25 Mac 2013

:: Selamat Hari Polis ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)


Selamat Hari Polis yang ke-206 especially untuk my hubby & untuk semua PDRM di luar sana. 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' merupakan tema Hari Polis untuk tahun ini. Sesungguhnya jasa PDRM tiada tolok bandingnya. Pengorbanan banyak yang telah dilakukan untuk menjaga keamanan negara. Hari Polis disambut setiap 24 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan keselamatan yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan daripada ancaman komunis.

" Semoga Allah memberi kesihatan yang berpanjangan untuk abang bagi menabur bakti kepada tanah air yang tercinta"

22 Mac 2013

:: Instax Camera ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Mini 7s
Rase cam nak beli jerk Instax Camera ni. Cute jerk, time mude2 dulu tak sempat nak beli mende2 ni semua...:),sekarang dah ade anak dua baru nak beli barang-barang yang terlepas beli time mude2 dulu...ahaks, boleh ke gitu?...haha
Ist bace entry pasal kamera ni kat blog My Amethyst. Pastu terus berangan & terus wat 
entry ni...(",)
Asiah ni suke kat mende2 yang nampak cute tau, Reena pun suke mende2 yg kiut miut ni kan...tetibe muncul nama Reena ye, jangan marah ye Puan Reena yg very the gorjes...:)
Harga kamera ni lebih kurang dalam RM3++ jerk. Ambik gambar terus kuar gambar. Cam best je kan. Arap tertunai la hajat Asiah nanti nak beli kamera ni. Banyak choice uols kamera ni & ada bermacam warna yang kiut miut...Kalau Asiah, Asiah pilih warna putih@pink@kuning...hihi(berangan je lebih)
Kedai online pun ade jual kamera ni tau...(",)
Kalau korang nak tau lebih pasal Instax Camera ni, korang leh la tekan SINI yea...(",)
 
 Mini 8
 p/s : semua pic.asiah copy dr Google Image...:)

21 Mac 2013

:: Anonymous ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Ade tak cantik manis@kacak tampan yang bernama ANONYMOUS datang bertandang ke blog korang? Mesti adala kan. Takkan xde kot, nak2 blog korang yang meletup tu. Blog Asiah yang tak berapa nak berasap ni pun ade uols. 

Asiah tak kisah pun kalau dia datang nak mengomen kat blog Asiah ni, tapi lebih manis kalau dia bagi tau nama dia kat Asiah kan. Takdela Asiah sampai termimpi2 cari sapa ANONYMOUS ni uols...haha, gurau jerk. Actually, Asiah nak isytiharkan kat korang yang bulan MAC ni adalah bulan ANONYMOUS untuk blog ADANYA KAMU. Ramai betul ANONYMOUS datang ke blog Asiah dalam bulan Mac ni. Sampai 50komen uols, sebelum ni just 2,3 jerk. Takpela nak buat camne ramai ANONYMOUS yang menjadi peminat blog Asiah ni...huhu. Nampak sangat Asiah kene pegi amik kelas penulisan blog kan uols...(",)

Sumber pic : Google Image
 p/s : kpd sesiapa yg belum tahu ape itu ANONYMOUS, boleh la tanya dengan En. Google, yea...;)

20 Mac 2013

:: Durian & Jackfruit Crepe ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Korang dah dapat makan Durian Crepe lum? maklumlah Durian crepe ni kan tengah hot kat Malaysia sekarang ni. Hot lagi kew? tak dah kot...hehe
Malam tadi encik hubby belikan durian & cempedak crepe ni. 
Makan durian crepe untuk kesekian kalinya...(",)
Yang warna hijau tu cempedak crepe, bukan nangka tau, tapi cempedak
first time makan cempedak crepe...lagi sedap dari durian crepe...huhu
Paling best yang pernah Asiah rasa...:)
kat Jengka skang ni banyak buah cempedak tu yg diaorang wat crepe ni kot. 
Tinggal oreo & milo crepe je Asiah lum rasa lagi. 
Asben Asiah beli Durian crepe ni kat sebelah stall Burger Monster depan
 Kedai Kain Takzim, Bdr Tun Abdul Razak Jengka Pahang
Sape2 orang Jengka yang dok mengidam nak makan mende alah ni
Pegi la cari yea, dia jual durian crepe ni dalam box ais jerk uols
bukan kat kedai cantik tau...(",)

14 Mac 2013

:: Aira Dah Mula Makan | Solid Food ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

07/03/2013 genaplah umur puteri kedua Asiah,
Nur Aira Sufiya(Aira)8bulan. Aira pun dah mula makan dah. Kalau hari bekerja Asiah bekalkan Aira nestum (letak kat taska). Asiah tak masak bubur untuk Aira just kadang2 jerk. Aira makan bubur kat taska jerk. Pihak taska yang masak. Weekend baru Asiah masak bubur untuk dia. Aira ni jenis tak suka makan bubur kosong. Mesti nak kene letak ayam/sayur/ikan.Cam orag besar plak. Kalo tak mesti dia tak nak makan. Peel dia sekarang pantang tengok orang makan, mesti nangis nak makan jugak. Dari jauh pun dia nampak kite makan. Mesti dia laju2 menyusur datang kat kita. Aira tak pandai merangkak lagi. Duduk pun belum pandai lagi,kalau Asiah duduk kan dia baru dia pandai. Tak pandai duduk sendiri lagi... menyusur je dia pandai sekarang.

Inilah makanan Aira selain bubur.Kalau biscotti Asiah mesti kene beli 3peket, kalau tak... mesti tak cukup sebab kakaknya pun join sekaki ngan Aira makan biscotti tu, tak cukup sebatang biskut tu kalau kakak makan...itu yang kene beli lebih.



13 Mac 2013

:: Gelagat Aira ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Aira suke dok 'bertenggek' camni sekarang. 
Comel jerk tengok...(",) 

video