29 Julai 2016

:: Kek Karamel Coklat Moist | Resepi ::


Salam & hai uols J

Hari ni Asiah nak kongsikan resepi Kek Karamel Coklat Moist dengan korang walaupun kejadian tak berapa nak cantik J

KARAMEL
Masukkan 2 sudu besar gula dalam Loyang & masak dengan api perlahan sehingga bertukar menjadi warna perang. Sejukkkan.

PUDING
6 biji telor saiz A
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air dulu)
1 tutup esen vanilla

Cara :
-Campur semua bahan & blender sekejap xperlu lama.
-Masukkan bahan yang diblender tadi di dalam Loyang yang berisi KARAMEL
-Kukus selama 20 minit.

KEK COKLAT MOIST
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu the baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 tutup esen vanilla

Cara:-

-Satukan semua bahan & masak atas api perlahan. Kacau sebati & tak perlu sehingga mendidih. Dah sebati (gula dah larut) pun dah ok.
- Sejukkan sekejap
-Pukul 3 biji telur hingga kembang & masukkan bahan coklat yg dimasak tadi, kacau sebati
- Masukkan tpg gandum, soda bikarbonat, baking powder & esen vanilla.
- Kacau sebati & masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi puding tadi & kukus selama 45 minit@hingga masak(cck ngan lidi dah xmelekat)
- sejukkan dalam 20 minit@jangan terbalikkan masa panas nnt karamel pecah.
- Bila dah sejuk, bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk
-Sedap dimakan semasa sejuk.



1 ulasan:

LYAfrina berkata...

yumms..nmpk sedapp..cara buat pom simple je