. Tapi ade jugak BE yang melekat. Ape2 pun thanks korang sudi singgah blog Asiah ni & thanks Nuffnang kasi BE yang byk & best2 ni…J



25 Mac 2015

:: Resepi | Sayur Cendawan Sos Tiram ::

Salam korang sume…J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi sayur Cendawan Sos Tiram. 
Anak2 Asiah suka sangat makan cendawan tau uols.
Arap resepi ni dapat la menghilangkan kebuntuan korang nak masak sayur 
ape hari ni erk…J

Bahan2 :-
  1. Cendawan tiram (1peket)
  2. Tauhu jepun(2 peket)
  3. Lobak merah (1/2 btg)
  4. Bawang putih (2 ulas)
  5. Tomato (1 biji)
  6. Bawang besar (1/2 labu)
  7. Cili merah (1)
  8. Udang
  9. Sos tiram
  10. Minyak masak
  11. Garam
  12. Gula
Cara2 :-
  1. Panaskan minyak, dan masukkan tauhu telur. (Masak dalam minyak yang banyak ye untuk mengelakkan dari tauhu jepun ni hancur)
  2. Bila kedua2 belah tauhu tu dah nampak kekuning-kuningan, bolehlah angkat ye.
  3. Kurangkan sikit minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi, pastu
  4. Masukkan bawang putih, bila bwg putih tu dah naik bau
  5. Masukkan bawang besar. Masak hingga layu sedikit
  6. Masukkan sos tiram & kacau.
  7. Bila naik bau masukkan udang bersama lobak merah & sedikit air.
  8. Bila lobak merah dah layu sikit korang boleh masukkan cendawan tiram bersama tauhu jepun yang telah di goreng tadi, tomato & cili merah.
  9. Perasakan dengan garam & gula. Kalau kuah takde korang boleh tambah air yea.
  10. Kacau sekejap & bila nampak cendawan dah masak korang blhla angkat & makan bersama nasi putih@makan begitu saje.

Selamat mencuba…J

20 Mac 2015

:: 37 Weeks Already ::


Salam korang sume…J

Alhamdulillah, kandungan Asiah dah 37 minggu dah. Tinggal 3 minggu je lagi nak bersalin. Moga proses bersalin Asiah dipermudahkan olehNYA, amin…J
Korang doakan Asiah yea…J
Beg bersalin Asiah dah ready dah, Cuma dalam kepala ni dok risau pasal kakak & Aira nak tinggal kat mana nanti bl Asiah sakit nak bersalin, huhu…kakak ok , Aira tu susah sikit. Takut ngan orang yg dia tak biasa.
Arap semua ok lah...(",)


10 Februari 2015

:: Puding Slurp @ Vintage Cabin ::

Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah Asiah dah dapat dah puding dalam botol yang Asiah idam2 kan tu. 
Actually macam2 nama orang guna untuk puding ni. Ade Puding Gedik, Puding Schadut, & macam2 lagi. Yang Asiah beli ni nama dia Puding Slurp. Asiah beli kat Vintage Cabin
Kedai ni style  Boutique Café gitu. Baru lounching 08.02.15 hari tu. Kebetulan Vintage Cabin buka time Asiah dok craving nak makan puding ni. Pujuk dicita ulam mendatang la uosl kan. 5 botol skali Asiah beli. Asiah beli perisa coklat, mangga, jagung & honey dew. 
Paling best honey dew & mangga…susu mentol plak paling best perisa jagungJ
Selain puding slurp tu, banyak lagi makanan yang ade kat Vintage Cabin ni. Asiah beli gak susu mentol(cam susu segar berperisa) & aiskrim pasu. Aiskrim pasu kat sini sedap berbanding dengan tempat yang 1st time Asiah beli tu. Cik Abe pun sukee. Semuanye best2 food yang Asiah beli tu. 
Bagi selera Asiah le…J

Kepada korang yang tengah craving puding cam Asiah ni bleh la pegi cari kat Vintage Cabin ye. Untuk keterangan lanjut korang blehla folo fb & insta Vintage CabinJ

Vintage Cabin
147 Lorong 9
Taman Permatang Shahbandar(belakang homestay oren)
Bandar Jengka
Pahang.

Pic. Aiskrim Pasu & Puding Slurp yg byk tu kredit to Vintage Cabin(",)

9 Februari 2015

:: Projek Menu 4 Hari Ibu Bekerja ::


Salam & Hye uols…J

Sejak Asiah terbaca artikel pasal TIPS MEMASAK CEPAT UNTUK WANITA SUPER SIBUK Asiah terpanggil untuk memasak ikut tips yang Pn. Rajiah bagi. 
Sibuk la sangat Asiah ni kan...hihi
Sangat berguna uols tips ni bagi ibu yang bekerja & nak masak untuk anak2 setiap hariJ. Yang penting rajin…(",)
Asiah baru je cuba tips ni minggu lepas. Alhamdulillah berkesan. 
Minggu ni pun masih teruskan misi memasak ni hingga la Asiah bersalin…J
Korang pun boleh cuba gak. Asiah buat camni. Jumaat tu listkan menu & bahan yang nak masak seminggu pastu hari Sabtu pegi cari barang. Petang Ahad tu baru potong sayur, bawang semua & siap packing untuk setiap menu tu. Senang packing siap2 just pagi tinggal masukkan dalam kuali jerk. Pes cili kering pun buat jugak untuk senang masak mee, mihun, kuetiau. Kalau Asiah nak masak kari tu, malam2 dah tumiskan bahan2 kari & bagi ayam empuk dulu, just pagi tu tinggal nak masukkan santan jerk. 
Kalo nak masak tomyam pun Asiah wat malam2 gak. Just pagi tu tinggal nak masukkan sayur & bahan2 yg mudah layu jerk. Kalo menu yang lain tu semua Asiah masak pagi…bangun kul 5.30 @ 5.45 setiap pagi. Sebelum tidur @ balik kerja tu terus turunkan ikan/ayam & letak kat bahagian sayur bagi ikan/ayam tu xbeku.
Alhamdulillah setakat ni Asiah takde dah kelam kabut masak pagi2
…senyum jerk rase…lega sangatJ

 Menu Minggu pertama Februari (2-5.2.2015)

Menu Minggu Kedua Februari (9-12.02.12)


6 Februari 2015

:: Preggy Diaries | 31 Minggu Dah ::

Salam & Hye uols…J

6.2.15 genaplah usia kandungan Asiah 7bulan 21hari…J
Aira plak semakin manja...huhu


4 Februari 2015

:: WW | Cekodok Pisang Awak ::

Salam,


Makan cekodok ngan kopi panas, fuh…sedap betul. Lama tak buat cekodok…J


30 Januari 2015

:: Maafkan Ibu Sayang ::

Salam …J

Cepatnya kamu membesar sayang
Ibu rasa ibu banyak abaikan kakak sekarang
Sejak kakak 5 tahun
Banyak mende yang kakak buat sendiri
Maafkan ibu sayang
Ibu rasa cam ibu banyak lebihkan adik dari kakak
Maafkan ibu sayang…jika kamu membesar dengan kurang rase kasih & sayang dari ibu
Jika ibu tak banyak luangkan masa untuk kakak
Jika ibu selalu marahkan kakak
Jika ibu selalu jerit2 kat kakak
Jika ibu tak gembirakan kakak
Jika ibu tak memahami kakak
Jika ibu bukan pendengar yang baik
Ibu harap masih belum terlambat untuk ibu menjadi ibu yang terbaik untuk kakak
Ibu rasa ibu kurang luangkan masa untuk kakak sejak akhir2 ni
Maafkan ibu sayang
Moga kakak menjadi anak yang solehah
Mendengar kata
Cepat faham apa yang cikgu ajar di sekolah
Ibu nak kakak tahu, ibu sayang kakak sangat2

Maafkan ibu sayang…L



28 Januari 2015

:: Preggy Diaries | 29 Minggu Dah ::


Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah dah 29 minggu dah (7 bulan seminggu) kandungan Asiah ni. Lagi 11 minggu nak bersalin. Menghitung hari je Asiah ni. Tapi kali ni ok sikit. 
Kaki tak sembab lagi…larat lagi naik tangga ofis…hihi
Alhamdulillah jugak setakat ni kandungan Asiah takde masalah cuma time check up 19.1.15 hari tu doc. cakap uri duduk bawah sikit tapi type 1 xmerbahaya katanya. 
Tunggu result ujian MOGTT minggu lepas camne. Arap takde la kencing manis. 
Ni kali kedua Asiah kena buat ujian MOGTT tu, mase 1st hari tu ok, tak sangkut. 
 Isnin depan Asiah check up lagi arap dah dapatlah result tu…J


Ibu yang makin bam2...(",)

26 Januari 2015

:: Proses Free Diapers & Susu Botol Aira ::

Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segala yang diberikan kepada kami. Asiah bersyukur sangat2 sebab Allah permudahkan Asiah dalam proses free diapers & bercerai susu Aira. Dalam masa dua minggu Aira dah pandai rasa nak buang air kecil & besar. Pada awalnya Aira tak nak buang air besar kat dalam tandas, tapi sekarang dia dah ok dah. Dah pandai dah guna tandas. Cuma waktu tidur tengahari kat taska masih pakai diapers lagi. Tidur waktu malam pun masih pakai diapers lagi. Mula2 Asiah atur dia g tandas sejam sekali, pas seminggu dia tak nak dah Asiah aturkan dia. Dia nak buang air kecil@besar dia akan bagitau Asiah. Dalam masa ni ade la 2,3 kali terkucil jugak. Tapi just yang kecik je la…hihi. Bagi Asiah kita sebagai ibu kena rajin training dia & kena banyak sabar. Kalo Asiah, time rase tak larat tu Asiah pakaikan dia diapers drpd Asiah dok bising kat dia buang air merata. Maklumlah Asiah dh masuk 28 minggu dah skg. Tapi alhamdulillah Aira dah pandai dah. Pegi jalan2 pun dah tak pakai diapers lagi dah...suke sangat. Yang penting sokongan suami jugak penting dalam proses free diapers ni. Bagi Asiah lah...(",)

