28 Ogos 2014

:: Projek Buah Pelam ::


Salam uols…J

Alhamdulillah tahun ni pokok pelam kat kuaters Asiah ni berbuah dengan lebatnye. Ade tiga jenis pelam kat kuaters Asiah ni uols. Pelam telur, pelam apple & satu jnis tu Asiah tak tau nama ape buahnye bujur & besar. Cam buah pelam yang jual kat pasar tu. Yang makan masak tu…hehe. Setakat ni Asiah just amik 2 jenis jerk. Pelam apple & pelam besar tu. Isinya banyak sangat, bijinye kecik jerk cam buah pelam apple jugak.
Dua2 jenis besar2 & gebu2. Geram Asiah menengoknyeJ
Disebabkan pelam tu berbuah lebat sangat, kerap la kiteorang mengambilnye. Ni kali kedua Asiah amik & Cik Abe buat jeruk. Alhamdulillah menjadi…suke sangat Cik Abe dapat makan jeruk hasil air tangan sendiri. Asiah tukang kupas & potong jerk dan tak berapa suka sangat dengan jeruk. Cik Abe la yang hantu jeruk...hehe
mesti korang terliur kan tengok jeruk pelam ni??hehe. Kalo nak meh sini dating umah Asiah, 
Last but not least, nil ah jeruk yang tinggal ye uols, sempat lagi Cik Abe buat eskrim Malaysia ngan jeruk pelam tu…
Pelam apple & pelam besar



26 Ogos 2014

:: WW | Sampul Duit Raya Tuppaware ::

Salam...(",)

Alhamdulillah raya tahun ni Allah bagi  rezeki lebih sikit dapatlah borong barang Tuppaware banyak sikit, so...dapatlah free gift mende alah ni...sukeee sangat...(",)




:: RESEPI | Mihun Goreng Kampung ::

Salam…J

Jom kite masak MIHUN GORENG KAMPUNG hari ni uols…J
Meh kite tengok bahan2 & cara memasaknye. Senang je uols, campak2 jerk,teheeeJ

Bahan2 :-
  • ½ plastik mihun FAMA
  • Ikan bilis(yang telah digoreng)
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api
  • Kobis
  • Minyak utk memasak
  • Gula & garam
Cara2 :-
  1. Rendam mihun dengan air biasa(sementara siapkan bahan2 lain)
  2. Tumbuk bawang putih bersama cili
  3. Panaskan minyak
  4. Masukkan bahan yang ditumbuk
  5. Bila naik bau pecahkan telur & bagi telur tu hancur
  6. Masukkan ikan bilis & kacau
  7. Masukkan sayur & perasakan dengan garam & gula sesedap rase korang ye & kacau sekejap
  8. Masukkan mihun dengan sedikit air & kacau
  9. Bila mihun dah lembut bolehlah angkat & makan bersama sambal kicap.
Selamat mencube…J

25 Ogos 2014

:: Cara Senang Nak Makan Rambutan ::

Salam uols…J


Setiap kali musim buah rambutan inilah keje Asiah. Kupas buah rambutan ni banyak2 & hiris. Pastu masukkan dalam peti sejuk. Anak2 Asiah suka sangat kalo Asiah buat rambutan camni. Sebab senang diaorang nak makan. Leh makan ngan sudu jerk. Lagipun buat camni takde la dah masalah batuk bila makan buah rambutan. Kalau tak hiris camni kita akan makan skali ngan selaput buah rambutan tu. Ayah Asiah cakap selaput rambutan tu boleh buat kita batuk kalo makan rambutan dalam kuantiti yang banyak. Bukan anak2 je suka bila Asiah buat camni. Suami pun tumpang sekaki,ahaks. Sejuk  makan rase sejuk je tekak uols. Kalo letak kat dalam sirap pun best  jugak tau. Cubelah, pasti korang nak buat lagiJ


21 Ogos 2014

:: Tepi Sikit Kami Nak Lalu ::

Salam uols…J

Inilah keje kakak ngan adik bila balik umah nenek(mak mertua) diaorang, main basikal. Sonok betul dua beradik tu main basikal sebab laman neneknye luas. Bermain sakan la diaorang. Riuh umah nenek ngan gelak tawa diaorang. Baru la meriah sikit umah nenek kan kakak & adik.Kalo tak nenek sunyi jerk tinggal berdua ngan Pak NgahJ
Asiah suka sangat tengok kakak bawak adik naik basikal tu, sweet jerk. 
Rase bersyukur sangat Allah kurniakan kami anak. AlhamdulillahJ




18 Ogos 2014

:: Buah-buahan Segar Dari Kampung ::

Salam uols…J

Inilah dia rezeki Asiah time balik kampong bulan Ramadhan hari tu. Buah-buah kat kebun ayah Asiah belum ranum lagi. Tapi dah boleh makan orang kata. Kebanyakkan buah2an ni kat kawasan umah Asiah jerk. Durian yang Asiah suke pun belum jatuh lagi. Durian tangkai lanjut Asiah panggil. Isinya kuning & tangkainya panjang. 
Tapi takpelah, xde rezeki la tu. 
Dahle 1st time rasenya kami balik kebetulan musim buah ni sepanjang 7 tahun kawin…hehe

Paling best Asiah dapat makan buah ‘ngeke’ tu. Dah lama tak dapat makan buah hutan ni. Mesti korang tak pernah makan buah ni kan. Nanti Asiah cite lebih lanjut pasal buah ni yea. 
Next time yea,ahaksJ


  1. Buah 'NGEKE' (buah hutan)
  2. Buah Salak
  3. Buah Duku
  4. Buah Rambutan
  5. Buah Durian

Hitam2 sitampuk manggis
Walaupun hitam tapi sangat manis, ahaks

14 Ogos 2014

:: RESEPI | Spagetti Carbonara ::

Salam…J

Sebelum ni Asiah ade post pasal Makaroni Carbonara Prego. 
tapi tak letak resepinye. So, hari ni Asiah wat Spagetti Carbonara Prego plak. Same je cara ngan masak Makaroni Carbonara Prego tu cume pasta je yang berbeza. 
Jom kite tengok resepi. Mana tahu leh masak untuk hubby & anak2 weekend nantiJ

 Bahan2 :- 
  • ½ peket spagetti
  • 1 labu bawang besar Holland (cincang.potong dadu)
  • 3, 4 ulas bawang putih(cincang)
  • 1 batang celery
  • Lobak merah 
  • 1 dada ayam(cincang)
  • Sosej ayam
  • Susu segar/low fat

Cara2 :- 
  1. Rebus spagetti hingga masak (tengok cara masak kat belakang plastik)
  2. Tumis bang putih & bwang besar holland
  3. Masukkkan ayam dada
  4. Bila ayam dah masak masukkan celeri
  5. Pastu masukkan sos prego
  6. Masukkan fresh milk (agak2 kuah tu xpekat & xcair sangat)
  7. Perasakan dgn garam & lada hitam
  8. Letak sosej yang telah direbus terlebih dahulu.kacau & matikan api.
  9. Boleh serve ( terpulang nak gaul terus bersama kuah @ just nak ltak kuah kat atas spagetti tu. Asiah gaul terus. Lagi best & sebati...


Alamak kecur liur tengok spagetti ni...nak kene masak lagi la ni,ahaks(",)

12 Ogos 2014

:: Oreo Selection ::

Salam uols…J

Tak sabar nak post cite pasal Oreo Selection ni uols,hehe.
Motip? Bekas dia comel, ade 5 perisa oreo & 1 bolu (rase cam swissroll).
Ade perisa Chocolate Cream, Strawberry Cream, Vanilla Cream, Orange Cream (Oreo Ice-cream) & Blueberry Cream (Oreo Ice-Cream). Ha, kan banyak tu. Pilih je nak makan yang mana. Asiah suke yang perisa vanilla jerk, hehe.
So, kepada oreo lovers tu cepat dapatkan oreo selection ni dengan segera. 
Kalau orang Jengka tu, korang bleh dapatkan oreo ni dekat Pasaraya U-Mart...tehee.
RM17.90 je uols satu bekas ni. Makan sampai lebammm…J

Sesuai jugak sebagai buah tangan untuk orang tersayang

9 Ogos 2014

:: Juadah Raya Ke-3 ::

