10 Julai 2014

:: Yee Mee Daging ::


Salam uols…J

Ramadhan kali ni suami dah cakap dah nak kurangkan makan nasi. So, Asiah kene rajinkan diri la cari menu selain nasi. Selalunya Asiah buat Yee Mee Kungfu ni guna ayam & telur. Tapi kali ni Asiah letak daging. Nak habiskan daging dalam freeze tu. Jom tengok resepi kot2 sesuai ke dengan selera korang hari niJ

Bahan2 :-

Daging batang pinang
3 ketul Yee Mee
5 ulas Bawang putih
Sawi cina
Lobak merah
Fishball
4 sudu Sos tiram
Sedikit halia
Tepung ubi kayu

Cara-cara :-

  1. Letakkan yee mee dalam mangkuk (1 ketul yee mee utk setiap mangkuk)
  2. Panaskan minyak masak & masukkan bawang putih yang diketuk bersama halia.
  3. Masukkan sos tiram & kacau.
  4. Masukkan daging.
  5. Masukkan air & biarkan daging empuk.
  6. Bila daging dah empuk, masukkan lobak merah.
  7. Masukkan sawi cina
  8. Kecilkan api & masukkan tepung ubi yang telah dibancuh bersama air. Lebih kurang ¾ sudu besar. Bergantung kepada air yang korang letak. Jangan terlalu cair & pekat. Pastikan letak tepung ubi kayu ni sambal kacau tau, nnt kuahnye berketul plak.
  9. Matikan api & masukkan kuah ke dalam mangkuk yang disediakan.
  10. Bleh letak daun sup & bawang goreng skali.


Tiada ulasan: