15 April 2013

:: Kemaruk Minum Air Bandung ::



Assalamualaikum & Salam sejahtera uols…(“,)

Sejak akhir2 ni kakak suka minum air bandung. Kat rumah minta air bandung, makan kat luar pun minum air bandung...asyik air bandung jerk.
Tapi dia bukan panggil air bandung tapi ‘air merah jambu’. Hari Isnin lagi dia minta saya bekalkan air bandung untuk dia bawak pegi sekolah. Tapi perisa ros tu takde kat rumah just ade cordial perisa ros je.
Mana boleh nak campur dengan susu pekat maniskan. Dua2 manis, kang kene Diabetes plak.
Dia cakap kat saya 
takpela ibu tak letak warna merah pun. Ibu letak je susu, pastu kacau2 nanti jadilah air merah jambu kakak tu”
Kakak2, banyak mulut dah dia sekarang. 5 tahun dah anak dara saya tu uols, mesti la dah panjang akalnya…(“,)

Tiada ulasan: