29 April 2013

:: Selamat Hari Lahir...Abang ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera korang sumer...(",)

Entri ini khas untuk suami Asiah yang tersayang Mohd Azman bin Mahpot
Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 28 tahun...(",)
Selamat Hari Lahir Abang...semoga 
  • Allah sentiasa melindungi dan memberkati hidup Abang
  • Dipanjangkan usia
  • Dimurahkan rezeki dan
  • Diberi kesihatan yg berpanjangan...olehNYA


I feel so blessed to have found true love in your arms
I feel so proud to call you my husband
May you be blessed with all that you have
ever dreamt of.....

25 April 2013

:: Hasil Tuaian Kat KL Sogo ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Dah lama saya tak belikan pakaian baru untuk Aira & Faiqah. So, ada kesempatan time balik umah mak mertua bulan lepas. Kami singgah kat  KLSogo kejap shopping baju-bajan diaorang. Masa saya pegi tu cuti sekolah, ya ampun…ramainya umat manusia. Kebetulan plak KLSogo buat sale bahagian pakaian kanak2… apalagi cam semut hurung gula la jadinya…(“,)
Saya seronok shopping kat KLSogo ni sebab banyak pilihan. 
Pilih je nak jenama apa…Anakku, Poney, Baby Kiko, Pureen, Seed, Pigeon, Disney, OshKosh B'gosh...& banyak lagi
  

24 April 2013

:: Wordless Wednesday 24 April 2013 | Baba & kakak ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Lama dah Asiah tak buat Wordless Wednesday ni...huhu
Sama tak wajah dua insan kesayangan Asiah ni??





23 April 2013

:: Memori di Melaka # 2 | Menara Taming Sari ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Sumber : Google Image
Kami naik Menara Taming Sari ni pada hari kedua kat Melaka. Sebenarnya kami nak naik pada waktu siang, tapi full parking uols. Terpaksa la  kami batalkan niat kami tu.
 So, kami naik pada waktu malam. Kakak la orang yang paling seronok dapat naik menara ni. Asiah plak 50-50, rasa nak naik & tidak sama banyak. Pikir punya pikir, naik la jugak.
 Sejuk kat dalam menara ni. Tambah2 la rasa sejukya bila rasa gayat mula menerpa...haha, Asiah rasa gayat bila tengok kat bawah. Tibe2 rasa pening & nak muntah...
Tak nak dah naik pasni. 7minit masa yg pihak menara berikan tu rasa tersangatla lama...TAKUT uols. Nyesal naik!
Kakak & baba dia cool jerk...Gelakkan Asiah lagi ada la...(",)
Kalau korang nak naik menara ni harganya berbeza mengikut umur...
  • Dewasa - RM20 seorang
  • Kanak-kanak - RM10 seorang
  • Warga Emas - RM17 seorang
 
Kami...(")
p/s : Sebelum ni Asiah ada cerita pasal kiteorang pegi jalan2 Melaka episod #1. So, inilah sambungannya yea uols...arap korang tak jemu membaca yea...(",)

22 April 2013

:: Golden Boronia (GB) Nougat ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Sumber
Asiah suka makan manisan ni. Bukan coklat tapi cam coklat...Namanya Nougat....hihi
Nougat ni dibuat dari madu, badam, telur, sirap glukosa, kertas wafer yang boleh dimakan. Rangup & tak berapa manis. Kaya dengan kacang. Yang pasti halal...(",)
Nougat ni ade pelbagai jenis perisa dan semuanya mengandungi kacang.  
Original Crunchy, Original Soft, Capucino crunchy, Capucino Soft, Green Tea Crunchy, Green Tea Soft & Apricot Soft...Asiah suka makan yang perisa Green Tea Crunchy
 Asiah beli kat Kios Famous Amos East Coast Mall,Kuantan. 100gram RM13.90. Kalau korang penggemar kacang boleh la cube...mmg tak cukup satu...(",)
 





19 April 2013

:: Gelagat Aira & Fiqa Dalam Kete ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Gelagat diaorang time dalam perjalanan nak pergi Melaka bulan Mac lepas. Perjalanan dari rumah saya (Bandar Jengka,Pahang)nak sampai ke Melaka kan lebih kurang 5 jam tak silap saya. Dah bosan dah kakak duduk depan ngan baba. Dah bosan dah tengok cite kartun kat tv. Apa lagi, mintak duduk belakang nak main ngan adik… 

bergurau senda lah diaorang berdua tu…(“,)


18 April 2013

:: Main masak2 ngan kakak ;:

Assalamualaikum & Salam sejahtera uolsJ

Aira & Fiqa dah pandai main sama2 dah sekarang ni. Fiqa @ kami panggil dia dengan nama manja KAKAK.Dah pandai melayan adiknya bermain.Tengok tu kemain lagi Aira & kakaknya main masak2 bersama. Apa yang kakak capai@pegang itulah yang Aira nak,mesti kakak selalu mengalah dengan adiknya. Alhamdulillah kakak dah pandai jaga adiknya dah. Kalau tak sebelum ni kakak tak mahu berkongsi mainan dia dengan Aira.Bergaduh je tahu. Aira kan dah 9bln. Dah boleh jadi teman bermain dah. Itu yang kakaknya suka bermain sama2…(“,)

17 April 2013

:: Hari Susu Sedunia bersama Dutch Lady ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols....(",)

Weekend lepas Asiah bawak anak2 pegi Kuantan. Join roadshow Hari Susu Sedunia kat Kuantan Parade. Inilah sebahagian gambar kandid yang sempat Asiah ambik..(",)
Daftar dulu...(",)
Ladang Dutch Lady
  • Aktiviti memerah susu lembu
  •  Masukkan susu yang siap diperah di dalam cawan yang disediakan
  • Dapat hadiah keychain
Bangsal Dutch Lady
  • Pilih bola yg berwarna hijau 3 biji
  • Masukkan bola tersebut didalam mulut lembu
  • Dapat hadiah keychain...(",)
Kafe Dutch Lady
  • Susun gambar burger dengan betul
  • Bila siap, hantar burger kat kaunter
  • Dapat hadian keychain...(",)

Cop tangan time...

 Keychain limited edition sebagai hadiah...
Kami....(",)

Ade 5 aktiviti sebenarnya, kakak join 3 jerk. Aktiviti kat Makmal Dutch Lady & wat video bakat anak kita untuk contest 50 Tahun Inspirasi Masa Depan.
Kalau korang nak join roadshow ni, korang boleh la tekan SINI untuk keterangan lanjut...(",)


16 April 2013

:: Merah-merah delima ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols...(",)

Inilah dia jus tembikai paling best di abad ini...haha,
Handmade dari my asben...memang terbaik la bang!

Fresh...sejuk tekak...(",)

15 April 2013

:: Kemaruk Minum Air Bandung ::



Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Sejak akhir2 ni kakak suka minum air bandung. Kat rumah minta air bandung, makan kat luar pun minum air bandung...asyik air bandung jerk.
Tapi dia bukan panggil air bandung tapi ‘air merah jambu’. Hari Isnin lagi dia minta saya bekalkan air bandung untuk dia bawak pegi sekolah. Tapi perisa ros tu takde kat rumah just ade cordial perisa ros je.
Mana boleh nak campur dengan susu pekat maniskan. Dua2 manis, kang kene Diabetes plak.
Dia cakap kat saya 
takpela ibu tak letak warna merah pun. Ibu letak je susu, pastu kacau2 nanti jadilah air merah jambu kakak tu”
Kakak2, banyak mulut dah dia sekarang. 5 tahun dah anak dara saya tu uols, mesti la dah panjang akalnya…(“,)

13 April 2013

:: Newborn | Aqif Muhaimin ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)
Alhamdulillah, adik Asiah selamat bersalinkan putera sulungnya di penghujung Februari yang lalu. So, bertambah la seorang lagi ahli keluarga besar kami. Sekarang  cucu Tok Ma &  Tok Ayah dah 10 orang. 2 lelaki & 8 perempuan. Nampak sangat kat situ keluarga kiteorang ramai anak perempuan 
Cam adik beradik Asiah jugak 2 lelaki 4 perempuan..I
Ini anak buah Asiah yg ke-8...moga Aqif jd ank yg soleh ye,yg mendengar kata...♡

♡♡

12 April 2013

:: Bubur Pertama Aira ::

Salam uols…(“,)

