20 Jun 2017

Creamy Sagu Gula Melaka


Salam ;)

Alhamdulillah orang kata rezeki tak pernah silap alamatkan. Siapa yang rajin berusaha dia lah yang akan dapat. Sejak Mei 2017 Asiah berjinak2 dengan sagu gula melaka ni. Asiah letak kat kedai makan. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. 
Awalnya Asiah penggemar sagu gula melaka ni. 3, 4 bekas skali beli. Anak2 pun suka. Ayah Asiah pun sama. Kalau bulan puasa tu, boleh kata dok ulang masak sagu ni je la. 
Ma Asiah masak guna santan. Lagi sedap. 
Tapi Asiah guna susu cair. Nak bagi resepi pun xboleh sebab Asiah agak2 je sume. yang penting sagu tu rendam dulu. Basuh bersih2 cam  basuh beras tu pastu rendam. Kalo nak masak petang. Pagi2 dah rendam siap2 sagu tu. Baru xde masalah mata ikan. 
Didihkan air, bila air dah mendidih baru  masukkan sagu. standby siap2 air panas takut air xcukup. Kalau air tak cukup xboleh letak air sejuk. Mesti letak air panas jugak. insyallah sagu korang akan nampak cantik & proses memasaknye sekejap sahaja. Kalau guna cara Asiah ni ;)

019-9566136 untuk tempahan :)

19 Jun 2017

Menu Simple untuk Sahur

Salam korang J

Salam 24 Ramadhan uols.
Hari ni tetiba ade mood nak menulis kat sini. Laman yang dah setahun tak ku kunjung. Arap ade lagi la yang sudi berkunjung ye.
Puasa kali ni Asiah ase jarang sangat Asiah masak.Kalo masak pun time bersahur je. Bukan tak sempat, bukan malas, bukan xde idea nak masak apa tapi Umar nak berkepit je ngan Asiah. Ngan kakak pun tak nak. Kalo time mood dia ok baru Asiah bleh masak. Ha, gitu ler…masak bergantung kpd mood Umar. Besar betul kuasa dia. Sabar je lah.

Time puasa selalunye Asiah masak simple2 je. Suami suke makan yg simple2 je. Inilah dia antara makanan yang Asiah masak time bersahur J

 Telur sambal feberet suami

Ikan selayang rebus goreng & sambal tumis jawa