23 Jun 2014

:: Cekodok@jeput Pisang Berangan Kegemaran Suami & Anak-anak ::

Salam uols…J

Sejak Mak Cik cleaner kat ofis Asiah ni jual pisang, Asiah kerap beli pisang dengan dia & buat cekodok pisang . Sampai Cik Abe Asiah yang tak bape suke dengan cekodok pisang pun dah jatuh cinta dengan cekodok pisang, ahaksJ
 Kalau tak, dia just makan setakat seketul dua jerk. Dia lebih suka makan
 cekodok cicah sambal sardin@sambal tumis jerk.
Anak2 Asiah memang hantu pisang. Kadang tu kalau mood xde lagi nak masak cekodok pisang tapi pisangnye dah ranum sangat dah, asiah kopek dulu pisang tu & letak dalam tuppaware & simpan kat dalam peti ais. Kalau kakak nampak mst dia bising menanya mana cekodok pisang ibu kata nak masak cekodok pisang…hehe, 
tak sabar nak makan cekodok pisang air tangan ibu dia kan kakak ni, nampak tak??betapa hantunye dia ngan pisang?hehe

Senang je masak cekodok pisang ni uols. Asiah selalu masak cekodok ni guna pisang berangan. Cekodoknya rase lemak2 manis gitu & kalernya tak hitam. Kalau tanya resepinya, Asiah main agak2 je semua. Tapi 1st thing, pisang tu lenyek ngan gula dulu. Jangan letak gula banyak sangat just nice jerk. Bila pisang tu dah hancur masukkan tepung, ibu penaik & garam sikit. Agak2 tak cair & xpekat ok la tu. Jangan cair sangat nnt cekodok tu serap minyak jerk. Jadilah cekodok minyak plak, bukan cekodok pisang…haha

Time goreng cekodok tu guna api sederhana jerk tau sebab cekodok pisang ni mudah rentung sikit berbanding dengan cekodok biasa.  Bagi Asiah la. Pastikan korang alas cekodok tu ngan tisu towel  coz biase la cekodok pisang ni oily sikit. 
Ok la dah masak & boleh makan daaaa.
Kalau korang  free nnt bleh la cuba masak cekodok pisang ni ye utk org tersayang . 
Selamat mencube…byeJ

Cekodok yang tak bualat, Asiah cedok guna sudu bukan guna tangan. 
Tak pandai buat bulat2 guna tangan tu. Yang penting sodapppp...(",)

Tiada ulasan: