9 September 2012

:: Ma & Ayah ::


Salam uols...

Aku rasa bertuah sangat coz aku masih punya ibu & bapa
Selepas seminggu raya, ma aku ade datang bertandang ke rumah aku
Aku macam tak percaya jer dia nak datang umah 
Sebelum nak datang umah aku, adik aku ade telefon bagitau
'' K.Yah, ma nok g umah mu ni...nak dok sane''(loghat kelantan)
Bukan ape, selalunya ma aku susah nak berenggang dengan ayah aku
Kalau nak pegi mana2 mesti pergi berdua
Kali ni dia datang sorang, kebetulan adik aku balik beraya
So,dialah yang bawak ma aku ke sini
Alhamdulillah, akhirnya ma aku nak jugak berlamaan kat umah aku ni
Aku suka sangat2...ye la aku nak jumpa dengan ma aku tu bukan sebulan sekali
tapi...2,3 kali je setahun...
Bukan aku tak nak balik tapi
Waktu dan jarak yang memisahkan kami
Bertuah la bagi mereka yang bekerja dekat dengan mak ayah...
Hari2 bleh jumpa...
'' Ore saye Ma nga Ayoh''
Inilah dia wajah2 kesayanganku...(",)
..

8 September 2012

:: Ofismate Datang Beraya ::

Salam uols....

Belum terlambat rasenya untuk aku ucapkan salam lebaran untuk korang sume...(",)
Korang pun mesti masih beraya lagi kan
Mesti banyak pegi open house sana sini kan
Aku plak tahun ni tak kemana-mana
Raya pun biase2 ajer...
mungkin sebab tak puasa sebulan kot, tu yang semua ke laut

Tapi yang bestnye ramai member datang umah beraya
Yang latest ni geng ofis datang beraya kat umah
Aku just sempat wat mee kari  je untuk diorang
Ade si tecik ni susah sikit nak masak macam2
Tambah plak aku ni jenis masak cam siput...hihi
Thanks Cik Baina(my boss),K.Azni,Suri, Sophia & Fiona
 coz sudi datang beraye...(",)