26 April 2012

:: Pesta Buku Antarabangsa 2012 ::

Salam uols...:)

Banyak hari dah aku tak update blog...huhu
Takde idea nak cite pasal per...skang baru ade cite nak kongsi dengan korang...:)

Untuk pengetahuan korang,
 esok bermulanya Pesta Buku Antarabangsa 2012 kat PWTC.
So, insyallah 2/5/2012 nanti aku akan ke sana bersama dengan staf kolej yg lain...
Mesti sonok kan pegi ramai2 naik bas...
ni pertama kali la aku pergi ke pesta buku ni
Jakun kan...haha

Aku nak cari buku Berpantang Cara Alami & Nama Indah Dalam Islam...

Arap2 ada la nanti...
Korang pun jom la ramai2 ke sana hari minggu nanti
Bawak famili yea...:)
Kat sini aku bagi information sikit pasal Pesta Buku Antarabangsa ni : -

Tarikh : 27/4/2012 - 6 Mei 2012
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur, Malaysia
Masa : 10.00 pg - 7.00 ptg (Isnin - Khamis
10.00 pg - 9.00 mlm (Jumaat,Sabtu,Ahad & cuti umum)

24 April 2012

:: Drama Mahabbah | Slot Samarinda Tv3 ::

Salam uols...

Lama dah aku tak layan drama...last skali aku rase 
drama Vanilla Coklat & Dinginya Lavenda.
Sekarang baru aku dok layan drama Mahabbah kat slot samarinda TV3.
Korang tengok tak?....Meh aku cerita sikit tentang drama ni yea

Kredit : Google Image

Kisahnya bermula dengan lakonan Nur Fathia(Sabila) seorang gadis yang bekerja di sebuah butik, telah jatuh cinta dengan seorang pemuda lakonan Azlee Khairi(Iskandar). 
Namun percintaan mereka telah ditentang oleh keluarga Iskandar yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal.
Walaupun mendapat tentangan namun perhubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.
Sehinggalah mereka mendapat seorang anak(Ashraf).Adakah perkahwinan mereka akan berkekalan?Ataupun Iskandar meninggalkan Sabila kerana mengikut kata-kata ibu bapanya?
Semuanya terjawab dengan menonton drama Mahabbah ni yang bersiaran setiap hari 
Selasa dan Rabu jam 10.30mlm, manakala Khamis jam 9.30mlm.
Kalau korang free dan xde apa nak buat, boleh la layan crite nie.Para pelakonya pun best.
Ada Aida Aris, Nur Fathia, Aiman(Vanilla Coklat), Dato Jalaluddin Hassan & Azlee Khairi...;)

Kredit : Google Image






23 April 2012

:: Drama 3Janji TV3 ::

Salam uols...

Hari ni aku nak cite pasal drama yang aku tengah layan sekarang...nak tau drama ape?
hihi...mestilah drama tengah hot skang tu...3janji...
so, ape kata korang layan sinopsis drama ni erk...:)

Kredit : Google Image
Drama 3 Janji, lakonan Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar. Antara pelakon lain yang turut sama menjayakan drama 3 Janji ni ialah Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya.

Drama ni  Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM. Dalia redha dengan pemergian kawan rapatnya Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 Janji yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan terakhir mencari suami terbaik. Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi? Saksikannya setiap Selasa jam 9.00 malam di TV3. (Kredit)

20 April 2012

:: Pureen Stock Clearance Promotion | 21-22/4/2012 ::

Salam Jumaat uols...:)

Alhamdulillah diberi kesempatan olehNYA sehari lagi untuk terus bernafas di muka bumi yang damai ini...
Wah ayat skema...syukur sangat2 kan...

Esok ngan lusa (21-22/4/2012)
Pureen ade wat clearance stock tau kat gudangnya
Summit Company (M) Sdn Bhd...
kat Petaling Jaya.
kepada mom to be @ korang yang berdekatan ngan area PJ tu boleh la
Pegi borong barang bebi yea...tak semestinya barang bebi jer kot
Semua produk Pureen la tu ...so, ape lagi esok pegi serang kilang Pureen tu yer...:)
Aku tak dapat la nak pegi coz lum gaji la katakan...ahaks
Kalau ikutkan hati nak jer aku pegi kat sana besok...huhu
Ni aku letakkan peta untuk senang korang nak pegi shopping kat sana yea...:)

Kredit : Pureen
Kalau nak lebih jelas lagi korang boleh la buka laman web Pureen yea

:: Zoo Negara ::

Salam uols...:)

Awal April lalu,
aku bawak anak dara aku pegi ke Zoo Negara
Korang nak tau kenapa?
Sejak awal tahun agi dia bising dok cakap
nak tengok zirafah
Nampak jer zirafah, mesti cakap jom la ibu kte g tengok Zirafah
So, aku pun suh dia menabung tuk pegi tgok zirafah
Sebenarnya tabungnya tak penuh lagi
Tapi disebabkan asben aku ade kelapangan
So, kiteorang bawak la dia g wat
 'LAWATAN' ke Zoo Negara...hihi
Teruja giler dia bila sampai kat zoo tu
Terus tanya '' ibu, mane zirafah?''
Kiteorang pun terus pegi cari zirafah dl 
Walaupun kat depan tu kteorang jumpe harimau dulu
Nampak jer zirafah, terus dia lompat2 gembira
Suke sangat....
dia cakap ''leher zirafah panjangkan bu, betul cikgu cakap''
Lama kiteorang dok tengok zirafah 
coz dia tak nak pg tengok binatang lain
Dia cakap dia nak tengok zirafah jerk
Aduhai kakak....lawak betul la
 Pas baba dia pujuk 
baru la ok nak jalan tengok binatang lain plak
Bila time tengok gajah, kemain lagi posing
Tak takut pun cz dia dah pernah tengok gajah dah sebelum ni
kat Kuala Gandah.


19 April 2012

:: Porfume Simplysiti ::

Salam uols...

Ade 30minit lagi nak balik umah...so aku update blog jap...hihi
Jangan marah ye Cik Boss...:)

Korang dah tengok ke porfume baru Dato' Siti Nurhaliza punya produk?
Ala simplysiti tu....dah pegi try tak haruman tu?
Dah?...wangi tak?
Teringin la plak nak hidu porfume tu...cam wangi jerk

Kredit : Google Image



10 April 2012

:: Quilling & Scrapbooking ::

Salam uols...:)

Korang pernah tertengok@bace tak 
perkataan yg aku jadikan tajuk entry aku kali ni?

Hihi...itu sebenarnya it's about craft....
ntah sejak 2,3 hari ni aku asyik dok buka blog kraf jer...
Mang aku berminat pasal scrapbook ni...
tapi aku tak pernah buat...slalu gak tengok tutorial wat kraf nie...
Tapi aku tak tahu nak mula dari mana...
nak beli peralatanya kat mana...tak kreatif la katakan
So, tadi time aku blogwalking terjumpe la kedai2 online 
jual starter kit scrapbooking ni & quilling ni...
Harap2 aku boleh wat kraf pasni...
teringin nak pergi kelas wat quilling & scrapbook ni...:)

Scrapbooking

Quilling
Scrapbooking

9 April 2012

:: Bersyukur Sangat ::

Salam uols...

Hati aku tersentuh sangat-sangat bace kisah MUJAHIDAH SOLEHAH nie...suaminya meninggal disaat dia baru 2jam bersalinkan anaknya sekarang...
laju jer airmata keluar time bace kisah sedih Ummufathi nie...
Hati aku rase sebak sangat bace setiap entry dalam blognya...terkenang kisah petang semalam.

Semalam time aku n asben dok tengok tv...dia ade cakap..
' Kalau abang kene kursus SB tu time syg bersalin nanti, abang hantar syg kat umah mak yea'...
aku terus jer menangis bl asben cakap camtu coz time aku bersalinkan anak sulung pon camtu gak...time aku dalam pantang dia takde disisi...kene outstation 2minggu...
awal2 bersalin tu klu boleh aku nak sangat dia ade kat sisi...nak dia jg aku...kongsi pengalaman baru bersama-sama....tamak kan aku...
Dia pun cam tk tau nk watpe bl aku nangis...cuma dia ckp klu boleh abg tolak, abg tolak la...mang abg nak jg syg dalam pantang nnt...kitekan dah janji nk pantang kat umah kite nie...tapi kalau terpakse abg nak wat camner....aku masih menangis & senyap camtu jerk...kesian asben aku...aku wat dia serba salah..

Tapi bila aku baca kisah ummufathi nie...aku rase bersyukur sangat2 coz asben aku just kene pg kursus(kalau) jer...tapi asben dia ....tiada disisinya untuk selamanya...aku terus hantar mesej minta maaf kat abang & setuju ngan ape yang dia cakap petang semalam...
Buat ummufathi, saya sangat kagum dengan semangat dan kekuatan ummufathi....:)

6 April 2012

:: Aduhai Sedihnyer ::

Salam Jumaat uols...:)

Petang semalam my hubby ade cite yg mertua aku ade telefon dia.Mertua aku tanya balik tak minggu depan coz mak sedara kiteorang ade wat kenduri tahlil ..My hubby cakap balik, Sabtu baru balik...mak mertua aku cakap...
' Balik hari Jumaat la dik(panggilan utk my hubby)...tido kat umah mak semalam, mak rindu kat korang...dah lama dah korang tak balik'...sebak dada bila dengar my hubby cakap camtu...langsung kuar airmate...last kiteorang balik sane awal bln Januari haritu...

Time aku keje kat sana dulu,Selalunya kiteorang balik dua minggu skali.Tapi sejak aku berpindah ke sini tahun lepas, tak dapat la balik 2minggu skali...tu yang dia rindu sangat tu...lagipun kat rumah tu dah xde orang dah...kalau dulu ade gak arwah K.Nor & Anak buah aku Nina yg tlg dia wat keje rumah...kawan untuk bersembang...sekarang arwah dah takde,Nina plak tinggal kat asrama...so,sekarang rumah tu jd sunyi & sepi...:(
Pikir punya pikir terpaksa la aku amik cuti Jumaat depan demi mak mertua tercinta...mak sabar yea, tunggu kepulangan kiteorang....:)

'' Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia ''



4 April 2012

:: Dabedabedu....huhu ::

Salam uols...
Watpe tu?...
Dah lunch ke ?

Hihi...
aku makan kuih pg tadi jer tengahari nie
Balik keje nanti la aku masak yee mee makan n my anak dara 
Mesti dia suke
My hubby outstation 2hari...ptg ni baru balik

Sebenarnya hatiku gumbira hari ni
Kenapa gumbira?...sebab Set Bersalin Shaklee (full set) aku dah sampai semalam
Sehari jer order...terus sampai, kebetulan ada offer tu yg aku terus beli
Ingat nak beli bln 6 nanti
Sebab due aku bln 7...tak menyempat dah aku..hihi
Aku beli online kat SINI 
Harap ubat ni sesuai la ngan aku...:)