Bab bercerai susu botol plak korang jangan ikut cara Asiah ni tau, hihi
Pada awalnya Asiah selalu cakap kat Aira yang dia tak boleh minum susu dalam botol dah . Kena minum susu pakai cawan je. 2, 3 kali minum dalam cawan…Asiah cakap plak Aira tak boleh minum susu dah sebab Aira dah besar dah, dah debab dah…Aira kena minum air sirap je. Dia meragam la tak boleh minum susu dah. Asiah tunjuk kat dia bekas susu dia yang dah kosong . Dia cakap “susu Aira ada lagi kat skolah”…hihi

Pujuk punya pujuk ok la sikit tapi dia masih tak boleh terima kenyataan yang dia tak boleh menyusu dah. Nak jadi cerita ada mentadak mentaduk masuk umah Asiah, Aira menangis takut tengok mentadak mentaduk tu. So, Asiah pun takutkan dia. Kalo dia minum susu lagi mentadak mentaduk tu datang lagi. Besoknya dia tak nak dah minum susu …just mintak air sirap atau air manis yang lain jerk…hihi, itulah cara yang Asiah gunakan untuk bercerai susu botol Aira. Tu pasal Asiah kate korang tak boleh ikut cara Asiah, hihi. Tapi korang boleh cuba cara Asiah bercerai susu badan Aira. Asiah sapukan asam jawa kat puting breast & keliling. Alhamdulillah dalam masa seminggu Aira dah tak nak menyusu badan dah. Yang penting ibu kena kuat....sebab bagi Asiah proses bercerai susu badan amatlahlah menyedihkan, menyesakkan dada...bersyukur Allah bagi Asiah nikmat @ pengalaman berharga menyusukan Aira selama 2 tahun...(",)

19 Januari 2015

:: Preggy Diaries | Shopping Set Tilam Bayi & Nursing Pillow ::

Salam & Hye uols…J

Walaupun nak bersalin anak ketiga tapi persiapannye cam 
nak bersalin anak sulung uols…hihi
Barang2 Aira dulu Asiah dah bagi orang dah…semua kena beli baru…teheeJ
Kali ni Asiah beli online je set tilam (Travel Mattress Set) & nursing pillow & Dimple Pillow ni sebab rase sama je harga kalo pegi kuar beli kat mall pun…kebetulan Littlewhiz ade buat sale, apelagi…ambik la peluang ni kan. Asiah beli set My Teddy Bear (Bumble Bee).
Set tilam ni just rm90.90 je kalo kat luar RM129.90. Nursing pillow tu pun murah gak RM69.90 je, kalo harga biasa RM99.90. Asiah tak pernah guna lagi Nursing pillow 
sebelum ni. Baru 1st time nak guna...hihi
Jom la korang shopping kat Littlewhiz ni. 
Sale ni sampai 05.01.2015 nnt…sempat lagi niJ

travel

15 Januari 2015

::Preggy Diaries | Shopping Baju Bayi & Set Bersalin ::

Salam & Hye uols…J

Pregnant kali ni Asiah beli awal sikit barang baby. 6 bulan dah start beli barang.
Selalunya 7bulan baru beli barang.
Asiah just beli sikit2 je. Baju2 baby, set bersalin luaran & dalaman.
Kali ni Asiah nak cuba guna set bersalin Tanamera plak. Untuk dalaman plak Asiah still beli set bersalin Shaklee. Time bersalinkan Aira dulu Asiah tamak beli untuk yang 3 bulan tu tapi tak habis makan pun…sampai expired ubat tu…huhu, membazir je. 
Kali ni Asiah beli yang cukup2 untuk 40 hari je. 
Comel uols packaging dia…sweet gitu…J
Asiah beli kat kedai ibu

Set Bersalin Tanamera plak Asiah beli kat SINI
Skang Set Bersalin Tanamera ni tengah ade offer
RM335 termasuk pos & free Virgin Coconut Oil (100ml)
kalo tak RM360 uols.
Asiah tak amik semua item yang terkandung dalam set bersalin tu
Asiah tolak bengkung sebab dah ade bengkung lama kan
 & digantikan dengan Herbal Bath & Brown Foemulation Soap.






14 Januari 2015

:: Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan ::

Salam & Hye uols…J

Hari ni Asiah merajinkan diri join SEGMEN by EMA HASSAN.
 1st segmen bagi tahun 2015, hehe
Jom korang join segmen ni bleh kite berkenal-kenalan kan, 
tambah kenalan di alam maya gitu,ahaksJ

Kalo korang nak join klik SINI ye…J


Syarat penyertaan:
1. Buat satu entry khas bertajuk "Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan"
2. Tampal banner dibawah beserta backlink ke segmen ini.
3. Then just follow blog aku ni Ema Hasan (ni wajib ye).
4. Dah setel semua, sila tinggalkan
 link segmen dan email kau orang dekat ruangan komen.

Hadiah penyertaan:
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang

Keep in mind! >_<
Tempoh segmen berlangsung: 19 Dec 2014 - 19 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.