31 Disember 2013

:: Scrapbook Untuk Aira In Progress ::

                                                                     Salam uolsJ

Sebelum ni Asiah ade cerita pasal hajat Asiah nak buat scrapbook kat SINI
So, sekarang ni semuanya dalam pembikinan…hehe
Xdela secantik mana, simple jerk…tapi Asiah puas hati coz bleh deko2 sendiri. Untuk kenangan Aira bila dia besar nanti. Scrapbook yang ni Asiah plan untuk umur Aira dari 0-6 tahun. Tajuk belum ade lagi & catatan pun belum ade lagi…arap semuanya berjalan dengan lancar…J
Asiah guna kertas biasa je. Yang penting Acid Free. Begitu jugak dengan gam & pen. Kalau tak, gambar yang kita tampal tu akan rosak. Nanti anak dah besar semua scrapbooknye rosak. Rugi jerk bertahun2 buat…kalau korang nak buat cam Asiah ni, senang jerk. Bergurulah dengan pakcik Google ye kawan2…J














29 Disember 2013

:: Projek Petang Anak2 ::

Salam uols...(",)

Weekend lepas kami tak pegi mana2 just dok umah jerk. Biasela anak2 bosan kalo terperap je kat dalam umah. Kul 5 kakak dah ajak Asiah turun bawah dah nak main basikal & pasir katanya. Asiah layan je la, main pasir kat bawah ni pun jadi la ye kakak & adik…nanti nenek dah sihat kita pegi main pasir kat pantai yeaJ



Suke sangat dapat main pasir kat bawah...feeling main pasir kat pantai la ye kakak.
Siap ngan menan untuk buat istana pasir & kek katanye.
Aira pun sibuk jugak main pasir tu.
Sonok tengok diaorang main...;)









27 Disember 2013

:: Mutiara Kata # 4 ::



26 Disember 2013

:: Rajinnya Anak Ibu ::

Salam uols...(",)

Weekend lepas Asiah tak pegi mana2 uols. Dok umah jer. So, wat keje umah la kejenye. 
Part paling best time isi air dalam peti ais. Adik mesti sibuk nak tolong masukkakn botol air kat dalam peti uols. Kakak plak kene suruh dulu baru buat. Bila dia tengok adik sibuk je dok angkut air, dia pun rajin la nak nolong. Senyum jerk Asiah tengok gelagat mereka berdua ni. Arap sampai ke besar la rajin tolong ibu ye adik & kakak...(",)






25 Disember 2013

:: Merry Cristmas ::




24 Disember 2013

:: Petua : Segarkan Sayur Yg Layu ::


Salam uols…(“,)

Pernahkah korang rase nak masak sayur ,tengok2 sayur kat peti ais dah layu giler. Semua dah kerepot.Dahla tak bape rajin nak kuar beli sayur lain.. Tengok sayur tu cam dah tak layak dah untuk dimakan…haha, ayat
Korang jangan kecewa & jangan buang sayur yang dah layu tu tau. Korang just potong & rendam je sayur tu kat dalam air selama lebih kurang ½ jam. Tengok ape akan jadi kat sayur tu. Tak kisah sayur ape pun. Sawi ke, carrot ke..mesti korang terkejut tengok sayur tu nanti. Segar giler uols…;)

Alkisahnye camni uols, suatu hari Asiah nk buat coleslaw tapi carrotnye dah layu.So, Asiah kate xkisahlah carrot layu pun asalkan ade. Asiah potong  & rendam carrot tu kat dalam air. Bila Asiah nk bilas carrot tu terkejut Asiah tgok, coz carrot tu dah bertukar wajah. Jadi segar & berkilau2 uols(cam carrot yg baru beli kat pasar)Asiah ni jenis potong sayur & rendam jap pastu baru bilas sayur tu sebelum nak masak…so, Asiah cubela wat kat sayur lain plak bl ade je sayur yg layu…hehe

Selamat mencube ye uols…J

Sebelum
Selepas 



23 Disember 2013

:: Christmas Gift | Especially Escada ::

Salm uols...(",)

Christmas gift la sangat uols...hehe
Saje je Cik Abe beli hadiah ni coz porfume Asiah dh habis. Kali ni dia beli yg set punye...sukeee sangat.Thanks abang...;)
Kebetulan Cik Abe ade pegi kursus kat Kuantan minggu lepas. Cik Abe slalu camtu, kalo pg kursus luar kawasan mesti dia akan wat balik ole2 utk kami. Paling tidak pun untuk anak...selalunye utk anak2 la. Bagi diaorang gembira...suke sangat tengok anak2 suke ape yang Cik Abe beli untuk diaorang...
Bab porfume ni. Asiah suke guna porfume yang sama tau. Bagi Asiah setiap porfume menyimpan seribu kenangan. Contohnya (siap ngan cth skali ko)bila Asiah guna porfume 
Dream Unlimited (The Body Shop) Asiah akan teringat kenangan2 kat tempat kj lama
 (Darul Quran) coz sepanjang Asiah bekerja di sana, Asiah guna porfume tu...hehe
So, sejak pindah Pahang ni, Asiah guna Especially Escada...insyallah selagi Asiah tinggal kat Pahang ni Asiah akan guna porfume ni...ade ke orang peel cam Asiah ni kat luar sane tu?
Lain orang, lain pangainye uols...(",)



* 50 ml EDP
* 50 ml body lotion
* 6.5 ml EDP

20 Disember 2013

:: Mutiara Kata # 3 ::



19 Disember 2013

:: Sesaat Untukku | Amira AF 2013 ::

Salam uols...;)

Asiah suke layan lagu nie
Suka bait2 lirik ni
Kau buat ku merasa ku ada segalanya
Kau buat ku merasa hidup ku sempurna"

Kau datang lagi seperti selalu seperti biasa
Kau tak pernah jemu temani ku dalam lena ku
Kau buat ku merasa ku ada segalanya
Kau buat ku merasa hidup ku sempurna
Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti
Tetaplah jadi yang terbaik
Biarpun sesaat sahaja
Namun ianya bermakna bagi ku
Kau buat ku merasa ku ada segalanya
Kau buat ku merasa hidup ku sempurna


Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti
Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau sakiti
Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
Buka mata mu lihatlah segalanya
Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
Yang bisa kau
Yang bisa kau sakiti lagi


:: Syoknye Aira Main Kete ::

Salam uols...(",)

Time ni Aira kat Hosp.Temerloh datang melawat MIL masuk wad coz sakit kencing manis. Aira dah naik bosan dah tunggu baba dia. Nasib la ade kete hitam tu. Aira main jerk kete tu tanpa hiraukan orang yang lalu lalang kat situ & sampai satu badan naik gatal2...dok main kat lantai yang ntah bape banyak ade bakteria tu...huhu







17 Disember 2013

:: Slot Ratu TV9 | Ammara Batrisyia ::


Salam uols…(",)


Dah lama Asiah xreview drama tv yg Asiah tengok kat sini kan uols(mst xpersankan)
Sekarang Asiah dok layan cite Ammara Batrisya ni.
Setiap Selasa & Rabu
Kol 8.30 kat Tv9
Umi Aida & Erra Fazira uols tunggak utama cite ni.
Setakat 2 episod yang Asiah tengok cite ni best.
Ape kata korang tengok malam ni nak tau cite ni best ke tak…:)


Jom layan sinopsis cite ni dulu ye uols…:)

Ammara dan Batrisyia. Ammara (Umi Aida), seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan ibu  bapanya sejak kecil dan dibesarkan mak cik nya di Australia. Ammara pula, selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), pengacara rancangan Diari Hati.
Batrisyia mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita yg xbernasib baik.
Kerana obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya dgn Batrisyia dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya menemukan Batrisyia dan Ammara dan membuatkan mereka menjalin persahabatan tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan Batrisyia dan menjadi sepertinya.
Adakah Ammara sebenarnya berniat baik pada Batrisyia?Bagaimana pula penerimaan Batrisyia akan Ammara yang bertindak seolah-olah memilikinya?

Pelakon
  •  Umi Aida
  • Erra Fazira
  • Adi Putra
  • Ungku Ismail
  • Betty Rahmad
  • Ku Hariz
  • Tunku Hanis
SUMBER