Salam uols…J

Korang watpe tu? makn biskut raye? nak sikit…hehe
Raya sakan ye korang. Asiah tak bape nak raya tahun ni. Tapi Alhamdulillah, sempat jugak Asiah masak untuk kawan2 berek yang datang beraya. Tahun ni Asiah masak nasi impit, kuah kacang, daging kicap & rendang daging. 1st time Asiah masak rendang daging. Daging kicap plak menu wajib setiap kali raya. Resepi mak mertua Asiah. Tapi kali ni lain sikit sebab Asiah guna daging frozen jerk. Slalunye guna daging fresh untuk masak juadah raya. Inilah hasilnya, berminyak sikit masakan Asiah ni. 
Puashati kuah kacang Asiah menjadi tahun ni…hehe

Jom menjamu mate ye uols…J


  1. Nasi impit
  2. Daging Kicap
  3. Rendang Daging
  4. Kuah Kacang

8 Ogos 2014

:: Pesona Syurga Di dalam AL-QURAN | 1 ::

Salam uols…J

Sebenarnya perkara ini terkandung dalam buku yang Asiah dok baca sekarang
Malam Pertama Di Syurga oleh Adil Akhyar, Sh.LL.M.
Seronok sangat baca buku ni. Baru Asiah tahu dengan lebih detail betapa indahnya syurga. 
Moga kita sama2 menjalani kehidupan yang menjurus kearah syurga, aminJ


nota : nanti Asiah update lagi yea...(",)

7 Ogos 2014

:: Biskut Raya 2014 ::

Salam uols…J


Alhamdulillah raye tahun ni biskut raya laju je habis. Kalo sebelum ni raya seminggu pun biskut raya masih banyak lagi. Tahun ni kebanyakkannye Asiah beli biskut raya ngan member2 jerk & beli 2,3 jenis kerepek kat tempat biase. Asiah selalu beli kerepek kat Madinah Food. Itu saje. Tak beria sangat. Biskut yang paling hot adalah biskut Ombak Rindu & Almond Florentine Cookies. Rase rugi jerk Asiah beli sebalang.Tak cukuppp…nak lagiii. Puas hati dapat makan biskut Ombak Rindu walaupun tak dapat beli ngan Najah Bakery…huhu, kalo dapat lagi hepi…J


  1. Crunchy Cornflake Cookie
  2. Almond London
  3. Tart Nenas
  4. Almond Florentine Cookies
  5. Ombak Rindu
  6. Semperit 
  7. Simpul Kasih
  8. Semperit Susu
  9. Kerepek Pisang Original
  10. Kerepek Ubi Perisa Kari
  11. Kerepek Pisang Pedas
  12. Biskut Gunting Manis

5 Ogos 2014

:: CPUV | B. Liv Brand Visibility & Mayfair Bodyline August ::

Salam uols…J

Alhamdulillah dua BE baru sedang beraye kat blog Asiah ni, ahaks.
Thanks Nuffnang sudi kasi iklan yang best untuk blog Asiah ye. 
Kali ni Asiah dapat BE B. Liv Brand Visibility & Mayfair Bodyline August. 
Sedang elok la tu pas raye kan badan mesti naik, makan macam2 kan. Asiah pun same.
Kpd korang yang nak slim balik bleh 
cube la wat treatment kat Mayfair ni kan, sure langsingJ
& kepada korang yang nak lagi lawa/hensem bleh la try guna B.LIV ni. 
Korang bleh online shopping kat SINI ye.


Thanks korang sudi singgah blog Asiah ni...sayang korang lebih tau (",)

4 Ogos 2014

:: Gambar Raya 2014 ::


Salam 8 Syawal uols...(",)

Nak jugak tempek gambar raye walaupun sekeping ye uols, hehe
Ini je gambar yg ada. Tak sempat nak snap ngan enset. Lagipun tahun ni kami takde rezeki nak beraya sangat. Just raye pertama je beraya sakan...mak mertua Asiah tak sihat. Tak sampai hati plak nak pegi beraye tinggalkan dia sendirian...ape pun, 
Selamat Hari Raya uols...(",)