Memaparkan catatan dengan label gula2 hatiku... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gula2 hatiku... Papar semua catatan

30 Januari 2017

Muhammad Umar Harith



Assalam & hye korang

Alhamdulillah Asiah dah selamat bersalinkan 
Muhammad Umar Harith pada 25 September 2016. 
Masyallah Tabarokallah, sungguh Asiah tak sangka & memang tak berharap langsung yang Asiah akan dikurniakan seorang anak LELAKI. Sebab apa?sebab setiap kali temujanji untuk scan. Doktor bagitau yang anak yang asiah kandung adalah anak perempuan. Hingga di akhir semester sebelum bersalin pun doktor masih bagitau yang anak asiah perempuan. Macam ada keajaiban berlaku jer. Memang kami inginkan anak LELAKI walaupun seorang. Tapi kalau dah takdir kami memang tak ada anak LELAKI kami terima dengan REDHA. Masa dalam perjalanan nak pergi hospital pun Asiah bagitau kat suami. Kita kena REDHA bang semua anak kita perempuan. Tak ada rezeki kita untuk menimang cahayamata LELAKI. Suami redha terima dengan hati terbuka. 
Tapi masa kami membeli belah pakaian Umar tu. Asiah ade beli 2 psg baju boy. Suami tanya nak buat ape bl baju boy tu.kan dah sah2 anak kite pompuan. Tapi Asiah berkeras jugak nak beli baju. Suami pun akur jelah ngan isteri dia ni...haha
Rupenye Allah nak bagi kami anak LELAKI. Alhamdulillah syukur sesangat.
Moga dengan hadirnya Umar menjadi asbab baba rajin ke masjid ye sayang.
Amin :)

Masa baru lahir ke dunia

20 hari melihat dunia

9 bulan dah Umar :)

7 Julai 2016

:: Angah @ Aira Turn 4 ::


Salam & hai korang J

Alhamdulillah genaplah umur anak Asiah yang kedua iaitu Nur Aira Sufiya @ angah 4 tahun pada 07.07.2016. Bersyukur sangat dikurniakan anak yang sihat & sempurna. Kalo nak cerita pasal angah ni, alhamdulillah antibodinya kuat. Mungkin sebab Asiah menyusukan dia sampai 2 tahun berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Dia jarang demam. Tapi sekali demam mesti teruk. Cuma dia ade lelah tapi tak kuat. Dalam setahun tu lbh krg 2x kene sedut gas yang kat hospital tu. Belum pandai membaca lagi setakat ni. Sangat penyayang & suka menyakat. Dialah tukang riuh kat rumah ni. Tapi kalo dengan orang yang dia tak kenal dia diam jerk. 
Tak banyak mulut jadinya dia…hihi
Manja lebih daripada Hana. tido pun masih bertepuk lagi & kain lampin masih lagi jadi peneman ketika tido & dibawa kehulu hilir.
Satu lagi dia kuat makan. Semua dia nak cube...tengok la tu pipi dah macam pau dah bak kata baba...hihi
Ibu, baba, kakak & Hana doakan angah semoga jadi anak yang solehah, mendengar kata & menjadi insan yang berguna. Semoga angah sentiasa dibawah lindungan Allah dan diberi kesihatan yang baik selalu, amin J
Selamat Hari Lahir sayang.


11 Mei 2016

:: Hana Dah 1 tahun 1 bulan ::

Salam & hai uols…J


Kesian Hana ibu xbanyak cerita pasal dia kat sini. 
Pejam celik, pejam celik dah setahun 1 bulan dah Hana. 
Dah nak jadi kakak dah pun, hihi. Insyallah bulan 9 nnt Hana jadi kakak J.
 Alhamdulillah Hana membesar dengan sihat dan sempurna walaupun ade jugak sakit2 manja yang singgah kat Hana. Tapi Hana kuat kan ;). Actually skang Hana kene eczema tapi dah semakin ok. Lega sangat sangat tengok perkembangan eczema dia. Tinggal sikit2 je lagi biji2 kat badan Hana. Doktor kata sebab Hana ade asthma tu pasal dia kena eczema tu. Ntahla aku pun xtahu jugak. Belum g buat Allergy Test lagi. Nak tahu dia allergic @ eczema yg macamana. Insyallah nnt nak bawak Hana g buat test tu. Walaupun dah setahun lebih tapi Hana belum boleh berjalan lagi. Just berdiri jerk…blum berani melangkah lagi. Arap sebelum Asiah bersalin nnt Hana dah boleh berjalan la. Senang sikit rase nak handle dia nanti ;).

Syok dok tengok cerita upin & ipin

1 April 2016

:: Selamat Hari Lahir Hana | 1 April 2016 ::

Salam & hai uols J

Selamat Hari Lahir sayang untuk setahun. Moga Hana sentiasa dibwah lindungan-NYA dan semua penyakit pergi jauh2 ye jangan singgah kat Hana. Moga Hana membesar dengan sihat & sempurna. Baba, ibu, kakak & angah sayang Hana J


untuk setahun ini banyak dugaan yang Hana lalui tidak seperti masa kakak2nya kecik dulu. Ade saje je yang singgah dekat Hana. Demam la, batuk la, lelah la, gatal la...orang tua kata dugaan time nak membesar tapi alhamdulillah dugaan Hana tak sehebat dugaan anak2 lain di luar sana. Hana kuatkan sayang J

21 Oktober 2015

:: Hana dah 6 bulan sudah ::

Salam & hye uols…J

Waaa… dah lama xpost pape kat sini.
Hana pun dah 6 bulan dah…kejap je masa berlalu
Hana ni berbeza sikit dari dua kakaknya
Dia xnak makan puree…nak makan mende lain selain puree
nasi lenyek, biskut yg rendam ngan susu dia nak la
Mungkin baru nak blaja makan kot
harap2 hana tak memilih la makan
kalua tak susah nanti…
skang dia baru pandai meniarap dengan mengundur
gigi belum tumbuh lagi
ok lah. setakat ni dulu kali ni
Nak cite pasal pen pal…nantilah lenkali
Hobi terbaru asiah…hihi, penpal la sangat J

Busuk masyam baru bangun tidur...;)

31 Disember 2014

:: Safari Kid's Pasta ::

Salam & Hye uols…J

Last day kite hari ni kan uols. Esk dah masuk tahun baru dah…huhu
Selamat tinggal 2014 & 2015 please be awesome 4 us…J

Hari ni nak cite pasal pasta untuk kanak2...hihi
1st time beli pasta untuk kanak2, slalunya anak2 makan pasta biase tu je. Pasta ni berbentuk haiwan, ade singa, zirafah, gajah & byk lagi. Ibu dia yang eksaited lebih tau tengok pasta ni. Alhamdulillah kakak & Aira suka makan pasta ni. Asiah masak sup pasta. 
Selalunya anak2 Asiah suka sangat kalau Asiah  masak sup2 ni. Rasenya cam pasta biasa tapi berbentuk haiwan. Asiah beli kat Cosway, lupa dah bape harganye…J


21 Ogos 2014

:: Tepi Sikit Kami Nak Lalu ::

Salam uols…J

Inilah keje kakak ngan adik bila balik umah nenek(mak mertua) diaorang, main basikal. Sonok betul dua beradik tu main basikal sebab laman neneknye luas. Bermain sakan la diaorang. Riuh umah nenek ngan gelak tawa diaorang. Baru la meriah sikit umah nenek kan kakak & adik.Kalo tak nenek sunyi jerk tinggal berdua ngan Pak NgahJ
Asiah suka sangat tengok kakak bawak adik naik basikal tu, sweet jerk. 
Rase bersyukur sangat Allah kurniakan kami anak. AlhamdulillahJ




8 Julai 2014

:: Aira Turn 2 ::


Salam uols…J

Alhamdulillah semalam 07.07.14 genaplah umur anak ke dua Asiah, Nur Aira Sufiya 2 tahun. Asiah bersyukur sangat2 sepanjang 2 tahun ni Aira tak banyak demam. Semuanya yang baik2 saja. Cuma masa dia berumur setahun & sampai lah bulan April hari tu dia asyik muntah malam. Nak2 kalo siang tu Aira makan ayam. Dia tak kunyah betul2 makanan yang dia makan tu yang asyik muntah malam & doktor kata Aira ada alahan. Alhamdulillah skang dah ok. Dari segi kebolehan plak, Aira dah pandai bercakap dah. Tapi masih pelat lagi. Nombor 1-10 dah ingat dah, buka seluar sendiri, makan & minum sendiri. Itu lah sikit sebanyak kebolehan Aira. Sekarang dia dok menghafal Alphabet plak. Tapi Aira tak nak ngan orang yang baru dia jumpa. Suka menyakat kakak, kuat merajuk, mudah touching  & takut ngan serangga. Paling best bila dengar dia bercakap cam burung jerk. Rase nak kunyah2 jerk. Aira suka haiwan…dia suka kucingJ

Selamat Hari Lahir sayang, moga dimurahkan rezeki, menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, sihat sepanjang masa & dirahmati Allah sentiasa.



2 Jun 2014

:: Snowalk | I-CITY, Shah Alam ::

Salam uols…J

27.4.2014 lepas Asiah pegi ke JAKEL Shah Alam beli kain pasang untuk buat baju raya. Pastu singgah la plak kat I-CITY kejap. Bukan kejap tapi lama….hehe. Ingatkan nak ronda2 jerk wat jalan aira & Fiqa. Tup2 baba dia ajak masuk SNOWALK…Asiah tak bape nak masuk tapi layankan je lah jugak cz kat dalam tu kan sejuk takut Aira tak tahan jerk….memang betul tak tahan, menggigil dia walaupun dah pakai jaket & stoking semua...nasib la pujuk2 ok. Tapi nak berdukung jela, tak nak berjalan dah...Fiqa la yang paling seronok, macam2 menan dia main...suke Asiah tengok Fiqa excited ngan salji. Penangan cite FROZEN...
alhamdulillah tercapai gak niat Cik Abe nak bawak anak2 main salji...(",)







26 Mei 2014

:: Aira Tidur Sendiri ::



Salam uols…J


Kesian Aira tidur sendiri pagi tadi. Selalunya mesti dia mintak “mamam”(nyusu) dulu sebelum tido. Pagi tadi tak pulak dia mintak nyusu. Mungkin ngantuk sangat kot. Asiah plak sibuk ngemas umah…tak layan dia main, tengok2 jerk dia dah lena kat bantal tu. Kakak plak dok main…huhu, kesian anak ibu tidur sendiri…sorry ye sayang, ibu xlayan adik main pagi ni…huhu

23 Mei 2014

:: Telatah Aira & Fiqa Bermain Ngan Kucing ::


Salam uols…J

Alhamdulillah anak2 Asiah ni suke ngan kucing. Tapi kesian la plak kat kucing tu diaorang wat main cam anak patung. Al-kisahnya umah mak mertua Asiah ade kucing terbuang 3 beranak. Comel2 jerk anak dia. Geram Asiah tengok. Apalagi Aira lagi geram tengok kucing tu. Dia suh Asiah amik, dia nak wat main. Kucing tu plak tak nak. So, Asiah pun amik kucing & letak kat dalam raga. Tak bagi kucing tu lari . Bagi diaorang tu dapat ngomol kucing tu puas2. Dok bergilir la dua beradik tu angkat letak, angkat letak. Redha je la kucing tu dorang wat camtu. Siap suh tido la ape. Kakak letak kat dalam raga, adik plak amik…lame2 Asiah pujuk2 Aira suh kasi kucing tu pegi kat ibu dia…kesian tengok dorang dok wat kucing tu camtu…takut kucing tu gigit diaorang tu pun ya jugak. Nangis tak berlagu la jawabnya...J

Suke sangat dapat main ngan kucing...(",)









22 Mei 2014

:: Bermain. Bergaduh. Akhirnya Tidur ::

Salam uols…J


Beginilah keadaan weekend anak2 Asiah kalo tak pegi kemana2.
Puas bermain, mereka berebut & bergaduh…Asiah biar je Kakak & Aira main sendiri. 
Nak tengok camne diorang berkawan yea…
Asiah dengar je  diaorang bising bergaduh kat depan tu. Asiah buat tak tahu jerk. Lama2 Asiah rase cam sunyi jerk umah ni....
Asiah dok melipat baju kat bilik belakang. Pegi depan tengok, dua2 dah lentok dah. 
Diaorang berebut carseat tu sebenarnya...diaorang buat cam kerusi malas tu 
bleh goyang2 tu...
Babanya keje, Asiah plak dok kemas umah…boring la diaorang. 
Kesian Aira tido terlentok camtu, Asiah amik tidokan kat toto...petang baru bangun...huhu




21 Mac 2014

:: Saat Berjauhan ::

Salam uols…J

Inilah aksi anak2 Asiah bila berjauhan dengan babanya. Start minggu lepas babanya ditugaskan ke Kajang untuk bertugas di tempat Pilihanraya Kecil Kajang tu. Minggu depan baru balik. Anak2 Asiah jenis anak bapak. Pape2 pun mesti baba dulu baru ibu. Seminggu sebelum ni anak2 xdapat ber3g ngan baba diaorang cz enset Asiah ni salah setting tang network. Minggu kedua berjauhan baru la dapat tgok muka baba. Tu yang eksaited sangat tu. Ngadap je. Berebut nak cakap ngan baba. Last2 Asiah suh je letak enset tu kat bawah cakap same2…J

12 Mac 2014

:: Wordless Wednesday | Aira & Aiskrim ::

Salam...(",)

Makan eskrim potong masa kat kampung...(",)
Makan eskrim Baskin Robbin kat East Cost Mall...(",)




5 Mac 2014

:: Wordless Wednesday | Comel Tak Adik Saya? ::

Salam...(",)


Gambar ni time Aira umur 4/5 bulan kalo tak silap Asiah. 
Kat pasaraya AEON Rawang...(",)

13 Februari 2014

:: Ajar Anak Makan Buah ::

                                                                            Salam…J

Alhamdulillah Aira & kakak jenis yang suka makan buah. Setakat ni diaorang suka makan buah pelam, anggur, rambutan, durian, pisang, apple & lai. Paling diaorang suka makan buah pelam,pisang & anggur. Baba dia suka melayan anak2 makan buah. Kalau buah anggur tu babanya buang kulit & potong kecik2 supaya senang anak2 nak makan. Asal makan buah anggur je mesti anak2 akan cari babanya cz ibunya 
xbape rajin nak mengopek kulitnya tu…huhu
Mula2 kita kene ajar & paksa diaorang makan buah & bagitau kenapa kena makan buah. Lama2 diaorang suka. Bagitau jerk walaupun anak kita tak faham. Lama2 anak kita akan suke makan buah…inilah cara yang Asiah praktikkan untuk adik & kakakJ




10 Februari 2014

:: Mainan Baru ::

                                                                              Salam…J

Dah lama tak layan kakak & adik beli menan. Semalam kebetulan beli hadiah besday untuk kawan kakak, suh baba belikan adik menan haiwan yang nampak ‘real’ sikit. Kakak plak beli set rumah. Lagipun kebanyakan adik dok main mainan kakak yang dulu je. Kesian plak tengok. Tu suh baba dia beli menan baru untuk Aira. Sampai je umah, mainan adik jugak yang dia rasmi dulu. Menan rumah tu dah banyak kali dah kakak beli. Tu yang dia bosan kot. 
Tapi kakak yang pilih sendiri....(",)
Teringin nak belikan diaorang mainan SYLVANIANFAMILIES. Kat KL Sogo ade jual...nasibla Cik Abe tak kasi beli hari tu, nnt besday korang lah ibu beli ye 
kakak & adik.

Kusyuk main...;)
Haiwan peliharaan adik & kakak...(",)


5 Februari 2014

:: Wordless Wednesday | Aira Peluk Kucing ::

                                                                               Salam…J

Tak dapat peluk kucing hidup, dapat peluk kucing menan pun jadilah yea sayang. 
Cer teka bape ekor kucing yang Aira peluk tu?...(",)

29 Januari 2014

:: Wordless Wednesday | Sejuknye Mandi ::

                                                                        Salam…J

Kalau korang nak tahu, anak dara kecik Asiah ni suka main air...pagi2 dah nak main air...
Muka tak puas hati, kene benti main air...huhu(",)


27 Januari 2014

:: Aira Dah Pandai Naik Tangga ::


                                                                   Salam…J

07.02.2014 ni genaplah umur Aira 1 tahun 7 bulan. Buat masa sekarang ni Aira tengah mabuk naik tangga. Pantang sampai tangga jerk nak naik sendiri. Tak mo orang pegang tangan dia dah…kadang tu Asiah bagi separuh tangga jerk dia naik sendiri. Pastu Asiah dukung jerk dia. Kalo tak berjanggut la tunggu dia nak sampai umah. Nasib umah tingkat satu jerk…J
Tengok tu cam berani sangat je nak naik tangga sendiri...(",)