Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

9 Februari 2015

:: Projek Menu 4 Hari Ibu Bekerja ::


Salam & Hye uols…J

Sejak Asiah terbaca artikel pasal TIPS MEMASAK CEPAT UNTUK WANITA SUPER SIBUK Asiah terpanggil untuk memasak ikut tips yang Pn. Rajiah bagi. 
Sibuk la sangat Asiah ni kan...hihi
Sangat berguna uols tips ni bagi ibu yang bekerja & nak masak untuk anak2 setiap hariJ. Yang penting rajin…(",)
Asiah baru je cuba tips ni minggu lepas. Alhamdulillah berkesan. 
Minggu ni pun masih teruskan misi memasak ni hingga la Asiah bersalin…J
Korang pun boleh cuba gak. Asiah buat camni. Jumaat tu listkan menu & bahan yang nak masak seminggu pastu hari Sabtu pegi cari barang. Petang Ahad tu baru potong sayur, bawang semua & siap packing untuk setiap menu tu. Senang packing siap2 just pagi tinggal masukkan dalam kuali jerk. Pes cili kering pun buat jugak untuk senang masak mee, mihun, kuetiau. Kalau Asiah nak masak kari tu, malam2 dah tumiskan bahan2 kari & bagi ayam empuk dulu, just pagi tu tinggal nak masukkan santan jerk. 
Kalo nak masak tomyam pun Asiah wat malam2 gak. Just pagi tu tinggal nak masukkan sayur & bahan2 yg mudah layu jerk. Kalo menu yang lain tu semua Asiah masak pagi…bangun kul 5.30 @ 5.45 setiap pagi. Sebelum tidur @ balik kerja tu terus turunkan ikan/ayam & letak kat bahagian sayur bagi ikan/ayam tu xbeku.
Alhamdulillah setakat ni Asiah takde dah kelam kabut masak pagi2
…senyum jerk rase…lega sangatJ

 Menu Minggu pertama Februari (2-5.2.2015)

Menu Minggu Kedua Februari (9-12.02.12)


26 Januari 2015

:: Proses Free Diapers & Susu Botol Aira ::

Salam & Hye uols…J

Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segala yang diberikan kepada kami. Asiah bersyukur sangat2 sebab Allah permudahkan Asiah dalam proses free diapers & bercerai susu Aira. Dalam masa dua minggu Aira dah pandai rasa nak buang air kecil & besar. Pada awalnya Aira tak nak buang air besar kat dalam tandas, tapi sekarang dia dah ok dah. Dah pandai dah guna tandas. Cuma waktu tidur tengahari kat taska masih pakai diapers lagi. Tidur waktu malam pun masih pakai diapers lagi. Mula2 Asiah atur dia g tandas sejam sekali, pas seminggu dia tak nak dah Asiah aturkan dia. Dia nak buang air kecil@besar dia akan bagitau Asiah. Dalam masa ni ade la 2,3 kali terkucil jugak. Tapi just yang kecik je la…hihi. Bagi Asiah kita sebagai ibu kena rajin training dia & kena banyak sabar. Kalo Asiah, time rase tak larat tu Asiah pakaikan dia diapers drpd Asiah dok bising kat dia buang air merata. Maklumlah Asiah dh masuk 28 minggu dah skg. Tapi alhamdulillah Aira dah pandai dah. Pegi jalan2 pun dah tak pakai diapers lagi dah...suke sangat. Yang penting sokongan suami jugak penting dalam proses free diapers ni. Bagi Asiah lah...(",)

Bab bercerai susu botol plak korang jangan ikut cara Asiah ni tau, hihi
Pada awalnya Asiah selalu cakap kat Aira yang dia tak boleh minum susu dalam botol dah . Kena minum susu pakai cawan je. 2, 3 kali minum dalam cawan…Asiah cakap plak Aira tak boleh minum susu dah sebab Aira dah besar dah, dah debab dah…Aira kena minum air sirap je. Dia meragam la tak boleh minum susu dah. Asiah tunjuk kat dia bekas susu dia yang dah kosong . Dia cakap “susu Aira ada lagi kat skolah”…hihi

Pujuk punya pujuk ok la sikit tapi dia masih tak boleh terima kenyataan yang dia tak boleh menyusu dah. Nak jadi cerita ada mentadak mentaduk masuk umah Asiah, Aira menangis takut tengok mentadak mentaduk tu. So, Asiah pun takutkan dia. Kalo dia minum susu lagi mentadak mentaduk tu datang lagi. Besoknya dia tak nak dah minum susu …just mintak air sirap atau air manis yang lain jerk…hihi, itulah cara yang Asiah gunakan untuk bercerai susu botol Aira. Tu pasal Asiah kate korang tak boleh ikut cara Asiah, hihi. Tapi korang boleh cuba cara Asiah bercerai susu badan Aira. Asiah sapukan asam jawa kat puting breast & keliling. Alhamdulillah dalam masa seminggu Aira dah tak nak menyusu badan dah. Yang penting ibu kena kuat....sebab bagi Asiah proses bercerai susu badan amatlahlah menyedihkan, menyesakkan dada...bersyukur Allah bagi Asiah nikmat @ pengalaman berharga menyusukan Aira selama 2 tahun...(",)

24 Disember 2013

:: Petua : Segarkan Sayur Yg Layu ::


Salam uols…(“,)

Pernahkah korang rase nak masak sayur ,tengok2 sayur kat peti ais dah layu giler. Semua dah kerepot.Dahla tak bape rajin nak kuar beli sayur lain.. Tengok sayur tu cam dah tak layak dah untuk dimakan…haha, ayat
Korang jangan kecewa & jangan buang sayur yang dah layu tu tau. Korang just potong & rendam je sayur tu kat dalam air selama lebih kurang ½ jam. Tengok ape akan jadi kat sayur tu. Tak kisah sayur ape pun. Sawi ke, carrot ke..mesti korang terkejut tengok sayur tu nanti. Segar giler uols…;)

Alkisahnye camni uols, suatu hari Asiah nk buat coleslaw tapi carrotnye dah layu.So, Asiah kate xkisahlah carrot layu pun asalkan ade. Asiah potong  & rendam carrot tu kat dalam air. Bila Asiah nk bilas carrot tu terkejut Asiah tgok, coz carrot tu dah bertukar wajah. Jadi segar & berkilau2 uols(cam carrot yg baru beli kat pasar)Asiah ni jenis potong sayur & rendam jap pastu baru bilas sayur tu sebelum nak masak…so, Asiah cubela wat kat sayur lain plak bl ade je sayur yg layu…hehe

Selamat mencube ye uols…J

Sebelum
Selepas 



1 Mei 2013

:: 9 Cabaran Wang ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Cabaran ini merupakan satu langkah/cara untuk kita menabung. Jom korang semua kita sahut cabaran dari IRFAN KHAIRI (Jutawan Internet)ni…(“,)

  • BAWA BEKAL KE TEMPAT KERJA
Sekurang2nya bawa bekal 2x seminggu . Sebab kos makanan agak tinggi dibandingkan jika kita menyediakan makanan dari rumah. Penjimatan ini akan menambahkan simpanan bulanan kita.

  • SIMPAN WANG SYILING
Bulan ni kita jangan gunakan duit syiling. Simpan semua duit syiling yg kita ada di dalam tabung/bekas khas. Guna duit kertas sahaja sekiranya perlu. Barulah kita tahu sikit2, lama2 jadi bukit.


  • RUNDING HARGA
 Kalau nak beli sesuatu dalam bulan ni, jangan terus beli tau. Kita tawar menawar dulu. Kita kena amalkan meminta harga yang lebih rendah(bab ni Asiah mang tak pandai). Kita Tanya dulu, kalau tak tanya kita tak tahu dapat ke tak harga yang rendah tu…hihi. Kalau dapat dengan harga rendah catit penjimatan kita tu dalam buku khas k…;)


  • 30 HARI TANPA KAD KREDIT
Simpan kad kredit korang tu kat rumah yea. Bawak duit & guna bila perlu jerk. Dengan ini boleh la melatih untuk amalkan tabiat baru(tak payah guna kad kredit dah).


  • TUNGGU SEMINGGU
Sekiranya korang perlu atau teringin nak beli sesuatu, tunggu satu minggu. Cabarannya, tunda belian korang tu ke minggu hadapan. Barulah korang boleh fikir dahulu patut beli atau tidak barang yang korang nak beli tu.
  • BULAN KEPERLUAN
Sebarang belian (KEINGINAN) tak boleh beli. Bulan ni just beli barangan untuk KEPERLUAN sahaja.
  • MAKAN DI RUMAH
Makan malam dirumah. Hujung minggu pun makan kat rumah jugak sebelum korang keluar bersama keluarga. Ajak suami & anak2 menyediakan makanan bersama.  Jadikan time memasak sebagai family time korang.


  • JUAL SESUATU
Cuba menjual barangan yang korang tak nak dah. Cam barangan terpakai/pakaian yang korang  beli tapi tak pakai pun lagi. Samada jual kat kawan2@internet. Cam dekat ebay.com.my atau Lelong.com.my.
  • USAH KELUAR
 Bulan ni tak payah keluar pegi jalan2, dok rumah jerk. Kalau keluar kan banyak menggunakan duit, so dok rumah je diam2 k. Kalau nak jumpa kawan pun ajak diaorang datang umah. Lepak2 kat umah. Tengok tv same2. Rancangan Astro kan macam2 ada…so, leh la save sikit kan…(“,)

Sumber : Harian METRO 22.03.2013 | Segmen WANG ANDA

Harap kita sama2 berjaya dalam menyahut cabaran ni ye…kalau korang sahut cabaran ni. Boleh la korang terjah Facebook IRFAN KHAIRIuntuk berkongsi  pengalaman korang ye..........(",)