18 April 2011

Membentuk anak berbudi bahasa...

Salam.....

Anak-anak sememangnya sangat dekat dengan fitrah kejadian manusia yang sangat positif. Tiada sebarang keraguan kecuali pengaruh sekeliling yang membentuk pengaruh itu.
Contoh yang paling mudah, kita sering menakutkan anak-anak dengan lipas, cicak gelap dan pelbagai lagi. Sehingga mereka membentuk rasa takut kepada sesuatu dan mula timbul keraguan. Di sini, sifat negatif mula berakar di dalam hidup mereka. Amatlah besar peranan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak sehingga ke sebesar-besar perkara sehinggalah kepada perkara yang remeh yang kita anggap tidak akan membawa apa-apa impak dan kesan kepada anak-anak kita. Di situlah mungkin kita terlepas pandang dan apabila tersedar perkara tersebut telah menjadi barah yang sukar untuk dipulihkan.

Begitu jugalah untuk membentuk anak menjadi orang yang berbudi bahasa dan tingkah lakunya sedap dipandang mata. Perkara yang menjadi keutama an dalam usaha ini ialah, mencipta suasana sekeliling yang solehah dan penuh dengan kesantunan. Di rumah, anak-anak ini perlu dibiasakan untuk meng ucapkan terima kasih, tumpang lalu, minta maaf dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang positif. Sedari kecil perkara ini perlu dititipkan.
Contohnya apabila meminta anak mengambilkan barang, mulakan dengan perkataan tolong. Begitu juga ucapan terima kasih sete lah permintaan tersebut ditunaikan. Ucapan-ucapan yang positif ini akan membina suasana yang positif di dalam rumah dan membentuk emosi dan peribadi yang positif .

Peri pentingnya, perkataan yang kecil dalam membentuk emosi yang stabil dan karakter yang baik. Ini kerana, apabila kanak-kanak ini sudah terbiasa menggunakan perkataan-perkataan ini di rumah mereka juga akan mempraktikkannya di luar rumah.


Belajar Meniru

Kebiasaannya manusia menyukakan sesuatu yang baik dan cantik. Justeru peribadi yang baik ini membantu anak untuk mendapat kawan-kawan yang baik juga di luar rumah. Akhirnya, kuasa positif tadi akan terus berkembang dan cukup kuat untuk menentang perkara-perkara negatif.
Tidak cukup dengan perkataan, budi pekerti yang baik juga perlu dipraktikkan menerusi perbuatan. Di sini, kita perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Minta izin dan membongkokkan sedikit badan untuk lalu di hadapan mereka yang lebih tua waima di hadapan suami.
Mengenakan pakaian yang sopan walaupun berada di rumah dan bersalaman sebelum keluar bekerja atau sebelum tidur dan pelbagai lagi contoh yang baik. Kanak-kanak hebat dari segi pemerhatian. Kuasa dan daya observasi mereka sangat tinggi.

Dari sini mereka akan belajar untuk meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dekat dengan mereka. Pastikan mereka mendapat banyak contoh positif daripada kita dan cuba kurangkan kesilapan kerana ini sangat-sangat mempengaruhi pembentukan anak. Seperti juga perkataan, apabila mereka terbiasa dengan suasana yang bersopan dan berbahasa ini mereka akan dapat mempraktikkannya dengan baik.

Namun, tidak semua yang kita lakukan dan ucapkan akan dapat diikuti dengan baik kerana fi trah mereka yang ingin mencuba semua perkara. Di sini, ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak dengan cara lembut. Tegur kesilapan mereka dengan baik dan terangkan kenapa perlu bersikap sopan dan baik. Teguran dan peringatan yang acap kali diucapkan dan di demonstrasikan di hadapan mereka sedikit demi sedikit akan diadaptasi dengan baik malah menjadi sebati dengan jiwa mereka.


Anak-anak ini juga perlu dibawa ke tempat awam, majlis, rumah-rumah kenalan dan saudara mara. Di sini mereka akan mempraktikkan apa yang dipelajari di rumah. Contohnya, bagaimana untuk bercakap dengan orang yang lebih tua, yang sebaya atau yang lebih kecil. Semua ini perlu di bawah seliaan ibu bapa, jika mereka tersalah, kita tegur dengan baik. Pengalaman yang berbeza ini akan lebih mematangkan mereka untuk bersosial mengikut batasan yang ditetapkan dan sekali gus membentuk peribadi yang baik dan berbudi bahasa.
sumber dari : mingguan wanita

samer2 kite renung kan camne kite mendidik anak kite sblm ni erk...:)






 

Tiada ulasan: