2 November 2015

:: Penpal ::

Salam & hai uols…J

Bermula dengan minat mendiy kad dan membeli sticker@stationary stuff kat kedai mr.diy. Asiah mula terpikir nak buat apa dengan mende ni semua? Sebab Asiah tak ada kawan yang mempunyai minat yang sama dengan Asiah. Kalau ada boleh la bagi kat dia. Membazir je beli dan simpan je . Suami Asiah pun bising jugak asyik beli sticker jerk.  Tapi tak tau nak buat apa. Asiah pun terbaca satu blog tentang penpal. Diaorang bertukar-tukar goodies. Stationary stuff & sticker tu boleh buat goodies untuk pen friend kite. Maka bermulalah Asiah join penpal. Penpal menggunakan surat . Hantar surat menggunakan pos biasa (snail mail). Bukan pos laju tau. Kena sabar menunggu surat yang kita hantar tu sampai kepada penerima. Old skool gitu J
Inspired betul Asiah dengan otai2 penpal yang diy envelope cantik2. Jeles tau…hihi
Asiah berkenalan dengan penpal Asiah melalui Instagram. Kalau korang nak join jugak just taip “penpalwanted” dan korang boleh la pilih  nak berkawan dengan siapa. 
Buat masa sekarang Asiah just berkawan dengan 5 orang je. Semuanya dari Canada, Australia, UK, USA & Philipina. Tak mampu nak berkenalan dengan ramai orang. 
Takut tak sempat nak balas surat diaorang. Tapi tak tahulah pasni camna J
Teringin jugak nak dapatkan penpal dari negara sendiri. Tapi segan...hihi
Ramai jugak Malaysian yang join penpal. Blog Fiona & Azura Chan lah yang menjadi rujukan Asiah untuk join penpal ni dan antara blog terawal yang Asiah jumpe yang join pen pal. Suke sangat rasa baca cerita diaorang. Ye la Asiah tak pernah join penpal kan. Sebelum join tu banyak jugak baca info tentang penpal. Baru berani nak join :)
Bagi Asiah ini antara kebaikan yang Asiah dapat bila join penpal :)
(merantau ke negara luar tanpa pergi ke sana,ahaks)

1.       practice reading and writing in a foreign language
2.      to improve literacy
3.      to learn more about other countries and life-styles (cultures)
4.      to make friendships
Ini antara surat yang Asiah terima (INCOMING) dari Penpal Asiah 



Ini pula yang Asiah hantar (OUTGOING) untuk Penpal Asiah. Lupa nak snap apa yang Asiah hantar kat diaorang. Nanti ain kali Asiah snap k...;)






6 ulasan:

Izz Latif berkata...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

tiga lalat berkata...

wak baru join postcrossing guna postcard tuuh., ;p

tiga lalat berkata...

psl poskad tu wak nk tau mak aishah ni dok katne? kalo kl beli je kat ampang park, klcc, central market., tempat lain wak x pasti la., tapi byk kedai buku yg ade jual poskad., stem 50 sen je utk hntr poskad oversea., apa2 nk tnye leh pm wak: 3lalat@gmail.com

tiga lalat berkata...

cik kak lenny pon minat yg sama, bukan poskad saje dia swap yee., ;p

http://lovemyhappymail.blogspot.com/

http://whateverapa-apasahaja.blogspot.my/

Siti Asiah berkata...

Terima kasih wak tiga lalat bg link tu ye.
Saya dok Jengka, Pahang . Mmg susah sangat nk jumpa poskad kat sini.
Nnt pape sy pm wak ye...;)

LYAfrina berkata...

menariknya...rasa nk cuba juga...