30 Oktober 2013

:: Rutin Baru Aira ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uolsJ

Kalau korang nak tahu Aira ni pencinta kucing uols. Kalau boleh semua kucing yang dia jumpe dia nak pegang & gosok2. Sekarang ni sebelum pegi taska Aira bagi makan kucing dulu. Balik dari taska pun camtu jugak. 
Sebelum naik umah mesti bagi makan meauw dulu. 
Rutin baru Aira…J
Bukan kucing Asiah bela tau uols. Kucing yang datang dari mana ntah. Kucing liar. Tapi bila setiap hari Asiah bagi makan kat dia, dia stay je kat kuaters tu. Ade jugak jiran2 Asiah yang bagi mkan kat kucing tu. Tiga ekor semuanya. 
Dia nampak je kita mesti dia minta makanan. Aira apelagi, seronok la dia…Asiah bagi makan je, Aira sibuk nak pegi dekat. Nak polok2, kucing tu. Apelagi, lari la kucing tu…takut kat Aira. Aira plak yang nangis tengok kucingnya lari…
Kalau boleh Asiah nak je bela kucing, tapi kami kan tinggal kat kuaters. Tak sesuai nak bela kucing just tolong bagi makan camtu je la. Arap sampai besarlah anak2 Asiah suka kucing. Kucingkan haiwan kesukaan Rasulullah…J

Meauw Aira (kononye la)...;)
nangis kucing tinggal 2 ekor jerk yg warna hitam tu pergi
sambung tengok meauwnye makan...;)



28 Oktober 2013

Gambar Kahwin Diana Amir & Habib Bullah


Assalamualaikum & Salam sejahtera uolsJ

Sweetla tgok pic. kawin Diana Amir & Habib Bullah ni...suke sangat...;)
Simple tapi menarik...
diaorang diijab kabulkan pada 25 Okt 2013 kat 
Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya
Semoga jodoh diaorang berpanjangan hingga ke jannah...(",)




Kredit sepenuhnya kepada ROTIKAYA

:: Optic White | Colgate ::

Assalamualaikum uols...(",)

Feeling cam Fazura jap guna ubat gigi nie...haha
Boleh ke beli ubat gigi ni sebab minat kat Fazura??
Itulah dia uols, Asiah beli ubat gigi ni sebab suka tengok Fazura dalam iklan colgate tu.
Best jugak guna ubat gigi ni, tapi tak pasan plak ade perubahan ke tak kat gigi Asiah ni sepanjang guna ubat gigi ni coz beli 1 tube jerk, pastu tak beli dah...hehe. 
Cantik warna ubat gigi ni kan uols. Nak2 Asiah tengah gila warna merah tahun ni...haha, haruslah Asiah beli kan...jangan marah ye uols...entry poyo jerk hari ni...merapu jerk lebih..;)





23 Oktober 2013

:: Dapat Free Sample Drypers Drypants ::

Assalamualaikum uols...(",)


Asiah ni suka sangat bab2 mintak free sample ni. Slalunya Asiah mintak pad,fragrance, pampers untuk anak2 cube sesuai ke tak ngan kulit diaorang & kosmetik, hehe. Asiah slalu isi form kat website brand yang Asiah nak tu @ kat FREEBIES LAND MALAYSIA. Selalunya dalam masa 4minggu baru kita akan dapat sample yg kita mohon tu. Kalau korang nak dapat cam Asiah ni, korang boleh la mohon ye…(“,)

Dapat 2keping diapers untuk Aira test pakai...(",)














22 Oktober 2013

:: Herbal Candy | Nin Jiom ::

Assalamualikum & Salam sejahtera uols...(",)