Inilah dia makanan Aira sekarang,ye lah masih bebi kan just boleh makan makanan yang lembut2 jerk. Aira dah tak layan dah nestum sekarang ni, dia lebih suka makan bubur daripada nestum. Bubur plak kalau plain je dia tak makan sangat, mesti nak kena letak carrot/ayam/ikan. Selalunya saya letak ayam & carrot.Laju je dia makan. Dah pandai mintak tambah plak tu sekarang ni. Tapi saya tak layan sangat sebab dia makan 3@4 sari. Takut obesiti plak. Selalunya inilah jadual makan Aira :-

  • Sarapan (Sebelum mandi pagi)
  • Makan tengahari 
  • Makan petang/malam

11 April 2013

:: Aira Dah Pandai Makan Kopok ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Aira ni kalau boleh semua makanan dia nak makan tau. Latest ni saya bagi dia makan keropok goreng. Kalau kakak dulu tak boleh makan kopok. Pas makan kopok je mesti suara dia jadi serak. Aira ni plak, ok jerk. Boleh makan apa saje. Kakak kan anak sulung, saya tak berani nak bagi dia makan macam2…tu yang kakak tak tahan kot. Ibu yang wat kakak jadi camtu yea..(“,)




10 April 2013

:: Sebarkan Cinta-MU ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

" Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya."
Sumber : Google Image
Cantik kan cover novel ni. Secantik isi dalamnya. Ini novel tauhid sebenarnya. Karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN. Harganya RM31. Keluaran PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Tapi Asiah tak beli, Asiah pinjam je kat library ni ha . Dah lama pinjam tapi belum habis lagi membacanya. Baru sampai di halaman 21. Jauh lagi perjalanannya...
Jom baca sedikit sinopsis novel ni ye...(",)
Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.
Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

9 April 2013

:: Sambal Sotong ::

Assalamualaikum & salam sejahtera uols...(",)

Ini sebenarnya menu lunch weekend yang lepas. 
Encik Hubby mintak suh masak SAMBAL SOTONG
Teringin katanya nak makan sambal sotong. Dah lama Asiah tak masak sambal sotong. Sejak ada Aira ni, Asiah jarang masak time hari bekerja. Seminggu tu ade la 2,3x je Asiah bawak bekal pegi ofis. So, bila tiba weekend je Asiah tanya la encik hubby ape yang dia nak makan(macam la Asiah ni terror masak yea). Kira masak makanan kegemaran suami & anak2 la hari minggu tu…korang pun ape kurangnya kan...(“,)



8 April 2013

:: Roti Canai Pisang ::

                                                   Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)  


Asiah dah lama tak makan ROTI CANAI PISANG ni sebenarnya. Jarang kedai makan kat Jengka ni yang wat roti canai pisang ni. Just roti canai kosong,telur, sardin je. Mungkin takde permintaan kot.Tu sebab diaorang tak masuk dalam list menu diaorang. So,bila dengar  Feyonna cakap dia makan roti canai pisang kat kedai depan Ten-ten tu sedap. Apalagi, zassss...suh encik hubby pegi beli. 
Bukan drive pegi beli sendiri tau...nak jugak menyusahkan cik abe saye..hehe
Dua biji tau, bukan sebiji...jangan salah faham yea korang semua, bukan untuk Asiah sorang tau. Kiteorang makan bertiga. Tapi Asiah sorang je makan lebih...hihi
Encik hubby & kakak dah makan roti telur kat kedai sementara roti yang Asiah pesan tu masak...itu yang slow je diaorang makan roti ni. Kalau tak, mesti tak cukup dua biji ni.
Roti canai pisang cicah ngan sambal bilis. 
Mang terbaik la, kombinasi manis + masam + pedas...(",)


7 April 2013

:: Locong @ Sekoteng ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uolss...(",)

sumber
Tiba-tiba je tekak ni terasa nak makan locong plak. 
Terbayang2 jer 'wajah' locong ni...huhu, Mungkin sekarang kan musim panas, tu yang teringin nak makan locong ni kot. Locong ni kan penyejuk tekak...hihi. Lagipun memang dah lama Asiah tak makan locong ni...(",). Kalau korang nak tahu, locong ni adalah sejenis pencuci mulut dan hanya kat Kelantan je kot ada menda alah ni.

Dan satu lagi Asiah tak pasti samada locong & sekoteng ni menda alah yang sama. Sebab sekoteng perlu dimasak dahulu sebelum dimakan@dalam keadaan kering, manakala locong plak sudah sedia untuk dimakan@dalam keadaan basah.
 Tapi kedua2nya diperbuat daripada bahan yang sama iaitu SAGU. 
Mungkin mende yang sama kot.
 Nama je lain...(",)
Kalau kat Kelantan kat pasar banyak orang jual locong ni. Locong ni diletak dalam plastik bersama air sama macam packaging cendol. RM1 satu plastik kalau tak silap Asiah. Selalunya time bulan Ramadhan meriah dengan locong ni. Rasa locong ni kenyal cam cendol@pearl dalam Cool Blog tu. Cara makannya pelbagai, ayah Asiah suka makan dengan air gula je, Asiah suka makan dengan susu pekat manis+ais. Boleh jugak dimakan bersama gula melaka + santan.. .Sejuk je tekak bila makan locong ni...huhu, alangkah bestnya kalau ada orang jual locong kat Jengka ni. Tak sabar nak balik kampung(tiba2) nak makan locong....(",)

Hidangan locong yang sedia untuk dimakan...tergoda tak?...(",)
p/s : Semua gambar ni Asiah copy & paste dari Google Image

6 April 2013

:: Siang Menjelma Lagi ::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Salam hari Sabtu korang sume...(",)
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan olehNYA untuk bernafas di bumi mu ini ya Allah. Masih dapat menghirup udara pagi yang segar, melihat matahari terbit, mendengar kicauan burung di pagi hari...syukur sangat2


  • Suasana pagi kat Kuaters Polis Bandar Jengka





5 April 2013

:: Aira Pun Nak Makan Jugak ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Sejak Aira dah mula makan ni. Kalau kami nak keluar jalan2 jauh (seharian) mesti bawak bekal bubur untuk dia. Kalau tak meragam la dia nak makan.Bagi makan benda lain pun tak sama dengan bubur. So, pagi2 dah kena bangun awal masak bubur untuk dia. Barulah kami boleh berjalan dengan aman…(“,)




4 April 2013

:: Time To Sleep ::

Salam uols…(“,)

Makin lasak Aira tidur sekarang ni. Untuk pengetahuan korang Aira tidur bersama saya kat atas tilam single. Walaupun saya dah letak bantal kat tepi tilam tu, tapi dia punya lasak tidur sampai terjatuh ke bawah tilam tu. Kepala kat atas tilam, badan plak kat bawah tilam. Kemain kan. Anak korang camne yea?lasak tak diaorang tido?




3 April 2013

:: Kasut Pertama Aira ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uols..(“,)


Sejak Aira lahir saya tak pernah belikan dia kasut. Walau sepasang pun. Inilah kasut pertama untuk dia. Pegi mana2 sebelum ni saya just pakaikan Aira stoking jerk…arap dia suka pakai kasut ni…(“,)







2 April 2013

:: Anak Itik & Anak Ayam ::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols...(",)

Rindu kenangan lama sebenarnya, Asiah kan membesar kat kampung. Anak orang kampung. Asiah suka sangat ngan anak itik & anak ayam. Suka  amik telur ayam & tengok anak ayam menetas. Famili Asiah ada bela binatang ternakan ni dulu. Tapi sekarang dah tak ada dah. Selalunya kalau nak makan ayam  just tangkap & sembelih jerk. Tak perlu beli ayam kat kedai. Ayah yang tukang tangkap ayam. Kiteorang tukang buang bulu ayam & 'layo' untuk buang bulu2 yg  nipis2 tu. Ma plak tukang masak . 
Selalunya ma masak kari & goreng kunyit letak bawang besar. Erm, sedap sangat...
Tapi itu semuanya tinggal kenangan...kalau sekarang ni balik kampung makan ayam beli jerk. Nak makan ayam kampung pun kena beli jugak... 
Dah tak boleh dah nak tengok anak ayam & itik dah...ayah & ma Asiah dh tak bela dah  ayam sekarang. Tinggal ayam jiran jerk yang selalu datang rumah... Kakak suka sangat bagi ayam makan...tapi balik bulan 3 hari tu tak dapat bagi ayam makan coz ayam jiran tak datang umah...hihi, merajuk dia.
jom layan kecomelan anak itik & anak ayam...(",)








Asiah suka tengok itik jalan terkedek2 pulang petang...(",)


Satu lagi suka warna hijau kepala itik...tema baju raya untuk 2013, tiba2...(",)


p/s : semua gambar copy dari Google Image