30 Mac 2015

:: Resepi | Mihun Sup Simple ::

Salam korang sume…J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mihun Sup Simple  plak versi campak2 jugak. 
Yang penting sodappp…hihi
Jom kite masak…J

Bahan2 :
  1. Bawang putih (4-6 ulas/ketuk)
  2. Bawang besar holland (1/2 biji/ptg baji)
  3. Ayam dada(potong dadu)
  4. Fish Ball(1 peket/belah 4@ikut suka)
  5. Sawi cina(2 pokok)
  6. Telur(sebiji sorang)
  7. Ikan bilis (yang telah digoreng)
  8. Bihun (1/2 peket)
  9. Cili api (4-6 biji)
  10. Kicap
  11. Garam
  12. Daun sup
  13. Bawang goreng
  14. Minyak

Cara2:
  1. Celur mihun dalam air panas.
  2. Bila mihun dah kembang toskan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali @ periuk
  4. Masukkan bawang putih & bawang besar
  5. Bila dah kekuningan, masukkan ayam.
  6. Bila ayam dah masak, masukkan fish ball.
  7. Kacau sekejap & masukkan air utk dijadikan kuah.
  8. Perasakan dengan garam & gula.
  9. Bila dah mendidih, masukkan telur satu persatu, pastikan telur tak pecah ye.
  10. Bila telur dah masak, masukkan sayur.
  11. Bila sayur dah layu sikit boleh la angkat dan masukkan ke dalam mangkuk mihun yang telah dicelur tadi.
  12. Makan bersama sambal kicap, daun sup, bawang goreng & ikan bilis.

Cara buat sambal kicap
  1. Tumbuk cili api hingga hancur
  2. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk kecil
  3. Masukkan kicap & kacau.


Selamat mencuba yea…J

4 ulasan:

LYAfrina berkata...

sedapnya...
letak bilis lg...msti lg sedap..biasa buat mmg xde ltk bilis

Saniah Ahmad berkata...

emmmm febret ni kak..

Ain Syaa berkata...

Assalamualaikum, salam blogwalking, jom join contest pertama ain

http://ainsyaa96.blogspot.com/2015/05/assalamualaikum.html

**ermm sedapnya tengokkk time2 macam ni. rasa lapar hehe

suhaili mohd isa berkata...

Asiah..selama tak pernah sue buat letak ikan bilis. Harini confirm nak try. Anak2 sue suka meehun