30 Ogos 2013

:: Hasil seni Fiqa ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)



Ini lukisan yang terbaru yang Fiqa warna. Upin & ipin berhari raya katanya. Alhamdulillah kakak dah pandai mewarna. Tapi sejak dia berumur 5 tahun ni dia lebih suka menggunakan water calour plak. Hari minggu je dia mintak nak ngecat. Saya layan je la dia…ngecat sambil berimaginasi(cakap sorang2)

28 Ogos 2013

:: Ngada-ngadanye Aira ::

Sorok tangan tak bagi ibu amik dia...;)
Assalamualaikum uols...(",)

Asiah suke tengok gambar ni... sweet jerk. Actually time ni Aira ngada nak ikut K.Azni balik. Takmo ngan Asiah. Padahal sepanjang K.Azni ada kat umah Asiah tu, akak nak pegang pun Aira tak nak...malu2 kucing ye sayang. Time nak balik baru nak ngan K.Azni...ngade2 betul la Cik Aira ni...(",)

:: Ole-ole Dari Langkawi ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)


Suke sangat kakak dapat ole2 coklat, nak2 coklat kisses tu...mang dah lama dia suh Asiah beli. Setiap kali tgok iklan coklat tu kat tv, meroyan suh ibu dia bl coklat kisses tu...bertuah betul anak...tenkiu Hasif bagi Fiqa coklat ni yea...;)




Note : cite lama sbnarnye ni dok peram kat dlm draft...;)

27 Ogos 2013

:: Aksi Berani Jatuh ::




Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Sejak ‘Dapat Kaki’ ni macam2 ragam Aira tau uols. Tak tahu takut langsung Aira ni. Berani sangat. Kalau boleh semua dia nak buat. Bilik air & tandas kat umah ni selalu kene kunci. Risau dia masuk dok main air dalam tu. Panjat meja lah, sofa lah… yang paling tak tahan dia dok menngcangkung kat atas moto mainannye tu. Gelak sakan kami tengok gelagat dia…Aira2 lasak betul kamu ni…(“,)

Aksi anak dara baba...peeps


nota : sori gambar tak jelas ...;)

26 Ogos 2013

:: Header Baru...wink2 ::

Salam uols...(",)

Ade keje tapi buat2 xde keje kejap ye...nak buat header baru. Taraaa, dah siap dah. Sori baba, gambar baba xde dalam ni. Jangan marah ye...susah benar nk amik gambar berempat kan bang. Jangan kecik ati ye...:)



nota : ade ke korang perasan header baru Asiah ni...hehe, syok sendiri lagi...hoho

::Syoknye Naik Kete ngan Kakak ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols…(“,)


Setiap anak berbeza perangainya kan uols…Faiqah & Aira pun berbeza ragamnya. Sekarang ni Aira tengah lasak uols, kalau pegi mall mesti dia nak naik kete yg bunyi2 tu. Bukan nak duduk jerk. Tapi nak masukkan duit jugak suh kete tu bergerak & menyanyi (kalau yg ada muziklah). Kalau tak bagi  mesti menangis. Time kecik dia slalu tgok kakak dia main kan. Skang dia dah faham dah. So, ape lagi time dia la plak. Tak puas main singgit je. Mst nak RM2. Skali naik RM1. Aira2…kalah kakak…(“,) 

Turn kakak main...
Kusyuk tengok kakak men game...:)






note : baba lah orang yang bertanggungjawab yg membuatkan anak2 pandai main semua nie...:)

21 Ogos 2013

:: Hobi Baru ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols…(“,)


Asiah ada hobi baru tau uols…kumpul cawan kertas & straw, hehe. Asiah jatuh cinta dengan kecomelan cawan kertas ni uols. Tu pasal Asiah kumpul. Tiap kali pg mall dengan muka tak malu Asiah akan minta kat promoter tu cawan/mangkuk tester tu,hehe…suke punya pasal kan. Wat muke seposen jerk. Ada ke orang wat cam Asiah ni uols…haha. Kakak bising nak amik koleksi cawan Asiah wat main masak2 ngan Aira…sabar je lah...(“,)


































16 Ogos 2013

:: Aira Dah 'Dapat Kaki' ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols…(“,)

Salam 9 syawal…

Alhamdulillah Nur Aira Sufiya sudah pandai berjalan. Tapi  kakinya belum kuat lagi. Alkisah dia nak ‘dapat kaki’ kan uols, meragam je sepanjang bulan Ramadhan lepas. Menguji kesabaran betul. Demamya on/off jerk. Makan & nyusu pun kurang…rupenye nak 'dapat kaki'. Aira ni ringan sikit uols 1 tahun 1 bulan dah pandai berjalan. Kakakya dulu 1 tahun 5 bulan baru pandai berjalan…Aira dok ligat berjalan la sekarang ni. Pegi mall @ pegi mana2 mesti nak kita pimpin dia. Budget dah terer sangat dah berjalan Aira ni…kadang tu xmo kita pimpin dia, nak berjalan sendiri jerk…(“,)


Seronok dapat ukur mall
main kejar2 ngan kakak
Ibu, Aira nak yang ni boleh tak?
Yang ni pun ok jugak kan bu...:)
Kecik2 dh pandai milih mainan
bye2...

15 Ogos 2013

:: Memori Syawal 2013 ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

Hari ni 1st day Asiah masuk keje setelah seminggu bercuti menyambut lebaran di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Tahun ni turn belah Kelantan. So, kami menyambut hari raya di Klate. Hari Raya ke-4 baru balik umah MIL plak. Selalunya kalau turn Klate@Selangor, kami akan balik satu kampung je. Tapi tahun ni kami sepakat untuk balik kedua2 belah kuarga. Cuma jumlah hari lebih sikit belah Klate coz tahun ni turn Klate. Memandangkan kedua2 belah kuarga Asiah & Cik Abe dah semakin berusia so, kami amik keputusan untuk balik kedua2 belah kuarga...kegembiraan & kebahagiaan orang tua harus diutamakan...(",)








note : Aidilfitri kali ni tak sempat nak g beraya kat umah kawan2 kat kampung. Just beraya              kat umah sedara mara jerk. maaf ye kawan2 semua...:)

13 Ogos 2013

:: Selamat Hari Lahir Sayang…(“,) ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols…(“,)

13 Ogos 2013…genaplah umur anak sulung Asiah 5tahun uols. Cepat betul masa berlalukan sayang. Ibu masih rindukan time kakak kecil dulu…kakaklah penyeri hidup ibu & baba sebelum kelahiran Aira. Kakaklah segalanya sayang…sempena ulangtahun kelahiran sayang ni, ibu doakan kakak menjadi anak yang solehah, anak yang mendengar kata, hormat orang tua & semoga kakak terus membesar dengan ceria dan penuh kasih sayang … semoga ALLAH sentiasa melindungi anak ibu & baba ni daripada segala musibah…ditetapkan iman dan semoga sayang dirahmati ALLAH selalu…ibu, baba & adik sayang kakak sangat2…love you so much sayang.

5 Ogos 2013

:: Amalan Sunat Sempena Syawal ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Lebih kurang seminggu lagi kita nak sambut raya kan uols...camne persiapan raya korang?dah setel ke belum?...alhamdulillah Asiah dah setel dah tp Cik Abe la plak tak puas hati ngan baju-bajan dia. Nak cari yang lain katanya...huhu, layan je la...:)
Hari ni Asiah nak kongsi ngan korang semua tentang AMALAN SUNAT SEMPENA SYAWAL yang akan kita sambut tak lama lagi kan uols...jom kita same2 mengamalkan amalan sunat ini bagi menyemarakkan Syawal mulia...(",)

           Bertakbir
-     Bertakbir pada tarikh 1 Syawal sempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yg disyariatkan.
-     Di sunatkan takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya
-     Disunatkan bertakbir sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat sunat aidilfitri

Lafaz ucapan selamat pada hari raya aidilfitri
-     Disunatkan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan taulan

Terus menghidupkan malam
-     Semangat mengerjakan solat sunat tarawih perlu diteruskan dgn mengerjakan qiamullail pada hari2 berikutya selepas berakhir  Ramadhan

Mandi pada pagi hari raya
-     Kita boleh mandi sunat di pagi hari raya. Caraya adalah seperti mandi wajib. Ia perlu dilaksanakan sebelum berangkat ke masjid atau surau untuk solat sunat aidilfitri

Makan sebelum solat sunat Aidilfitri
-     Disunatkan juga utk menjamah makanan sblum berangkat menunaikan solat Aidilfitri utk menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya

Memakai pakaian yang indah
-     Sunat bagi seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari2 raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri & Aidiladha) dan tempat diadakan majlis(spt maj.perkahwinan)

Mengerjakan solat Aidilfitri
-  " Rasulullah telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda xmelakukan sbrang solat sblum & sesudahya"

Mengerjakan puasa sunat enam hari
-    “ sesiapa yg berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dgn puasa enam hari di bulan Syawal, seolah2 dia telah berpuasa setahun”. Cara paling afdal utk melaksanakannnya adalah memulakan puasa sesudah  hari raya Aidilfitri secara berturut2(bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yg ditetapkan oleh para ulama.

note : sumber dari Majalah Pa & Ma edisi Ogos 2013 (slot REHLAH)