30 Jun 2013

:: Tauhu Sumbat ::

Salam uols...(",)


First time Asiah buat tauhu sumbat ni. Teringin nak makan tauhu sumbat camni. Asiah amik resepi ni kat dalam majalah Mingguan Wanita.(Stuffed Tauhu D'sore). Cerita pasal tauhu ni kan, suami Asiah memang hantu tauhu. Hari2 makan tauhu pun takpe...Asiah plak sejak berkahwin dengan dia baru tahu makan tauhu ni. Ma Asiah tak pernah masak tauhu ni. Itu yang Asiah tak pandai & tak suka tauhu ni pada mulanya. Sekarang ni. 16 ketul tauhu sumbat tu Asiah makan ber3 jerk uols...nampak tak?nampak tak?...(",)
Resepinya senang jerk.

  • Tauhu
  • Daun bawang
  • Lada hitam
  • Garam
  • Lobak Merah
  • Telur

Cara2 :-
  1. Tauhu dipotong dua bahagian & goreng
  2. Potong daun bawang, carrot & masukkan isi tauhu yg digoreng tadi & gaul sebati
  3. Masukkan garam & lada hitam
  4. Masukkan bahan yang digaul tadi di dalam kulit tauhu tadi
  5. Celup telur & goreng
  6. Bila dh berwarna kekuningan boleh la angkat & makan bersama sos kegemaran anda...:)
Selamat mencube ye korang semua...(",)

25 Jun 2013

:: Photo ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Sejak wujudnya kamera digital ni. Banyak gambar yang Asiah ambik terperap je kat dalam kamera@ laptop@tab@pendrive...baru sekarang nak cuci semua gambar yang diambil since 2009...huhu, lama tu. Ini pun sebahagian jerk Asiah cuci, 500 keping tu uols...risau takut memory kamera rosak jerk tu yg cuci sikit dulu tu. Yang lain2 kemudian plak...korang plak camana? amik gambar terus cuci & simpan dalam album terus ke?...
(teringin jugak nak buat photobook)






















23 Jun 2013

:: Burger Special | Homemade ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Hari ni kami makan tengahari ngan burger jerk. Asben tak tau nak makan ape, so Asiah cadangkan makan beger jerk. Pasaraya dekat je ngan umah. Zass keluar beli barang jap & terus masak beger. Kebetulan plak Aira tido...senangla sikit keje Asiah...(",). Kakak la orang yang paling seronok tengok Asiah masak beger. Selalunya kalau nak makan beger just beli jerk. Hari ni dia tengok ibunya masak sendiri beger kat umah, eksaited la dia nak tolong Asiah masak. Alhamdulillah, asben & kakak suke ngan beger yang Asiah masak...(",).First time masak beger utk famili...(",). Dengan budget RM22 (tak termasuk sos cili, sos lada hitam, telur & planta) korang boleh masak sendiri beger kat rumah bersama anak2...(",)


Bahan2 asas...(",)
Tadaaa...dah siap beger special






note : Terpaksa bersilat ngan Aira nak siapkan entry ni...huhu


22 Jun 2013

:: Sepetang di Teluk Cempedak ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Kami lepak2 kat Teluk Cempedak untuk kesekian kalinya...Tapi pertama kali datang sini bersama Aira. Layankan permintaan kakak nak mandi pantai sebenarnya...terkejut jugak Asiah tengok kakak berani mandi pantai. Kalau sebelum ni dia takut nak sentuh air laut tu...walaupun sekadar kat tepi pantai je
macam kene dera jerk tangisnya...huhu
Mungkin dia dah besar...dia dah tahu ape itu pantai kan...cepatnya kamu membesar ye kakak...(",)...Aira plak seronok je main pasir. Kalau ikutka hati. Dia nak je join baba & kakakya mandi air laut tu...nangis2 dia nak masuk dalam air tu...tapi disebabkan cuaca panas...Asiah dukung je dia...(",)



Banyak dah perubahan kat Teluk Cempedak (TC) ni. Surau & tandas baru dah. Tandas bersih tapi surau perempuan tu tak berapa sikit. Tapi ok la berbanding dulu. Kalau korang ade datang Kuantan,Pahang jangan lupa singgah kat TC ye....best kat pantai ni...(",)




















21 Jun 2013

:: Kelebihan Umat Nabi Muhammad SAW ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols..(",)

Salam Jumaat yang barakah korang sume...pagi ni Asiah nak berkongsi apa yang Asiah dengar kat tazkirah yang Asiah pegi tadi iaitu tentang kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad saw....(",)

1. KENAPA KITA BERBADAN KECIL
*Allah swt memuliakan mereka, dengan kecilya saiz badan kita akan menjimatkan daripada perbelanjaan makan & minum yang banyak

2. PENDEK UMURNYA 
*Dengan pendeknya umur  supaya kita tidak banyak melakukan maksiat

3. DIJADIKAN FAKIR & MISKIN
*Supaya Allah tidak meghitung kita dalam waktu yang lama untuk masuk syurga

4. DIJADIKAN UMAT AKHIR ZAMAN
*Supaya mereka tidak berada lama di alam kubur.


20 Jun 2013

:: Aiskrim Malaysia ::


Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Request dari kakak sebenarnya aiskrim malaysia ni. Asiah buat aiskrim milo jerk. Sampai sekarang aiskrim tu masih ada lagi dalam fridge...hihi, selalunya kakak makan aiskrim tu ngan kawan2 time petang2...tapi dah lama dah Asiah tak bawak dia turun main kat bawah...tu yg eskrim tu tak habis2..(",)



17 Jun 2013

:: Botol Air HERBALIFE ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Comel jerk botol air ni kan. Sebab dia warna putih jernih & oren...:).Bukan Asiah amalkan HERBALIFE tau. Tak mampu Asiah nak minum HERBALIFE ni...hihi...Tapi kalau nak seribu dayakan...haha. Asiah just beli botol jerk untuk suami Asiah sebenarnya. Sebab dia tengah gigih berdiet skang ni. Nak hilangkan peyut buncitnya tu...huhu, Nak kuar keje je Asiah bekalkan dia 2liter air ni...Kalau keje kat ofis je takpe. Kalau keje ronda tu yang buat dia cepat dahaga...Asiah beli botol ni ngan IZZATI. Member ofis Asiah. Dia toke HERBALIFE. Kalau korang nak beli HERBALIFE leh la terjah ke blog dia yea...harga boleh dirunding...(pandai2 je Asiah ni)...(",)


11 Jun 2013

:: My 29th Birthday Present | Instax Mini 7s ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)


Wink2...mood hepy & terharu sebenarnya...
kenapa? sebab baru je terima hadiah hari lahir daripada suami. 
Dia belikan Asiah instax mini 7s.
Sebelum ni Asiah ada cakap teringin nak miliki kamera ni kat SINI 
Memang tak sangka dia nak belikan Asiah kamera ni 
(wlpn bukan instax mini 8) sebab dia cam tak suka bila Asiah nak beli kamera ni. Tup2 dia hadiahkan Asiah kamera ni. Apelagi, terharu la Asiah (lap airmata jap, ceh konon)...
"terima kasih abang hadiahkan sayang kamera ni"
Akhirnya dapat jugak Asiah merasa guna kamera ni...(",)
Sebelum terlupa, Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri...hehe, 
moga kehidupan Asiah diredhai & dirahmati olehNya sentiasa...amin...(",)






10 Jun 2013

:: Puasa Ganti ::

Assalamualikum...(",)

Di penghujung Rejab ni Asiah gagah dok mengganti puasa uols. Orang dok sibuk puasa sunat, Asiah plak dok sibuk puasa ganti. Sebulan tu tinggal puasa. Nak buat camne Asiah bersalinkan Aira dalam bulan puasa tahun lepas...banyak hari lagi Asiah nak kene ganti puasa ni...huhu
So, bila puasa...adalah juadah berbuka ye dok, cam biase la ye...tapi takla beria sangat makan bila time berbuka tu. Cam biase je...hehe, boleh caya ke?..;)
Semalam Asiah masak sardin, petola tumis, ikan goreng & tempe. Mula2 rasa nak makan ikan lolong goreng kunyit je. Bila dah siap semua, tibe2 teringat kat ikan sardin yang Ma Asiah masak. So, apelagi...siapkan bahan2, terus masak sardin tu. Kebetulan plak suami Asiah balik Selangor (pegi temuduga utk sbg blaja) tu yang Asiah masak sambal sardin style Ma Asiah punya, selalunya masak style mertua Asiah punya. Suami Asiah tak berapa suka sardin yg style Ma Asiah punya. Redha je la...:)
Korang plak camne, dah habis ke ganti puasa? ke belum start lagi?...(",)






7 Jun 2013

:: Cara-cara Naik Kereta Comel ::

Assalamualikum & Salam sejahtera uols...(",)

Anak dara kecik Asiah ni lain sikit perangai berbanding ngan kakak dia time kecik dulu. Aira ni serba serbi berani & lasak sikit. Kakaknya dulu kurang berani, cewek je lebih...Tengok tu, nak naik kete sendiri. Tak bagi orang tolong dia. Asiah risau dia jatuh tersembam je nanti sbb kete tu kan boleh bergerak. Dia plak belum boleh berjalan lagi...tapi lagaknya macam orang dah besar...hari ni plak meragam nak makan bubur sendiri. Tak nak Asiah suap, orang tengah membesar kan, semua nak cube buat sendiri...(",)
Jom naik kete ngan Aira...(",)















:: Hokkaido Cake & Tat Telur ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Inilah dia pastri kegemaran Asiah bila Asiah singgah kat kedai kek King's Confectionary. Paling suka tart telur portugisnya tu. Anak2 Asiah pun suka...2nd plak Hokkaido kek  . Hokkaido kek ni lembut sangat uols. Ade kastard kat dalam. Kek ni kena makan sejuk tau uols,baru rase cair jerk dalam mulut...1st time Asiah makan Hokkaido kek ni time pg Melaka. Sebelum ni Hokkaido kek ni xde kat kedai King's tu uols. Sejak akhir2 ni baru je ada...;)
Cerita pasal pastri ni uols, Asiah kenal pastri ni sejak tinggal kat Kuala Kubu Bharu . 
Setiap kali Cik Abe balik mesti pg jalan2. So, Asiah ajak la pg Giant, Rawang jap beli pastri ni. Kalau tak pun kat The Store Sungai Buluh...haha.Jauh tu uols.Nasibla Cik Abe jenis  yg melayan jerk...syukur sgt2...;)  
Korang plak cemana, suka makan pastri tak???





6 Jun 2013

:: Telekung Project ::

                                                     Assalamualikum & Salam sejahtera uols...(",)



TheTelekungProject
Dah sampai Kuantan dah Telekung Project ni. Berkat usaha Pn Azila Aziz. Yang Asiah perasan Telekung Project(TP) ni ade kat surau  East Coast Mall, Kuantan. Bersih & teratur telekungnya...semua diletakkan kat hanger...Kalau korang nak bagi sumbangan kat Telekung Project Kuantan,Pahang ni @ nak join TP boleh la tekan kat SINI untuk keterangan lanjut...jom kite beramal...(",)

4 Jun 2013

:: Zikir Terapi Diri | Hafiz Hamidun ::

Assalamualikum & Salam sejahtera uols...(",)

Dah lama dah Asiah nak beli CD Zikir Terapi Diri ni sebenarnya. Best jerk dengar Hafiz Hamidun mengalunkan zikir tu kat Astro Oasis. Time pergi Pesta Buku Antabangsa hari tu lupa nak cari. Ni Asiah beli je kat Jengka Street @ Pasar Panas kat booth yg jual peralatan haji & umrah. Asiah beli dengan harga RM19.90...Asiah pasang je CD ni kat dalam kete. Bila dengar je zikir ni automatik mulut @ hati terikut berzikir. Kakak pun  ikut berzikir sama bila Asiah pasang CD ni...tenang je rasa bila dengar melodi zikir ni...(",)


Sumber : Google Image