Inilah dia ubat yang Asiah selalu makan dikala dilanda sakit tekak & batuk2
Kenapa Asiah pilih ubat ni?? Sebab Asiah tak suka minum ubat batuk uols. Asiah lebih rela makan ubat tablet berjuta biji daripada minum ubat cecair uols. 
Eeee, nak muntah rase. 
Memang dari dulu sampai sekarang Asiah memang tak suka ubat cecair.
Sebelum kenal ngan ubat ni Asiah makan ubat batuk tablet jerk.
Tapi sekarang tidak lagi (ayat iklan) sebab dah ada Herbal Candy ni kan...;)
Klau korang nak tahu,
Cik Abe lah yang kenalkan Asiah ngan ubat ni time bercinta dulu...hehe
Kira cam love candy la ni...yang buat Asiah jatuh cair kat dia.
Konon2nye la...tolong muntah ijau ye uols...;)
Yang paling penting ubat ni ada tanda halal...(",)
Ubat ni ada 4 perisa sebenarye. Perisa OriginalSuper MintTangerine-Lemon & Ume Plum.Tapi kat tempat Asiah beli ni ade perisa original jerk. Ubat ni ade dalam dua packaging tau uols. Dalam peket & dalam bekas aluminium cam Asiah beli ni. Ubat ni rase cam herba sikit...sikit je tak banyak pun. 
Lebih kurang rase cam ubat batuk jugak tapi dalam bentuk tablet. 
Korang leh makan cam gula2 gitu
(namapun candykan). Tak bape manis & tak bape pahit. Just nice jerk…Kalau korang nak rasa boleh la dapatkan ubat ni kat kedai serbaneka 7Eleven atau kedai2 yang berhampiran dengan anda. Yang pastinya kat 7E ada sebab Cik Abe Asiah beli kat kedai 7E...(",)
Ubat sakit tekak Asiah
Sumber : Google Image







21 Oktober 2013

:: MR.DIY Mentakab ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols

Kawan2 kat blog dok sibuk cite pasal MR.DIY kan, Asiah pun nak cite jugak la yea...hihi
Hasil googelan Asiah, rupenye ade MR.DIY kat pasaraya STARMALL, Mentakab. Apelagi, Cik Abe la jadi mangsa kene bawak mem besar ni g sane...haha
Inilah dia barang yg berkenan kat mate Asiah mase 1st time masuk kedai MR.DIY...murah je uols RM3.60 jerk...cam tak percaya je Asiah...garu kepala jap...;)
Klau korang pencinta barang2 comel, jangan bawak purse yea, satgi kurus la purse korang.
 Bawak duit je ye...kalau nak bawak wallet husband lagi takpe..haha,
kalau tak, satu MR.DIY korang nk wat balik umah..(",)
Kalau korang nak tau >lanjut lagi pasal MR.DIY, korang boleh la ke website MR.DIY bukan MR.ARROGANT ye uols...ahaks





18 Oktober 2013

:: Love Rain | Korean Drama ::

Salam uols

Dah lama Asiah tak layan cite Korea tau
Tapi sejak Asiah terbace tentang Drama Love Rain kat blog Bui Junaidi
Asiah rase ada mood nak layan balik cite korea...hihi
Tidak sia2 Asiah tengok cite ni coz cite mang sonok & kene dengan jiwa Asiah
Tentang First Love la lebih kurang
Lagunya pun best sangat...sukeee...:)
“Love Rain" ni menggambarkan cinta tulen tahun 1970-an dan cinta dari hari ini pada masa yang sama.Ia menunjukkan bagaimana anak cucu beberapa sebelumnya bernasib buruk, yang bertemu pada tahun 1970-an, berjaya untuk bertemu dan jatuh cinta.

Seo In Ha (Jang Geun Suk) dan Kim Yoon Hee (Yoona), seorang pelajar seni dan cantik yang pemalu, bertemu dan jatuh cinta dengan satu sama lain semasa kolej pada tahun 1970-an tetapi malangnya cinta mereka telah ditakdirkan tidak menjadi.

Kini dalam abad yang 21 hadir, Anak Seo In Ha, Seo Joon (Jang Geun Suk) seorang jurugambar liberal,bertemu dan jatuh hati  dengan anak perempuan Kim Yoon-Hee iaitu Kim Ha Na (Yoona), seorang gadis ceria dan bertenaga yang  personalitinya  berbeza dari ibunya.

Kasih sayang antara satu sama lain akan menyimpan mereka bersama-sama atau mereka akan menghadapi nasib yang sama seperti ibu bapa mereka?(Sumber)



Note : semua pic. Asiah copy & paste dr Encik Google

16 Oktober 2013

:: Big Apple # 2 ::


Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Dulu 1st time Asiah try makan donut Big Apple ni tak masuk tekak konon. Sebab bg Asiah dia ade satu bau tau. Tak tau nak cakap camne bau tu. Tapi sekarang, 
tokse donut lain doh...nk makan donut Big Apple jerk...haha
Sebelum kenal ngan Big Apple ni Asiah dok layan Dunkin Donut. Pas kenal ngan Big Apple, tak beli dah Dunkin Donut, lupa daratan sekejap...miahaha
Inilah donut pilihan hati setiap kali Asiah singgah kat 
Big Apple Donuts & Coffee kat Starmall Mentakab
De La Cheese,Mumble Jumble, Dandy Randy, Californian Almond & Apple Ke Dapple ..:)










14 Oktober 2013

:: Mengenang Kembali ::

Assalamualikum & Salam sejahtera uols...(",)


Di sinilah tempat Asiah selalu lepak ngan kakak 2 tahun yang dulu...
throwback jap ye uols...(",)
Betapa beratnya nak buat keputusan untuk berjauhan ngan Cik Abe time ni uols...Sejak kami diijab kabulkan tak pernah berjauhan macam ni. Kami terpaksa berjauhan demi masa depan  dan keluarga tersayang. Asiah baru dapat rezeki untuk bekerja tetap setelah NURFAIQAH DAYANA berumur 10bulan...ku gagahkan jua walaupun hati berat untuk terima tawaran ni sebenarnya. Berkat kesabaran & sokongan padu dari Cik Abe & kuarga. Akhirnya Asiah dapat mengumpul kesabaran & kekuatan untuk tinggal berdua ngan kakak kat Kuala Kubu Bharu (KKB)...walaupun rasa down sangat2 sebab Asiah just pandai bawak skuter jerk. Itupun baru pandai. Camne nak bawak kakak untuk ke sana & kemari yg masih kecik lagi mase tu. 2 minggu skali baru baba balik...Alhamdulillah sepanjang kami berjauhan ALLAH sentiasa permudahkan segala urusan Asiah...Allah hadirkan kawan2 yg baik2 untuk Asiah...thank you ALLAH...Setiap kali rase down & tensen Cik Abe lah yg tak jemu2 bagi support. Hanya korang yg pernah berjauhan ngan encik suami & jaga anak sengsorang tahu apekah perasaan down itu…;)
Alhamdulillah berkat kesabaran, tanggal 03052011 Asiah dapat bertiga semula…hanya Allah saja yang tahu perasaan Asiah ketika ni uols…suke sangat…(“,)
Inilah yang dikatakan “Sabar itu cantik" (MawarNafastari)...:)

2009
2013









:: Daily Contest Winners | Kleenex ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)


Hari ni Asiah dapat 2 parcel dari Kimberly Clark. Bukan ape pun just tisu Kleenex 50s & poscard jerk...hehe. Rupe2nye Asiah adalah pemenang harian dalam pertandingan 
"Share the Softness with Kleenex Natural". 
Asiah just suke2 jerk  join kat FB hari tu . Ingatkan dapat satu je tisu 50s soft pack ni. Rupenya dua. Citenya camni, Asiah balik lunch tu tgok ade parcel utk Asiah, buka2 tgok dapat tisu. Pastu Cik Abe balik dari solat Jumaat wat balik plak satu parcel yang sama. Tengok2 tisu jugak...haha, jadi Asiah dapat dua la hadiah tisu tu...hehe. 
(dapat hadiah tisu pun nak crite kat blog...haha)









9 Oktober 2013

:: Besday Kad dari Librese ::

Assalamualikum & Salam sejahtera uols...(",)

Tahun ni Asiah tak dapat besday card dari Cik Abe cam biase tapi dapat  besday card special dari LIBRESE...(",)
Cantik tak uols???...Asiah suka design kad ni, simple jerk. Tq Librese...(",)
Sorry uols, cite lama sbnarnye ni, br sempat nak post kat sini...;)


Muka depan






8 Oktober 2013

:: Satu Tahun 3 Bulan ::


Semalam genaplah umur Aira 1 tahun 3 bulan. Pegi check up kat Poliklinik semalam berat Aira just naik 2kg je. Skang 10kg…sama berat ngan sekampit beras dah Aira…(“,)
Banyak akal dah dia sekarang, yang ptg dia
·         Suka memanjat, xkisah ape pun asalkan dia boleh panjat
·         Suka cari gaduh ngan kakak
·         < makan nasi tapi > makan lauk…;)
·         Suka main air
·         Dah boleh sebut ayam, gajah,baba, nak, xnak,kakak
·         Belum dapat sebut IBU…huhu
·         Pandai makan sendiri dah (masih tumpah lagi)
Itu jela setakat ni perkembangan Aira…;)

Tak takut jatuh...;)



7 Oktober 2013

:: Seronoknya Kitar Semula ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

Sejak kat ofis mengadakan kempen kitar semula. Asiah pun start jugak wat kitar semula barang2 yg ade kat umah. Sanggup tu simpan semua tin2, btol kaca & pape yg boleh dikitar semula. Basuh bersih2 dulu, keringkan & simpan kat dalam plastik. Kalau tak buat camni takut berbau plak. Hujung bulan baru hantar kat tempat kitar semula kat ofis Asiah. Cik Abe & kakak pun support Asiah untuk kitar semula. Kakak pun dah tahu ape yg boleh dikitar semula. Tapi ade jugak yg dia wat2 tak faham...;)
 '' Ibu, lidi(lidi fishball) ni tak nak kitar semula ke?"
bertuah betul anak ibu ni...dia perli plak ibu dia sebab Asiah kadang tu bising kat dia tak bagi dia buang kotak air bila dia habis minum. Suh dia basuh bersih2 & letak tempat yg Asiah sediakan bg kotak tu kering...;)
Tapi sekarang ni tin susu/koktel Asiah tak hantar kitar semula dah. Asiah buat samting uols...hehe. Jom tengok ape yg Asiah buat dengan tin tu. Tekan SINI yea uols...(",)


Faedah kitar semula :-
Alam sekitar terpelihara
Sampah sarap akan diproses kembali dan xdibiarkan mereput yg boleh menyebabkan pencemaran
Menjimatkan wang kerajaan
 Sampah sarap xperlu dilupuskan & ini akan menjimatkan perbelanjaan negara
Menjana pendapatan
Tin2 & kertas2 lama boleh dijual semula kepada pusat2 kitar semula sekaligus dapat menjana pendapatan kita

SUMBER




4 Oktober 2013

:: Nasi Kukus | Pasar Tani Jengka ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Setiap kali Asiah pergi Pasar Tani mesti Nasi Kukus lah yang Asiah cari kalau satu hari tak jamah nasi. Pasar Tani kat Bandar Tun Abdul Razak Jengka ni beroperasi setiap hari
 Selasa & Khamis
Dari jauh dah tergoda uols dengan bau ayam berempahnya tu. Sedapp...setiap bungkusan nasi kukus tu ada sambal, kuah kari, timun,ayam berempah & bumbu ayam berempah tu. Satu bungkus RM5...ayamnya pun besar. Asiah suka bahagian tulang2 jerk kalau ayam tu. Kadang tu Asiah beli ayam lebih...suka dengan ayam berempahnya yang cukup rencahnya & ayam tu betul2 masak...kalau korang kebetulan datang Jengka, jemputlah rasa nasi kukus kat Pasar Tani ni yea...lokasinya berhadapan dengan Stadium...;)




3 Oktober 2013

:: Basikal Pink Untuk Aira ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Sempena Aira dah dapat kaki hari tu, baba hadiahkan Aira dengan basikal baru untuk wat main dalam rumah jerk. Sebelum ni Aira dok berebut KERETA NI ngan kakaknye. Biasela kakak tak besar lagi sepesen jerk perangai ngan adik. Selalu jerk Asiah bising ngan diaorang...berebut je kejenya...last2 baba dia belikan basikal ni. Barula lega sikit skang. Sebab masing2 dah ade kereta & beskal.Tapi kakaknye la yg banyak naik basikal ni. Selalunya Adikla yang jadi tukang tolak kakaknye yang setia...heaven la kakak kalau Aira tolak time naik kereta@basikal...(",)





2 Oktober 2013

:: Tempoyak ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…

Sekarangkan musim durian kat Jengka ni, tambah plak Asiah dok gila durian tahun ni. Kalau tak, Asiah makan durian time ade mood nak makan durian jerk. Tahun ni pelik sikit, nampak durian je rase nak beli. Boleh habiskan sebiji sorang2 plak tu, haha…Mana durian yang tak berapa best Asiah buat tempoyak. Dapatlah 2 botol tahun ni . Asiah guna botol bekas preego wat isi tempoyak tu.
Kalau dulu pandai makan tempoyak ngan budu jerk. 
Sejak bermastautin kat Jengka,Pahang ni  dah pandai wat macam2 ngan tempoyak tu. Asiah pandai masak ikan patin masak tempoyak, masak lemak tempoyak & sambal bilis tempoyak…tak payah la beli tempoyak kat kedai dah pasni. Kalau sebelum ni Asiah amik tempoyak kat umah Ma Asiah jerk time balik kampung. Setiap kali musim durian mesti ada tempoyak baru yang Ma Asiah buat. Tapi tak tahu la tahun ni camne, sebab Ma Asiah dah tak brape sihat dah skang ni...arap2 tempoyak Asiah ni tahan lama la sebab 1st time buah tempoyak sendiri...(",)